Saturday, April 29, 2017

MEMBACA NARATIF OGONSHOTO DARI PERSPEKTIF DEKONSTRUKSI

Salah seorang genius Barat yang paling kontroversial ialah Derrida. Kalau anda tidak biasa membaca tulisannya dan tulisan orang lain mengenainya, anda anggap dia seorang yang tidak siuman. Dia mahu samakan sastera dengan falsafah. Bayangkan Naratif Ogonshoto sama tarafnya dengan karya Prof. Syed Muhammad Naguib al-Attas. Andai beruk boleh tertawa macam sasterawan, tentu mereka akan tertawa. Tetapi itulah Derrida. Lain-lain kejutan anda akan dapat sendiri jika anda membacanya. Tetapi beliau mendapat ramai penyokong di Amerika Syarikat suatu masa dulu; tetapi sekarang tidak lagi. Mengapa saya bawa Derrida dalam perbincangan ini? Saya mahu uji bagaimana jadinya novel Anwar Ridhwan Naratif Ogonshoto jika dinilai dari perspektif dekonstruksi. Dan bagaimana pula akan terjadi kepada Pujangga Melayu jika dekonstruksi dijadikan pendekatan untuk menilai novel persuratan itu.  Sekarang saya sedang tertawa, tidak boleh menulis seterusnya. Saya akan sambung beberapa hari lagi jika masih ada mood. Terlalu lucu….  Sesiapa yang ada pengetahuan tentang dekonstruksi, bolehlah cuba dahulu sementara menunggu sambungan tulisan saya.


Petaling Jaya, 29/4/2017.

No comments:

Post a Comment