Thursday, September 12, 2019

MAKSUD DAN MAKNA KONSEP PICISAN….satu nota kecil



Apakah motif saya menggunakan konsep picisan ini dalam penilaian saya terhadap para sasterawan negara dan anggota panel yang memilih mereka? Tujuannya untuk memberi penegasan penting tentang konsep ilmu yang benar dan peranan ilmu dalam penulisan dan penilaian karya kreatif. Kedua, untuk memberi anda kesedaran penting bahawa kini sudah berlaku perubahan penting dalam cara menganalisis dan menilai karya kreatif dengan munculnya Gagasan Persuratan Baru. Ketiga, yang juga amat penting, untuk menyedarkan anda bahawa kegilaan anda kepada teori sastera Barat adalah tidak siuman, dan akan membuat anda mabuk teori tanpa memahaminya mengapa sesuatu teori dibangunkan dalam bentuk yang dipilih oleh pembina teori itu.  Saya yakin bahawa anda tidak faham membaca faktor ketiga ini, seperti yang dibuktikan daripada tulisan anda ketika menggunakan teori Barat dalam analisis anda. Semua ini anda boleh baca dalam kertas kerja para penulis kertas kerja yang membicarakan “pemikiran” para sasterawan negara. Saya telah mengkritik agak keras penipuan intelektual ini ketika membicarakan kertas kerja ini. Jika anda meneliti dengan kritis kesimpulan ini, anda akan faham mengapa saya menggunakan konsep “picisan” ketika menulis tentang sasterawan negara dan penilaian para sarjana terhadap karya mereka.


12 September 2019

No comments:

Post a Comment