Buku terbaru
saya berjudul Anugerah Sastera Negara Dalam Kesusasteraan Melayu Moden (Penerbit Wadi al-Irfan) sudah terbit, sedang dijual di Pesta Buku Kuala
Lumpur. Buku ini penting kerana masalah mengenai status anugerah sastera ini
tidak pernah dibincangkan secara akademik berasaskan teori tertentu. Mengapa
para sarjana dan sasterawan menjauhkan diri dari perbincangan ini
membuktikan mereka adalah golongan yang
cetek meraba-raba yang lagaknya seperti orang sedang mabuk tuak, terhuyung
hayang tak tentu arah. Golongan picisan ini tidak memberi perhatian kepada
perbincangan ilmiah tentang suatu projek yang bertentangan dengan budaya ilmu
yang kita warisi dalam persuratan Melayu.
Kita diajar untuk menghormati alim ulama dan cendekiawan yang banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu dalam budaya kita. Meletakkan sasterawan lebih tingi darjatnya daripada para ulama dan cendekiawan adalah perbuatan biadab, apatah lagi jika para sasterawan itu diberi gelaran khusus sebagai Sasterawan Negara yang perlu disebut jika kita menyebut nama penulis berkenaan. Ini suatu lawak jenaka murahan yang tidak mencerminkan adanya rasa hormat kepada ilmu dan tokoh-tokoh ilmuwan seperti para ulama dan cendekiawan itu. Perbincangan saya tentang aspek ini dalam buku mengenai Anugerah Sastera ini wajar dikritik dan ditolak sekiranya anda dapati hujah-hujah saya tidak boleh diterima. Atau, lebih baik lagi, GAPENA atau setidak-tidaknya PENA menganjurkan satu perbincangan kritis mengenai buku ini. Tidak sukar untuk mendapat ahli panel yang menentang idea saya tentang Gagasan Persuratan Baru, oleh itu inilah masanya satu perbincangan kritis diadakan.

Ketua
Pengarah DBP yang baru dilantik sudah memberitahu
kita pada bulan Julai nanti akan diisytiharkan sasterawan negara baru. Sekurang-kurangnya
tiga nama sudah masuk bubu jawatan kuasa pemilih. Siapa mereka mungkin
diketahui oleh PENA atau GAPENA. Ketiga-tiga calon ini sedang “gelenyar” (ini
loghat Kelantan yang terkenal di kalangan orang Kelantan) tak sabar lagi hendak
tahu siapa yang akan terpilih nanti. Dalam hal ini, baik juga kita ikut praktik
Hadiah Nobel, yang kerap kali juga pilih lebih dari satu orang untuk diberi
Hadiah Nobel, terutama sekali dalam bidang sains; tetapi ada juga dalam bidang
sastera. Apa salahnya jika kali ini DBP pilih ketiga-tiga sasterawan yang
sedang “gelenyar” itu!
Tentang buku
saya mengenai Anugerah Sastera Negara yang baru terbit itu, saya cadangkan GAPENA, atau PENA, mengadakan
majlis perbincangan kritis membicarakan buku itu. Para pelajar sastera di empat
buah universiti melalui poster yang mereka hantar kepada saya April 2014 (rujuk
entri bertarikh 4/2/2019) menyatakan
sokongan mereka kepada Gagasan Persuratan Baru, walaupun guru-guru sastera
mereka menolak PB untuk menyelamatkan kedudukan sasterawan negara. Yang jadi masalah, tidak seorang pun di
antara mereka yang menentang ini berani tampil memberi pandangan mereka untuk
faedah para peminat sastera dan penulis. Kalau Ketua Pengarah DBP yang baru
dilantik itu mempunyai inisiatif untuk membuka gelanggang perbincangan ilmiah
ini, maka tidak sia-sialah DBP ditubuhkan. Tindakan ini akan menjadikan DBP
masih relevan dalam kegiatan sastera, setelah membisu agak lama selepas
kematian Datuk Hassan Ahmad.
“Selamatlah
jiwa yang sempurna,” kata Tok Mindok.
Mohd.
Affandi Hasan,
3 April
2019.
No comments:
Post a Comment