Saturday, May 18, 2019

AJAR SAMA PENDATANG MEREKA BUKAN ASAL SINI



Kini naratif perkauman diberi wajah baru, kononnya. Mereka menafikan sejarah, dan sesiapa yang bercakap tentang sejarah kedatangan pendatang adalah golongan perkauman. Mereka menafikan sejarah bahawa Melayu sudah ada di Nusantara ini sejak 60,000 tahun lagi. Waktu itu Cina, India, dan lain-lain belum wujud dalam sebuah negara; mereka belum ada negara. Para pendatang ini perlu sedar diri siapa mereka untuk menentukan jalannya sejarah Semenanjung Tanah Melayu.   Sejarah negara Melayu ini perlu ditulis semula untuk meletakkan orang Cina dan India pada kedudukan yang sebenar sebagai pendatang yang dibawa oleh Inggeris untuk melenyapkan Melayu. Usaha itu tidak berjaya, tetapi Melayu terjejas besar dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan politik.  Mereka yang bukan Melayu ini dapat hak istimewa mereka dalam perjanjian kemerdekaan, dalam jus soli. Secara automatik mereka jadi rakyat tanpa sebarang saringan. Melayu mesti tahu hakikat sejarah ini; dan Cina serta India pun mesti mengaku hakikat sejarah ini. Apakah implikasinya?  Kita boleh lihat sekarang bila DAP akhirnya berjaya mendapat kuasa dengan bantuan Melayu sendiri. Pelik bukan? Tidak. Memang Melayu begitu tabiatnya. Sekarang ramai Melayu menjadi anggota DAP, tetapi tiada Melayu dibenarkan oleh Cina DAP muncul menjadi pemimpin parti DAP pada kedudukan kepemimpinan utama. Seperti biasa, Melayu yang bangsat terus bangsat dalam DAP, walaupun ada yang dapat jadi Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat dan Negeri. Mengapa Melayu sanggup menjadi hamba DAP? Yang tahu jawapannya hanya DAP, tetapi mereka tidak akan memberitahu hakikat sebenar. Itulah kelebihan DAP yang Melayu tidak tahu. Cerita sebenar diberitahu oleh Perdana Menteri ketika itu dalam buku beliau yang semua rakyat Malaysia perlu baca. Cari buku itu dalam semua bahasa yang ada di Malaysia. Baca dan faham apa yang terjadi menurut maklumat rasmi yang dibekalkan oleh polis sendiri. Semua stesen TV patut siarkan kembali perarakan bising DAP yang menjerit  menghalau Melayu balik kampung itu.  Ini sejarah, tidak boleh dibohongi. Tahun 1969 adalah tahun keruntuhan politik Melayu yang semua orang Melayu mesti ambil peduli untuk tahu mengapa jadi begitu. 

Apakah hak istimewa Cina dan India yang Melayu tidak sedar walaupun mereka tahu. Cina dan India menolak penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa persatuan, dengan itu mereka diberi hak istimewa untuk membangunkan sekolah mereka sendiri, kini dengan bantuan kerajaan sendiri. Mereka menolak kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Bagi mereka bahasa Melayu adalah bahasa pariah untuk Melayu yang tidak boleh berbahasa lain. Inilah hakikat politik bahasa yang Melayu tidak mahu ambil peduli walaupun mereka membina DBP. Jika anda dengar bagaimana orang asing ini bercakap Melayu, anda tahu betapa bencinya mereka kepada bahasa Melayu. Tiada seorang pun MP Cina dan India di Parlimen yang boleh bercakap bahasa Melayu seperti Anwar Ibrahim, yang kita boleh jadikan standard dalam penggunaan bahasa Melayu tinggi. Kita tunggu penafian mereka; sementara itu kita juga mahu dengar pendapat DBP mengapa organisasi ini gagal menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa nasional yang fasih diucapkan oleh semua rakyat Malaysia. Apa yang mendorong DBP menggagalkan usaha penyatuan rakyat melalui bahasa Melayu ini?

Walaupun ramai kaum pendatang ini sudah menjadi rakyat Malaysia, mereka masih tetap dengan pendapat asal mereka kerana mereka mempunyai asal usul yang jelas. Malaysia  dalam tahun 1981 seorang  Cina lulusan Universiti Taiwan, yang jadi SU Politik  Menteri Kesihatan(Cina MCA) ketika itu, memberitahu bahawa jalan terbaik untuk Malaysia ialah dengan membahagikan Semenanjung Tanah Melayu kepada dua entiti: satu untuk Melayu di sebelah Timur; satu untuk bukan Melayu di sebelah Barat. Kumpulan ini tidak mahu dibebankan untuk memajukan Melayu di negeri-negeri mundur di Pantai Timur. Siapakah yang mahu menafikan hakikat sejarah ini? Tentu rekodnya masih ada dalam akhbar atau dalam simpanan rekod Radio jika tidak dimusnahkan.  Diperlukan kejujuran dan keberanian untuk membangkitkan hakikat sejarah ini yang mencerminkan cita-cita kaum pendatang yang tidak akan lenyap dari impian mereka.  Tidak mungkin lenyap buat selama-lamanya. Jalan terbaik untuk keamanan kekal ialah dengan memberikan kemahuan mereka ini, seperti yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putera  ketika menceraikan Singapura dari Malaysia ketika Lee Kwan Yew mahu menawan Tanah Melayu melalui undi Cina. Perpisahan Singapura 1965 adalah sejarah yang terbentang di depan mata. Sekarang Singapura menggunakan perancangan pembangunan ekonomi  kerajaan Malaysia untuk menawan Tanah Melayu dari segi ekonomi dan kependudukan apabila beberapa projek besar dibina nanti, yang akan berakhir dengan rakyat Singapura membeli kawasan-kawasan sepanjang pembangunan itu. Melayu tahu, tetapi mereka tetap patuh kepada pemimpin mereka supaya tidak membangkitkan perkara-perkara yang mereka tidak boleh selesaikan. Apakah perkara-perkara itu, yang tidak boleh diselesaikan?

Sejarah perpisahan sudah ada. Seterusnya hanya menunggu masa.

Dari segi penggunaan bahasa Melayu pemimpin Cina Singapura jauh lebih fasih berbahasa Melayu daripada ahli politik Cina Malaysia.  Mengapa hal ini terjadi dan dibiarkan? Jawapannya sangat jelas dan amat mudah. Oleh itu tidak perlu diketahui.

Kini rakyat Indonesia sedang dalam ketakutan (?) bila mereka sedar Cina sedang menguasai semua aparatus negara Indonesia, dengan itu Indonesia sekarang menjadi koloni Cina. Usaha yang sama sedang dilaksanakan oleh para pemimpin  Melayu sendiri untuk membawa Cina sebagai kuasa kolonial, yang memang disedari dan disebut berkali-kali dalam warta berita yang tersiar dalam semua stesen TV Malaysia.  Pada umumnya Melayu menerima Cina sebagai kuasa kolonial yang membawa kemakmuran kepada Malaysia, seperti yang sering disebut oleh para pemimpin yang berkuasa sekarang.  Kata ahli politik Melayu, kita tiada pilihan setelah Eropah gagal membantu, malah muncul menjadi pengkhianat pembangunan Malaysia dengan menggunakan PBB untuk melaksanakan penjajahan mereka. Aspek ini tidak dibincangkan dalam mana-mana forum yang disiarkan oleh mana-mana stesen TV Malaysia. Mengapa terjadi penyembunyian yang ketara ini?  Menurut pemimpin Melayu sendiri, Cina lebih jujur daripada Eropah.  Kenyataan seumpama ini berlambak dalam akhbar dan dalam TV. Diplomasi Cina jelas lebih berjaya daripada diplomasi Barat/Eropah.

Di Indonesia Cina menguasai semua bidang ekonomi, pelajaran, teknologi, politik dan percetakan.  Kalangan terpelajar Indonesia telah menyatakan kebimbangan mereka kepada pengaruh Cina ini, kerana kesannya terhadap agama Islam amat besar. Cina menggalakkan maksiat di kalangan orang Islam, dengan membuka pusat-pusat hiburan untuk golongan muda. Yang menarik, kawasan perlombongan di pedalaman Sulawesi juga sudah dikuasai Cina. Akhirnya Indonesia yang begitu besar dan megah akan menjadi negara Cina di Nusantara. Tetapi yang sebaliknya berlaku di Filipina. Islam berkembang pesat, sehingga ada ramalan bahawa satu masa yang terdekat Filipina akan menjadi sebuah negara Islam seperti sebelum kedatangan Sepanyol dulu. Kalau ramalan ini betul, maka nama Manila yang dalam bahasa Arab itu akan kembali menjadi Makmanul’Llah! Negara aman yang dilindungi Allah. Manila adalah perkataan Arab.  Penyertaan masyarakat masuk Islam sedang berlaku. Kita boleh menduga Amerika akan datang ke Filipina untuk menghapuskan Islam. Tunggulah…

Sejauh mana Melayu Malaysia sedar bahawa mereka pun akan dihimpit  oleh Amerika untuk menerima pengaruh Amerika atau dihuru-harakan. Seluruh Timur Tengah hancur lebur kerana usaha Amerika mengembangkan demokrasi di sana.  Demokrasi adalah musuh Islam, dan selama-lamanya anti-Islam. Bila Islam menang di Mesir, dengan segera Amerika melalui pemimpin politik Mesir membatalkan kemenangan Islam itu. Inilah bukti paling jelas, jika Melayu mahu tahu, bahawa demokrasi adalah musuh Islam, dan hanya boleh hidup jika orang Islam menerima seluruh prinsip demokrasi. Anda tidak sedar bahawa prinsip utama demokrasi ialah korupsi; demikianlah caranya Presiden Amerika sekarang menang dalam pilihan raya.
Bilakah Melayu akan menjadi cerdik? Bacalah Pujangga Melayu, jawapannya berada di situ. Tetapi masalahnya DBP sendiri menolak Pujangga Melayu dan menentang hebat PB supaya tidak diterima oleh penulis Melayu. Apakah makna semua ini. Melayu mempunyai satu perkataan yang amat tajam, tetapi kini tidak menyengat lagi kerana hampir semua Melayu sudah berada di dalam kandangnya. Apakah perkataan itu? Kalau anda tidak tahu, maka patutlah anda berada di dalam kandang yang sama.

Selamatlah jiwa yang sempurna!!



Mohd. Affandi Hassan,
 Petaling Jaya, 18 Mei 2019.








1 comment: