Saya siarkan sajak ini kerana kelucuan inteleknya. Kalau ada pengkritik sastera yang mahu gasak sajak ini, anda dipsersilakan. Ini peluang besar untuk menyerlahkan kehebatan pemikiran anda; atau sebaliknya kebodohan anda yang menghiburkan. Bacalah dengan tenang ...
Sarjana Ciritan
Aduhai malang Pak Sarjana
Cakapnya tinggi ilmunya ciritan
Ada fakta dijeling saja
Analisis awak berciciran
No arguments only statements
Umang-umang di kulit siput
Bila ditegur melenting mencarut
Perut kembung tak mau barut
Muncullah badut memakai jubah
Menjerit-jerit di pentas ilmiah
Suaranya besar ingus meleleh
Cakapnya tinggi terkentut-kentut
Wahai Pak Kaduk dan Lebai Malang
Panggillah Pak Pandir serulah Si Lunchai
Mari bertepuk mari bersorak
Anda semua sudah berteman
Kini terjongol Sarjana Ciritan
Darjat anda sudah dinaikkan!
24/4/2001 dan 12/4/2002
LlHAT VERSI BARU SAJAK INI.
ReplyDeleteSarjana Ciritan
Aduhai malang Pak Sarjana
Cakapnya tinggi ilmunya ciritan
Ada fakta dijeling saja
Analisis awak berciciran
No arguments only statements
Umang-umang di kulit siput
Bila ditegur melenting mencarut
Perut kembung tak mau barut
Muncullah badut memakai jubah
Menjerit-jerit di pentas ilmiah
Suaranya besar ingus meleleh
Cakapnya tinggi terkentut-kentut
Wahai Pak Kaduk dan Lebai Malang
Panggillah Pak Pandir serulah Si Lunchai
Mari bertepuk mari bersorak
Anda semua sudah berteman
Kini terjongol Sarjana Ciritan
Darjat anda sudah dinaikkan!
Mohd. Affandi Hassan,
Petaling Jaya.
24/4/2001 dan 12/4/2002