Wednesday, May 15, 2019

“PERSURATAN ADALAH PERJUANGAN” ADALAH SATU GERAKAN YANG MESTI DITERUSKAN



“Persuratan adalah perjuangan” bukan slogan, tetapi  satu janji untuk bangsa Melayu menjadi cerdik dan berani menghadapi pengkhianatan intelektual dan politik yang nampaknya semakin rancak. Mitos Sejarah Melayu dan Mitos Malayan Union yang kini menjadi pegangan semua pemimpin politik Melayu mesti ditentang, malah penulisan Pujangga Melayu itu sendiri sebenarnya mengajak umat Melayu menentang Dua Mitos Agung ini.  Apakah matlamat penulisan novel besar itu? Baca dengan teliti dua halaman akhir novel itu dan dialog terakhir di halaman akhir novel. Itulah tujuan dan matlamat perjuangan dalam persuratan, untuk menegakkan “negara adil dan makmur” yang dipimpin  oleh seorang  Umar Abdul Aziz baru, dari bangsa Melayu.  Tokoh besar ini akan lahir satu hari nanti, kerana itulah ketentuan Ilahi yang tidak pernah menghampakan para pejuang Islam di mana-mana sekali pun. Sekali berlaku pengkhianatan maka hancurlah masyarakat Islam, seperti yang kita lihat di Timur Tengah sekarang.  Mereka jadikan pelaksanaan demokrasi sebagai alasan untuk menghancurkan Islam. Inilah hakikat politik yang patut disedari oleh semua umat Islam seluruh dunia. Demokrasi adalah musuh Islam, alat kaum kapitalis untuk mengekalkan cengkaman mereka ke atas rakyat dan masyarakat antara bangsa, termasuk Malaysia.  Harapan umat Islam sedunia ialah kemunculan sebuah Negara Islam Nusantara, kerana hanya itulah saja caranya bangsa Melayu boleh diselamatkan.  Mereka telah dikhianati oleh UMNO, dan kini oleh Pakatan Harapan. Itulah sejarah politik bangsa Melayu. Sepanjang hayat mereka ditipu oleh ahli politik Melayu yang menggunakan kekuatan undi mereka untuk membina mahligai kejayaan para pemimpin itu sendiri. Kita harus sedarkan masyarakat bahawa mereka perlu mendaulatkan pemimpin yang berjiwa Umar Abdul Aziz, bukan pemimpin jenis Firaun dalam samaran seperti yang mendapat sokongan rakyat sekarang, yang semakin jelas bertujuan membina Negara Firaun kecil dengan memberi nama Pakatan Harapan, yang sebenarnya merugikan Melayu dan menjadikan sokongan Melayu sebagai permainan politik yang amat jahat. Pada waktu ini, seperti dahulu, jika kita lebih terbuka menyatakan matlamat perjuangan politik Melayu, maka kita dituduh perkauman; tetapi bukan perkauman jika penipuan politik itu dilakukan oleh bukan Melayu. Mengapa Melayu tidak kenal musuh politik mereka? Sebabnya kerana mereka diperbodohkan oleh para pemimpin mereka sendiri.  Maksud musuh politik bukan bermaksud perseteruan antara kaum. Anda mesti faham ini dan mesti jelas. Anda  boleh bekerja sama dengan mereka, tetapi bukan untuk menjadi hamba mereka, seperti yang kini boleh kita lihat dengan jelas apabila satu kumpulan yang menentang Melayu, yang dalam tahun 1969 berarak di Selangor sambil menjeritkan, “Melayu balik kampung”, dengan penegasan bahawa Kuala Lumpur adalah milik mereka.  (Untuk mengetahui kejadian sebenar 1969 itu baca buku Tunku Abdul Rahman, May 13: Before and After (1969, Utusan Melayu. Tunku menulis berdasarkan maklumat tepat dari pihak polis.) Malah dalam sejarah pun mereka berkata Kuala Lumpur dibuka oleh seorang peniaga (?) Cina, yang sebenarnya kuli kepada Raja Abdullah, pembuka Kuala Lumpur yang sebenar. Melayu yang “simple minded” tidak tahu fakta sejarah ini. Sekarang aku beritahu kamu semua, Kuala Lumpur dibuka oleh Raja Abdullah, dan Cina yang kamu terima sebagai pembuka Kuala Lumpur adalah kuli Raja Abdullah. Ingat ini, supaya kamu ada maruah sejarah supaya kamu tidak mudah tertipu. Ini bukan perkauman, kerana Tanah Melayu ini hak kamu sejak asal. Pendatang dibawa ke Tanah Melayu oleh Inggeris untuk menindas kamu. Itulah fakta sejarah yang Melayu perlu tahu dan sedar diri bahawa mereka dianggap sebagai hamba oleh Inggeris, tidak dibenarkan melombong bijih, membuka ladang, tapi ditempatkan di kampung-kampung untuk menanam padi.  Sekolah Melayu pun setakat Darjah 3 saja. Sekarang sudah nampak gerakan untuk masuk ke kampung-kampung Melayu dengan janji untuk memberikan mereka kemajuan, padahal rancangan sebenarnya ialah untuk memiliki  tanah milik Melayu. Kamu tahu berapa peratus tanah di Tanah Melayu ini yang masih milik Melayu? Aku tidak mahu beritahu kamu kerana aku mahu kamu semua cari sendiri kerana sudah ada maklumat lengkap tentang Melayu yang kononnya punya Tanah Melayu, tetapi tanah di Kuala Lumpur bukan milik mereka.  Lihat antara lain penyelidikan oleh Puan Zaharah Sulaiman dan lain-lain, yang boleh didapati melalui YouTube.  Lagu “Tipah Tertipu Lagi” adalah lagu Melayu yang perlu mereka hafal dan laungkan di mana-mana saja mereka berada. Tipah itu Melayu!

Sejarah yang diajarkan kepada kita masa kita bersekolah dulu, hingga sekarang pun, bukan sejarah yang benar, tetapi satu pembohongan sejarah yang amat jahat, yang dirancang oleh bangsa yang paling jahat di dunia, Inggeris.  Kita perlu menulis kembali sejarah kebangkitan bangsa Melayu sejak 60,000 tahun dahulu, bagaimana peranan mereka dalam sejarah dunia.  Ketika itu Inggeris belum ada negara, masih berkelakuan seperti binatang. Ketika itu Melayu sudah ada tamadun. Inggeris membawa masuk secara besar-besaran Cina dan India untuk menimbus Melayu dan mereka telah berjaya. Inilah kumpulan yang dalam tahun 1969, selepas menang pilihan raya tahun itu, berarak secara besar-besaran di Kuala Lumpur, menjeritkan “Melayu Balik Kampung.” Mereka telah mengisytiharkan Kuala Lumpur milik mereka!  Aku telah menulis sebuah cerita pendek yang kamu tidak baca, “Nikmat Kemakmuran” mengenai perkara ini. Dalam Pujangga Melayu ada satu rangkap syair atau apa saja yang kamu mahu beri nama, empat baris, yang dapat kamu baca di halaman 528, edisi baru 2019. (Salah eja: lagu bukan  “lagi” seperti tertulis hal. itu).  Persuratan adalah perjuangan, itulah dia, itulah maksud syair itu. Kalau kamu betul-betul Melayu yang berkuasa 60,000 tahun dahulu, kamu harus merampas kembali hak kamu yang telah dilucutkan oleh Inggeris untuk orang Cina dan India. Ini sejarah, bukan perkauman. Kamu jangan takut dituduh perkauman, kerana yang perkauman itu bukan kamu, tetapi orang luar yang didatangkan Inggeris yang tidak tahu sejarah yang klaim Tanah Melayu ini bukan hak Melayu!  Baca syair yang aku sebut itu beramai-ramai di mana saja ada perhimpunan.  Ingat, persuratan adalah perjuangan!

Para sasterawan, terutama sasterawan negara, adalah kumpulan yang buta sejarah dan tenggelam dalam lumpur teori sastera Barat  yang menjadi ikutan mereka, oleh itu mereka tidak mempunyai maruah sejarah dan hanyut dalam lumpur teori sastera Barat yang mengutamakan sensasi dan imaginasi dalam karya mereka.  Anak-anak muda yang menjadi penyokong mereka adalah juga buta sejarah, dan tiada perasaan bangga mempunyai sejarah gemilang bangsa Melayu. Inilah kumpulan yang bacul dari segi intelektual, yang mengutuk Gagasan Persuratan Baru bagai golongan munafik zaman Nabi SAW yang bila berkumpul sesama mereka mengutuk agama Islam dan mengaku mereka hanya berolok-olok kononnya memeluk Islam, padahal mereka munafik, yang jelas disebut dalam Surah Al-Baqarah.  Hal yang sama terjadi dalam sastera Melayu apabila kumpulan yang menentang Pujangga Melayu, tetapi tidak menyatakannya dalam tulisan mereka,  lalu memilih untuk berdiam diri seperti “lembu kenyang”. Mereka tertawa terhinggut-hinggut apa bila pengarang Pujangga Melayu  meletakkan novel agung sastera Melayu itu lebih baik daripada War and Peace, dinilai daripada perspektif ilmu yang benar.

Apabila PB mencabar para sarjana yang menentang ilmu yang benar ini, dengan mengemukakan Pujangga Melayu sebagai manifesto politik Melayu, para sarjana ini  membisu kerana mereka tidak tahu sejarah bangsa Melayu, oleh itu tercengang hairan dan  berasa takut bila ada di antara mereka membaca Pujangga Melayu.  Tiada seorang pun memberi perhatian, kerana kesombongan mereka yang tidak bermaruah ini, apabila Pujangga Melayu mencabar War and Peace.  Mereka tidak memberi response  kepada cabaran ini kerana mereka tidak ada maruah sejarah dan tiada juga maruah intelektual untuk memberi pandangan kritis mereka; maka jadilah mereka seperti “lembu kenyang” seperti yang disindir oleh orang Kelantan bila keadaan seumpama ini terjadi.  Kumpulan “lembu kenyang” ini memanggil kumpulan mereka Mutual Admiration Club, yang amat dibanggakan oleh para sasterawan negara kerana kumpulan ini, yang terdiri daripada para sarjana sastera, mengangkat para sasterawan negara ini walaupun mereka tahu para sasterawan ini adalah penulis picisan, yang saya buktikan dengan jelas dalam buku saya,  Anugerah Sastera Negara dalam Kesusasteraan Melayu Moden (2019).

Menjadikan konsep ilmu yang benar sebagai asas penulisan kreatif dan penilaiannya, menimbulkan kemarahan yang amat sangat para sasterawan negara dan penyanjung mereka para sarjana sastera, kerana mereka tahu tidak sebuah pun karya para sasterawan negara itu berasaskan konsep ilmu itu, yang akhirnya menjadikan karya mereka hanyalah karya picisan.  Dengan itu mereka tidak mempunyai hujah untuk mempertahankan diri.  Inilah satu tragedi yang kekal abadi dalam sejarah sastera Melayu yang diwariskan oleh para sasterawan picisan ini.

SELAMAT HARI RAYA ‘IDUL FITRI 1440. MAAF ZAHIR BATIN.

Mohd. Affandi Hassan,
Petaling Jaya, 14 Mei 2019.

No comments:

Post a Comment