Saturday, August 17, 2019

PENGHINAAN TERHADAP RASUL SAW DAN BONDA BAGINDA OLEH MELAYU ISLAM MALAYSIA



Saya yakin ada di antara anda yang secara sedar pernah menghina Nabi SAW dan bonda baginda dalam percakapan anda sehari-hari, bila anda menghadapi sesuatu yang tidak menyenangkan anda atau yang menghairankan anda bila melihat kelakuan manusia.  Anda akan berkata, “Mamat tu nak buat apa, atau cari apa tergesa-gesa …”.  Atau, “Minah ni bukan main mekapnya,  muka tak cantik pun…”  Di mana silapnya dan biadabnya dalam dua kes yang biasa kita dengar ini?  Perhatikan penggunaan “Mamat” untuk menghina, begitu juga perkataan “Minah” untuk merendahkan maruah dan menghina seseorang perempuan yang anda kenal atau tidak kenal.  Anda tentu boleh ikuti maksud kemusykilan yang saya bangkitkan ini?

Inilah yang biasa kita dengar, secara tidak sedar atau sedar,  apabila seseorang yang tidak senangkan seseorang, atau memang sengaja hendak menghina dan mengejek, maka jika jantan anda kata “Mamat tu cari apa”, atau jika betina anda akan berkata, “Apa Minah tu buat kepada anaknya hingga menangis …”  Kalau anda seorang Islam yang siuman, dan hormat Nabi anda, anda tidak akan menghina nama Rasulullah SAW dengan memendekkan nama baginda, Muhammad SAW  menjadi Mamat; atau nama bonda baginda Aminah, menjadi Minah.  Mengapa penghinaan seumpama ini terjadi di kalangan orang Melayu yang Islam, sama ada yang bersolat atau tidak, yang ada gelaran atau tidak, yang berpangkat atau tidak … dan sebagainya. Mengapa mesti dihina nama Nabi dan bonda Baginda?

Saya tidak pasti sama ada terdapat ustaz atau ustazah yang bangkitkan perkara ini dalam ceramah dan nasihat mereka. Moga-moga mereka sendiri tidak terikut-ikut dengan tabiat biadab orang Islam Melayu yang menggunakan singkatan Mamat atau Minah untuk menzahirkan kejengkelan mereka.  Andainya terdapat sesiapa yang boleh menjelaskan perkara ini, amatlah baik jika orang itu tampil dan
selamatkan Islam Melayu dari kutukan Allah SWT kerana menghina Nabi dan keluarga Baginda yang dijadikan slogan dalam TV, Rahmatan Lilalamin.

Bagaimana perkara ini boleh timbul dalam masyarakat Islam Melayu Malaysia? Inilah  yang menghairankan.  Mesti ada penjelasannya mengapa Melayu Islam menghina Nabi dan bonda Nabi SAW dengan cara yang disebutkan. Dan semua ini berlaku ketika begitu banyak ceramah tentang agama, tentang adab dan sebagainya, tentang akhlak mulia, yang disemburkan oleh para ustaz di TV dan Radio. Apa sudah jadi? Moga-moga tampil seseorang yang jernih jiwanya untuk menjelaskan perkara ini.  Sukar hendak terima umat Islam Melayu di Malaysia begitu biadab terhadap Nabi SAW dan bonda Baginda SAW.  Saya cadangkan JAKIM mengadakan perhimpunan raksasa di padang untuk melakukan solat taubat bagi pihak Melayu Islam yang biadab, yang menghina nama Baginda SAW  dan bonda Baginda.

Saya harap catatan kecil ini tidak disia-siakan.

Selamatlah jiwa yang sempurna!

Mohd. Affandi Hassan,
Petaling Jaya, 17 Ogos 2019.

Thursday, August 15, 2019

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI TOKOH ANGLOPHILE



Sekiranya ada di antara pembaca tidak tahu makna anglophile, boleh dapatkan maknanya dalam kamus atau melalui carian Internet.

Mengapa konsep anglophile ini penting di Malaysia?  Jawapannya mungkin kita boleh dapat dalam ucapan terbaru Mahathir yang memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka perlu  mempunyai kesedaran civic supaya masyarakat Malaysia akan maju dan beradab sopan. Gesaan ini diutamakan kepada para pelajar, maka dengan itu Kementerian Pendidikan akan mengadakan pelajaran civic di semua sekolah.  Bagi saya ini bukanlah satu tindakan yang siuman atau cerdik. Inilah contoh tindakan yang lahir dari kebodohan intelektual yang tidak tahu makna adab dalam pembinaan negara. Inilah contoh kegagalan sistem pendidikan yang kita tonjolkan dalam perancangan membina bangsa yang cuba dibuat oleh Kementerian Pendidikan.  Dalam konteks Islam, pengajaran civic di sekolah adalah satu gerakan biadab yang akan melahirkan pelajar yang biadab dan anggota masyarakat yang biadab. Inilah yang kita dapat sekarang apabila manusia yang tamat sekolah berlagak biadab dalam cara berfikir dan dalam tindakan. Contoh paling mudah anda boleh lihat ialah dalam program TV dan Radio. Program TV kita lebih dari 90 peratus adalah untuk memuaskan kehendak hawa nafsu penonton yang mahukan hiburan murahan, yang kita boleh tonton setiap hari dalam program TV. Program biadab ini dijadikan program utama dan diberi kedudukan istimewa, yang berakhir dengan limpahan hadiah dan penghargaan yang besar dari segi kewangan. Apakah program itu? Saya tidak perlu membuat senarainya satu persatu. Jika anda cerdik dan tahu membezakan antara hiburan dan pendidikan adab, anda akan dapat membuat senarai panjang tentang program hiburan ini. Besarnya jumlah program hiburan ini menepati dengan budaya hawa nafsu (the sensate culture) yang digalakkan tokoh politik dan peneraju stesen TV di Malaysia. Barangkali perbuatan yang paling biadab ialah dengan menyiarkan berkali-kali sesebuah drama yang picisan serba serbinya: ceritanya picisan; lakonannya picisan; pengarahannya picisan; mesejnya, jika ada, tetap picisan.  Inilah hasil yang dinamakan oleh Sorokin “the sensate culture”, budaya hawa nafsu.

Barangkali kecelakaan paling besar yang dihadapi Malaysia ialah apabila al-Quran disimpan dalam almari, tidak dihidupkan dalam politik dan pentadbiran negara, kecuali pada istiadat tertentu yang memerlukan pembacaan al-Fatihah, yang kemudiannya diiringi doa oleh pembaca yang diundang untuk tugas itu.  Alasan yang diberikan ialah negara ini berbilang kaum dan berbilang agama, oleh itu semua agama diletak setaraf, oleh itu Islam tidak relevan dan tidak boleh diutamakan supaya penganut agama lain tidak memberontak melontarkan kata-kata kesat yang memang berlaku dari semasa ke semasa kerana orang Islam dan bukan Islam lebih mementingkan apa yang disebut sebagai keharmonian kaum daripada  menerima Islam sebagai agama rasmi negara seperti yang dimaktubkan dalam Perlembagaan.

Etnik Cina dan Hindu menolak peranan Islam dalam pembinaan adab dan peradaban di Malaysia, dengan memberi alasan palsu bahawa Islam tidak boleh diangkat sebagai cara hidup dan sumber ilmu kerana ini dianggap oleh golongan Cina dan Hindu ini sebagai paksaan ke atas mereka. Islam hendaklah dipraktikkan dalam rumah saja, dengan membataskan peranan masjid hanya untuk sembahyang Jumaat.  Sikap biadab ini nampaknya diterima oleh orang Islam sendiri, yang juga berasa rimas jika Islam dijadikan sumber ilmu dan sumber ajaran moral untuk semua rakyat, bukan untuk orang Islam saja. Maka diperkenalkan ajaran civic di sekolah-sekolah, dengan itu murid-murid Islam dipisahkan dari agama mereka sendiri sebagai asas pendidikan adab umat Islam.  Jelaslah ini suatu perbuatan yang amat biadab, yang disengajakan untuk mengelak daripada para pelajar Islam mengenal agama mereka dari perspektif adab dan pembinaan peribadi Muslim.  Pengajaran civic tidak mungkin dapat mencapai matlamat ini, oleh itu bagi murid-murid Islam pengajaran civic itu mestilah dilihat daripada perspektif adab dan pembinaan adab dalam masyarakat.  Bagaimana umat Islam yang terdiri daripada orang Melayu boleh membenarkan diri mereka menjadi biadab dengan menerima pengajaran civic yang menolak peranan Islam dalam pembinaan peradaban dan pembinaan peribadi pelajar sekolah?.  

Pengajaran civic ini adalah kesan daripada pengaruh anglophile dalam sistem pendidikan Malaysia.  Obsesi Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap bahasa Inggeris menghairankan katak dalam kolam yang riuh berbunyi apabila tokoh politik ini bersuara.  Mereka membantah kerana bahasa katak tidak wajar disisih selagi katak masih melompat riang apabila turun hujan. Seorang tokoh politik Malaysia Baru tidak boleh mengetepikan civic katak untuk melengkapkan pengetahuan mereka. Menteri Kasut Hitam tidak boleh membiarkan saja dialog katak yang jauh lebih cerdik dan menarik daripada dialog bahasa Inggeris yang asing bagi Malaysia. Adakah beliau yang sukakan kasut hitam itu yakin bahawa para pelajar sudah faham bahasa katak? Saya yakin, sangat yakin, tiada seorang pun di antara murid sekolah menengah dan guru-guru mereka boleh memahami dengan selesa perenggan istimewa ini. Keindahan kiasan begini hanya terdapat dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu, tidak ada dalam bahasa bahasa-bahasa Eropah seperti bahasa Inggeris, yang dari segi usia bahasa ketinggalan kira-kira 40,000 tahun daripada bahasa Melayu. Untuk rujukan mengenai perkara ini, dapatkan maklumat di YouTube.  (Lihat di bawah nama Puan Zaharah Sulaiman).

Anda jangan terkejut jika saya kasi tahu bahawa tidak semua orang Islam/Melayu mahu Islam menjadi teras pentadbiran negara. Menurut perhitungan kasar, yang memberi gambaran yang agak tepat, kira-kira 62% Melayu Islam tidak mahu Islam diberi kedudukan istimewa seperti yang cuba digambarkan dalam Perlembagaan Malaysia, yang mengatakan Islam adalah agama rasmi.  Ramai ustaz berkata maksud rasmi di situ ialah majlis rasmi, bukan rasmi dalam konteks seperti demokrasi itu dijadikan panduan rasmi politik Malaysia.  Islam tidak sampai ke taraf itu, kerana orang Melayu sendiri pun tidak mahu, apatah lagi golongan kafir yang tidak Islam dan menentang apa saja usaha yang mereka anggap akan memberi kedudukan sepatutnya kepada Islam. Hatta belajar Jawi pun mereka tentang, padahal baik bagi semua orang yang siuman. Tidak ada seorang pun ahli politik bangsa DAP yang fasih berbahasa Melayu; bolehlah bercakap Melayu, tetapi seperti orang gagap. Memang ada yang boleh bercakap Melayu agak cepat,  tapi itu jenis peraih di pasar yang mahu menjual barangan mereka. Bukan bahasa Melayu tinggi yang sewajarnya diucapkan oleh ahli Dewan Rakyat, ahli politik yang ada standard.  Memang amat memalukan apabila ahli Dewan Rakyat bercakap bahasa Melayu pasar, bukan bahasa standard yang wajar. Ada juga beberapa ekor anjing politik yang kuat menyalak  dengan sombong berkata tulisan Jawi itu dijadikan tulisan untuk menulis buku-buku cerita porno!  Tidak ada pula badan-badan penulis bangkit seperti Hang Jebat menghunus  keris retorik mereka untuk menempelak salakan para anjing politik ini; sebaliknya mereka terima tohmahan anjing politik ini yang berkata bahawa Jawi itu dijadikan tulisan untuk menulis novel porno, novel picisan yang erotik. Anjing bercawat ekor ini tidak tahu bahawa tulisan Jawi itu dipakai oleh Ishak Haji Muhammad untuk menulis novel-novel berahi ringan yang ketika itu perlukan wang untuk hidup. Tetapi dia ada kebun sendiri, jadi tidaklah daif sangat, paling tidak pun ada juga pucuk kayu yang boleh dijadikan ulam. Saya membesar di kampung, dan memang menu utama kami orang miskin ialah ulam yang organik, yang saya tidak sedar ketika itu bahawa itulah makanan terbaik yang kesannya masih ada hingga sekarang.   

Penggunaan bahasa Inggeris yang dicanang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah pun dilaksanakan oleh orang Melayu. Saya menulis sebuah cerita pendek khusus untuk memperingati usaha Tun Dr. Mahathir Mohamad  yang sangat terpesona dengan bahasa Inggeris, yang diperkenalkannya kembali dalam pengajaran matematik dan sains. Ketokohan beliau sebagai seorang anglophile dibuktikannya berkali-kali dalam banyak ucapannya. Saya harap ada jongos politik beliau memberitahunya bahawa bahasa Inggeris itu sudah pun dijadikan bahasa basahan oleh orang kampung yang diabadikan dalam cerita pendek “Kampung Bahasa Inggeris”, dalam Balai Maqamat.  Beritahu juga kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa bahasa Melayu sudah berkembang 40,000 tahun sebelum bahasa Inggeris, demikian juga bahasa Cina terkebelakang selama 40,000 tahun jika dibandingkan dengan bahasa Melayu. Semua ini ada rekodnya dan diketahui oleh orang yang membuat penyelidikan tentang perkembangan bahasa. Saya ingin cadangkan supaya semua ahli politik anglophile dan Cina mendengar ceramah ilmiah tentang kehebatan bahasa Melayu. Satu peradaban besar Nusantara  telah dibina melalui bahasa Melayu dalam huruf Jawi. Beritahu bangsa DAP hakikat sejarah ini supaya mereka menjadi seperti anjing bercawat ekor, yang diperikan dalam peribahasa Melayu itu.  Orang jahil ini amat bahaya dalam kehidupan bermasyarakat, apatah lagi jika manusia jahil ini mengaku merekalah pembawa kemajuan di Semenanjung Tanah Melayu, tidak sedar bahawa mereka dibawa Inggeris untuk menjadi kuli mereka dan diberi gelaran kehormat sebagai sengkek, yang masih dipakai dalam bahasa Melayu Kelantan hingga sekarang. Hal ini tidak pelik, kerana Kelantan mempunyai tamadun sudah mencecah 60,000 tahun, beribu tahun lebih awal daripada tamadun Cina yang dibanggakan oleh bangsa DAP yang tidak tahu sejarah itu. Cari faktanya dalam YouTube mengenai fakta sejarah ini. 

Tetapi yang lucunya, Tun Dr. Mahathir sendiri tidak tahu sejarah ini, oleh itu dia kata macam-macam untuk merendahkan taraf orang Melayu dan bahasa Melayu yang menurutnya tidak membawa kemajuan, orang Melayu pula suka hidup merempat, tidak mahu ikut Jepun dan sebagainya. Ini orang politik yang tidak tahu sejarah!  Anda mahu Melayu ikut Jepun? Anda faham maksud saya? Jumlah pembunuh diri paling tinggi dalam dunia kamu agak dari negeri mana?  Mungkin mereka yang Melayu tidak tahu, tetapi jarang sangat Melayu bunuh diri kerana iman mereka menjadi pagar yang kuat supaya tidak bertindak bodoh. Kebanyakan Melayu anti-Islam dalam politik; baiknya pula mereka anti bunuh diri kerana berpegang kepada Islam. Pelik tetapi benar.  Sayangnya mereka tidak tahu betapa pentingnya para tokoh politik yang mereka sanjung itu mengisytiharkan harta mereka dalam akhbar, seperti yang dibuat oleh PM British 1976. Dari perspektif ini, ahli politik British yang kafir itu jauh lebih bermaruah daripada tokoh politik Malaysia yang bacul walaupun mereka tokoh anglophile!

Sebenarnya politik Islam boleh ditegakkan di Malaysia jika tokoh-tokoh politik mengisytiharkan harta mereka dalam akhbar seperti yang dilakukan oleh PM Britain 1976 itu.  Di sinilah kita dapat melihat dengan jelas betapa korupnya tokoh politik kita. Mereka tidak jujur ketika meminta orang lain jujur. Maka hilanglah peluang Islam untuk ditegakkan di Malaysia dalam politik Islam. Para ahli politik yang mendakwa mereka berjuang untuk Islam mengaku bahawa mereka hanya bermain retorik, bukan sungguh-sungguh.  Ada di antara mereka, para tokoh politik  yang kononnya memperjuangkan Islam, berkata bahawa perisytiharan harta dilarang dalam Islam, supaya tidak timbul fitnah sekiranya harta yang diisytiharkan itu terlebih daripada yang dijangkakan. Kalau tokoh politik Islam sendiri memutuskan tidak perlu isytihar harta, maka tiada alasan bagi yang tidak beraliran Islam untuk isytiharkan harta. Kecuali untuk bermain politik, dengan misalnya membuat perisytiharan itu di Dewan Rakyat.  Gimik politik seperti ini adalah sejenis penipuan untuk menipu rakyat supaya terus menyokong mereka.

Sekarang apakah kesimpulan kita? Cukup mudah, dan amat jelas unsur penipuan di dalamnya. Sama ada anda seorang anglophile atau yang mengaku memperjuangkan Islam, kedua-duanya tidak boleh dipercayai. Oleh itu, anda sebagai pengundi akan terus membawa para penipu ini ke Dewan Rakyat. Kalau anda seorang yang percayakan ajaran Islam, anda sebenarnya menanggung dosa para penipu ini. Tetapi anda tiada pilihan …Demikianlah kecelakaan yang anda hadapi sebagai pengundi dalam sistem demokrasi bikinan Yahudi ini.

Dalam politik Malaysia, seorang anglophile dengan seorang yang menggelarkan  dirinya pejuang Islam adalah sama, setaraf, dan kedua-keduanya tidak boleh dipercayai.

Selamatlah jiwa yang sempurna!


Mohd. Affandi Hassan,
Petaling Jaya, 15 Ogos 2019.

Wednesday, August 14, 2019

SASTERAWAN NEGARA KE-14 BILA NAK PILIH?



Saya terbaca berita menarik dalam Malaysiakini 14/8/2019 mengenai pemilihan sasterawan negara ke-14 yang tertangguh. Ada yang berkata, orangnya telah dipilih, tetapi ada campur tangan politik. Kalau itu betul terjadi, saya kira wajar. Yang akan beri wang hadiah ialah kerajaan yang memerintah sekarang, maka tentulah mereka berhak campur tangan dalam menentukan pemilihan itu.  Sekarang jumlah  wang anugerah itu sudah bertambah menjadi 200,000 ribu, yang akan dikurangkan menjadi 100,00; berbanding dulunya 60,000 yang dikira oleh para sasterawan tidak memadai kerana mereka telah memberi sumbangan besar kepada negara melalui karya picisan mereka. Berapa pun jumlahnya saya kira tidak wajar dipersoalkan, kerana setiap sasterawan negara akan mendapat 500,000 hasil cetakan buku mereka. Kalau nak kira cukup, memang tidak cukup memandang besarnya jasa para sasterawan negara. Selain diberi hadiah wang, saya ada cadangan lain yang lebih berprestij. Saya harap kerajaan DAP yang sudah memberi habuan yang begitu besar kepada para sasterawan negara gaji bulanan 5000 dolar setiap bulan,  sangat munasabah jika kerajaan DAP cepat-cepat membina Wisma Sasterawan Negara bersebelahan bangunan Dewan Rakyat supaya senang bagi ahli Dewan Rakyat singgah untuk membaca buku-buku bermutu para sasterawan negara. Dalam perkiraan saya, setelah berbincang dengan pakar kewangan, bangunan itu boleh didirikan dengan hanya tidak lebih dari 2 juta, satu jumlah yang kecil. Saya harap semua badan penulis seluruh Malaysia menulis satu memorandum kepada Kerajaan PH supaya Wisma Sasterawan Negara itu dibina dengan segera. Dewan Bahasa dan Pustaka wajar mengambil inisiatif untuk melobi kerajaan memohon kerajaan membina dengan segera Wisma Sasterawan Negara itu. YB Anwar Ibrahim dan Menteri Kewangan DAP Lim Eng Guan tentu akan bersetuju dengan cadangan ini. Saya harap Menteri Pendidikan boleh memberi sokongan padu. Tidak patut banyak soal jawab, kerana wang untuk itu telah diberikan oleh rakyat Malaysia dalam bentuk segala jenis cukai.

Tentang sasterawan negara ke-14, saya sudah pun mencadangkan tiga nama, iaitu Mana Sikana, Prof. Rahman Shaari, dan Dr. Fatimah Busu. Perlu diambil ingatan, Hadiah Nobel pernah dianugerah kepada dua orang penulis. Apa salahnya jika untuk kali ini kita berikan kepada dua orang sasterawan. Dengan itu tidaklah lama sangat mereka menunggu.

Saya sokong penuh cadangan Ketua Pengarah DBP supaya para sasterawan sendiri dibenarkan mencalonkan diri mereka.  Dengan ini saya dengan malu-malu asam mencalonkan diri sebagai Pujangga Negara, bukan sasterawan negara. Moga-moga ada badan-badan penulis yang menyokong cadangan saya. Minta pandangan Ketua Pengarah DBP.  Adakah anda serius memberi pandangan anda tempoh hari?

Selamatlah jiwa yang sempurna!

Mohd. Affandi Hassan,

Thursday, August 8, 2019

KEDUDUKAN SEBENAR DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA DALAM KONTEKS ISLAM



Dalam tulisan yang lepas, saya menegaskan demokrasi adalah sistem politik yang menentang Islam dan tidak sekali-kali boleh diguna-pakai dalam politik dalam Islam. Oleh itu sistem pilihan raya yang dijadikan kaedah untuk melaksanakan demokrasi dengan sendirinya bertentangan dengan sistem politik Islam, oleh itu tidak boleh dipakai untuk menubuhkan institusi kenegaraan dalam Islam. Dalam konteks ini, bagaimana kita boleh membaca dan memberi tafsiran bahawa Islam adalah agama persekutuan, padahal Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara demokrasi yang sistem politiknya dilaksanakan melalui pilihan raya setiap 5 tahun untuk membentuk kerajaan. Adakah pemilihan kerajaan baru itu tidak sah dalam politik Islam? Kalau begitu, bagaimana pemilihan itu harus dilakukan? Tentulah Islam mempunyai cara tersendiri untuk memilih pemimpin? Bagaimana caranya? Untuk menjawab dua soalan ini, kita perlu bertanya para ulama yang tentu saja pakar dalam politik Islam (harapnya begitulah) supaya jawapannya benar-benar mencerminkan kedudukan politik dalam Islam dalam hubungannya dengan demokrasi. Percubaan yang dibuat oleh Haji Abdul Hadi Awang dalam bukunya Islam dan Demokrasi tidak jelas kerana dua sebab. Pertama, beliau tidak menghuraikan secara tuntas  kedudukan konsep politik dalam Islam. Kedua, beliau juga ternyata tidak dapat menjelaskan konsep demokrasi yang telah disepakati oleh para sarjana politik Barat berasaskan konsep mobilization of bias. Ciri utama demokrasi ini perlu difahami dan dihuraikan dalam pelaksanaan pilihan raya yang menjadi tunjang utama dalam demokrasi Barat. Pemerhatian kita terhadap politik  Malaysia memberitahu tanpa syak betapa gigihnya ahli politik memperagakan mobilization of bias masing-masing untuk menipu rakyat supaya memilih mereka. Paling menarik, perkara yang sama dilakukan juga oleh PAS, sebuah parti Islam yang kononnya memperjuangkan Islam.  Tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa PAS tidak menggunakan taktik penipuan melalui penggunaan mobilization of bias ini.  Sebenarnya inilah salah satu kaedah utama yang dipakai dalam demokrasi. Bagaimana pula Haji Hadi Awang, Ketua PAS, mengatakan demokrasi itu sesuai dengan Islam?  Nas apa yang dia pakai untuk meletakkan Islam sebagai agama yang mengajar penganutnya menipu dalam pilihan raya? Cara Haji Hadi Awang menghuraikan konsep demokrasi bolehlah disimpulkan sebagai teknik mobilization of bias dalam politik PAS.

Antara contoh terbaik penggunaan teknik mobilization of bias ini dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed  dengan meminta semua Ahli Dewan Rakyat mengisytiharkan harta di Dewan Rakyat. Mengapa tidak saja dibuat dengan lebih telus seperti yang telah dibuat oleh seorang Perdana Menteri Great Britain dalam tahun 1976, yang mengisytiharkan harta beliau dan semua anggota kabinetnya dalam akhbar The London Times. Baca kisah ini dalam Hikayat Buyung Lurus, hal. 134. Dengan itu rakyat diberi peluang untuk mengenal para ahli politik yang telah mereka pilih mewakili mereka bertindak benar-benar bertanggungjawab dan jujur dengan membuat perisytiharan itu dalam akhbar empat bahasa yang diterbitkan di Malaysia. Sekurang-kurangnya kita mengharapkan anggota Dewan Rakyat dari PAS berbuat begitu dalam akhbar mereka sendiri, Harakah. Hairan juga mengapa mereka takut untuk bertidak jujur dan benar-benar terbuka seperti yang dibuat oleh Perdana Menteri England dalam tahun 1976 itu. Kalau orang kafir berani dan jujur, mengapa dan atas alasan apa para tokoh politik PAS takut dan tidak mahu berbuat seperti itu? Kalau mereka berkata haram mengikut teladan orang kafir, kita boleh terima alasan mengarut ini kerana kita pun tahu mereka pun tidak mahu mendedahkan kejujuran mereka seperti yang dibuat oleh pemimpin Parti Buruh di Britain itu. Inilah wajah sebenar ahli politik Malaysia, dari mana-mana parti sekali pun. Sungguh kasihan melihat rakyat yang menyokong mereka bersorak bergemuruh membenarkan pembohongan tokoh politik mereka yang penakut untuk bercakap benar dan bertindak secara terbuka seperti yang dibuat oleh Perdana Menteri dari Parti Buruh di England itu.  Sebenarnya inilah demokrasi yang dipraktikkan di Barat. Sangatlah pelik dan sungguh aneh jika demokrasi yang dikatakan oleh Haji Hadi Awang dalam bukunya sama dengan syura tiba-tiba menyeleweng dari hakikat demokrasi yang diamalkan di Barat, tempat lahirnya sistem demokrasi itu, yang kini kononnya ditiru oleh ahli politik Malaysia.  Demikianlah pembohongan itu telah dijadikan amalan utama dalam politik Malaysia.  Tentulah amat istimewa jika pembohongan itu dijadikan asas politik oleh anggota parti Islam sekali pun.

Konsep mobilization of bias dalam teori politik demokrasi ini mesti difahami oleh semua penggiat politik di Malaysia, supaya mereka faham kedudukan pembohongan dalam kegiatan politik demokrasi.  Kerana pentingnya mobilization of bias itu dalam demokrasi, maka demokrasi tidak dapat mengelak dari  dipengaruhi dua unsur penting yang mesti mengiringi pelaksanaan demokrasi. Pertama, pembohongan merupakan faktor utama dalam membina mobilization of bias. Istilah mobilization of bias itu sendiri mengisyaratkan bahawa sesuatu  manifesto mestilah diarahkan untuk mendapat undi bukan untuk menyatakan kebenaran. Ahli politik mengaku bahawa mereka boleh berbuat apa saja jika diberi kemenangan dalam pilihan raya, untuk membuktikan bahawa mereka menghargai undi rakyat yang telah memberi kemenangan kepada mereka. Kedua, melalui mobilization of bias, para pengundi diberi kepastian bahawa jika mereka mengundi calon tertentu, maka  mereka tidak akan dihampakan seperti yang dijanjikan. Tetapi masalahnya, setelah memenangi kerusi yang dipertandingkan, calon yang menang mula sedar bahawa realiti kehidupan rakyat kini menjadi masalah kepadanya kerana rakyat mahu melihat hasilnya secepat mungkin, sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh ahli politik betapa pun dia berusaha melakukannya. Kalau itulah halangannya, bagaimana pula kita boleh memberi penjelasan mengapa ramai pula ahli politik menjadi kaya raya, mewah serba serbinya. Mengapa semua itu tidak dimilikinya sebelum itu, sebelum dia mendapat kedudukan? Di sinilah timbul unsur rasuah, tidak boleh dielakkan lagi. Yang boleh memberi penjelasan yang memuaskan hanya ahli politik, bukan seorang penulis seperti saya yang tidak mempunyai kesempatan dan peluang untuk berada dalam kemewahan seorang ahli politik. Adakah ini bermakna kedudukan seseorang ahli politik memberinya peluang untuk melakukan rasuah, sesuatu yang tidak termimpi olehnya sebelum dia berada dalam kedudukan baru itu. Yakni kedudukan sebagai seorang ahli politik yang menang. Sekarang, secara ironinya, konsep mobilization of bias itu dipraktikkan dengan berjayanya dalam konteks seorang ahli politik yang menang pilihan raya dan dengan itu terbukalah makna mobilization of bias kepada seorang ahli politik yang tahu menggunakan kesempatan baik ketika menjadi calon dan kemudiannya setelah menang. Anda faham maksud saya? Baca berulang kali jika masih kabur, sesuatu yang jelas bagi seorang ahli politik yang menang dalam pilihan raya.

Di mana peranan Islam dalam demokrasi?  Haji Abdul Hadi Awang tidak dapat menjawab pertanyaan ini kerana beliau tidak tahu adanya mobilization of bias dalam pelaksanaan demokrasi itu, yang tentu saja bertentangan dengan Islam jika aspek pembohongan dan penipuan yang tersirat dalam mobilization of bias (ditunjukkan dalam manifesto) itu diambil-kira.  Sekarang timbul persoalan, bolehkah mobilization of bias itu diketepikan? Kalau kita lihat tabiat berpolitik orang-orang PAS, kita dapati merekalah yang paling handal dalam menyediakan mobilization of bias itu, dengan memberi pengakuan bahawa para pengundi yang memilih mereka akan dijamin masuk syurga. Dan sebaliknya!  Sekurang-kurangnya inilah janji dan penegasan Abdul Hadi Awang dalam “Amanat Haji Hadi”. Anda perlu membacanya kembali jika ragu-ragu.

Itulah kedudukan politik demokrasi dalam Islam seperti yang dihuraikan oleh Haji Abdul Hadi Awang dalam bukunya Islam dan Demokrasi.


Mohd. Affandi Hassan,
Petaling Jaya, 8 Ogos 2019.