Mahathir
Mohamad menggali longkang politik untuk menolak Anwar Ibrahim ke dalam longkang
itu. Tidak berjaya, kerana yang terjadi beliau sendiri kini berada dalam
longkang yang dibinanya. Politik Malaysia sekarang dalam huru-hara tak tentu
arah tanpa Perdana Menteri dan tidak ada lagi kabinet. Adakah Mahathir degan
sengaja melahirkan situasi gila ini?
Sekarang
kita diharamkan dari menyebut satu pepatah Melayu yang terkenal, “jika berjumpa
ular dengan Keling, bunuh …. dulu.”
Perkataan Keling sudah diharamkan dalam politik Malaysia, walaupun kita
masih kekalkan Tanjung Keling; dan Bukit Cina. Yang terkenal di kalangan orang
Melayu ialah Bukit Katil! Kata orang yang bijaksana dalam budaya Melayu, memang
orang Melayu terkenal suka bermain di atas katil. Lalu disebutnya beberapa
episod dari Sejarah Melayu, tentang
raja dan anak raja bermain di atas katil.
Apa
kaitannya cerita ini dengan tajuk entri ini?
Sekiranya anda seorang penulis kreatif, anda mungkin faham maksud saya.
Dalam politik, semua cerita, semua perilaku, tidak perlu mengikut plot seperti
dalam sebuah novel. Dalam politik yang penting ialah mendapat kepercayaan orang
melalui manipulasi yang disodorkan melalui janji dan harapan yang menggigilkan
para pendengar atau masyarakat bahawa mereka akan merasakan semua itu dalam
kehidupan mereka. Inilah cara Mahathir Mohamad, dan cara ini amat jelas dalam
borak beliau mengenai Pelan Rangsangan Ekonomi Covid-19. Apa yang disebut Rangsangan Ekonomi Cobid-19
hanyalah sejenis dedak yang ditabur oleh penangkap ikan ke dalam sungai untuk
memanggil ikan berhimpun di satu tempat supaya senang dijala. Sesiapa juga yang percayakan percakapan Dr.
Mahathir Mohamad menandakan beliau belum lagi kenal tokoh politik ini. Sesiapa juga yang tahu peribadi beliau
sebagai seorang tokoh politik akan tahu makna ucapan beliau sebagai dedak yang
ditabur oleh penjala ikan. Inilah yang
beliau lakukan lagi ketika membentang apa yang dipanggilnya Pelan Rangsangan
Ekonomi Covid-19. Pelan yang beliau bentangkan itu adalah sejenis virus ekonomi
yang memberi malapetaka kepada masyarakat, bukan untuk membantu mereka mendapat
faedah secara kontan. Sekiranya beliau
jujur dan boleh dipercayai ketika membentangkan pelan ekonomi itu,
negeri-negeri Pantai Timur tentulah sudah berubah, menjadi maju dan rakyatnya
tidak lagi berada dalam situasi yang disebut oleh Prof. Ungku Aziz suatu masa
dulu bahawa kemiskinan orang Terengganu itu boleh diukur dengan menggunakan
sarung index. Adakah sarung index itu
sudah tiada lagi di kalangan Melayu yang papa kedana di Pantai Timur, terutama
di Terengganu? Tentu saja Mahathir
Mohamad tidak tahu perkara seperti ini.
Kalau dia tahu pun, ada dia kisah?
Main
kelentong Mahathir Mohamad dalam politik Malaysia meletakkan beliau sebagai
seorang tokoh politik yang tidak boleh dipercayai sama sekali. Tetapi mengapa
beliau diberi kedudukan lagi setelah meletakkan jawatan? Inilah kesilapan
istana yang orang tidak mahu sebut kononnya untuk menjaga istana; tetapi jika
kita betul-betul mempunyai sikap ikhlas sebagai seorang Islam, kita akan tetap
mengaku dengan jujur bahawa tiada manusia pun yang tidak melakukan kesilapan.
Hanya Nabi SAW saja yang tidak melakukan kesilapan kerana baginda dijaga oleh
Allah Ta’ala, sesuai dengan kedudukan baginda sebagai rahmat seluruh alam. Jika
ini kita pegang, maka kesilapan manusia, walaupun dari istana yang kita
hormati, tetap kesilapan yang perlu dibetulkan. Akibat dari kesilapan ini,
Mahathir Mohamad mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan yang
menimbulkan masalah yang tidak perlu, tetapi perlu bagi beliau untuk memastikan
beliau akhirnya mencapai taraf seorang diktator dengan restu istana sendiri.
Inilah yang terjadi akhirnya. Selebihnya
saya serahkan kepada anda untuk membuat penelitian anda sendiri dan menyatakan
kesimpulan anda pula. Rakyat Malaysia harus berani menyatakan kebenaran,
terutama sekali bila berdepan dengan seorang tokoh politik yang sudah nyanyuk.
Selamatlah
jiwa yang sempurna!
Petaling
Jaya, 28 Februari 2020.
No comments:
Post a Comment