Kalau anda seorang peneliti sastera yang teliti dan
cekap, anda akan bertemu sasterawan negara yang menulis sajak-sajak Inggeris
dengan menggunakan bahasa Melayu. Dia juga terkenal sebagai seorang pensajak
yang menulis dulu dalam bentuk nathar, kemudian dicerai-ceraikan dalam
bait-bait tertentu, dicantum menjadi sebuah sajak. Panel sendiri sedar akan
sifat prosaik sajak-sajak pensajak ini. Senang saja jika anda ingin mengujinya:
Terjemahkan sajak-sajak itu ke bahasa Inggeris, atau teliti saja sajak-sajak
yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh penulisnya. Ini bukan satu
perkara yang aneh, bukan satu jenayah, tidak juga satu perbuatan yang
memalukan. Malah sebaliknya, yakni satu pencapaian persajakan yang tinggi dalam
sastera Melayu moden. Saya sebut perkara ini kerana dalam sastera Melayu moden
wajah Melayu itu sangat kabur, kelabu, identitinya sangat bercelaru. Wajah ini
terdapat juga di kalangan sasterawan
negara. Oleh itu, apabila kritikan sastera Barat yang ditulis dalam bahasa
Melayu, yang amat popular di Malaysia dengan nama teksdealisme, digunakan untuk
menilai karya Inggeris berbahasa Melayu ini, maka anda akan lihat kedua-duanya
“ngam” betul (maaf guna istilah popular di kalangan anak muda ini ke dalam
sastera Melayu).
Siapakah ibu bapa teksdealisme? Cuba anda baca
karya-karya Harold Bloom ... Orang ini menulis dalam konteks tamadun Barat yang
mungkin mengejutkan anda. Baca review sebuah bukunya yang terkenal, Kabbalah and Criticism. Inilah
sebahagian daripada review itu: Wonderful
book that pulls together the Kabbalah with it's influences. Only Harold Bloom
could have written such a book. His knowledge of the bible, the Kabbalah and
Greek and Western philosophy enables him to bridge the gap between these separate
and yet related fields of study. He can translate, literally and figuratively,
explaining the parallel concepts between Kabbalah and Neo-platonism.
Fascinating! Apakah nama versi
Malaysia pemikiran Bloom ini? Kalau anda bukan sarjana ciritan, anda tahu
namanya. Apa jadi dengan versi ini? Pengarangnya menegaskan dalam Nadwah Kesusasteraan
Islam, 1-3 Disember 1993 di DBP, teori beliau adalah teori sastera Islam. Nah,
anda faham sekarang? Dalam sastera
Melayu moden, Muhammad Haji Salleh dan Mana Sikana adalah dua sejoli. Keduanya sangat “ngam” (Kamus Dewan mesti catat penggunaan “ngam” dalam sastera Melayu
moden). Tulisan dalam nadwah itu telah dikumpul, diterbitkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1995: Nadwah Ketakwaan Melalui Kreativiti ed. S. Jaafar Husin.
Sumber utama teksdealisme, menurut pengakuan penjananya
sendiri, ialah seorang sarjana Perancis, J. Lacan. Siapakha orang ini? Menurut
Noam Chomsky, setelah mendengar ceramah Lacan yang pertama kali di adakan di
Amerika Syarikat, pada Musim Gugur 1975, di MIT (tempat Chomsky), beliau adalah
orang gila. Selepas ceramah itu, Chomsky bertanya tentang makna “pemikiran”.
Inilah jawapan Lacan yang membuat Chomsky mengatakan orang itu gila: “We think
we think with our brains, but personally I think with my feet. That’s the only
way I really come into contact with anything solid. I do occasionally think
with my forehead, when I bang into something. But I’ve seen enough
electroencephalograms to know there is not the slightest trace of a thought in
the brain.” Apa pandangan anda? Dia bergurau? Ada seorang profesor pernah minta
seorang penulis kertas kerja menulis yang baik-baik saja tentang dirinya. Dia
pun bergurau juga? Kata ahli psikologi, genius memang begitu, suka bergurau
yang mengejutkan orang bodoh macam Chomsky dan saya.
Tapi ada perkara lain yang lebih menarik tentang
Lacan. Selain suka mencampuradukkan idea daripada Hegel, Saussure, Levi-Strauss
dan lain-lain (tentu saja Freud!), Lacan tidak percayakan Tuhan, dan benci
sungguh-sungguh kaum keluarganya dan asal-usulnya. Tulisan Lacan sangat
terkenal tidak dapat difahami oleh sesiapa pun!
Sayang, dia tidak percaya pada Tuhan; oleh itu dia tidak tahu Tuhan saja
yang tahu siapa sebenarnya J. Lacan. Itulah orang yang menjadi sumber utama
teksdealisme! (menurut pengakuan Mana Sikana sendiri dalam kertas kerja beliau
di Nadwah yang disebut di atas). Sekarang apa sudah jadi? Menurut Mana Sikana,
teksdealisme adalah sebuah teori sastera Islam, walaupun sumbernya Lacan,
Derrida dan Kristeva (hal. 228). Katanya, dia menyaring unsur-unsur Islam (yang
sesuai?) menurut keperluannya sendiri. .. “penyaringan Islam yang saya lakukan
sendiri” (hal. 228). Berasaskan teksdealisme ini, Mana Sikana memberi 12 hujah
yang membuktikan, menurutnya dan menurut teksdealisme, bahawa “Muhammad Haji
Salleh adalah penyair terbaik Malaysia”. (Rujuk kertas beliau, dalam 15
mukasurat, bertjuk “Pemikiran dan Kecenderungan dalam Penulisan Sastera
Muhammad Haji Salleh”, untuk Seminar Pemikiran SN Muhammad Haji Salleh, 9-10
November 2010, Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka). Apa jawapan Chomsky
andainya kita bertanya beliau apakah “pemikiran” Muhammad Haji Salleh dan Mana
Sikana sendiri? Saya fikir dia hanya akan tersenyum! Kita tak perlu bertanya Lacan, kerana dia pasti
akan menjawab tidak ada pemikiran apa-apa ...
Mohd Affandi Hassan, 28/6/2014.
Salam Tuan.
ReplyDeleteSaya ingin bertanya pandangan Tuan. Bukankah Islam itu universal? Kenapa pula tak boleh ambil konsep teori Barat tanpa mengambil dasar pembinaannya?
Sdr. Bunga Tanjung.
ReplyDeleteDasar saya mudah. Kebaikan itu milik semua manusia; kebenaran itu milik Islam yang menjelaskan mana yang batil mana pula yang hak. Kebijaksanaan itu milik orang Islam; ambillah di mana dia bertemu sebab itu hak dia. Sebab itu bila perilaku manusia dinilai daripada konsep taklif, orang yang arif tidak menghadapi masalah, kerana di dalam konsep itu terdapat tiga rahsia: ilmu yang benar, keadilan, usaha ikhtiar. Itulah pendirian ulama, yang saya tahu. Inilah yang perlu kita bincang, bukan pakai ambil saja. Ambil sebagai orang berilmu, bukan ambil kerana berkenan saja. Tak ada masalah, bila anda tahu hudud yang dijelaskan didalam al-Quran untuk semua manusia. Yang universal itu Islam, bukan Barat. Ini kena faham dan dijadikan pegangan, barulah anda jadi singa, bukan kawanan kambing (kata Iqbal). Moga-moga saya boleh mambantu sekadar. Terima kasih. Selamat berpuasa.
Assalammualaikum Prof.
ReplyDeleteBila Prof sebut tentang hakikat kebenaran Islam yg universal ni, teringat sy dengan perbualan sy dgn kakak penulis yg kenalkan sy dgn blog ni. Kami sempatlah bincang ttg nilai. Dia btegas katanya nilai Barat x universal sbb sbg orang Islam nilai Barat ti x semua boleh kena padanya. Sy kurang faham sbb bagi saya, selagi x bawa keburukan selagi tulah kita boleh ambil nilai Barat. Tapi penjelasan Prof pd Bunga Tanjung ni buat sy makin jelas. Terima kasih banyak.
Kebaikan itu milik semua, bolehkan saya katakan juga spt sifat Ar Rahman. Tapi Ar Rahim khusus utk orang mukmin. Ada beza. Macam tu juga nilai dlm perbincangani.
Terima kasih!
Salam.
ReplyDeleteSyukur. Penjelasan Tuan sangat membantu. Saya minta maaf krn salah faham tentanf cataran di sini sebelum ni. Moga2 usaha Tuan beri kesedaran ini dpt rahmat Allah. Lps ini sy akn lebih hati2 terima pndapat.
Bayan Lepas
Saya pernah jugak disuruh buat kajian guna teksdialisme. Bila saya baca prinsip2nya seperti antaranya perlanggaran dll, saya pelik juga, maknanya penulis boleh saja buat sesuka hati, maksudnya melanggar konvensional dan dengan itu akan terhasillah karya yang agung, yang baik. Mengarut! Kalau semua boleh dilanggar, mana lagi ada peraturan! Sedangkan peraturan dicipta kerana hidup ni perlu ada batas. Bukan semua boleh langgar beb. Kita manusia beragama. Agama tu sempadan kita.
ReplyDeleteSalam Sdr. Yang Tak Mahu Dikenali.
ReplyDeleteOleh sebab kita terlalu banyak/ramai sarjana ciritan, kita tidak peduli dan tidak tahu asal usul sesuatu yang dilemparkan kepada kita, seperti teksdealisme itu. Sarjana ciritan ini tidak dapat membezakan apa yang disebut "teori" dengan yang hanya personal opinions (seperti teksdealisme itu). Semua orang jadi confused, keliru besar, kerana kerja tak bertanggungjawab sarjana ciritan ini. Inilah masalah kita. Sebab itu sastera Melayu jadi beku, tiada pemikiran yang bernas. Kita tak akan dapat sesuatu yang bernas daripada sarjana ciritan. Masalah kita, mediocrity dan pandirisme dijadikan arus perdana, seperti kawanan kambing di tengah padang meragut rumput. Sarjana ciritan ini kuat mengembek sambil makan. Apakah yang mereka lahirkan? Saudara boleh agak sendiri. Apakah yang perlu kita lakukan? Ini memerlukan keputus dan dan tindakan yang amat drastik. Ada tidak cadangan daripada anda semua. Saya pernah mencadangkan, supaya mereka diberi pndidikan sastera yang lebih menyeluruh. Bukan hanya pelajar yang perlu dibantu. Mereka juga perlu dibantu. Cara terbaik dan paling bermaruah ialah mengajak mereka berdabat tentang ilmu. Mereka selalu menuduh orang lain biadab, sentimen, dan macam-macam yang buruk-buruk. Bagaimana orang yang beradab, yang tidak sentimen, yang baik-baik itu boleh membantu? Masalahnya, sebagai kawanan kambing, mereka berani mencabar; dan bila dicabar, hanya mengembek. Itulah situasi yang kita hadapi sekarang. Kerana itu, jika kita tidak berpindah kepada ilmu, 100 tahun lagi pun kita tidak akan berubah. Saya harap penulis muda jangan hanya pandai menyumpah orang macam saya, tapi sambutlah cabaran yang saya sebutkan itu. Buktikan anda lebih baik. Bukan susah sangat, hanya perlu mencintai ilmu yang benar yang diajarkan oleh Islam. Kenali dengan mendalam tamadun ilmu Islam, dan pelajari tamadun Barat secara sistematik. Selamat berjuang!!
Perjuangan Prof. Al Attas rintis, diikuti oleh orang2 perjuangan macam tuan, disambut oleh kami, new generation yang tak akan jadi pak pandir. Di IPT mungkin kami bisa dikawal2 dari sg silibus dsb, tapi dr segi akal, kami tak lagi cetek meraba-raba. Tuan rintis jalan, kami teruskan. Selamat berjuang. Terima kasih!
ReplyDeleteMuhammad
Utm
Salam Sdr. Muhammad.
ReplyDeleteInilah semangat yang kita mahu. Tidak disenangi kerana kita berilmu adalah satu penghormatan. Disenangi kerana anda tidak berilmu dan berasa bangga berada dalam kelompok pandirisme adalah satu kutukan. Jelas seperti terangnya matahari dan gelapnya malam. Selamat berjuang.