Friday, December 23, 2011

Teknik Surah Yusuf Mengalahkan Gagasan Persuratan Baru: Catatan Kecil Untuk Para Penulis Komentar Yang Murah Hati Menulis Komentar Mereka

Membaca beberapa komentar yang membela Teknik Surah Yusuf di blog ini dan di facebook Ainon Mohammed, amat jelas pengajaran daripada Surah Yusuf tidak dihayati. Malah diketepikan  begitu saja. Tidak nampak adanya kesan dari penghayatan surah itu ke atas para penulis komentar yang begitu emosi mempertahankan Teknik Surah Yusuf.  Semuanya sudah jelas, Teknik Surah Yusuf bukanlah untuk berdakwah, seperti yang didakwa; tetapi hanya satu strategi jualan buku “novel popular Islami” (istilah ini lebih sebagai umpan daripada mencirikan karya itu sendiri) keluaran PTS.  Syarikat ini amat bangga kerana telah menerbitkan berpuluh buah (mungkin ratusan buah) novel jenis itu yang menurut mereka sangat laris di pasaran. Mereka mencabar, tunjukkan  mana dia karya dalam acuan Persuratan Baru yang laku dijual  (sorry, memang tak ada pun). Terlanjur mereka sangat berjaya dalam projek Teknik Surah Yusuf ini, lebih baik dan lebih wajar jika disenaraikan saja “novel popular Islami” yang sudah diterbitkan dan tiap satu berapa ribu yang laku dan tiap penulisnya berapa pula jumlah perolehannya (termasuk keuntungan PTS sendiri dalam perniagaan novel popular Islami ini).  Maklumat itu penting untuk menarik minat para sasterawan dan penulis muda menyertai PTS sambil memperkembangkan Teknik Surah Yusuf sehingga menjadi teknik paling unggul dalam perniagaan sastera di Malaysia. Mana tahu ada di antara penulis yang betul-betul berbakat dan berilmu akan ikut serta dalam projek Teknik Surah Yusuf ini, setelah melihat angka-angka yang menggiurkan nafsu.  Tetapi dalam komentar akhir-akhir ini, jelas sekali kelihatan pandangan yang menentang Teknik Surah Yusuf yang mereka anggap sebagai foni, tidak sesuai diberi nama sehebat itu padahal hasilnya bertentangan dengan semangat Surah Yusuf. Kumpulan yang menentang ini meragui kejujuran PTS dalam usaha mereka untuk “berdakwah” (seperti yang ditegaskan mereka), sebaliknya mereka lebih mengutamakan perniagaan dan dakwah itu hanya alat untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Satu persoalan yang tidak disentuh dalam komentar ialah mengapa para graduan agama dari Timur Tengah berminat menulis novel picisan popular dengan memberi bumbu unsur-unsur agama yang bersifat luaran (seperti dapatan kajian Prof. Madya Dr. Mohd. Zariat Abdul Rani dalam makalahnya). Mengapa mereka begitu naif? Mengapa mereka lebih cenderung kepada tema cerita cinta murahan dan picisan daripada menyerlahkan ketajaman fikiran mereka menangani persoalan yang dihadapi oleh umat Islam pada waktu ini? Adakah mereka tidak tahu dan tidak sedar adanya persoalan itu? Sukar difahami mengapa para ustaz (dan ustazah?) muda ini memberi tumpuan kepada perkara remeh temeh seperti yang mereka paparkan dalam novel picisan mereka. Perlukah kita kepada kajian untuk menjawab beberapa persoalan yang timbul dari sikap naif para ustaz muda ini?  Saya fikir lebih baik mereka sendiri yang membicarakannya. Saya berharap mereka tidak naif dalam menganalisis masalah ini. Pada pemerhatian saya,  sesiapa juga yang benar-benar belajar agama, akan menjadi seorang yang matang berfikir dan tegas dalam memperkatakan soal-soal agama. Mungkin pemerhatian saya salah, atau terlalu naif.

Satu perkara lagi yang tidak disentuh dalam komentar ialah rencana kulit “novel-novel Islami” PTS ini. Adakah corak rencana kulit yang mensensasikan wajah wanita seksi bertujuan untuk mendakwahkan kecantikan wanita sesuai dengan semangat Teknik Surah Yusuf yang di dalam ceritanya terdapat Zulaikha? Nampaknya pembaca wanita puas hati dengan penonjolan seperti itu, mereka tidak keberatan apabila PTS mensensasikan wajah seksi wanita untuk melariskan novel-novel picisan mereka. Mungkin juga kulit sedemikian, dari segi seni perencanaan kulit buku, adalah sejenis seni picisan seperti yang kita selalu lihat dalam promosi produk kecantikan wanita yang dengan sengaja menonjolkan wajah ayu model pilihan untuk memikat wanita bahawa mereka juga akan sampai ke taraf itu jika menggunakan produk kecantikan itu. Kaum wanita tidak menganggap perbuatan itu satu jenis sensasi picisan kerana dari segi psikologi promosi, kaum wanita memang tertarik dengan penonjolan seumpama itu: mereka senang dipujuk secara sensasi picisan yang menyenangkan mata. Dari segi ini, PTS bolehlah diakui sebagai salah satu penerbit yang cukup lihai mempergunakan kelemahan kaum wanita yang boleh dipujuk dengan cara itu. Pada umumnya, rencana kulit buku-buku terbitan PTS direkabentuk begitu rupa untuk menandingi bungkusan coklat,  produk kecantikan, sabun mandi, wangian badan, risalah penjualan (fliers) yang diedarkan di setiap rumah,  atau reka bentuk promosi tuala wanita yang aneka ragam dan dibungkus menarik itu.

Pada waktu ini, di Malaysia gagasan Persuratan Baru adalah satu-satunya kaedah paling lengkap dan sistematik dalam analisis dan penilaian karya kreatif, dan pada waktu yang sama dapat dijadikan panduan yang berkesan untuk menulis novel, cerita pendek dan lain-lain yang terjamin kualitinya sekiranya konsep wacana dan cerita difahami betul-betul dan digunakan dengan  cermat dalam membina karya berkenaan.  Sehingga ini belum ada lagi sesiapa yang menolak gagasan Persuratan Baru secara akademik, tidak juga secara kreatif. Mungkin juga kerana mereka tidak mahu membuang masa membahaskannya, yang menurut mereka hanya sia-sia, malah sebaliknya perbahasan itu akan membuat gagasan Persuratan Baru lebih mudah difahami dan lebih luas dikenali. Tetapi bagi ahli  akademik dan sarjana sastera yang kerjanya mengajar kesusasteraan atau yang menulis tentang sastera, sikap senegatif itu merugikan mereka sendiri, kerana mereka dengan sengaja menjadikan diri mereka ketinggalan zaman, dan akan kelihatan di mata pelajar mereka sebagai kumpulan yang cetek dan anti-ilmu. Persepsi begitu tidak baik bagi ahli akademik dan pensyarah, sementara usaha mereka menyekat masuknya idea baru yang lebih progresif ke dalam kurikulum pengajaran mereka akan mendedahkan kedudukan mereka sendiri kepada pelajar dan masyarakat yang akan menilai mereka sebagai ketinggalan zaman, tidak relevan, taksub kepada teori Barat, dan bersikap anti-ilmu.  Tidak saja mereka rugi  dari segi pencapaian akademik, malah di samping itu akan dicemuh oleh masayarakat dan pelajar mereka sendiri sebagai kumpulan yang anti-ilmu dan anti-kemajuan. Oleh itu adalah lebih produktif bagi mereka dan bagi pelajar mereka untuk diperkenalkan gagasan Persuratan Baru sebagai satu alternatif dalam kritikan sastera dan dalam penulisan kreatif. Nampaknya kedua-dua golongan ini akan menjadi lebih bijaksana jika mereka bersikap positif dan bersedia untuk mengenali lebih dekat gagasan Persuratan Baru, sekurang-kurangnya sebagai pelengkap kepada pengetahuan mereka tentang persuratan dan kesusasteraan. Sikap positif ini tidak merugikan mereka; tetapi sebaliknya jika mereka bersikap menentang (saya telah jelaskan menentang tidak sama dengan berbeza pendapat), mereka hanya mendedahkan maruah diri yang rendah (low self esteem).

Minat saya terhadap Teknik Surah Yusuf ini timbul apabila Ustaz Zahiruddin Zabidi, salah seorang editor di PTS, menulis di blognya bahawa 70% isi al-Quran adalah cerita. Ini mengingatkan saya kepada herdik Ainon Mohd. satu ketika dulu, yang ditunjukkan kepada saya, “Siapa kata dalam Quran tak ada cerita?” Tidak tahu mengapa dia begitu berminat tentang soal “cerita” ini, mungkin kerana dia ada dengar di mana-mana orang bercakap kononnya  Persuratan Baru anti-cerita, tak mahu cerita, mahu hanya wacana. Sepanjang mengenai gagasan Persuratan Baru, dari mana agaknya dia dapat (jika beliau mahu buktikan gagasan Persuratan Baru salah) PB anti-cerita? Buku-buku dan rencana sudah ditulis tentang PB. Senang dapat, murah pula harganya, dan mudah difahami. Bukti mudah difahami itu ialah Puan R. Sharatha yang menulis tesis MA tentang Pujangga Melayu (UM 2007) dapat memahami PB dengan begitu bagus, barangkali lebih bagus daripada yang boleh difahami oleh Puan Ainon Mohd. dan para pengikut beliau. Oleh itu jelas sangatlah perkara “cerita” ini timbul kerana salah faham saja. Ustaz Zahiruddin Zabidi kemudiannya menjelaskan pendapatnya itu, setelah membaca blog Mohd. Shahrizal Nasir yang menghuraikan dengan jelas maksud “cerita” dalam al-Quran. Ini pun nampaknya tidak dibaca oleh Puan Ainon Mohd. dan para pengikutnya. Ini terjadi mungkin kerana beliau berasa Teknik Surah Yusuf itu sudah “perfect” dan betul-betul betul menurut al-Quran dan semangat Surah Yusuf.

Mengapa Teknik Surah Yusuf itu penting bagi PTS? Ini satu soalan yang boleh dijawab oleh Puan Ainon Mohd. saja.  Jika diizinkan saya jawab, mudah saja: Dengan tertayangnya nama Teknik Surah Yusuf, maka ternampaklah sifat Islam novel-novel popular terbitan PTS. Dengan itu “terliurlah” (loghat Kelantan bererti tergoda, teruja) pemuda pemudi untuk membelinya kerana sudah disahkan berunsur Islam. Itulah strateginya.  Dari segi perniagaan, strategi itu bagus; tetapi tidak dari segi dakwah kerana dakwah sudah dijadikan motif sampingan, motif kedua atau ketiga.

Jika dakwah itu motif utama dan pertama, akan jadilah seperti Nabi Nuh ‘a.s. yang berdakwah 950 tahun (disebut dalam Quran), mendapat cuma 8 atau 18 orang pengikut saja (mengikut angka yang diberikan oleh seorang ustaz); jadi dari segi Teknik Surah Yusuf dakwah Nabi Nuh ‘a.s. itu gagal kerana “tidak laku”, gagal sama sekali, apatah lagi apabila isteri dan anak baginda sanggup mati lemas daripada menaiki bahtera orang beriman. Jika hakikat ini diambil kira, barulah kita dapat nilai makna dan maksud dakwah yang hakiki: mendaulatkan ajaran tauhid, bukan mencari wang dengan dakwah sebagai alat atau tujuan sampingan untuk memperlihatkan bagusnya perdagangan kita.

Betulkah Teknik Surah Yusuf itu  digunakan untuk menulis novel dakwah?  Sekali-kali tidak. Kecuali dakwah bagaimana ustaz dan ustazah bercinta-cintaan cara ustazah dan ustaz. Lebih canggih barangkali ialah Teknik Tenggelamnya Kapal van Derwijk, kerana dicetuskan oleh seorang pujangga yang sekali gus seorang ulama terbilang dan dihormati. Teknik oleh pujangga ini betul untuk berdakwah, kerana berdakwah itu kerja beliau.  Beliau tidak terkenal sebagai penjual buku, oleh itu untung rugi kewangan tidak masuk hitungan beliau.  Sekarang kita ada dua model, pilihlah mana satu: dakwah cinta atau dakwah agama.  Pilih agama tak dak duit; pilih cinta kaya raya. Mana satu pilihan anda?  Kedua-duanya halal jika cara mendapatnya halal.  Jadi di sini tidak ada keraguan.  Tetapi dari segi akhlak, satu perspektif yang sangat penting dalam Islam, perbuatan itu cacat, malah akan bertukar menjadi salah (haram?) jika terlalu gigih diusahakan. Yang halal itu jelas; yang haram pun jelas. Kita perlu berhati-hati terhadap perkara yang berada di tengah-tengah: jika tergelincir sedikit sudah masuk daerah haram. Apa gunanya lagi?  Di manakah sebenarnya Teknik Surah Yusuf berada? Seorang penulis komentar mengaku dia telah dikhianati. Lihat komentarnya:
           
            Anonymous said...
Maaf numpang bicara...saya di antara novelis yang teraniaya oleh teknik surah Yusof dan orang yang terlalu taksub kepada teknik ini. Sekadar nak curah pengalaman...setelah lebih setahun mengusahakan beberapa novel di bawah PTS, sehingga pada peringkat dah nak diterbitkan...cover, editing semua dah siap dan agreement pun dah saya tandatangani sebelah pihak, sampai saja pada individu yang taksub pada teknik ini...novel saya dianiaya sedangkan dari awal hingga akhir editing bukan saya saja yg terlibat dan patut di salahkan...PTS juga perlu disalahkan. Setelah bertungkus lumus akhirnya mereka di PTS mendiamkan diri setelah pelbagai perubahan telah saya buat pada novel-novel saya yang kononnya tak ikut surah Yusuf.Lebih setahun masa saya membazair dan mereka di PTS senang2 diamkan diri.

Tak cukup dengan itu sebahagian daripada teks saya dipetik bulat-blat dan dimasukkan dalam khutbah jumaat dan ditayangkan kepada semua orang bahawa inilah contoh teks yang tidak islamik sedangkan yang mengeditnya ialah editor PTS sendiri. Kerana taksubnya mereka pada Surah Yusuf sehingga mereka senang2 memalukan orang dan menganiaya orang. Teima kasihlah Pn Ainon dan editor2 PTS yang begitu islamik sekali. Mungkin begitu agaknya islam mengajar orang melayan seorang yang lain. Taksub dengan teknik islam tetapi melayan sesama manusia dengan cara menganiyai dan memalukan dirinya...


Komentar ini juga menarik:

            Anonymous said...
Saya ada membeli beberapa buah buku terbitan PTS. Hanya buku Jeniri Amir: Buat Duit Dengan Menulis, yg saya nampak padat, yg lain...lepas beli rasa menyesal. Saya kurang suka buku agama terbitan PTS...takut saya...betul kata tn hj Afandi, baginda Rasulullah wajar disebut Baginda bukan beliau. Pn Ainon sekira-kira kelihatan tenggelam dalam ribut bahasa, emosi, dan semangat kebahasamelayuan dan bahasa tinggi. Saya fikir buku terbitan Utusan jauh lebih baik begitu juga penebitan Yamani. Dalam isu agama, saya khuatir PTS menyimpang...

Seterusnya komentar ini cuba membela PTS dan TSY, mungkin ditulis oleh seseorang dari dalam PTS sendiri (melihat gayanya. Ada di antara penulis komentar berpendapat orang itu Puan Ainon Mohd. sendiri):

            Anonymous said...
Nabi Muhammad apabila tidak suka dan tidak mahu makan daging dhab, beliau diam sahaja. Beliau hanya makan apa yang beliau suka dan mahu. Tidak pula beliau menjaja rasa jijik beliau terhadap daging dhab. Tidak juga beliau menyindir-nyindir sahabat yang suka dan mahu makan daging dhab. Saya pasti sekiranya Rasulullah, pemimpin paling berpengaruh sepanjang zaman itu ada bersama kita sekarang, beliau langsung tidak akan mengeji daging dhab dan penggemarnya di blog, Twitter atau Facebook.

Inilah pandangan saya terhadap komentar ini:

            Mohd Affandi Hassan said...
Salam kepada semua pembaca.

Saya masih ikuti dengan berminat perbincangan, belum mahu menulis pandangan saya. Tapi bila baca komen terbaru/terakhir, saya perlu beri pandangan sedikit. Pertama, adab yang diajarkan kepada kita, kita gunakan gantinama "baginda" bukan "beliau" bila merujuk para nabi. Kedua, biawak pasir tidak boleh dibandingkan dengan Surah Yusuf. Yang jelas, orang beranggapan TSY menggalakkan mediocrity/pandirisme, merendahkan mutu karya kerana mengejar pasaran, dakwaan untuk berdakwah amat meragukan. Silalah jelaskan keraguan/kemusykilan pembaca. Anda sindir orang supaya jangan menyindir, sepatutnya anda jelaskan. Rasa2nya kita dapat agak siapa penulis komen ini, yakni orang yang cukup arif tentang TSY. Tolong bantu kami untuk memahaminya dan melihat di mana kami silap. Tak perlu bawa biawak dalam perbincangan ini, supaya orang tidak gunakan pula peribahasa Melayu pasal biawak. (Nota: biawak pasir Arab lidah satu, kata orang yang melihatnya, sebab itu halal.) December 19, 2011 12:24 PM

Kadang-kadang orang yang tahu agama dan baca Arab pun tersilap juga. Lihat contoh ini:

            Mohd Riduan Khairi said...
"Apa gunanya karya itu laris jika pada akhirnya tidak mencerdikkan pembaca, menggalak dan menampilkan mediocrity dan pandirisme, malah menggalakkan muda-mudi terus berkhayal".

Mohon izin mencelah juga,

Kenyataan diatas mahu saya balas semula,

"Apa gunanya karya yang dikatakan sangat bagus, ilmiah dan macam-macam istilah lagi, andainya karya itu tidak dibaca. Atau dibaca dengan sangat minimum."

Saya percaya karya yang baik ialah karya yang mempunyai kandungan yang bermanfaat, disampaikan dengan cara yang indah dan dalam pada masa yang sama dibaca ramai orang.

Contohnya sudah ada. Al-Qur'an kalamullah adalah sebuah kitab yang memuat sebaik-baik ilmu pengetahuan, disampaikan dengan gaya dan bahasa yang indah (merujuk kepada teks asli dan bukan terjemahannya) dan yang lebih bermakna lagi, kitab itu dibaca ramai orang. Bahkan disebutkan Al-Qur'an merupakan kitab yang paling banyak dibaca sepanjang zaman merentasi pelusuk dunia sejak ia diturunkan beberapa ribu tahun dahulu.

Saya percaya inilah antara misi utama Pts yakni mahu mendekatkan buku dan ilmu kepada masyarakat setelah sekian lama orang pandai terus menjadi pandai dan orang bodoh terus menjadi bodoh.
December 20, 2011 10:56 AM http://www.blogger.com/img/icon_delete13.gif [Nota: Komentar ini disanggah oleh “Tak Perlu Nama” bertarikh 20/12/2011].
Tak Perlu Nama said...
Saudara Mohd Riduan Khairi,

"Contohnya sudah ada. Al-Qur'an kalamullah adalah sebuah kitab yang memuat sebaik-baik ilmu pengetahuan, disampaikan dengan gaya dan bahasa yang indah (merujuk kepada teks asli dan bukan terjemahannya) dan yang lebih bermakna lagi, kitab itu dibaca ramai orang. Bahkan disebutkan Al-Qur'an merupakan kitab yang paling banyak dibaca sepanjang zaman merentasi pelusuk dunia sejak ia diturunkan beberapa ribu tahun dahulu."

Ini kerana Al-Quran adalah ayat-ayat Allah Maha Agung. Tidak mungkin ada cacat cela. Mengapa hendak disamakan Al-Quran dengan novel-novel karya PTS? PTS perlu sedar dan terima kenyataan, teknik Surah Yusuf mereka bukanlah teknik terbaik dalam pasaran kerana bukan semua buku mereka yang menggunakan teknik ini mencapai apa yang saudara katakan -

"Karya yang baik ialah karya yang mempunyai kandungan yang bermanfaat, disampaikan dengan cara yang indah dan dalam pada masa yang sama dibaca ramai orang."

Bagaimanapun saya bersetuju dengan saudara mengenai pandangan saudara itu, cuma apabila ia dikaitkan dengan PTS, maka tidak relevan sama sekali. Pada masa yang sama, saya turut bersetuju dengan pandangan penulis blog ini.

Apa yang pasti, usah terlampau taksub dengan sesuatu teknik tidak kiralah teknik yang diperjuangkan oleh PTS mahupun oleh penulis blog ini sehingga "membodohkan" orang lain.

Penulis komentar di atas sangat yakin dia telah menyatakan pendapat yang bernas: “Apa gunanya karya yang dikatakan sangat bagus, ilmiah dan macam-macam istilah lagi, andainya karya itu tidak dibaca. Atau dibaca dengan sangat minimum."  Mana dia tahu berapa orang yang baca karya itu? Tak mungkin dia tahu. Jadi apakah maksud bantahannya? Sesebuah karya yang berjaya mestilah ada pembaca yang minimum, katalah 10,000 orang. (Inilah kedudukan PTS, yang boleh menjual novel picisan mereka beratus ribu). Kurang dari 5,000 kurang berjaya. Jika hanya 1000-2,000 saja, gagal, tak laku, tak bagus, jelas tidak mendatang faedah atau pengaruh apa-apa. (Inilah kedudukan DBP, yang sampai 20 tahun pun tidak dapat menjual 2,000 naskhah sesebuah penerbitannya.) Perhitungan begini sebenarnya tidak siuman, kerana diasaskan kepada andaian semata-mata, tanpa ukuran konkrit yang hanya berada di peringkat cadangan, tetapi tidak pada peringkat ukuran sebenar. Sebenarnya berapa orang yang baca karya itu tidak penting; kerana yang penting ialah siapakah orang yang membacanya. Maksudnya, adakah pembaca itu seorang pembaca yang teliti, kritis, dan mendapat faedah daripada bacaannya yang kritis itu. Ini penting kerana kita tidak tahu kualiti kognitif pembaca berkenaan, tahap ilmunya dan daya kreatifnya. Bagaimana jika yang membacanya seorang genius, yang mendapat idea baru dari bacaannya atau kajiannya? Jika ini terjadi, dan dia seorang profesor pula, dia menyebarkan ilmu kepada pelajarnya; mana tahu terdapat di antara pelajar itu seorang atau beberapa orang yang tajam pemahamannya dan menyebarkan lagi ilmu yang didapatinya daripada profesornya. Dan seterusnya.  Ini telah berlaku dalam dunia ilmu. Prof. Ahmad Zewail (lahir 1946) dari Amerika Syarikat (berasal dari Mesir), pemenang Hadiah Nobel Kimia 1999, memberitahu bahawa seorang ahli fizik mendapat sesuatu yang tidak terfikir olehnya dari teorinya, sehingga tercetus teori baru dan ahli fizik itu sendiri mendapat Hadiah Nobel. [ Inilah maklumat pendek untuk makluman yang berminat:  The 1999 Nobel Prize was awarded to Ahmed Zewail "for his studies of the transition states of chemical reactions using femtosecond spectroscopy." His pioneering investigation of fundamental chemical reactions using ultra-short flashes allowed chemists, for the first time, to monitor reactions on the time scale on which the atoms are actually moving as bonds are broken and formed. The fundamental limit of femtosecond resolution represents the culmination of a century of progress in chemical dynamics that began with the first Nobel Prize awarded to Jacobus van't Hoff in 1901.]

Seorang ahli fizik yang lain, yang suka menonton drama, memerhatikan gerakan pully system di panggung, dan dari situ merumuskan satu teori fizik. Dia ke panggung kerana ingin menonton drama, tetapi kerana dia seorang yang berfikir, dia dapat mencipta sesuatu hasil kegemarannya menonton drama. Ketika saya sedang berfikir bagaimana hendak merumuskan gagasan Persuratan Baru supaya senang difahami, saya terlebih dahulu membaca karya Malaysia dan karya dunia, termasuk karya tentang estetika dan falsafah seni. Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah konsep ilusi yang menjadi ciri penting dalam falsafah seni Barat. Apabila saya membaca peristiwa pertemuan Ratu Balqis yang mengadap Nabi Sulaiman ‘a.s., yang menyingkap pakaiannya kerana dia sangka akan mengharungi air di dalam kolam yang cantik, sehingga diberitahu oleh Nabi Sulaiman ‘a.s. bahawa itu bukan air, hanya lantai berkilat hasil seni bina yang indah, Ratu Balqis serta-merta sedar akan kesilapannya dan terus beriman.  Inilah yang memberi saya kunci kepada gagasan Persuratan Baru, yang membezakan antara realiti semu dengan realiti hakiki. Selepas itulah baru saya dapat memahami peristiwa Nabi Musa ‘a.s. dengan ahli sihir; juga peristiwa perempuan Mesir menghiris tangan mereka ketika dibawa lalu Nabi Yusuf ‘a.s. di depan mereka.  Tidakkah mungkin suatu hari nanti, akan lahir seorang atau beberapa orang genius yang akan menggunakan idea dalam gagasan itu untuk membina suatu teori baru, atau menulis karya persuratan yang canggih analisisnya dan stylenya.  Jadi tidak wajar menilai sesuatu karya yang bagus dan bernilai dari berapa jumlah wang yang diterima, atau berapa ribu yang laku. Kejayaan hakiki tidak diukur seperti itu.

Bagus juga jika direnung pandangan Ibn Hazm ini. Menurut Ibn Hazm, tujuan menulis sesuatu karya ilmiah ialah untuk mencapai perkara berikut:

1. Mengutarakan sesuatu yang asli.
2. Menyelesaikan atau melengkapkan sesuatu yang belum lengkap.
3. Memperbaiki sesuatu yang dilihatnya salah.
4. Menjelaskan dan menghuraikan sesuatu yang rumit dan sukar.
5. Meringkaskan karya seseorang yang terlalu panjang tanpa meninggalkan perkara-perkara yang penting.
6. Menyatukan dan menyusun pelbagai maklumat menjadi manik-manik yang menjadi rantai indah berseri.

(Dikutip oleh Muhammad Zarif Hassan dalam makalahnya, “Kepengarangan Muda: Mencari Sinar Tradisi”, dibentangkan dalam Perhimpunan Penulis Muda, anjuran PENA, 17-18 Disember, 2011, Kuala Lumpur. Sumber ambilan daripada Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud, Iklim Kehidupan Intelektual di Andalusia Satu Cerminan Islamisasi Dua-Dimensi (USM, 2007), hal. 8). Di manakah Teknik Surah Yusuf dan gagasan Persuratan Baru berada jika kriteria Ibn Hazm digunakan untuk menilai kedudukan kedua-duanya dalam dunia ilmu?

Demikian juga apabila orang berkata PTS ingin berdakwah melalui Teknik Surah Yusuf, dan dakwah itu berjaya kerana karya yang dihasilkan laku dengan laris, ramai pembacanya. Bagaimana anda akan menilai usaha dakwah Nabi Nuh ‘a.s. yang berdakwah 950 tahun, gagal membawa isteri dan anak baginda menjadi pengikut baginda, dan pengikut baginda sendiri dikatakan kira-kira 8 orang, atau 18 orang. Adakah baginda sudah gagal berdakwah? Jika kita memakai logik palsu PTS yang bangga dengan Teknik Surah Yusufnya, sudah jelas Nabi Nuh ‘a.s. tidak mencapai tahap kejayaan yang ditetapkan oleh PTS. Tidakkah ini sangat hebat? Yakni hebat dari segi kepalsuan ukuran yang dipakai. 

Sebagai sebuah organisasi perniagaan, adalah wajar PTS mengutamakan keuntungan daripada yang lain, dengan itu PTS terlibat dalam usaha murni dakwah sastera picisan popular dengan menjual Surah Yusuf sebagai modal. Kejayaan PTS mungkin serasi dengan maksud ayat 4:115 dalam ungkapan pendek yang terkenal ini: nuwallihi ma tawalla, We shall turn him in the direction in which he turns/wishes to turn/shall direct him  to the course he whishes to adopt (Mustansir Mir, Verbal Idioms of the Quran (1989), hal. 370.) Kamus Arabic-English Dictionary  of Quranic Usage, hal. 1047 memberi maksud begini: We will leave him to his own devices [lit. turn him towards his chosen path]. Sebagai amaran, jangan hanya membaca makna tersurat, kerana yang tersirat itulah yang perlu diperhatikan.  Dalam bahasa Melayu mudah: Buatlah apa mu nak buat!

Wallahu a’lam.

Mohd. Affandi Hassan,
21/12/2011.


_________________________________________________________________
                                                            Lampiran 1

(Nota kecil: Melihat banyaknya komentar dikemukakan pembaca blog, jelas sekali PTS dan Teknik Surah Yusuf mendapat perhatian, dan mungkin juga amat dikenali oleh masyarakat. Tahniah kepada PTS dan Puan Ainon Mohd. yang dapat memikat begitu ramai penulis komentar.  Memang luar biasa sambutannya. Kata seorang penulis komentar: “Bagus perbincangan ini ...” Blog ini pun tumpang tuah PTS dan Teknik Surah Yusuf. Terima kasih.)

40 comments:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5QBSXbrN6g7GJGRMr-62a5LHKDsRyhB-jGw992b9L4nnQVqsL_IXkNgy9bQPWi6TBK_zdSIBtFNWK2ulgiovNKNzN4yUmdkjvWVwGZDRcKTK01dxiQj70sMfV_RBgBguhtQzd87ta_Mbg/s45/muslim.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5QBSXbrN6g7GJGRMr-62a5LHKDsRyhB-jGw992b9L4nnQVqsL_IXkNgy9bQPWi6TBK_zdSIBtFNWK2ulgiovNKNzN4yUmdkjvWVwGZDRcKTK01dxiQj70sMfV_RBgBguhtQzd87ta_Mbg/s45/muslim.jpg
aras nura said...
Tuan, saya cuma mahu bertanya dengan kejernehan seorang muda yang betul-betul mahu menambah ilmu.

Saya beranggapan bahawa karya yang dilabel sebagai novel cinta Islami ini sebagai 'bala tentera' untuk melawan novel cinta pop yang langsung murahan dan picisan tetapi berlambak di pasaran. Maka, saya merasakan yang novel cinta Islami ini tidak apa kewujudannya, tetapi tidaklah perlu dijulang sangat.

Apa pandangan ini menurut tuan boleh dipakai?
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Bagi saya ia bukan isu mencari duit sahaja. Menulis karya Islami itu juga tujuannya adalah untuk dakwah. Jika novel tidak laku, maka tidaklah ramai yang membacanya.

Apalah gunanya jika novel tersebut sangat bagus (menurut penilaian Persuratan Baru) tetapi hanya orang sastera sahaja yang membacanya? Malah DBP pun sudah tidak terbitkan lagi.

Atau mungkin tuan boleh senaraikan karya apa yang mengikut kehendak Persuratan Baru?
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Assalamualaikum,

"Apa gunanya karya itu laris jika pada akhirnya tidak mencerdikkan pembaca, menggalak dan menampilkan mediocrity dan pandirisme, malah menggalakkan muda-mudi terus berkhayal".

Saya amat tertarik dengan kenyataan Tn. Hj. Affandi di atas. Ia memberi maksud yang jelas bahawa penulis karya perlu menggalas tanggungjawab besar ketika memanfaatkan penanya.

Dalam usaha membenamkan kemungkaran yang berleluasa, kita harus bijak memilih jalan yang terbaik agar tidak muncul kemungkaran yang lain. Jika kita masih belum dapat membezakan antara isi kandungan dan hiasan luaran, di tambah pula dengan kecelaruan tentang keutamaan yang perlu diberi perhatian serius, maka masalah akan tinggal masalah. Apabila hendak menyelesaikan sesuatu masalah, perlu dicari jalan yang betul. Jika sesuatu langkah itu tidak tepat sebagai satu bentuk jalan penyelesaikan, mengapa perlu dibiarkan, mengapa perlu diteruskan, kalau pun tidak dijulang.

Dakwah adalah soal yang jelas. Dalam berdakwah, bahan dakwah perlu betul dan tepat dengan tujuan dakwah. Malah pendekatan dakwah juga perlu betul. "Betul" di sini membawa maksud ianya selari dengan kehendak Islam. Jika dakwah itu selari dengan kehendak Islam, mengapa kita perlu turuti selera ramai?

Persoalan seterusnya, dakwah dalam Islam itu luas, dan ada keutamaannya. Setahu saya, dakwah itu...akhirnya mendekatkan kita dengan Allah. Lambakan "novel Islami" kita pada hari ini, kalau tidak semua, kebanyakannya tidak lari dari tajuk cinta. Khuatir juga ada yang salah faham bahawa dakwah dalam Islam itu hanya berlegar pada soal cinta. Atau setidaknya menggambarkan bahawa dalam minda umat Islam ini, yang jadi pokok utamanya cinta. Atau juga masalah utama yang membelenggu umat Islam hari ini adalah soal cinta, sehingga menghendakkan penulis "novel Islami" semunya ke arah itu.

Selain itu, masalah yang ditimbulkan oleh ramai orang, ialah apabila mereka berfikir secara negatif. Mungkin masalah ini berpunca daripada keraguan atau was-was. Tidak yakin dengan kebenaran. Sekiranya sesuatu benda itu bagus, mengapa timbul isu ianya tidak diterima ramai? Kita terlalu buruk sangka walaupun dengan sesuatu yang kita "yakin" ianya benar dan bagus.

"Tidak semua komentar yang saya terima dalam blog ini bernas, menggambarkan ketangkasan berfikir orang yang membuat komentar".

Sekali lagi saya tertarik dengan kenyataan Tn. Hj. Affandi di atas. Tapi mungkin juga ada pemberi komen yang belum sempat mengikuti sepenuhnya tulisan Tn. Hj. Affandi. Saya syorkan untuk dibaca makalah Prof. Madya Dr. Mohd Zariat Abdul Rani bertajuk: "Ilmu Dan Penjanaan Ilmu Dalam Novel Melati Kota Baru Karya A. Kadir Adabi: Satu Bacaan Intelektual" yang termuat dalam buku "Kedudukan Ilmu Dalam Kesusasteraan: Teori Dan Praktis" suntingan oleh Prof. Dr. Ungku Maimunah Mohd Tahir (UKM).

Moga kita semua terus diberi petunjuk oleh Allah. Wassalam.
Zamri Mohamad said...
Alhamdulillah, dengan adanya sudut pandang ini, maka tujuan Sastera Surah Yusuf diwacanakan sebagaimana dimahu akhirnya mencapai objektif. Dengan sudut pandang ini, pembangunan karya berdasarkan teknik sastera berbanding teori sastera semata-mata dapat dibawa ke hadapan.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
kupasan dan ulasan yang menarik.

ridwanto
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Salam,

'Persuratan Baru' itu apa ya? Adalah sesuatu yang sangat malang bagi orang sastera kerana sastera hanya untuk orang yang pandai bersastera sahaja! Sastera harus dimanfaat untuk mendidik masyarakat dan diketahui umum. Oleh demikian, orang sastera jangan sombong dan menganggap diri mereka elit kerana kepandaian bersastera itu adalah anugerah Tuhan untuk dimanfaatkan bagi faedah umum. Ia bukan sesuatu yang eksklusif untuk orang tertentu sahaja. Jadi, profesor sastera yang bijak-bijak jangan 'sombong' dengan kebolehan anda, Tuhan boleh sahaja mengambil 'talent' anda kembali!

Seperkara lagi, tiada salah memakan hasil karya yang juga memberi faedah kepada masyarakat, ia lebih baik daripada hidup memakan royalti daripada buku yang diterbitkan menggunakan 'subsidi' duit rakyat!
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Pandai juga encek fendi ni troll. I like. Hahaha
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Mencerdikkan pembaca itu penting...
Tapi bagaimana mahu cerdikkan pembaca kiranya pembaca sendiri memilih bahan 'tidak cerdik'kononnya...

Mungkin juga komen seperti itu keluar akibat rasa cemburu orang sastera yang karyanya bermutu tinggi tapi langsung tidak mahu disentuh masyarakat kepada orang berkarya pop yang sedang terima royalti berjuta ringgit sekarang seperti RAM.

Terima lah kehadiran karya pop atau islami tampal-tampal ini dengan hati terbuka nescaya hatimu senang dan lapang...

Saya pun muak juga baca kritikan faisal tehrani dan nisah haron sehingga mengeji kelompok sasterawan pop (istilah saya sendiri)...

Jangan dikeji.

Dulu orang malaysia dikatakan malas baca, sekarang sudah rajin baca kerana karya pop/islami ini..

Lama-lama kita harap mereka makin minat meninggi kepada karya sastera berat pula...

Jadi, sasterawan yang perasan karyanya bagus tak payahlah mengkritik teruk-teruk tulisan pop/islami ini, lebih baik anda pergi menulis seperti penulis pujaan saya Dato A.Samad Said.

promo...CINTA FANSURI...
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
novel FAISAL TEHRANI iaitu SEBONGKAH BATU DI KUALA BERANG diharamkan JAKIM kerana berbau SYIAH.

BERHENTILAH faisal tehran-ni tulis unsur syiah kamu.

TEHRAN -IBU KOTA NEGARA SYIAH IRAN.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Mencari wang sangatlah penting kepada syarikat penerbitan buku swasta, ia bukan seperti yang ANDA fikirkan. kalau DBP yang terbit guna peruntukkan kerajaan dari duit rakyat tak laku tak apa. tapi orang bisnes seperti penerbit swasta perlu fikir periuk nasi banyak orang yang bekerja di bawahnya. dan buku ini dijual berdasarkan permintaan masyarakat...

Allah melarang kita mengeji pihak yang lain kerana menyangka diri sendiri lebih baik, kerana barangkali yang dikeji itu lebih baik dari yang mengeji.

ingat apa kata Iblis????

"Aku lebih baik dari dia (Adam)"

Apa jadi pada iblis...????

Anda jawab sendiri...sasterawan yang bagus.
(emo sikit jangan marah)
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Teknik SUrah Yusuf sudah pun gagal di pasaran. Sebutkan sebuah novel yang menggunakan teknik ini yang berjaya?
Hatta editor PTS sendiri berusaha tidak mahu menggunakan teknik ini kerana tahu ia tidak boleh dijual.... Kalau ada yang mempertahankannya hanya pembodek-pembodek yang terlalu taksub.
alahai...
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Maaf saya ingin mencelah.

Sepanjang pemerhatian saya. karya sastera islami ini hanyalah satu "genre" yang menggunakan perkataan "islami" untuk membezakan dirinya dari "sastera pop". Maksudnya, kita sudah di beri "preconceived" notion yang adanya unsur-unsur Islami, tetapi malangnya ianya seperti menangguk di air yang keruh. Nah, lihat sahaja betapa berlambaknya karya-karya yang menggunkan lembayung "islami" walhal isinya yang sepatutnya bersifat "islami" itu tidak pula dikupas secara intelektual atau mendalam, hanya melepaskan batuk di tangga sahaja. Tidak ada apa2x yang baru, tiada pula yang mencabar minda, tiada yang membolehkan kita menelusuri mata hati kita, menginsafkan kita, mencerdikkan dan menajamkan hati budi, akal, dan pemikiran kita. Saya mengambil contoh perbandingan sastera islami dengan satu karya barat yang sangat besar iaitu Hemingway's "The old man and the sea" cuba lihat novel hemingway yang begitu nipis (novella?) tetapi setiap perbuatan, keadaan, diskripsi sarat dengan makna yang begit mendalam, sehinggakan ada pengkaji barat yang boleh menganalisa novelnya secara 4 tahap (jewish hermeneutics). Begitu dalamnya maksud novel itu! Alankah malangnya, novel islami kita, yang mana kita tahu tradisi falsafah dan pemikiran islam begitu mendalam sehingga dipinjam oleh pimikiran barat di "cetekkan" hatta di tahap harfiah sahaja. Penulis malas mahu memikirkan ketajaman bahasa, keindahan isi, dan kedalaman makna, cuma mahu menumpang nama di bawah "panji sastera Islami". Kita sudah tidak mahukan ini. Karya ini tidak ubah mahu "appeal" kepada senses sahaja, karya untuk kita duduk-duduk "relaks" lepas itu disudahkan dalam satu duduk. Karyawan janganlah begitu, janganlah malas. Jika mahu menabur budi dalam konteks berdakwah dan berjihad jangan menulis secara ala kadar sahaja.

Sepatutnya, samada kamu kenal atau tidak Persuratan Baru satu perkara yang perlu diketahui adalah falsafah sebenar Sastera Islam. Bukan hanya pada nama. tapi pada keseluruhannya. Hanya Persuratan Baru sahaja yang benar-benar mahu mengangkat martabat sebenar sastera Islam, tapi alangkah! masih ramai yang mahu menulis mengikut "kebebasan" nisbi-nisbi yang tidak pula menunjukkan kebenaran yang benar (Ultimate Truth). Tidak kurang juga penulis yang lebih kepada retorika dan impressionistic semata-mata untuk menampakkan kecerdikannya, tapi alangkah! masihlah dia mundur dalam pemikirannya.

Hanya Persuratan Baru sahaja berani mencabar penulis-penulis kita untuk "rise above the challenge", dan saya rasa bukanlah niat affandi hassan untuk mengatakan dia lebih baik dari semuanya, tetapi itulah realiti orang kita, bila dikritik katanya si pengkritik itu rasa serba cukup, sedangkan sudut positif kritikannya dilumpuhkan begitu sahaja. Orang melayu kan pantang dikritik?

Nah, biar kita ambil pedoman, yang mana kekurangan dalam iman, amal, dan ilmu kita mantapkan lagi. jangan biarkan sastera kita hanyut dalam ombak kegelapan.


--- seorang lagi anonymous ----
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Saya faham beberapa perkara daripada artikel di atas, antara yang saya fahami ialah, tulisan di atas mendakwa novel Islami terbitan PTS yang adalah tidak layak dimasukkan dalam kategori sastera Islami, ini kerana novel-novel Islami tersebut tidak mempunyai kupasan wacana yang mendalam dan berkesan, yang mana wacana itulah merupakan intipati sebenar sastera.

Begitukah?

---anonymous juga---
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Jika diikuti tulisan Ainun Mohammed berhubung Teknik Surah Yusof, isteri meminta cerai tidak dibenarkan dalam novel PTS kerana dalam Surah Yusuf tidak ada kes cerai. Aduhai.. tak siapa yang peringatkan beliau ke, dalam surah lain ada sebut tentang talak dan khuluq dan hadis bergegar Arasy itu hadis palsu. Lantas, saya kasihan dengan penulis yang disekat kreativitinya.. bagaimana nak bersastera jika itu tak boleh, ini tak boleh..

--lagi, lagi anonymous--
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Rosli Mokhtar said...
salah satu kelemahan teknik surah Yusof ialah membina teori berdasarkan alquran terjemahan sedangkan salah satu syarat pentafsiran al-quran adalah mesti merujuk kepada teks asal bahasa arab dan memahaminya melalui laras bahasa arab itu sendiri, keadaan ini menyebabkan beberapa kesimpulan yang dibuat berdasarkan struktur ayat terjemahan sedangkan struktur ayat asal tidak demikian.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Tuan, saya tahu Teori Surah Yusuf juga tidak digemari oleh editor dan penulis PTS sendiri. Saya ingin tanya adakah karya ainmaisarah yang meletup-letup itu (kononnya) ditulis menggunakan teori surah Yusuf? Tidakkan? Ainsmaisarah membawa agenda baru yang boleh memudaratkan pembaca remajanya.

Tanpanama
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Bagus perbincangan ini....
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Ainmaisarah guna Teori Surah Yusof? Jawapannya tentu tidak. Ainmaisarah guna teori lain.. cari wang, cari wang, cari wang.. itu sahaja tanpa fikirkan baik buruk kesan pada remaja. Adakah wajar seorang yang mengakui diri ikon remaja mengajak anak-anak kecil bersolat terawih di masjid dengan pilih saf paling belakang dengan alasan mudah untuk bergambar. Konsep syariah kompliant apakah ini? Kejadian ini berlaku dan saya sebagai pendidik kecewa.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Nabi Muhammad apabila tidak suka dan tidak mahu makan daging dhab, beliau diam sahaja. Beliau hanya makan apa yang beliau suka dan mahu. Tidak pula beliau menjaja rasa jijik beliau terhadap daging dhab. Tidak juga beliau menyindir-nyindir sahabat yang suka dan mahu makan daging dhab. Saya pasti sekiranya Rasulullah, pemimpin paling berpengaruh sepanjang zaman itu ada bersama kita sekarang, beliau langsung tidak akan mengeji daging dhab dan penggemarnya di blog, Twitter atau Facebook.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Maaf numpang bicara...saya di antara novelis yang teraniaya oleh teknik surah Yusof dan orang yang terlalu taksub kepada teknik ini. Sekadar nak curah pengalaman...setelah lebih setahun mengusahakan beberapa novel di bawah PTS, sehingga pada peringkat dah nak diterbitkan...cover, editing semua dah siap dan agreement pun dah saya tandatangani sebelah pihak, sampai saja pada individu yang taksub pada teknik ini...novel saya dianiaya sedangkan dari awal hingga akhir editing bukan saya saja yg terlibat dan patut di salahkan...PTS juga perlu disalahkan. Setelah bertungkus lumus akhirnya mereka di PTS mendiamkan diri setelah pelbagai perubahan telah saya buat pada novel-novel saya yang kononnya tak ikut surah Yusuf.Lebih setahun masa saya membazair dan mereka di PTS senang2 diamkan diri.
Tak cukup dengan itu sebahagian daripada teks saya dipetik bulat-blat dan dimasukkan dalam khutbah jumaat dan ditayangkan kepada semua orang bahawa inilah contoh teks yang tidak islamik sedangkan yang mengeditnya ialah editor PTS sendiri. Kerana taksubnya mereka pada Surah Yusuf sehingga mereka senang2 memalukan orang dan menganiaya orang. Teima kasihlah Pn Ainon dan editor2 PTS yang begitu islamik sekali. Mungkin begitu agaknya islam mengajar orang melayan seorang yang lain. Taksub dengan teknik islam tetapi melayan sesama manusia dengan cara menganiyai dan memalukan dirinya...
http://img2.blogblog.com/img/b16-rounded.gif
Salam kepada semua pembaca.

Saya masih ikuti dengan berminat perbincangan, belum mahu menulis pandangan saya. Tapi bila baca komen terbaru/terakhir, saya perlu beri pandangan sedikit. Pertama, adab yang diajarkan kepada kita, kita gunakan gantinama "baginda" bukan "beliau" bila merujuk para nabi. Kedua, biawak pasir tidak boleh dibandingkan dengan Surah Yusuf. Yang jelas, orang beranggapan TSY menggalakkan mediocrity/pandirisme, merendahkan mutu karya kerana mengejar pasaran, dakwaan untuk berdakwah amat meragukan. Silalah jelaskan keraguan/kemusykilan pembaca. Anda sindir orang supaya jangan menyindir, sepatutnya anda jelaskan. Rasa2nya kita dapat agak siapa penulis komen ini, yakni orang yang cukup arif tentang TSY. Tolong bantu kami untuk memahaminya dan melihat di mana kami silap. Tak perlu bawa biawak dalam perbincangan ini, supaya orang tidak gunakan pula peribahasa Melayu pasal biawak. (Nota: biawak pasir Arab lidah satu, kata orang yang melihatnya, sebab itu halal.)
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Assalamualaikum,

Sekiranya para pembaca berkesempatan, saya jemput ke blog saya. Saya ada hurai tentang Qissah al-Qur'an, yang ada kaitan dengan penggunaan TSY. Hal ini yang menjadi asas, mengapa saya tidak bersetuju dengan teknik tersebut.

Saya mohon kebenaran Tn. Hj. Affandi untuk letak pautan ini: http://rizalnasir.blogspot.com/2011/11/kecelaruan-terhadap-qissah-al-quran.html

Moga perbincangan ini mendapat keberkatan dari Allah. Wassalam.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
PB KA, TSY KA, DUA2 SAMA. SAMA2 MENGAIBKAN ORANG
http://img2.blogblog.com/img/b16-rounded.gif
Salam.

Tuduhan seorang penulis yang mendakwa dia dikhianati oleh PTS perlukan penjelasan daripada PTS sendiri (secara rasmi).

Saya gembira membaca komen terakhir yang mengatakan PB dan TSY kedua-duanya mengaibkan orang. Sukar mendapat seorang yang begitu jernih hatinya dan begitu jujur memberi komen. Hendaknya lebih ramai oang seperti beliau supaya kita semua selamat dunia akhirat.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
"Apa gunanya karya itu laris jika pada akhirnya tidak mencerdikkan pembaca, menggalak dan menampilkan mediocrity dan pandirisme, malah menggalakkan muda-mudi terus berkhayal".

Mohon izin mencelah juga,

Kenyataan diatas mahu saya balas semula,

"Apa gunanya karya yang dikatakan sangat bagus, ilmiah dan macam-macam istilah lagi, andainya karya itu tidak dibaca. Atau dibaca dengan sangat minimum."

Saya percaya karya yang baik ialah karya yang mempunyai kandungan yang bermanfaat, disampaikan dengan cara yang indah dan dalam pada masa yang sama dibaca ramai orang.

Contohnya sudah ada. Al-Qur'an kalamullah adalah sebuah kitab yang memuat sebaik-baik ilmu pengetahuan, disampaikan dengan gaya dan bahasa yang indah (merujuk kepada teks asli dan bukan terjemahannya) dan yang lebih bermakna lagi, kitab itu dibaca ramai orang. Bahkan disebutkan Al-Qur'an merupakan kitab yang paling banyak dibaca sepanjang zaman merentasi pelusuk dunia sejak ia diturunkan beberapa ribu tahun dahulu.

Saya percaya inilah antara misi utama Pts yakni mahu mendekatkan buku dan ilmu kepada masyarakat setelah sekian lama orang pandai terus menjadi pandai dan orang bodoh terus menjadi bodoh.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Tak Perlu Nama said...
Saudara Mohd Riduan Khairi,

"Contohnya sudah ada. Al-Qur'an kalamullah adalah sebuah kitab yang memuat sebaik-baik ilmu pengetahuan, disampaikan dengan gaya dan bahasa yang indah (merujuk kepada teks asli dan bukan terjemahannya) dan yang lebih bermakna lagi, kitab itu dibaca ramai orang. Bahkan disebutkan Al-Qur'an merupakan kitab yang paling banyak dibaca sepanjang zaman merentasi pelusuk dunia sejak ia diturunkan beberapa ribu tahun dahulu."

Ini kerana Al-Quran adalah ayat-ayat Allah Maha Agung. Tidak mungkin ada cacat cela. Mengapa hendak disamakan Al-Quran dengan novel-novel karya PTS? PTS perlu sedar dan terima kenyataan, teknik Surah Yusuf mereka bukanlah teknik terbaik dalam pasaran kerana bukan semua buku mereka yang menggunakan teknik ini mencapai apa yang saudara katakan -

"Karya yang baik ialah karya yang mempunyai kandungan yang bermanfaat, disampaikan dengan cara yang indah dan dalam pada masa yang sama dibaca ramai orang."

Bagaimanapun saya bersetuju dengan saudara mengenai pandangan saudara itu, cuma apabila ia dikaitkan dengan PTS, maka tidak relevan sama sekali. Pada masa yang sama, saya turut bersetuju dengan pandangan penulis blog ini.

Apa yang pasti, usah terlampau taksub dengan sesuatu teknik tidak kiralah teknik yang diperjuangkan oleh PTS mahupun oleh penulis blog ini sehingga "membodohkan" orang lain.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Saya ada membeli beberapa buah buku terbitan PTS. Hanya buku Jeniri Amir: Buat Duit Dengan Menulis, yg saya nampak padat, yg lain...lepas beli rasa menyesal. Saya kurang suka buku agama terbitan PTS...takut saya...betul kata tn hj Afandi, baginda Rasulullah wajar disebut Baginda bukan beliau. Pn Ainon sekira-kira kelihatan tenggelam dalam ribut bahasa, emosi, dan semangat kebahasamelayuan dan bahasa tinggi. Saya fikir buku terbitan Utusan jauh lebih baik begitu juga penebitan Yamani. Dalam isu agama, saya khuatir PTS menyimpang...
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
salam., saya juga setuju dgn komen terakhir. Buku Karangkraf esp Karya Bestari dan Telaga Biru lebih saya minati coz lbh bpijak dibumi nyata
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
salam semua
sebagai seorang yang membaca semua karya darilah karya popular sampailah karya sastera saya rasa karya2 terbitan PTS langsung tidak bermutu.lebih indah khabar dari rupa kerana dipenuhi dengan sasterawan palsu.promo bukan main hebat tapi bila diteliti ayat2nya biasa sahaja langsung tiada membantu minda.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Saya minta pts tidak menggunakan Surah Yusuf dalam menamakan teknik penulisan mereka. Gunakan sahajalah nama lain. Teknik pts, teknik ainon dan sebagainya. Saya khuatir, dengan bersandarkan pada al Quran yang merupakan rukun Islam memberi pemahaman saah kepada orang awam, iaitu, "kalau kau tak ikut teknik Quran ini, kau tak percaya kepada al Quran." Ini samalah dengan kes zaman sekarang, Islam dipandang hina kerana pelakunya tidak mencerminlan Islam. Jadi akan ada tanggapan Surah Yusuf tidak indah pun selepas membaca novel pts yang keras dan tidak ada keindahan selain indah pada nama teknik sahaja. Mohon oramg di pts memikirkan perkara ini.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Maaf, bukan rukun Islam, rukun Iman maksud saya
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Saya berharap Puan Ainon dapat menjawab semua tuduhan dan memberi pencerahan tentang teknik suruh yusuf.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Pn Ainon tidak akan menjawab dakwaan berasas ini. Dia lebih suka para pembodeknya yang menjawab bagi pihaknya. Pembodeknya adalah bala tenteranya. Dia hanya menjawab sekali di atas dengan membuat perbandingan mengenai 'dhab' saja.

TSY adalah satu kegagalan, menyusahkan, memalukan, menganiaya, merosakkan akal dan merosakkan karya!

-Anon sekali lagi-
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
buku agama pts diriwayatkan jd direkodkan. pelik je.
kalau novel perkataan 'tak' pun x boleh pakai. kaku je.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
semua manusia ada pandangan.....

ambil yg baik buang yang buruk.....Puan Ainon manusia biasa.....kdgkala salah dan silap...
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Allahhumma sholliala muhammadin tibbilqulubi wadawaiha..

Ya Allah perbaikilah hati-hati kami
dari sifat tercela.Wahai tuhan yang membolakbalikkan hati,tetapkanlah kami atas jalan agamamu dan ketaatan...Berilah kami jalan kemudahan melakukan kebaikan dan tutup jalan-jalan keburukan,hasad,sombong,,ke akuan dan permusuhan.Ilmu kami amat sedikit ya allah!maka Engkau tambahkanlah ilmu yang bermanfaat kepada kami Ya Allah..Ilmu yang menjadikan kami takut dan tahu sifat kehambaan.Satukanlah hati-hati kami dan matikanlah kami dalam agama Islam.

Allahhumma sholliala syaihidina Muhammad ,ya alaali syaihidina Muhammad.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Sasaran utana PTS ialah bisnes. Untuk berjaya dalam bisnes perlukan perbezaan. PTS melakukannya. Hanya tuan yng punya syarikat yg tahu hakikat sebenar. Tapi daripada imej yg ditonjolkan oleh PTS, menegakkan syiar Islam bukanlah agenda utama tetapi yg jadi menegakkan niat bossnya Pn Ainon itu yg utama. saya mula kenali Pn Ainon daripada artikel beliau dalam akhbar Utusan Malaysia. Ideanya mungkin menarik tetapi sampai satu ketika...idea itu menjadi "Tuhan"nya. Penyakit inilah yg kerap meyerang orang yg popular dan terkenal. Bahaya. Teknik surah yusuf itu merupakansalah teknik mengarang yg baik jika digunakan pada tempat yg betul tetapi menamakan teknik tersebut sebagai teknik surah yusuf amatlah berbahaya dan sangat tidak beretika.Pn Ainon bukanlah lulusan sarjana bahasa arab ataupun kesusateraan arab ataupun mana-mana bidang pengajian al-quran. Sgt bahaya fahaman ini, tambahan pula Pn Ainon mempunyai pengikut yg ramai dan ramai ingin popular dengan buku tulisan mereka. target si penulis yg sekian ramai adalah wang...kalaupun niat mereka ingin mendidik tetapi jauh di hati mereka terfikir juga betapa lumayannya royalti yang akan diperolehi jikalau popular. Sebab itu saya rasakan dan menyeru para penulis supaya menghantar karya mereka ke penerbitan yang lain guna untuk menilai mutu pemikiran dan penulisan mereka. Cubalah. Saya sendiri mempunyai banyak hasil penulisan tetapi masih lagi tercari-cari penerbit yang tahu menilai dari segi ilmu dan idea bukannya terfikir untuk melariskan sahaja hasil tulisan kita. Jika rakan-rakan di sini mempuanyai penerbitan lain yg boleh diyakini sila syorkan pada saya.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
salam pagi jumaat
ni pendapat personal aku lah kan
kalau buku terbitan PTS yang kita boleh beli macam karya Hj Fadzillah Kamsah dan beberapa lagi tokoh yang kita boleh percaya (kalau)
kalau bab2 novel lain tu semuanya "karya sampah"jer.
tiada bezanya dengan penerbitan karya popular lain.cuma lebih dimomokkan dengan promosi kononnya karya yang berkualiti.sebenarnya sekadar hampas.
aku pun setuju kalau teknik tu tidak dimanipulasikan dgn nama TSY.kalau boleh nyatakan sebagai sumber sahaja.nanti akan menimbulkan keliru.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Ibu Prihatin said...
Salam.

Saya mempunyai seorang anak perempuan yang sangat suka membaca, saya biasanya "scan" dulu novel yang dibacanya. karya Ezee Rahmani boleh dikatakan agak bagus dan mempunyai nilai pendidikan. Tapi jika novel Ain Maisarah, saya dapati pengisiannya "entah apa-apa", takut saya nak bagi anak saya baca... PTS sudah ada nama, pastikan novel yang dterbitkan benar-benar "memandaikan anak bangsanya" seperti yang "diklaim"
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...
Senang cerita penulis yang paling malang di dunia ialah penulis novel tsy
                                                           



Lampiran 2


Top of Form
Bottom of Form
Ainon Mohd.
Top of Form
Like · Share · 4 hours ago ·


Comments:Bottom of Form

Muhammad Fakhruddin: Puan, saya menerimanya sebagai satu muhasabah sebagai pembaca untuk membuat analisis dan perbandingan yang wajar antara Gagasan Persuratan Baru dan Teknik Surah Yusuf.
4 hours ago · Like · https://s-static.ak.facebook.com/rsrc.php/v1/yw/r/drP8vlvSl_8.gif4

 
Muhammad Firdaus Bin Ariff:  Teori lawan teknik. Pendapat lawan kajian saintifik. Minta duit lawan buat duit.  Sir, this is no contest. Buat kerjalah!
4 hours ago · Like · https://s-static.ak.facebook.com/rsrc.php/v1/yw/r/drP8vlvSl_8.gif10


 
Kay Aniza: Ejaan nama puan salah dalam entri itu.
Ada hikmah di sebaliknya. Peluang untuk mendorong lebih ramai insan lain (harap-harap pakar dalam bidang ini ) untuk mengkaji kandungan buku ini.
4 hours ago · Like · https://s-static.ak.facebook.com/rsrc.php/v1/yw/r/drP8vlvSl_8.gif3

12 comments:

  1. Persuratan baru adalah teknik penulisan para wali. Yakin saya, encik afandi ini adalah wali melayu.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Nampaknya, kita memang tak mampu untuk memahamkan orang. Apatah lagi yang cuba untuk tidak faham. Dengan mengambil 'ibrah/pengajaran (bukan cerita) daripada perjalanan tugas dakwah Nabi Nuh, sememangnya tidak semua orang dapat menerima sesuatu yang jernih, jelas. Sebaliknya amalan berdolak-dalih yang membuatkan perkara mudah jadi susah.

    Saya rasa pelik apabila ada sesetengah orang yang melihat gagasan Persuratan Baru adalah satu benda yang payah dan "tinggi". Yang tak semua orang boleh buat. Malah dikatakan, tak ramai yang akan membaca novel yang meninggikan wacana, sebab novel dibaca untuk "rilek", bukan nak dapat ilmu. Ini semua satu pendapat yang pelik!

    Semasa menghadiri PPMN III, ada seorang peserta dan pembentang yang mengatakan penulis muda tak perlu diasak dengan penanda aras yang tinggi. Dia akui bahawa mengaitkan "Islam" dalam sastera itu bagus, tetapi ianya terlalu tinggi untuk diikuti oleh penulis muda. Sekali lagi saya rasa pelik dengan kenyataan orang ini.

    Memanglah untuk jadi terbaik, kita perlu ada penanda aras yang tinggi. Kalau penanda aras pun dah lemah, macamana nak dapat hasil yang terbaik.

    Junjungan besar, Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul yang memiliki sifat yang terpuji. Allah SWT secara jelas menyeru manusia mencotohi keperibadian Rasulullah, yang wajib diikuti kerana Baginda adalah contoh ikutan terbaik.

    Jika kita fikir secara dalam, bukankah penanda aras kita iaitu Rasulullah SAW itu terlalu tinggi untuk diikuti/dicontohi. Hakikatnya, tiada seorang insan pun yang mampu capai penanda aras itu, iaitu untuk jadi insan terpuji seperti Rasulullah. Namun, seperti yang saya sebut di atas, penanda aras yang diletakkan oleh Allah itu terlalu tinggi. Hatta golongan wali pun tak mampu nak capai. 'Ala kulli hal, manusia di segenap lapisan sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa, semuanya wajib menjadikan Rasulullah SAW sebagai penanda aras untuk jadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Sama ada kita dapat capai penanda aras yang ditetapkan atau tidak, itu soal lain.

    Ambillah yang baik, tinggalkanlah ego di belakang sekali. Wa Allahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Mesti encik shahrizal nasir ni pin wali juga

    ReplyDelete
  4. Kalau indonesia ada wali songo, di malaysia ada wali one two three

    ReplyDelete
  5. Kenapa yang mengkritik PB, tidak ada masalah, kritik sahaja sesuka hati anda. Tetapi kritiklah dengan cara yang bijaksana, kritik secara ilmiah. Bentangkan kertas kerja anda, patahkan hujah PB satu persatu dengan hujah ilmiah anda yang tersusun.

    Kalau setakat menyindir, mencemuh dan merendah-rendahkan dalam keadaan kekeringan hujah dan fakta untuk membantah, budak sekolah rendah dan sekolah menengah pun boleh buat. Perangai membantah tanpa membawa hujah dan fakta, tidak lain hanyalah sikap kebudak-budakan.

    Kalau anda BERANI, sahutlah seruan Mohd. Affandi Hassan untuk membantah PB secara ilmiah. Bak kata firman Allah, "Bawakanlah hujah (dalil-dalil) seandainya kamu orang yang benar."

    Patahkan hujah PB sebagaimana anda mematahkan lidi yang kecil andai anda mampu...

    Anonymous juga...

    ReplyDelete
  6. Balik balik kertas kerja, balik balik kertas kerja. Ingat malaikat katvkubur nanti nak baca kau punya kertas kerja ke? Kebenaran yang hanya boleh dibuktikan dengan kertas kerja adalah kebenaran yahudi.

    ReplyDelete
  7. "Balik balik kertas kerja, balik balik kertas kerja. Ingat malaikat katvkubur nanti nak baca kau punya kertas kerja ke? Kebenaran yang hanya boleh dibuktikan dengan kertas kerja adalah kebenaran yahudi."

    Sekali lagi komen seperti budak sekolah rendah atau sekolah menengah yang tiada hujah. Apakah sudah bosan dengan kertas kerja, atau tidak tahu membuat kertas kerja sebenarnya.

    Okeylah, anda tidak perlu buat kertas kerja atau pembentangan. Tulisankan saja hujah ilmiah dan bentuk 'simple', dan bukannya kata-kata kosong yang kekeringan fakta. Kalau setakat cakap kosong, menyindir dan mencemuh, lebih baik suruh sahaja adik yang sekolah rendah atau sekolah menengah. Mungkinkah komen di atas ini ditulis oleh 'budak sekolah rendah yang terperangkap dalam jasad orang dewasa'. Oh Tuhan...

    Kritiklah secara bijaksana, jangan secara 'BIJAKSINI'...

    ReplyDelete
  8. Maafkan saya, saya sudah terlampau tadi. Saya sudah sedar kesalahan saya. Terima kasih menyedarkan saya.

    ReplyDelete
  9. "Maafkan saya, saya sudah terlampau tadi. Saya sudah sedar kesalahan saya. Terima kasih menyedarkan saya."

    Saya juga meminta maaf andai apa yang saya tulis di atas keterlaluan.

    ReplyDelete
  10. Karya agungkan adalah al-Qur'an. Sudah.Berhenti saja. Sehebat mana pun PB tidak mungkin setaraf al-Qur'an. Lantas apa guna mengkritik sedangkan ianya sendiri pun dikritik?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Tuan Haji Mohd. Affandi Hassan.

    Saya mencari-cari alamat e-mel tuan menerusi enjin carian google tetapi gagal. Bolehkah saya dapatkan alamat e-mel tuan?

    Terima kasih

    wardahmunirah@gmail.com

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, pendapat saya...penulis berhak untuk mengguna pakai apa2 jenis teknik atau pun teori..asalkan tidak melanggar batas2 syariat agama..golongan pembaca punya banyak peringkat pemikiran..sepatutnya karya2 yg dihasilkn pun boleh wujud dgn pelbagai peringkat sedari tahap rendah mau pun tahap tinggi..tengok saja ceramah2 agama yg disampaikan oleh para ustaz masakini...mengapa ada ustaz yg disukai ramai...dan ada yg kurang..sedangkan isi atau pun ilmu yg disampaikan adalah sama cuma yg berbeda adalah gaya penyampaian yg disesuaikan mengikut 'level of thinking' masyarakat yg disyarahi...

    Wallahua'lam...

    ReplyDelete