Melaka
adalah sebuah empayar besar di zamannya, dan orang Melayu adalah bangsa yang
telah diuji oleh sejarah yang perit untuk muncul 40,000 tahun lebih awal
daripada China yang muncul kemudian daripada bangsa Melayu. India juga muncul
kemudian daripada bangsa Melayu yang pengaruhnya sampai ke Mongolia. Hakikat ini penting ditimbulkan kembali
supaya kaum pendatang yang kini
menguasai politik Tanah Melayu pada asalnya diambil oleh British,
pengkhianat utama Islam dan bangsa Melayu, untuk menjadi kuli di ladang getah
dan di lombong bijih. Raja-raja Melayu
telah diajar minum arak oleh British dan sekarang arak antara produk besar
Tanah Melayu merdeka, dibekalkan dalam kapal terbang milik negara. Pendidikan
Tanah Melayu dibentuk untuk menjadikan para pelajar bangga berbahasa Inggeris dan membaca
buku-buku Inggeris yang tidak tinggi mutunya berbanding dengan karya German, Itali,
Perancis dan Sepanyol. Hingga kini teori sastera yang dipakai di universiti dan
sekolah tinggi ialah teori dari Britain dan Eropah. Anjing-anjing penjajah dan pemuja budaya
Barat ini menjadikan diri mereka penyokong kuat budaya Eropah dan Amerika dalam
sastera, pengajaran sastera, dalam perkembangan intelektual, malah dalam
penyebaran Islam sekali pun. Sesuai dengan kehendak Barat, para penyokong
mereka di Tanah Melayu menjadikan Islam sebagai agama peribadi yang tidak boleh
diangkat menjadi tunjang dan asas tamadun bangsa Melayu. Sikap negatif ini
hanya boleh diruntuhkan dengan menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa ilmu, oleh
itu semua pemeluk Islam di Tanah Melayu perlu menguasai bahasa Arab untuk
mencapai maksud itu. Pada peringkat permulaan, pengajaran semua subjek sains dan matematik hendaklah
diasaskan kepada perkembangan sains dan matematik seperti yang dipelopori oleh
Islam. Sekarang amat jarang para pelajar,
baik di universiti mahu pun di sekolah
menengah, yang tahu siapakah tokoh- tokoh besar Islam yang telah mengajar
Eropah dan Amerika untuk membina tamadun baru mereka.
Masyarakat
Malaysia, melalui sistem pendidikan yang progresif, wajib diperkenalkan kepada
keagungan tamadun Islam dalam segala bidang, dengan memberi penekanan kepada
kemajuan bidang sains dan matematik supaya masyarakat tahu segala kemajuan
moden sekarang tidak mungkin terjadi jika tidak dipelopori oleh para ilmuwan
Islam. Budak-budak Melayu Islam dan guru-guru mereka di universiti dan di
sekolah menengah tidak tahu hakikat ini. Beritahu mereka sekarang. Adakan
perbincangan di TV dan dalam media cetak. Didik bangsa Melayu yang
diperbodohkan oleh sistem pendidikan British ini menjadi cerdik dan kenal
kemajuan sebenar dalam tamadun Islam, yang berasaskan al-Quran. Yang menjadi masalah pada waktu ini ialah
para pemimpin Melayu yang buta agama takutkan kebangkitan Islam, manakala para
pemimpin yang menggunakan agama Islam untuk mendapat pengaruh tidak mahu rakyat
dan masyarakat Islam menjadi cerdik sehingga dapat melihat penipuan mereka
menggunakan retorik agama untuk faedah peribadi dan kumpulan mereka, satu
perbuatan terkutuk dari pandangan Islam.
Kita perlu tubuhkan satu organisasi massa untuk memajukan bahasa Arab
sebagai bahasa al-Quran supaya masyarakat tidak saja menjadi lebih cerdik,
tetapi juga akan mendorong masyarakat mengenal Islam dengan lebih objektif dan
mendalam. Satu Pusat Penyelidikan Tamadun Islam perlu diwujudkan sekarang untuk
mengumpulkan segala maklumat berhubung
dengan asas-asas pembinaan tamadun Islam dan kejayaannya dalam membangun dunia
moden. Tanpa al-Andalus yang memerintah selama 700 tahun, tidak mungkin muncul
apa yang dipanggil renaissance benua
Eropah.
Pembinaan Pusat Penyelidikan Tamadun Islam
sangat penting diwujudkan sekarang pada waktu kita semua sedang hanyut dalam
kemajuan moden yang anti-agama dan anti- kemanusiaan. Khusus untuk perhatian orang Islam, keadaan
kemelut yang mereka hadapi sekarang ialah timbul dari kegagalan pemimpin Islam
memberikan kepimpinan yang efektif, kerana mereka pada dasarnya menjadi hamba Barat
dan sikap mereka sangat jelas anti-Islam, walaupun ada di antara mereka
kononnya memperjuangkan Islam, padahal yang diperjuangkan ialah meningkatkan
pengaruh mereka sendiri dengan menggunakan Islam. Manusia jenis ini akan menggunakan ayat-ayat
al-Quran dan Hadis untuk dimanipulasi supaya mencapai maksud jahat mereka untuk
mendapat pengaruh, bukan untuk menyerlahkan Islam secara bersepadu supaya
dikenali dan dihormati masyarakat.
Mereka menubuhkan parti atas nama Islam, padahal matlamatnya untuk
mencapai keuntungan dunia semata-mata yang dilakukan atas nama Islam. Bukti penipuan mereka ialah mereka tidak terbuka
kepada pandangan dari luar kumpulan mereka yang mereka anggap jahil dan berniat
jahat. Jika mereka dikritik, mereka menggelarkan pengkritik mereka sebagai puak
Yahudi, satu gelaran yang sangat jahat kerana yang mengkritik mereka adalah
orang Islam sendiri. Jika yang mengkritik mereka bukan Islam, gelaran Yahudi
akan menimbulkan keresahan dan kemarahan puak yang digelar Yahudi itu. Untuk
masyarakat kita yang berbilang agama, bangsa dan faham politik, perbuatan ini
tidak cerdik dan jelas sekali keangkuhannya.
Pemimpin Islam tidak wajar memperlihatkan kejahatan perangai mereka atas
nama Islam.
Sebenarnya
para pemimpin Melayu lebih berminat mengumpulkan harta daripada membela rakyat
dan para penyokong mereka. Bukti hal ini tidak terjadi ialah kemunduran yang
terus dihadapi dan dialami oleh penduduk luar bandar yang ketinggalan
selama-lamanya. Kini sudah dicanangkan akan diberi kemudahan Internet di kampung-kampung.
Apakah maksudnya? Ini adalah gerakan perniagaan dan matlamatnya untuk memberi
orang Melayu kampung alat untuk mengumpat dan memuat turun segala jenis
kejahatan yang terdapat dalam Internet. Orang Melayu juga harus sedar tanah
mereka akan diceroboh dengan pembelian terancang untuk memaksa orang kampung
menjual tanah-tanah kepunyaan mereka kepada pembeli yang bukan Melayu untuk tujuan
ekonomi dan politik mereka. Orang Melayu harus sedar akan perancangan jahat ini
yang bertujuan untuk menipu mereka. Orang Melayu tidak akan maju dengan
tindakan ini, malah akan terus mengkhayalkan mereka. Yang mereka perlukan ialah
jalan yang sempurna, yang boleh dilalui mereka. Selangor di bawah kepimpinan Datuk
Harun Idris ketika menjadi Menteri Besar Selangor menyediakan kemudahan ini. Di
mana saja ada penduduk, di situ akan dibina jalan yang elok. Di tempat lain tidak ada, terutama di
Kelantan dan Terengganu yang sudah sekian lama ditadbir oleh kononnya
kepemimpinan ulama, yang jelas tidak tahu mentadbir. Jasa terbesar kumpulan ini
di Kelantan ialah membawa babi hutan sepanjang Sungai Kelantan yang hanyut
dalam banjir 2014. Banjir besar ini adalah hasil dari penebangan hutan di tepi
sungai Ulu Kelantan yang dihadiahkan kepada pembalak dari Singapura. Kerana
tidak ada lagi pokok untuk menahan hujan lebat, maka terjadilah banjir yang
dahsyat 2014 dan kesannya sepanjang Sungai Kelantan, kedua belah tebing, kini
dihuni babi hutan yang besar-besar yang dihanyutkan hingga ke Kuala Besar.
Sekiranya anda tidak tahu perkembangan ini, anda dipersilakan ke Kelantan dan
bertanya orang kampung yang duduk di tepi sungai. Rakyat Malaysia perlu tahu perkembangan yang
pelik ini, yang tidak akan terjadi jika para pemimpin tidak tamak dan tahu
mentadbir negeri yang mereka kuasai melalui pilihan raya. Mereka tidak layak
jadi pemimpin dan mentadbir sebuah negeri. Mereka tidak tahu mentadbir, hanya
pandai bercakap dan mengutuk orang lain yang mereka tidak suka. Adakah ini
teladan yang mereka terima daripada Nabi SAW seperti yang mereka dakwa? Mereka yang bergelar pemimpin ulama
menggunakan Islam dan nama Nabi SAW untuk mendapat pengaruh dan habuan dunia. Inilah punca kemunduran orang Melayu.
Sekiranya mereka tahu bahasa Arab, dan faham al-Quran, mereka akan menolak para
pemimpin yang korup ini. Sistem pendidikan kita perlu diubah untuk memberi
laluan kepada pelajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah, bermula dari sekolah
rendah lagi. Kita harus menyediakan rakyat kita yang cerdik dan faham makna
al-Quran supaya mereka tidak lagi tertipu oleh apa yang dikenali sebagai pemimpin
ulama ini. Rasuah dan penipuan dalam
politik boleh dikurangkan sekiranya rakyat faham Islam dan berazam untuk
membina masyarakat yang menentang apa juga perbuatan fasad yang dilakukan oleh
ahli politik dari jenis dan kumpulan apa sekali pun. Termasuk yang bertopengkan agama.
Tanah Melayu
dan Malaysia keseluruhannya akan muncul sebagai sebuah negara contoh jika kita memulai
revolusi pembelajaran bahasa Arab untuk memahami al-Quran dan dengan itu menjadikan
al-Quran panduan semua rakyat, sesuai dengan slogan yang tertera di TV pada
waktu ini, “Rahmatan lil Alamin”. Pembinaan budaya ilmu di Malaysia tidak boleh
diasaskan kepada teori Barat yang tidak bertuhan yang menolak Tuhan sebagai
pencipta umat manusia bermula dari Nabi Adam ‘a.s. Perkembangan sains moden telah membuktikan
bahawa manusia adalah dicipta dari tanah kering, supaya apabila ditanam bila
mati akan kembali kepada tanah. Anda boleh gunakan imaginasi anda untuk
membayangkan jika manusia itu seperti batu, tidak reput bila ditanam, apa akan
jadi kepada dunia? Sudah pasti semua manusia akan jadi gila … Sasterawan
Malaysia boleh tulis novel berasaskan kesimpulan ini!
Menteri
Pendidikan sekarang yang berminat kepada kaki berkasut hitam daripada otak siuman
yang perlu diajar berfikir secara kritis untuk melahirkan anggota masyarakat
yang cerdik dan kritis, perlu dibantu supaya dapat melihat mengapa bahasa Arab penting dalam pendidikan negara.
Saya cadangkan Menteri Pendidikan melantik Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail
untuk menjadi Penasihat Menteri Pendidikan supaya kementerian boleh diisi
dengan program yang mendorong ke arah perkembangan budaya ilmu yang sihat, yang
berasaskan Islam, sains dan matematik. Pada tahun 1994 Penerbit Universiti Malaya
telah menerbitkan sebuah buku yang amat penting dalam pembinaan tamadun yang
kita idamkan ini, karangan Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail. Buku itu berjudul, Mantik, Matematik dan Budaya Ilmu: Pendekatan
Bersepadu dalam Tradisi Pengajian Islam. Ketiga-tiga asas ini akan dapat
melahirkan masyarakat yang celik ilmu dan berguna untuk seluruh masyarakat,
tidak kira agama apa sekalipun atau manusia jenis keturunan apa sekali pun. Inilah asas pembinaan tamadun Islam Malaysia
yang wajib kita usahakan pembentukannya. Kalau Menteri Pendidikan tidak pernah
dengar nama tokoh ini, ajaklah beliau minum kopi sambil makan nasi lemak. Belajarlah merendah diri kepada tokoh ilmuwan
kita … Celakalah Menteri Pendidikan yang
anti-ilmu yang benar! Celakalah Negara
yang menolak konsep ilmu yang benar yang diajarkan oleh al-Quran dan
dikembangkan sebagai budaya ilmu oleh para ilmuwan Islam. Kembalikan konsep
ilmu yang benar ini kepada manusia untuk kesejahteraan kita semua. Jadikan ini sebagai asas pembinaan negara
Malaysia.
“Selamatlah
jiwa yang sempurna”!
Mohd.
Affandi Hassan,
Petaling
Jaya, 3 April 2019.
No comments:
Post a Comment