Monday, December 15, 2014

KESAN NEGATIF PEMILIHAN TEKS YANG SALAH DALAM PENDIDIKAN SASTERA: TOLAK NOVEL NARATIF OGONSHOTO SEBAGAI BUKU TEKS SASTERA



Jika benar novel Anwar Ridhwan, Naratif Ogonshoto, telah dipilih untuk dijadikan teks tahun 2015, maka satu kesilapan besar telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan yang membuat keputusan itu. Apakah alasan Kementerian untuk memilih novel ini? Penjelasan ringkas yang diberikan ialah novel ini sebuah novel yang bermutu tinggi yang telah diakui oleh para sarjana dalam dan luar negeri, yang ditulis oleh seorang sasterawan negara. Gelaran sasterawan negara yang dianugerahkan kepada penulisnya sudah cukup untuk menjadi hujah bahawa novel ini adalah sebuah novel yang bermutu dari segi pemikiran dan indah bahasanya dilihat dari perspektif estetik.  Seperti yang kita tahu, Kementerian Pendidikan sangat sensitif tentang penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan. Tetapi apabila Kementerian memilih novel ini, maka polisi Kementerian yang ingin memperkenalkan dan mempertahankan nilai-nilai murni itu terpelanting ke dalam longkang nilai yang kotor dan busuk.  Novel Naratif Ogonshoto  adalah sebuah karya yang tidak langsung memiliki sebarang nilai murni yang menonjol dan ditonjolkan dengan sedar oleh pengarangnya; malah yang ingin ditekankan ialah betapa kejahatan itu boleh dijadikan tema novel yang bermutu sekiranya pengarang mengasaskannya kepada falsafah tertentu, dalam hal ini ialah falsafah Machiavelli. Seorang sarjana yang menulis tesis Ph.D. beliau tentang Anwar Ridhwan, Dr. Mawar Shafie, telah menegaskan dalam tesis beliau yang diterbitkan, Novel Intertekstual Melayu (UKM 2010), bahawa Anwar Ridhwan sendiri mengaku dia mendapat ilham, seperti yang ditegaskan sendiri oleh pengarangnya, daripada ajaran sesat Machiavelli yang terkenal, “matlamat menghalalkan cara”. Pengakuan ini disebut oleh Mawar  Shafie dalam bukunya itu. Pengakuan ini penting kerana pengarang novel ini sendiri tidak melihat sebarang kesalahan untuk menjadikan ajaran Machiavelli sebagai tema novelnya yang mendapat sanjungan Panel Anugerah Sastera Negara sendiri.  Adakah ini bermaksud, apabila seorang sasterawan sudah diberi anugerah sasterawan negara, maka dia diberi kebebasan untuk memperkenalkan idea yang songsang dalam sistem pendidikan negara Malaysia? Jika inilah keputusan Menteri Pendidikan sendiri, yang diperakukan pula oleh pakar sastera dalam Kementerian, maka teruskanlah melakukan kesilapan ini, kerana Kementerian mempunyai kata putus dalam menentukan apakah yang dimaksudkan dengan nila-nilai murni dan nilai-nilai yang bertentangan dengan nilai-nilai murni itu.

Tetapi dari segi psikologi pendidikan, juga dari segi pendidikan moral yang diajarkan oleh Islam, para pelajar harus diajar nilai-nilai moral yang baik secara langsung dan positif, tidak melalui pendekatan negatif, jika itulah yang difikirkan oleh Kementerian, dengan mengajar murid-murid bagaimana kejahatan dilakukan oleh para pemimpin dan mereka kemudian diberitahu supaya tidak mengikuti atau menjadikan contoh kelakuan para pemimpin yang jahat dan zalim itu, yang amat ditekankan dalam novel Naratif Ogonshoto ini. Saya telah menulis panjang lebar menghujahkan bahawa novel ini adalah sebuah novel picisan saja, dimodelkan daripada cerita penglipur lara yang menurut Panel Anugerah Sastera Negara, “Dunia Ogonshoto yang padat dengan misteri, ilmu sihir, firasat, mitos dan simbolisme itu masih berakar pada realiti dunia.  … sebuah dunia yang separa-nyata dan separa-magis” (Laporan 2009, hal. 33).  Adakah inilah jenis sastera yang ingin disebarkan oleh Kementerian Pendidikan kepada para pelajar sekolah menengah?

Para pendidik yang pakar dalam sistem pendidikan negara dan para sarjana sastera yang serba tahu tentang teori sastera Barat, harus terlebih dahulu membahaskan perkara ini dengan mendalam sebelum para pelajar kita disesatkan dengan ajaran Machiavelli. Mengapa kita harus menyeleweng begitu jauh? Tidak adakah karya novel yang betul-betul bermutu dan jelas nilai-nilai moral dan nilai-nilai murninya yang boleh dijadikan teladan para pelajar kita?

Kementerian Pendidikan tidak wajar membawa karya picisan ke dalam kelas, lebih-lebih lagi yang tidak menggambarkan adanya nilai-nilai murni yang menjadi falsafah pendidikan Kementerian. Di samping itu, Kementerian patut bersikap terbuka untuk mendengar pandangan yang berbeza daripada yang diberikan oleh para pegawai dan para sarjana sastera yang terlalu kebaratan cita rasanya.

Mohd. Affandi Hassan,
Petaling Jaya, 15/12/2014.


30 comments:

  1. Siapa pula di dalam KPM yang menyarankan novel ini? Tak lain tak bukan tentulah 'orang-orang' (bukan orang-orang) sastera itu sendiri. AJK Pemilihan bagi teks KOMSASlah yang bertanggungjawab dan KPM yang tak tahu apa menurut sajalah golongan AJK yang 'ahli' benar dalam sastera tu.

    Amir Mukhlis
    Putrajaya

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Sdr. Mukhlis. Satu buku panduan tentang kaedah membaca dengan betul dan bagaimana menilai karya sastera perlu ditulis untuk dijadikan panduan oleh para guru dan pelajar. Kasihan mereka dan budak2 ni terus diperbodohkan. sedihnya dilakukan oleh para sarjana sendiri. lihat bagaimana mereka pertahankan si tenggang. malu kita mempunyai sarjana tidak bermaruah. harap2 ada orang yang akan membantu para guru dan pelajar menunjukkan bagaimana membaca dengan betul dan menilai dengan objektif teks yang disogokkan kepada mereka. kita perlu selamatkan para guru sastera dan murid-murid mereka daripada penipuan akademik ini. Terima kasih sekali lagi Sdr. Mukhlis membangkitkan peranan Komsas ini.

    ReplyDelete
  3. Dulu Komsas ajar murid jadi kurang ajar dengan Si Tenggang nukilan SN kita. Mula tahun depan, Komsas mengajar murid tentang zalim dan kejam dengan Ogonshoto pula. Teringat pula saya pada sepasang baju PENA yang ditampal ke bajunya dengan kata2 oleh SN lebih kurang tentang sastera yang mengajar manusia tentang budi bahasa. Soalannya, kalau komsas dirimbunkan dengan kisah2 Si Tenggang yang kononnya baik dan selama ni tak ada hak utk bersuara kerana dianggap derhaka, dan kini tentang watak2 zalim dan kejam, mana datangnya soal budi bahasa? Atau setakat itulah ukuran adab dan budi bahasa fahaman sastera dan sasterawan kita?

    Teringat kata prof izi "renung- renungkan dan selamat beramal"

    Sofia Humaira
    UPM

    ReplyDelete
  4. aku suka membaca tulisan dan komen kalian-
    MARSLI N.O

    ReplyDelete
  5. Bro Marsli, apa pulak pandangan Bro ttg isu ni. Nak jugak baca tulisan Bro pasal isu ini. Nak harap sasterawan lain macam tak dak harapan je.

    ReplyDelete
  6. Pernah mengajar Tenggang's Homecoming pada budak Form 4. Rasa macam nak baling antologi dari tingkat 3

    ReplyDelete
  7. Terima kasikh kerana memberi maklumat yang bagus begini. Nampaknya sasterawan negara sendiri yang membunuh minat pelajar terhadap kesusasteraan. masih boleh diselamatkan jika pendekatannya betul, dengan tumpuan kepada pelajar untuk menyatakan pandangannya yang kritis. mereka mesti diajar berfikir secara kritis. kalau ada yang kata karya yang disogokkan kepada mereka bodoh, guru mesti terbuka untuk berdialog dengan mereka. mungkin pandangan mereka betul. jangan bantutkan pemikiran anak2 muda melalui pengajaran sastera yang salah. bantu mereka menjadi cerdik dan berdikari dari segi pemikiran. Terima kepada semua yang memberi respon.

    ReplyDelete
  8. Awal cerita yg membosankan dan memeningkan kepala..mcm mana perasaan ingin tahu nk hadir kalau permulaan x dpt merangsang minat mrk?minat membaca murid2 saya 'dibunuh'..sy sndiri belum habis baca, separuh jalan..murid2 pun..respon mereka bosan, ntah ape2 la..ni kelas depan..kls blkng confirm x kan baca..sedih..

    ReplyDelete
  9. saya tidak fikir 'orang-orang sastera' ada dalam pemilihan itu seperti kata amir mukhlis. Sebab, kalau 'orang-orang sastera' ada dalam pemilihan, tentu mereka lebih berminat untuk pilih karya sendiri.

    Saya fikir naskhah itu dipilih oleh ajk yang tidak begitu tahun tentang teks sastera yang ada dan memilih NO atas kapasiti SN penulisnya.

    Amirah

    ReplyDelete
  10. Pada pendapat saya sebagai guru yang mengajar subjek Kesusasteraan Melayu....novel ini amat 'berat' untuk seorang pelajar....apatah lagi dengan dasar sekarang yang menempatkan subjek ini dalam kalangan murid yang lemah...saya bersetuju dengan ckgu roshazima zakaria...ia seolah-olah membunuh minat membaca murid dan sekaligus lama kelamaan akan melenyapkan 'minat yang dipaksa' kepada murid untuk mempelajari subjek ini.....

    ReplyDelete
  11. yes saya sokong 100%. novel ini sgt tidak sesuai dgn level pelajar sekolah menengah. harap pihak terlibat bleh kaji semula. kalau ckgu xbleh nk fham inikan pula pelajar. mohon tindakan

    ReplyDelete
  12. Saya sokong pendapat roshazima zakaria. Amat payah nak ajar terutama kelas hujung memang tak berminat nak baca novel tersebut. Saya yang mengajar pun risau bagi kupasan tentang novel tu kerana saya bukan guru opsyen hanya bidang terjun.

    ReplyDelete
  13. Komsas lain... Subjek kesusasteraan Bahasa melayu lain.... Berbicara biar berilmu dlm membicarakan ilmu.

    ReplyDelete
  14. Serupa dengan isu teks Hikayat Umar Umaiyah suatu ketika dahulu. Sejarah berulang kembali ...apabila ramai yang protes...

    ReplyDelete
  15. Saya sebagai guru yg mengajar kesusasteraan melayu juga risau bila membaca novel ini yang agak berat dan memerlukan daya berfikir aras tinggi..sedangkan rata - rata pelajar yg mengambil subjek nie adalah pelajar2 hujung. Bila melihat saja novel ini, terus bertambah2 rasa kurang minat terhadap subjek ini. Dibandingkan dgn teks yang lama...teks lama lebih mudah dan juga lebih dekat dengan realiti kehidupan pelajar. Harapannya kajian mendalam sepatutnya perlu dibuat dengan mengambil kira pendapat golongan guru sebelum sesuatu teks dipilih..ini kerana hanya guru yang tahu bagaimana penerimaan pelajar terhadap sesuatu teks yg menjadi bahan kajian.

    ReplyDelete
  16. Saya sebagai guru yg mengajar kesusasteraan melayu juga risau bila membaca novel ini yang agak berat dan memerlukan daya berfikir aras tinggi..sedangkan rata - rata pelajar yg mengambil subjek nie adalah pelajar2 hujung. Bila melihat saja novel ini, terus bertambah2 rasa kurang minat terhadap subjek ini. Dibandingkan dgn teks yang lama...teks lama lebih mudah dan juga lebih dekat dengan realiti kehidupan pelajar. Harapannya kajian mendalam sepatutnya perlu dibuat dengan mengambil kira pendapat golongan guru sebelum sesuatu teks dipilih..ini kerana hanya guru yang tahu bagaimana penerimaan pelajar terhadap sesuatu teks yg menjadi bahan kajian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamuaalaikum cikgu..bagaimana saya ingin contact cikgu? saya pelajar sastera

      Delete
  17. sgt2 kecewa dgn kehadiran NO d skolah menengah

    ReplyDelete
  18. Teruskan usaha murni kita dalam mendidik anak-anak bangsa. Kekejaman dan kezaliman presiden dalam Naratif Ogoshonto seharusnya menjadi sempadan dan sebagai guru mesti memberi penegasan supaya janganlah kita menjadi pemimpin yang zalim dan tamak.

    ReplyDelete
  19. Secara peribadi saya juga tidak bersetuju novel tersebut dijadikan teks Kesusateraan Melayu SPM. Realitinya "kita mentimun...kementerian durian". Langkah paling baik seperti disarankan sasterawan kita sdr Affandi Hasan...para guru mesti bijak mentafsir dan mengajar teks tersebut.

    ReplyDelete
  20. Teruskan usaha murni kita dalam mendidik anak-anak bangsa. Kekejaman dan kezaliman presiden dalam Naratif Ogoshonto seharusnya menjadi sempadan dan sebagai guru mesti memberi penegasan supaya janganlah kita menjadi pemimpin yang zalim dan tamak.

    ReplyDelete
  21. Teruskan usaha murni kita dalam mendidik anak-anak bangsa. Kekejaman dan kezaliman presiden dalam Naratif Ogoshonto seharusnya menjadi sempadan dan sebagai guru mesti memberi penegasan supaya janganlah kita menjadi pemimpin yang zalim dan tamak.

    ReplyDelete
  22. Seperti yg dikatakan di atas memang ada benarnya..NO terlalu berat untuk dihadam oleh pelajar..cikgu yang mengajar pun pening kepala..ditambah pula dengan ketandusan bahan rujukan..KPM hanya tahu buat teks baru tapi cikgu2 tak dibantu dari segi bahan rujukan..sangat menyedihkan..

    ReplyDelete
  23. Saya sebagai guru kesusasteraan melayu saya terpanggil untuk memberi komen tentang teks novel NO yang terlalu berat untuk dikupas oleh pelajar sama ada dari segi tersurat mahupun tersirat. Kekurangan bahan rujukan dari KPM terutamanya bahagian Perkembangan Kurikulum kurang membantu guru untuk memahami teks NO malah teks-teks yang lain....tiada kursus atau taklimat tentang penggunaan teks baharu ini....guru yang mengajar teraba-raba untuk memahami dan menghayati teks baharu ini...apatah lagi pelajar yang rata-rata mengambil subjek ini di peringkat sederhana sahaja. Mohon KPM dapat membantu guru-guru...yang ketandusan bahan rujukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu ckg..sya sokong
      ssh nk fhm novel ini..kita sbg ckg pun ssh apatahlagi para pelajar
      harap2 novel ini ditukar..

      Delete
    2. saya setuju dgn cikgu.. tiada sebarang taklimat dan kursus diadakan sebagai pendedahan kepada teks baru ini. saya melihat begitu kurang sekali bahan-bahan rujukan untuk kesusasteraan melayu ini diterbitkan..mohon perhatian KPM agar dapat mengatasi masalah ini.

      Delete
    3. ASSALAMUALAIKUM cikgu,,bagaimana sy ingin contct cikgu?

      Delete
  24. Semoga ada pengkaji yang dapat hasilkan buku ulasan novel ini dengan segera...bantu kami guru-guru sastera dan pelajar-pelajar kami.

    ReplyDelete
  25. salam..
    Pada pandangan saya, Naratif Ogonshoto ada relevannya diperkenalkan kepada para pelajar dan pendidik. Bersesuaian dengan KBAT, mengasah minda para pelajar untuk belajar nilai-nilai murni yang ada dalam karya. sekiranya kita dalami kisah dalam karya ini, saya dapat rasakan bahawa karya ini satu sindiran yang halus dan pedas melalui penciptaan sebuah negara Ogonshoto. Moga nilai yang baik itu jadi teladan, nilai yang buruk jadi sempadan. Moga amanah yang dipikul oleh seorang pendidik itu dapat disampaikan dengan baik.
    Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sye setuju...ni abad ke-21 takkan semua nak suap maksudnya ayat yang streght to the point ..penulis mesti letak makna tersirat untuk menggalakkan murid berfikir tentang makna tersebut..

      Delete