Mulai
sekarang saya ingin perkenalkan dua perkataan baru yang diambil daripada bahasa
Inggeris. Perkataan fakus berasal
daripada perkataan Inggeris fake;
manakala perkataan faktus daripada perkataan fact.
Perkataan fact itu telah dijadikan
Melayu dengan sebutan fakta. Boleh
juga digunakan fakta jika anda mahu; tetapi saya fikir faktus lebih power dari
segi retorik. Semua perkembangan ini timbul gara-gara munculnya Hikayat Salim Adil dalam sastera Melayu.
Hikayat Salim Adil ialah sebuah karya retorik yang first class, yang berada dalam kelasnya
yang tersendiri. Tak mungkin seorang sarjana ciritan yang suka menulis cerita
menulis sebuah lagi Hikayat Salim Adil
tiruan. Tetapi kerana hikayat ini bermodelkan Persuratan Baru, maka
satu-satunya sarjana yang boleh menulisnya ialah Prof. Dato’ Rahman Shaari,
yang mengatakan PB itu mudah, beratkan ilmu ringankan cerita. Katanya, jika
beliau terdorong, beliau boleh menulisnya dengan mudah. Sekarang beliau masih belum terdorong, masih
menunggu ilham untuk menulis sebuah karya retorik yang lebih canggih daripada Hikayat Salim Adil. Tetapi saya suka memberi amaran,
menulis Hikayat Salim Adil bukan
kerja senang, yang boleh dibuat bila terdorong. Anda perlu menguasai segugus
ilmu retorik dan ilmu-ilmu bantu (sekarang istilah ini muncul kembali) yang
sesuai. Apakah ilmu bantu yang sesuai itu tertera dalam Hikayat Buyung Lurus. Kalau
anda tidak dapat mengesannya, buktinya anda tidak tahu apakah maksud ilmu bantu
itu. Jangan jadi seperti pemburu sial yang berburu di padang datar!
Adakah anda
perlu berguru untuk menulis Hkayat Salim
Adil tiruan? Bagi seorang tokoh
intelektual dan tokoh akademik “tersohor” (aku sungguh tidak suka menggunakan
perkataan fakus ini?) seperti Dato’ Prof. Rahman Shaari yang telah menulis beratus sajak, mungkin
beratus cerita pendek, dan pastilah sudah menulis berpuluh-puluh buah novel
(sebuah pun belum saya baca kerana sukar mendapatnya di pasaran, selalu out of print), menulis sebuah karya
persuratan tentulah mudah bagi beliau. Cuma, yang menjadi kemusykilan, mengapa
mesti menunggu digatali rasa terdorong? Mengapa tidak terus menulisnya?
Sebenarnya tidak semudah yang dianggap oleh profesor tersohor ini. Anda tidak
perlu mengada-ada untuk membuktikan kemampuan intelektual dan kemampuan kreatif
anda; terus saja menghasilkannya. Tetapi sekarang sangat sukar, kerana Hakayat Salim Adil tercokol di depan
batang hidung anda. Jika anda menulis sesuatu yang fakus, yang rendah
kualitinya daripada Hikayat Salim Adil,
anda akan diketawakan oleh katak kembung sastera Melayu. Seperti yang saya
selalu tegaskan, kemunculan Hikayat Salim
Adil membuat penulis kentut-kentutan serba salah, tidak berani menulis
sekiranya tidak pasti dapat menulis karya yang jauh lebih baik daripada Hikayat Salim Adil. Sebenarnya boleh,
jika anda ada ilmu dan menguasai retorik penulisan dengan baik dan punya
kemampuan kreatif yang tinggi. Sudah ramai yang mempunyai syarat-syarat itu;
tetapi kedudukan dan kemampuan Prof. Dato’
Rahman Shaari masih menjadi persoalan kepada beliau. Saya tidak boleh berkata
apa-apa kerana saya tidak membaca karya beliau, belum terdorong. So sorry for that!
Sebenarnya
banyak sekali yang mengarut dalam sastera Melayu, terutama dalam kritikan
sastera. Saya sering menyebut contoh penilaian terhadap Naratif Ogonshoto yang terang-terang mengarut, bullshit,
dan tidak ada kualiti akademik yang biasa-biasa sekali pun. Jangan gopoh, seorang teman memberi
amaran. Kertas bullshit oleh Dr. Mohamad Saleeh Rahamad yang mendapat hadiah berharga dua ribu itu sudah menjadi klasik
dalam kritikan sastera Moden, yang telah mencetuskan “teori kerancuan sastera”
yang menjadi asas untuk menilai Naratif
Ogonshoto. Tiada siapa pun boleh menafikan kenyataan ini, oleh itu silap
besar jika kertas yang berkualiti akademik tinggi itu dijadikan bullshit saja. Dalam standard yang dipakai dalam kritikan
sastera Melayu argumen ini betul, kerana itulah dipilih sebagai esei terbaik
oleh para juri. Perkara ini hanya
menjadi masalah apabila “teori kerancuan sastera” bikinan Dr. Muhammad Saleeh
Rahamad itu digunakan untuk menilai Hikayat
Salim Adil. Dua perkara akan
terjadi: pertama, Hikayat Salim Adil
kelihatan begitu kerdil dan bodoh kerana terlalu keras mempertahankan kualiti
kreatif dan kualiti pemikiran dalam karya kreatif. Teori “kerancuan sastera” itu sesuai untuk
karya picisan, seperti Naratif Ogonshoto yang dari segi pemikiran amat
jelas Pak Pandir atau Si Lunchai lebih cerdik. Hujah-hujahnya telah banyak
dilemparkan dalam blog ini, sehingga akhirnya sampai kepada kesimpulan Naratif Ogonshoto itu sebuah karya
nihilis. Siapa yang boleh menafikannya?
Tidak ada. Dua perkara dia perlu lakukan jika dia mahu menafikannya. Pertama,
dia mesti jelaskan apa makna dan maksud nihilisme dalam era pascamodernisme. Kedua,
dia harus mengemukakan hujah bahawa unsur sadisme, nihilisme, sensasi, dan
macam-macam lagi yang telah dibincang dalam beberapa entri blog ini, semuanya
tidak terdapat dalam novel agung sepanjang zaman itu. Apakah nilai-nilai murni
yang ditonjolkannya? Adakah benar novel ini memberi keutamaan kepada perwatakan
seorang Mafia? Selepas itulah baru anda boleh kemukakan kesimpulan anda, tetapi
tidak sebelum penjelasan itu diberikan secara akademik. Let me
tell you, tidak mudah untuk melakukan kerja akademik seberat itu, kecuali
jika anda seorang sarjana kelas pertama yang betul-betul kelas pertama! Jika kelas pertama itu dalam bentuk kerancuan
idea, maka … (anda sendiri yang habiskan ayat ini!).
Kembali
kepada “teori kerancuan sastera” dan kedudukan Hikayat Salim Adil dalam penilaian berasaskan teori kerancuan
sastera. Sehingga Dr. Mohamad Saleeh Rahamad dan kawan-kawannya muncul dengan penghujahan
yang konkrit yang mengatakan Hikayat
Salim Adil itu belum cukup gila untuk diberi kedudukan tinggi dalam “teori
kerancuan sastera”, maka yang akan
kelihatan dengan jelas sifat tidak siumannya ialah “teori kerancuan sastera”
itu, bukan Hikayat Salim
Adil yang tetap utuh sebagai sebuah
karya besar dalam persuratan Melayu. Let
me tell you, tidak mudah untuk menumbangkan
Hikayat Salim Adil dalam gelanggang
ilmu, jika anda sendiri hanya boleh berbangga dengan sifat-sifat pandirisme
yang dijadikan arus perdana oleh kawan-kawan anda yang sejenis dengan anda.
Sekarang
anda boleh lihat dengan jelas mengapa saya gunakan perkataan fakus dan faktus dalam
teori sastera Melayu, dalam kritikan sastera Melayu. Kalau masih kabur dan
ragu-ragu, panggillah Pak Pandir dan Si Lunchai untuk memberi penjelasan akademik
yang pasti akan memuaskan anda.
Mohd.
Affandi Hassan
Petaling
Jaya, 11/12/2017.
No comments:
Post a Comment