Sarjana Melayu yang membawa
masuk feminisme ke dalam dunia akademik, terutama sekali dalam kritikan
sastera, tidak sedar mereka membawa racun intelektual yang paling berbahaya
kepada perkembangan tamadun Malaysia.
Buku tentang feminisme yang berasal daripada tesis Ph.D. Dr. Norhayati
Ab. Rahman telah diterbitkan oleh Universiti Sains Malaysia (2012) dan telah
memenangi Hadiah Sastera Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa da Pustaka sebagai
sebuah buku kritikan dan kajian sastera yang terbaik dalam tahun penilaian. Apa pun alasan yang mereka kemukakan untuk
mewajarkan tindakan mereka, feminisme adalah anti-wanita, oleh itu bagi wanita
Islam, faham sastera yang diilhamkan daripada faham Marxist ini tidak akan
membentuk wanita Islam menjadi solehah dan dengan itu tidak mungkin mengajar
anak-anak mereka untuk menjadi anak-anak yang solehah, anak-anak lelaki yang
saleh, anak-anak yang bertakwa. Semua faham agama akan luput dari kesedaran
mereka jika mereka beribukan wanita yang berpegang kepada feminisme. Mereka
akan terdiri daripada golongan yang mendengar azan lima kali setiap hari,
tetapi semangat azan itu tidak ada, tidak meresap ke dalam jiwa mereka. Azan
adalah seruan untuk taat kepada Allah, Rasul Nya, dan bagi wanita kepada suami, manakala feminisme pula
bertujuan untuk menentang sebarang ketaatan. Bolehkah feminisme yang dianut
oleh wanita Islam menerima seruan azan? Tentu saja tidak boleh. Mengapa? Jawapannya
dikiaskan dalam kutipan di bawah ini:
“Gagasan
Persuratan Baru muncul untuk menghadapi
masalah penilaian dan analisis karya kreatif, terutama sekali setelah sastera
Melayu moden melahirkan ... Sasterawan Negara. Masalah penilaian itu timbul
apabila beberapa pertanyaan yang penting tidak dapat dijawab dengan memuaskan.
Misalnya, adakah karya para Sasterawan Negara itu benar-benar yang terbaik yang pernah dihasilkan oleh para
penulis Malaysia? Jika karya itu yang
terbaik, apakah ciri-cirinya yang boleh dijadikan panduan untuk memajukan lagi karya kreatif Malaysiua?
Sejauh mana ukuran dan penilaian panel Anugerah Sastera Negara boleh diterima dan
boleh dipakai? Jika pertanyaan seumpama itu tidak dibenarkan, maka kita tidak
dapat menentukan dengan tepat, jitu dan objektif ketokohan para Sasterawan Negara dan mutu
sebenar karya mereka. Dalam sebuah negara yang mementingkan ilmu,kita harus
berupaya membuat pilihan terbaik, yang tepat, jitu dan objektif berasaskan
prinsip-prinsip yang dapat dipertahankan secara ilmiah. Kita mungkin berpuas hati, malah ada yang
berasa bangga, kerana telah berjaya melahirkan
sejumlah Sasterawan Negara. Tetapi adakah kita berpuas hati terhadap
“analisis” dan penilaian yang dibuat oleh panel Anugerah Sastera Negara?
Pertanyaan ini penting kerana jawapannya boleh membantu kita memahami
“ketinggian nilai” karya dan kekuatan pemikiran para sasterawan. Atau
sebaliknya, yakni penilaian itu membuat kita jadi keliru. Bagaimana kita boleh
menentukan perkara begini tidak terjadi? Kita perlukan kaedah yang betul, yang
membolehkan kita melihat kekeliruan tadi, dan pada waktu yang sama kita dapat menentukan ukuran serta
penilaian yang tepat, jitu dan objektif. Apabila sebuah buku Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Esei
Kritikan (DBP, 2003) membisu terhadap ukuran panel Anugerah Sastera Negara, maka kita boleh
membuat kesimpulan yang tepat tentang kualiti analisis dan penilaian panel itu;
dan juga kualiti analisis para penulis buku tersebut. Tokoh-tokoh yang
menyelenggarakan buku itu mengambil pendirian bahawa ukuran dan penilaian panel
Anugerah Sastera Negara tidak mencerminkan pemikiran yang penting dalam kitikan
sastera, oleh itu tidak perlu dianalisis dan dinilai sewajarnya. Pendeknya,
pandangan panel tidak penting dan tidak memberi
bekas kepada pemikiran sastera. Andainya
analisis dan penilaian panel begitu sempurna, maka sudah wajar pandangan
mereka dibincangkan dengan mendalam untuk dijadikan ukuran dan contoh terbaik
panel-panel penilai yang kemudian.” (Gagasan
Persuratan Baru: Pengenalan dan
Penerapan, UKM 2008, edisi pertama; halaman
4).
Tidak
satu pun pertanyaan dan kemusykilan yang ditimbulkian dalam kutipan di atas
dibincangkan untuk ditolak atau diterima; atau sekurang-kurangnya diberi komen kritis oleh para sarjana
sastera. Kecuali beberapa analisis oleh Prof. Ungku Maimunah Mohd. Tahir dan
Prof. Madya Dr. Mohd. Zariat Abdul Rani ketika membicarakan kehadiran Gagasan
Persuratan Baru dalam kritikan sastera Melayu. Mereka memberi dua penekanan
penting : Prof. Ungku Maimunah menghuraikan peranan realisme dalam sastera
Melayu moden dengan membezakan realisme hakiki dan realisme semu seperti yang ditekankan dalam Persuratan Baru; dan
dari situ mereka membincangkan beberapa
penilaian yang tidak tepat, malah yang bertentagan dengan ukuran yang
ditetapkan dalam sesuatu sayembara penulisdan novel misalnya. Aspek ini telah dianalisis dengan
mendalam dan cukup ilmiah oleh Prof. Ungmu Maimunah Mohd. Tahir dalam beberapa
buah kertas kerja beliau, yang akan diterbitkan dalam edisi kedua Gagasan Persuratn Baru: Pengenalan dan
Penerapan (edisi kedua dipecah menjadi dua jilid; bahagian teori dipisahkan
daripada bahagian aplikasi). Manakala
Prof. Madya Dr. Mohd. Zarait Abdul Rani pula telah membicarakan dengan mendalam
novel Abdul Kadir Adabi, Melati Kota Bharu. Analisis beliau menunjukkan novel ini telah
disalah tafsir dalam penilaian yang dibuat selama ini kerana teori
yang digunakan tidak menyerlahkan pemikiran Abdul Kadir Adabi, yang
hanya dapat dikesan dengan meyakinkan jika pendekatan yang anjurkan oleh
Gagasan Persuratn Baru dipakai dalam analisis dan penilaian. (Baca analisis beliau dalam, Kedudukan Ilmu dalam Kesusasteraan:
Teori dan Praktis (UKM, 2010).
Dengan
munculnya feminisme sebagai kaedah kritikan sastera dalam sastera Melayu, maka
timbullah satu persoalan penting yang memerlukan kepastian: Adakah feminisme
akan menutup semua nilai, dengan memberi perhatian sepenuhnya kepada kemahuan
hawa nafsu wanita? Inilah yang dilakukan oleh Dr. Norhayati Ab. Rahman dalam
bukunya, Puitika Sastera Wanita Indonesia
dan Malaysia: Satu Bacaan Ginokritik (USM 2012), yang menerima novel lucah,
Saman (2001) sebagai dokumen penting
dalam pembentukan “puitika sastera wanita”. Alasannya ialah feminisme adalah
pendekatan yang objektif dan saintifik, yang tidak terikat kepada sebarang
nilai moral dalam makna tradisional, kecuali nilai moral seperti yang
ditakrifkan dalam feminisme, iaitu kelangsungan hawa nafsu wanita dalam mencari
makna diri mereka, oleh itu mereka bebas nilai (yakni tidak terikat kepada
nilai dalam makna tradisional). Pendirian ini sangat tepat kerana pada asasnya
feminisme mendakwa bahawa kemunculannya ialah untuk membebaskan wanita dari
sebarang ikatan masyarakat yang meletakkan wanita sebagai makhluk kelas dua
yang boleh diperlakukan apa saja oleh kaum lelaki. Feminisme adalah radikal
dalam faham politik mereka, kerana yang mereka tuju ialah penghapusan makna dalam
dua segmen, satu untuk lelaki dan satu lagi untuk wanita. Dalam pegnertian ini,
feminisme menolak sepenuhnya peranan agama, kerana semua agama menerima hakikat
adanya perbezaan fungsi dan peranan antara lelaki dan wanita. Kedua-duanya
tidak sama, kecuali dalam Islam, yang menetapkan bahawa yang paling mulia di
antara manusia ialah yang paling bertakwa, sama ada lelaki atau pun wanita.
Feminisme yang tidak menerima peranan agama dalam kehidupan, mentertawakan saja
kedudukan wanita yang diberikan oleh Islam. Kalau begitu, dari perspektif mana
feminisme boleh diterima oleh wanita yang beragama Islam? Sebenarnya pertanyaan
itu mengundang kontradiksi yang membuat kedudukan wanita samalah dengan
binatang betina dalam dunia binatang. Dalam kalangan gajah, gajah betina
menjadi ketua dan pengawal kumpulan gajah; dalam kalangan chimpenzee pula,
terdapat dominant female yang mengawal keperluan seks dominant male, dengan adanya hieraki
yang memberi keutamaan kepada dominant
female. Inilah puitika sastera beruk atau kumpulan monyet di Afrika. Adakah
peraturan ini terdapat juga di kalangan monyet di hutan Malaysia? Dalam satu dokumentari yang disiarkan oleh TV
Malaysia satu masa dulu, ketika membuat liputan tentang beruk sebagai pemanjat
kelapa, seorang tuan beruk telah ditemu ramah oleh pembuat dokumentari mengenai
perangai beruk. Tuan beruk memberitahu, dia sengaja letakkan beruk betina
bersama beruk jantan pemanjat kelapa. Tegasnya dengan bangga (sambil tertawa),
dia pernah bilang beruk jantan itu mengawan dengan beruk betina sebanyak 40
kali. Pemerhatinnya sangat saintifik, kerana di kalangan pakar beruk, memang
seorang beruk jantan boleh berkelamin dengan 40 ekor beruk betina, dengan
dikawal oleh seekor dominant female.
Dengan
mencampuradukkan yang baik (bersih) dengan yang kotor (najis dan sebagainya),
maka feminisme tanpa disedari muncul sebagai lalat dalam kritikan sastera. Anda tentu tahu lalat mempunyai tabiat
istimewa kerana boleh higgap ditimbunan tahi, boleh juga ditimbunan gula, atau
di atas kueh muih yang dijual oleh peniaga kecil Melayu di pasar tani. Ada
pembeli yang tidak peduli lalat yang dilihatnya singgah di atas kueh itu
sebelum itu singgah di mana? Mungkin di atas tahi anjing, siapa tahu? Dia membelinya kerana dia sukakan kueh itu.
Jadi, tentulah logik jika ada sarjana yang sukakan feminisme dan menerimanya
dengan penuh kasih sayang seorang sarjana yang keliru konsep ilmunya!
Mohd Affandi Hassan,
Petaling Jaya 7/6/2014
Catatan Blogger:
ReplyDeleteProf. Ungku Maimunah Mohd Thir dan Ustaz Dr. Zukarnain Mohamed telah membicarakan dengan terperinci kedudukan feminisme menurut Islam. Sila rujuk buku itu untuk mendapat pandangan kritis tentang feminisme. Selama ini kita hanya disogokkan begitu saja tentang feminisme ini, tiada analisis kritis dan penghujahan yang mantap.
Judul buku:
ReplyDeleteIslam, Feminisme Barat dan Sastera Melayu. Diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2013.
Terima kasih utk pencerahan penting ini! Walaupun bkn dalam bdg sastera. Tulisan en ni penting utk saya sbg ibu, isteri dan anak. Tk!
ReplyDeleteAna Karimah
BALAI MAQAMAT
ReplyDeleteSaya baru dapat berita daripada kawan mengatakan buku itu sudah terbit. Buku pertama saya diterbitkan ITBM. Terima kasih kepada ITBM dan PENA. Terakhir buku saya terbit 1997, PUJANGGA MELAYU.
Pembaca yang berminat bolehlah komen. Terima kasih.
http://www.itbm.com.my/catalogue/buku/balai_maqamat/
ReplyDeleteTahniah!