Balai Maqamat dimulai dengan sebuah
seloka, “Sarjana Ciritan”. Adakah sarjana ciritan itu benar-benar wujud, atau
hanya khayalan pengarang saja? Saya fikir benar-benar wujud, kerana saya “terjumpa”
ketika membaca tulisan mereka yang mereka bentangkan dalam seminar tentang
“pemikiran” para sasterawan negara. Malah, begitu giatnya sarjana ciritan ini
memperagakan retorik peragaan mereka, bolehlah kita berkata semua kertas kerja
“Seminar 6 Orang Sasterawan Negara II” yang diadakah di UPM, 26 April 2014,
adalah hasil tulisan sarjana ciritan.
Perlukah saya buktikan?. Beberapa kertas kerja telah saya komen, dan
telah menimbulkan kemarahan para penulis berkenaan. Anda tidak perlu marah.
Anda perlu menulis sebagai seorang sarjana yang benar-benar sarjana. Contoh:
lihat bagaimana sarjana menulis dalam koleksi karangan untuk menghormati Prof.
Syed Muhammad Naquib al-Attas, berjudul Adab
dan Peradaban: Karya Pengiktirafan untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Berapa orang sarjana ciritan anda temui dalam buku itu? Bandingkan buku ini
dengan buku Critical Perspectives on
Muhammad Haji Salleh (DBP 2003). Berapa orang pula sarjana ciritan yang
menulis dalam buku ini? Mustahil jika semuanya. Anda perlu tentukan sendiri
bilangan mereka. Menjadi kewajipan anda untuk menentukan ciri-ciri seorang
sarjana ciritan dengan yang bukan ciritan, dengan menganalisis tulisan dalam
dua buah buku yang saya sebut itu.
Pengetahuan ini sangat penting, untuk menjadikan anda lebih kritis
ketika membaca karya para sarjana ini.
Saya boleh jamin anda akan dapat melihat dengan mudah mana hasil karya
sarjana ciritan, mana pula hasil karya sarjana tulen. Perbezaannya sangat
besar, boleh dilihat dengan mudah.
Dalam Balai
Maqamat episod pertama dimulai dengan membicarakan perihal sasterawan yang
pandai tulis dengan pujangga yang pandai mengarang. Fikirkanlah mengapa
perbezaan ini penting. Ini ditunjukkan dalam episod Polan Cupan. Anda tentu perasan
dalam bahagian awal lagi diceritakan perihal seorang profesor yang curious, tetapi tidak cukup curious. Dia meninggalkan Polan Cupan
tanpa mahu mendengar penjelasan Polan Cupan. Inilah pandirisme dalam operasinya
yang paling menggelikan hati, yang melucukan. Inilah yang membuat cerita Pak
Pandir itu lucu, penuh humor, dan hebat. Dia lihat hampa padi, dia sangka
itulah padi. Apa bezanya Pak Pandir dengan sang profesor? Demikian pentingnya
tahu membaca. Kalau tidak, anda akan baca dongeng Si Tanggang daripada
perspektif Pak Pandir yang melihat padi hampa, sama seperti profesor tadi.
Kalau anda dilatih untuk berfikir, anda akan terkesan betapa pentingnya konsep
pandai tulis itu dihuraikan dalam konteks pandai mengarang.
Membaca dengan betul adalah penting, telah saya sebut
sejak tahun 1970-an lagi. Dalam episod “Kasut dan Hati Perempuan”, anda lihat
sang pengkritik tidak pun berbicara tentang kritikan dan lalin-lain, tetapi
berbicara tentang peranan ibu yang cerdik, sesuai dengan khalayaknya para
sasterawan wanita. Mengapa? Dia ingin para sasterawan wanita itu menjadi ibu
yang cerdik, mendidik anak-anaknya menjadi cerdik dan berdikari. Dan mencintai
ilmu... Ketika dia ditanya sambil disindir, dia menjawab secara selamba,
ibunyalah yang menceritakan semua itu. Bagaimana anda tafsirkan jawapan itu? Biarlah
anda sendiri membacanya dengan kritis. Anda perhatikan tajuknya: mengapa kasut
disandingkan dengan hati perempuan? Saya hanya boleh berkata, terdapat unsur
erotik yang lembut dalam perkataan “kasut” dalam judul itu. Hati perempuan?
Biasanya perempuan sukakan kasut. Tetapi...? Di sini terselit humor yang hanya
boleh difahami jika anda mempunyai daya kreatif (?) yang agak tinggi. Bolehlah
fikirkan, jika mahu. Kalau anda lebih bijak, anda akan terpegun bila anda
kaitkan kisah ibu yang diceritakan oleh pengkritik, dengan “kasut” dan hati
perempuan. Apakah yang membuat anda terpegun? Di situlah pentingnya anda
belajar membaca dengan betul, membaca dalam mod intelektual. Apabila anda lakukan ini, anda akan berasa sedikit
terhibur, atau mendapat sedikit kerdipan lilin kebijaksanaan. Carilah sendiri. Itulah
maksud saya seorang pelajar yang diajar berfikir, akan berasa puas membaca sebuah
karya yang paling bodoh sekali pun, seperti episod ini. Anda setuju episod ini salah sebuah episod paling
bodoh dalam karya ini? Pertanyaan yang sangat
mudah, tetapi sebaik saja anda cuba menjawabnya, anda mungkin dapat membayangkan,
walaupun secebis, atau seimbas, maksud stylization
of ideas yang sering saya sebut. Dan
anda mungkin dapat mengesan maksud “bodoh” di situ. Saya sedang tersenyum mencabar kemampuan intelektual
anda ... Anda mungkin dapat memahami dengan lebih mudah maksud pandai tulis dan
pandai mengarang! Sambil cuba menjawab soalan: Mengapa karya ini dimulai dengan
seloka “Sarjana Ciritan”? Sekiranya anda
lebih bijak, dan mempunyai pengalaman intelektual yang agak luas dalam falsafah
Barat dan teori sastera Barat, anda mungkin akan bertanya: Is this a kind of game? Tapi saya lebih bersetuju jika dipanggil “puzzle”,
bukan “game”. Apakah nama teori sastera Barat yang membicarakan aspek ini? Anda selalu menyebutnya ... [Just kidding!].
Mohd. Affandi Hassan,
Petaling Jaya, 26/6/2014
Salam Prof.
ReplyDeleteIni pertama kali sy baca tulisan2 prof dan kenal blog ini setelah diperkenalkan oleh seorang penuli yang saya panggil Kak Wardah. Ketika bincang ttg makna ilmu dan kritikan, dia ada sebut ttg tulisan2 Prof dan mencabar sy utk baca tulisan2 prof apabila sy katakan susah nak dpt baca tulisan yg kritis dn dpt pula jana daya kritis pelajar, di malaysia ni. Dlm sistem pendidikan pun, pelajar2 tak diajar dan x digalakkan utk kritis. Dasar ni saya kira krn kekhuatiran 'kuasa2 ghaib' thdp daya kritis generasi muda yg dianggap bbahaya kpd mereka. Sy terkejut apabila baca Balai Maqamat yg baru sy beli tadi, selepas sy baca entri2 Prof dan sy temui bab Tenggelam Dalam Arus. Apa yg Prof bangkitkn tu memang realiti yg blaku kpd pelajar2 yg cuba mahu kritis, dn prof dpt smpaikan dgn sangat tepat, padat dan bmakna. Sy puas krn ada juga yg prihatin thdp isu ini. Terima kasih banyak Prof! Semoga lebih ramai sarjana mcm prof!!
UM, PJ
Sarjana ciritan! Ayat tu biadab sangat x? macam menafikan semua sarjana yg tak menepati citarasa mohd. Affandi, semua salah ..
ReplyDeleteAnonymous, kalau sdr faham akar kata dan pengertian 'adab', sdr tidak akan menganggap ayat itu dan dalam konteks dalam tulisan itu sebagai 'biadab'. Adab is put something to the proper place. Letak pada tempat yg benar. Dalam tulisan sarjana ciritan ni, jelas2 tuan blogger merujuk sarjana ciritan pada 'pengusaha tulisan yg tak cukup sifat', maksud sy, tak cukup sifat sbg satu tulisan ilmiah yg benar2 tepati sifat ilmiahnya. Yg berhujah dgn ilmu, setiap pndgan dikemukakan dgn hujah dan dalil yg jelas. Bukan bersimpung siur mcm lambakan tulisan 'lmiah' yg ada sekarang. Yg jenis tangkap muat, kara org muda sekarang. Kalau macam tu punya tulisan ilmiah, layakkah penulisnya dianggap sarjana dlm pgertian sebenar. Sarjana yg tak menepati erti kesarjanaan. Apa macam?
ReplyDeleteWallahua'alam
Sedara Hamzah, awak ni tahu ke tak? Kakak awk tu x bagitahu yang affandi hassan ni bukannya profesor apa pun. Pandai2 je awk bg gelaran mcm tu. Sebenarnya sy nak kata, mcm awk sy pun sama. Sy rasa tulisan2 en mohd affandi mmg lebih jelas, hujah2nya dia susun baik, so jadilah mantap. Lagipun, mohd affandi guna falsafah islam which is memang mjadi tuntutan islm pada org Islam pun utk bpegang pada worldview islam dlm segenap aspek. Tak nampak pulak mana salahnya. Sy pun x faham kenapa org tak suka sgt pb ni. Yg ketara sgt2, org yg benci pb ni x suka cara mohd affandi ni berhujah. Nampak mcm kasar. tp kenapa pula kena berlembut2 kalau dgn cara lembut (x ada pun emosi) mithalnya dalam tulisan2 kreatif mohd affandi yg tulis pasal sastera pun org sastera x ambil pusing. X suka affandi jadi x payah baca? Senangnya hidup! Saya bkn orang sastera, tapi saya suka baca tulisan2 d blog ni yg buat sy slalu rasa fresh!
ReplyDeletePeminat Buku
"Sarjana Ciritan" mmg terlalu sesuai utk sarjana yg hanyut dalam saluran najis Barat. apa shj falsafah/teori dtg dr Barat menjadi kebanggaan mereka..LOMPONG pemikiran "sarjana ciritan" ini dipenuhi teori2 barat .. kini "sarjana ciritan" bergiat aktif menyalurkan saluran najis Barat kpd pelajar universiti... sya sbg ank muda tertnya2, bgaimana mereka menyesuaikan teori barat dgn kebudayaan melayu (islam)..
ReplyDelete"Pelajar" (bukan pelajar tahun empat kebanggaan prof. muhammad haji salleh)
Salam Anynomous 7:47 AM
ReplyDeleteRakan saya itu tak sebut pula Mohd. Affandi Hassan ni profesor atau apa. Sy yang sangka beliau Prof bila baca tulisan2 kat blog ni dn dalam buku Balai Maqamat tu. Tapi saya rasa x salah pun kalau sy panggil Prof. Prof tu maksudnya orang yg ahli dan alim betul dlm bidang dia. Muaalim. Bukan semata2 gelaran je. Kalau gelaran je, berapa ramai yg ada profesor ke MA tapi tulisan mcm sy yg masih degree ni? Sama je la kan?
Anyway, I feel alive with his thought! Alhamdulillah
Salam kepada semua yang beri pandangan.
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan anda semua. Moga-moga yang tertulis di blog ini memberi sedikit sebanyak manfaat, kepada yang setuju dan juga yang tidak setuju. Panggilan sasterawan untuk penulis sastera/cerita/sajak baru sangat lagi, bermula dalam tahun 1950. Dalam tahun 1981 muncullah sasterawan negara. Bagi saya ini bukan satu kemajuan, tapi satu penyelwengan budaya. Tidak ada sebab sama sekali untuk mengangkat sasterawan jadi sasterawan negara. Sumbangan mereka dari segi ilmu nol/nil. Peribadi mereka juga tidak dapat dicontohi; egonya terlalu besar; sombongnya lebih tinggi daripada Gunung Tahan. Kalau gelaran itu tidak disebut, mereka jadi masam muka, ada yang pernah membantah namanya tidak disebut dalam majlis. Anda mungkin tahu lebih banyak. Sukar mendapat karya yang betul-betul bermutu. Bahawa banyak sekali teori Barat digunakan untuk membicarakan karya mereka, tidak memberi jaminan karya mereka bermutu. Mereka harus diuji sehabis kritis, jika mereka betul seorang sasterawan negara yang tulen. Di sinilah peranan sarjana ciritan memainkan peranan mereka, mengipas sasterawan negara dengan pujian yang melampau. Bagi saya, memberi keistimewaan kepada sastera adalah satu pengkhianatan kepada perjuangan bahasa dan ilmu. Itu sebab saya cadangkan Hadiah Persuratan untuk memertabatkan ilmu dalam bahasa Melayu, dengan tidak melupakan penulis kreatif yang betul-betul bagus karyanya, bukan yang kontot-kontot seperti kata Shahnon Ahmad terhadap Baha Zain.
Selamat berpuasa. Maaf zahir batin.
Salam.
ReplyDeleteSaya setuju dengan soal sumbangan dan kemajuan yang diberikan sasterawan..lihat saja pada karya-karya mereka yang masuk dalam komponen sastera. Cerita2 yang tak membangunkan peribadi pelajar apatah lagi intelek murid. Sy pernah baca jejak warisan, kalau tak silap itu novel tuan yang terawal. Dan memang mengesankan. Novel tu buat saya sedar jati diri saya sbg orang Melayu dan lebih penting lagi sbg orang Islam. Saya harap Tuan akan terus menulis krn kami khususnya generasi kini mmg perlukan buku2 seperti itu.
Selamat berpuasa dan menyambut hari raya, inshaAllah