Friday, March 31, 2017

APABILA BERTEMU PARA GENIUS DALAM SENI...


Kerinduan itu datang lagi.  Anda baca entri 18/2/2017.

Saya sedang mendengar Rubayat al-Khayam.  Apabila bertemu para genius dalam lagu Sunbati ini, maka yang anda dapat ialah kepuasan seni yang menyentuh daya intelek dan daya seni anda. Catatan ini untuk diri saya, dan para pencinta seni yang benar-benar seni.

Perhatikan bait pertama:  Aku dengar suara memanggil waktu fajar; memanggil dari suara yang tak diketahui; memperingat manusia yang lalai; untuk bangun mengisi ert hidup mereka  sebelum mereka disisi di dalam keranda....

Disudahi dengan satu ucapan yang amat indah: Engkaulah, Tuhan yang mengusap penderitaan kami; yang menerima segala helah kami; kami kembali kepada Mu, Tuhan; Terimalah taubat kami!

Apalagi yang anda mahu?

Itulah jenis seni yang diingini oleh Gagasan Persuratan Baru.

Harap maaf kerana agak mengada-ada.



Mohd. Affandi Hassan, 31/3/2017

1 comment:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete