PENTAMILAN DAN PENGKELINGAN BUDAYA MELAYU:
Satu Analisis Awal Tentang Peranan Emosi
Dravidian dalam Budaya Melayu.
Oleh
Mohd.
Affandi Hassan
[Kertaskerja Persidangan Antarabangsa
Pengajian Melayu 2003 Tentang Emosi Melayu,
Universiti Malaya, 11-12 Julai, 2003]
Budaya Melayu cukup kuat dipengaruhi
unsur-unsur Dravidian yang diterima dan dijadikan asas perilaku oleh orang
Melayu sewaktu mereka dijajah oleh budaya Hindu-Buddha dahulu. Kesannya masih
kelihatan hingga kini, tetapi barangkali tidak disedari oleh orang Melayu
sendiri. Kertas ini akan cuba
menganalisis persoalan ini untuk memberikan sedikit gambaran tentang emosi
budaya orang Melayu yang sering dikritik kehadirannya, tetapi kurang dimengerti
hakikatnya. Sebagai analisis awal, kertas ini lebih banyak melontarkan
persoalan atau hipotesis, untuk diuji secara ilmiah oleh para ahli jika apa
yang dibentangkan ini boleh membantu kajian budaya orang Melayu.
Istilah
Dravidian yang dipakai di sini merujuk kepada unsur-unsur ketamilan dan
kekelingan yang berasal dari India Selatan. Istilah Dravida adalah bentuk
Sanskerit kepada istilah Tamil, yang dalam bahasa Sanskerit dipanggil Damila,
yang kemudiannya berubah menjadi Dravida. Dari situlah timbul istilah Dravidian
tadi. Istilah “pengkelingan” pula diambil daripada perkataan Keling yang banyak
disebut dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Dalam wayang kulit
pula terdapat seorang tokoh bernama Ratu Benua Keling. Perkataan Keling berasal
dari Kalinga di India
yang ditawan oleh Asoka (273-232 SM) dalam tahun 261 SM setelah membunuh
100,000 askar, mencederakan 150,000 lagi, dan menawan serta menjadikan hamba
beratus ribu lagi rakyat Kalinga. Orang Keling memainkan peranan penting dalam
pemerintahan kesultanan Melaka, dengan melantik keturunan Keling sebagai sultan
dan Bend ahara
serta lain-lain jawatan tinggi. Keturunan mereka sekarang digelar “mamak” dan
kini memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang politik, ekonomi,
pedidikan dan sebagainya di Malaysia moden. (Lihat NST, 6/12/2000 ).
Contoh budaya
Dravidian dalam perilaku Melayu.
Baru-baru ini
akhbar dan TV menyiarkan berita besar-besaran tentang perkahwinan penyanyi
popular Erra Fazira. Jika berita ini boleh dipercayai, kita diberitahu bahawa
lebih 10,000 oran g,
kebanyakannya anak muda, berkumpul di tengah hujan lebat untuk meraikan
pengantin baru ini. Ada
yang patah tangan atau terseliuh dalam kesesakan itu. Apakah yang menarik perhatian mereka?
Pada waktu yang sama, dalam
perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, Dr. Mahathir Mohamed dibandingkan oleh
seorang Ketua UMNO sebuah negeri sebagai seorang pemimpin Islam yang mempunyai
sifat-sifat kepemimpinan Rasulullah s.a.w. Tidak seorang pun perwakilan
membantah, malah mereka nampaknya menerima pencirian itu sebagai tepat.
Siapakah model Dr. Mahathir? Firaun, Machiavelli, atau Rasulullah s.a.w.? Jika
Rasulullah s.a.w. yang menjadi modelnya, tentulah dengan sedar beliau
mengamalkan segala sifat peribadi Rasulullah s.a.w.; oleh itu tentu saja beliau
tidak akan mempersendakan janggut dan jambang Rasulullah s.a.w. yang tidak
dicukur kerana belum ada pisau cukur moden, tentu saja beliau tidak menimbulkan
soal “Hudud Pas” yang zalim dan “Hudud UMNO” (yang belum lagi digubal!) yang
adil, kerana yang ada adalah Hudud Allah yang disampaikan dan dipraktikkan oleh
Rasulullah s.a.w. Selain itu, tentulah beliau tidak menghina para ulama yang
memperjuangkan ajaran Rasulullah s.a.w. Tetapi
serentak dengan itu, Dr. Mahathir
sendiri menyifatkan negeri Kelantan sebagai negeri Jahiliah kerana di situ
terdapat “ulama” yang jahil dan tidak faham Islam yang sebenarnya, kerana orang
itu menurutnya menyifatkan Tuhan sebagai samseng dan suka mencarut. Selepas
ucapan ini dibuat, seorang perempuan Melayu yang menulis dalam akhbar berbahasa
Inggeris (Sunday Mail, 6/7/2003 , hal. 12) menghina
Kelantan dan penduduknya dalam sebuah tulisan berjudul, “The Jurassic Park that
is Kelantan.” Perempuan Melayu itu menghina rakyat Kelantan dan para ulama yang
menjadi pemimpin mereka dengan memanggil mereka “binatang purba” yang berkeliaran
dalam Taman Binatang Purba. [Kelantan is
fast beginning to look like a Jurassic
Park where political
dinosaurs still run. … They are what they are – dinosaurs. That dinosaurs
should be preffered over UMNO is the heart of the problem.]
Dua peristiwa ini menggambarkan
dengan baik sekali unsur Dravidian dalam budaya Melayu. Apakah yang dimaksudkan
dengan unsur Dravidian itu? Menurut kajian para sarjana, budaya Dravidian
mengutamakan pemujaan, suka berhibur, suka berpesta, suka bersenang-senang,
mempunyai pandangan hidup fatalistik, suka bermain-main atau menghabiskan masa
untuk bermain-main, berjiwa hamba, sangat memandang tinggi dan memuja “orang
besar” atau orang berpangkat, setia kepada ketua dengan kesetiaan yang
membuta-tuli, menerima budi sebagai suatu keistimewaan dan penghormatan, tidak
sukakan kritikan apatah lagi jika ditujukan kepada ketua-ketua mereka atau
orang-orang yang mereka puja. Unsur Dravidian lain yang penting ialah kegemaran
kepada takhayul, fantasi, khurafat, mempercayai dongeng, percayakan hantu dan
kuasa ghaib dewa-dewa dan dewi-dewi dan hantu-hantu yang banyak dalam
masyarakat Melayu. Kesan kepercayaan ini ialah mudahnya orang Melayu terpedaya
dengan penipuan berunsur khurafat ini, sehingga terjadi kes Mona Fendi yang
terkenal itu, dan kepercayaan kepada mudahnya mendapat wang yang boleh beranak
seperti yang dilakukan oleh orang kulit hitam Afrika yang sudah acapkali menipu
orang Melayu.
Dalam dua peristiwa yang disebutkan
di atas, kita dapat melihat dengan jelas sikap hidup Dravidian orang Melayu
yang sanggup berhujan dan berpayah-payah asalkan mereka dapat melahirkan
kesukaan mereka kepada tokoh-tokoh yang mereka puja, seperti penyanyi dan
bintang filem. Kita juga dapat melihat bagaimana emosi kehambaan dan terhutang
budi digambarkan dalam pemujaan terhadap Dr. Mahathir, sehingga sanggup
disetarafkan dengan seorang Nabi. Perbuatan membandingkan ahli politik dengan
Nabi itu tidak akan berlaku jika unsur-unsur Dravidian itu tidak menjadi dasar
pertimbangan. Dengan meletakkan Presiden UMNO sedemikian tinggi, yang terjadi
ialah taraf Nabi telah direndahkan begitu rupa, atau taraf pemimpin dinaikkan
begitu tinggi. Salah satu mesti berlaku, tetapi tidak mungkin kedua-duanya
betul. Jika memang benar pemimpin yang dipuji itu mengamalkan semua sifat Nabi,
maka kata-katanya sendiri menghina ulama tentulah bohong, hanya ucapan penuh
emosi yang dipengaruhi unsur-unsur Dravidian. Jika pembohongan itu memang
berlaku, maka tentulah pencirian yang dibuat oleh pemimpin UMNO tadi tidak
betul dan bohong.
Jika kita memahami perbuatan ini dalam konteks
pengaruh Dravidian, maka kita akan dapat membaca dan memahami makna semua
kelakuan dan ujaran yang disebutkan di atas dengan mudah. Kita akan dapat
melihat dengan jelas betapa kuatnya pengaruh Dravidian itu dalam perilaku orang
Melayu, dari peringkat paling rendah kepada yang paling tinggi. Bahawa
perbuatan seumpama ini diterima dan diteruskan serta dibesar-besarkan dengan
segala kemegahannya, membolehkan kita membuat kesimpulan bahawa unsur Dravidian
ini menjadi teras pernyataan emosi dan perilaku orang Melayu. Apakah kesannya
terhadap nilai-nilai yang dipegang oleh orang Melayu?
Cara Hidup
Dravidian dan Emosi Melayu.
Budaya Dravidian ini sudah menjadi gaya hidup yang
dibanggakan sehingga kesan buruknya tidak lagi dipedulikan. Keputusan
berasaskan nilai-nilai Dravidian diterima oleh masyarakat sebagai suatu
perbuatan baik yang harus disokong dan diteruskan oleh masyarakat. Orang tidak
lagi memperdulikan sama ada keputusan yang dibuat itu merugikan dan bertentangan
dengan agama Islam, agama pegangan orang Melayu, kerana “keuntungan” kebendaan
yang dapat dilihat melenyapkan kerugian yang tidak kelihatan. Perhatikan contoh
yang sering kita temui di Malaysia .
Kita mempestakan segala kegiatan yang kita anggap penting untuk mencapai tujuan
tertentu. Misalnya, dengan matlamat kononnya untuk mencapai perpaduan dan hidup
harmoni, kita mempestakan Hari Raya Puasa dan Haji dengan mengadakan rumah
terbuka dan pesta rumah terbuka. Dalam pesta itu, diadakan nyanyian dan tarian,
lawak jenaka, makan besar, pergaulan bebas, pakaian bebas dan sebagainya.
Dibelanjakan wang beratus ribu untuk berjamu, dibayar daripada wang negara. Semua
ini tidak dianggap pembaziran kerana pesta seumpama itu berjaya membawa
pelancong (dan pelacur) ke Malaysia .
Setiap kali hari raya kita disogok dengan segala jenis hiburan yang seratus
peratus bersifat kenafsuan dan pembaziran masa. Kesyahduan hari raya tenggelam
dalam jeritan lagu-lagu tidak bermutu, dengan para penyanyi memperagakan diri
mereka sewenang-wenangnya; hari raya yang penuh dengan lawak jenaka,
senda-gurau yang berlebihan. Hari raya adalah hari pesta besar-besaran untuk
semua, hari menghina perayaan keagamaan yang khusus untuk orang Islam. Orang
Islam dapat menerima penghinaan ini kerana mereka dikuasai nilai-nilai
Dravidian dan nilai-nilai hedonisme Barat yang menyukai pesta dan hiburan. Setiap
kali ulang tahun merdeka kita merayakannya besar-besaran dengan pesta dan
slogan. Pesta-pesta seperti ini memberi kesempatan besar kepada ahli politik
untuk memperaga diri mereka, malah tujuan diadakan pesta begini sebenarnya
sebagai satu strategi untuk memamirkan diri oran g politik untuk disanjung dan dipuji
(kerana mengadakan pesta itu! Perhatikan betapa ironiknya perbuatan ini.) Walaupun
nilai-nilai Dravidian itu bertentangan dengan nilai-nilai Islam, dari segi
perilaku mahupun dari segi prinsip Islam, namun orang Melayu tidak berasa
bersalah dan tidak berasa berdosa mengerjakannya asalkan tercapai matlamat
peribadi mereka. Mereka digalakkan oleh para pemimpin mereka untuk menerima
perubahan nilai itu kerana peru bahan
itu menguntungkan para pemimpin tadi, yang rakus publisiti dan tamakkan pujian
daripada para pengikut mereka.
Oleh
kerana itu, adalah digalakkan jika kini riuh segolongan orang Melayu dengan
cadangan penubuhan apa yang dinamakan Institut Pemikiran Dr. Mahathir Momamed. Para ulama besar seperti Tok Kenali, Sheikh Tahir
Jalaluddin, dan lain-lain ulama yang banyak berjasa, tidak pernah
diangan-angankan supaya diabadikan dengan penubuhan institut pemikiran mereka.
Mereka kelihatan kecil dan kerdil di hadapan tokoh-tokoh politik yang lihai
ini, sehingga tidak perlu “dipuja” seperti anak-anak muda memuja penyanyi dan
bintang filem atau ahli-ahli parti memuja para pemimpin mereka. Para ulama tidak dapat memberikan apa-apa faedah kepada
para “pemuja” ini, tidak seperti ahli politik yang boleh memberi wang,
kedudukan, pangkat, dan sebagainya. Jika ulama mendorong kepada pembersihan
peribadi, maka perilaku Dravidian ini menggalakkan maksiat dan korupsi. Dari
segi nilai dan jasa, golongan ulama tidak setaraf dan tidak setinggi kedudukan
para pemimnpin politik dan para penyanyi serta bintang filem itu. Malah sesiapa
juga yang kelihatan “memuja” para ulama akan dikutuk sebagai jumud, kuno, anti-kemajuan,
anti-sosial, dan lain-lain. Budaya Dravidian ini telah meletakkan para ulama di
tempat yang rendah, menjadi penghalang kemajuan. Ulama dijadikan lambang
kemunduran dan kejahilan, seperti kesimpulan yang dibuat dalam persidangan
agung UMNO, dan seperti yang kita lihat dalam rencana perempuan Melayu tadi.
Dua Mitos
Agung Dalam Budaya Melayu
Pengaruh Dravidian ini telah
melahirkan dua Mitos Agung dalam budaya Melayu. Wujudnya kesultanan Melayu
Melaka, menurut Sejarah Melayu,
adalah hasil pengembaraan anak-anak raja Tamil (adakah mereka benar-benar
keturunan raja?) yang datang mencari kedudukan di Alam Melayu, bermula dari
Sumatera, lalu kemudiannya “membuka” Melaka. Kesultanan Melayu Melaka diasaskan
kepada pemikiran politik Majusi (Parsi tua) dan Hindu-Buddha yang dibawa dari India . Dari Pa rsi
diambil konsep daulat, yang menggambarkan raja sebagai yang paling berkuasa dan
sumber undang-undang. Dari Hindu-Buddha diambil struktur pentadbiran dengan
gelar-gelar orang besar-besar seperti raja, bendahara, laksamana dan lain-lain.
Yang menarik di sini ialah gembala gajah Melaka digelar Seri Rama, jauh lebih
rendah daripada laksamana yang jadi jeneral perang. Kedatangan Islam tidak
mengubah struktur Majusi dan Hindu-Buddha tadi, kecuali beberapa gela ran yang memakai
istilah Arab. Jadi walaupun terdapat Hukum Kanun Melaka, raja dan orang
besarnya tidak dihukum mengikut Hukum Kanun itu. Hukum itu untuk rakyat luar
dan para peniaga yang datang ke Melaka. Untuk rakyat Melaka sendiri, dipakai
hukum Hindu-Buddha dan Majusi. Hang Jebat yang dibunuh dibongkar rumah
tangganya dan kaum keluarganya dibuang ke laut. Demikian juga yang lain-lain.
Apabila Hang Tuah dibenci raja, dia lari ke Pahang dan mencuri Tun Teja untuk
raja Melaka. Dia diampunkan. Para pembesar
Melayu yang tidak setuju dengan hukuman raja, akan menjalankan hukumannya
sendiri, membunuh sesiapa yang dianggap menjatuhkan maruahnya. Jelas bahawa
Melaka bukan sebuah negara Islam yang menjalankan hukum Islam. Jika benar
Melaka sebuah negara Islam, tentulah kerajaan Melaka sekarang akan bangga
sekali meneruskan corak pemerintahan Islam itu. Ataukah Melaka sekarang juga
sebuah negeri yang mengamalkan hukum Islam, masih melaksanakan Hukum Kanun
Melaka?
Keadaan inilah yang dinamakan Mitos
Agung. Dari segi citra seolah-olah Islam, tetapi jiwanya Dravidian, perilakunya
Dravidian. Mitos Agung diasaskan kepada naratif tertentu yang direka-reka untuk
dijadikan bukti dan hujah dalam kekuasaan politik. Naratif tadi mungkin benar,
berasaskan kejadian sejarah yang benar, tetapi telah diberi tafsiran tersendiri
untuk dijadikan hujah politik. Dengan menggunakan konsep daulat misalnya, maka
segala perlakuan raja dianggap suci dan benar semuanya, mengatasi para Nabi
sendiri. Raja adalah tuhan di dunia, suatu kedudukan yang tidak diberikan
kepada seorang Nabi sekalipun.
Mitos Agung kedua ialah peristiwa
yang berlaku di sekitar apa yang disebut “penentangan terhadap Malayan Union”.
Peristiwa itu benar-benar berlaku, tetapi maknanya telah disempitkan untuk
memuji segolongan “para penentang” (yang sebenarnya disokong oleh British!)
tadi sebagai wira penyelamat orang Melayu. Hakikat peristiwa itu, iaitu
pemusnahan kepemimpinan berasaskan rakyat yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin,
Ishak Hj. Muhammad, Ahmad Boestamam dan lain-lain, yang menjadi pelopor menentang
penjajahan di Tanah Melayu ini, ditenggelamkan dan diberi kedudukan hina. Para pelopor yang menentang penjajahan dengan darah dan
penjara dijadikan pemberontak dan penderhaka, manakala yang menyokong dan
disokong British dijadikan wira. Oleh itu selepas peristiwa Malayan Union itu
kita hanya menerima wira dari UMNO, sebuah parti politik yang mengaku tidak
pernah berbohong dan tidak pernah melakukan kesilapan, seperti yang diakui
sendiri oleh para pemimpin UMNO. Kita diberitahu dalam persidangan agung UMNO
baru lepas bahawa pemimpin UMNO mengamalkan sifat-sifat Nabi s.a.w. Dengan penegasan ini, segala perilakunya dan
kata-katanya serta pemikirannya semuanya benar, oleh itu satu institut mestilah
ditubuhkan untuk mengagungkan pemimpin itu. Demikian kuatnya pengaruh Dravidian
dalam pemikiran politik Melayu moden sekali pun, mengatasi mitos raja-raja
Melayu sendiri.
Kesan dua Mitos Agung pengaruh
Dravidian ini ke atas orang Melayu cukup kuat, sehingga semua perkara dinilai
berasaskan dua Mitos Agung ini. Kita lihat contoh-contoh ini. Apabila UMNO
kalah di Terengganu, wang minyak tiba-tiba menjadi haram kepada kerajaan baru,
lalu ditarik balik. Hak ke atas wang itu menjadi milik UMNO, bukan milik
kerajaan negeri, oleh itu hanya ahli UMNO saja yang layak membahagikan wang
itu. Seorang hakim diberitakan menimbulkan persoalan, jika wang itu bukan hak
kerajaan Trengganu, mengapa selama ini Petronas membayarnya kepada kerajaan
Barisan Nasional? Sebelum itu, Tun Salleh Abas, dari Besut, Terengganu, dipecat
kerana dituduh berkelakuan tidak senonoh terhadap Yang di Pertuan Agung. Jika
anda masih ingat bagaimana Hang Tuah dituduh seperti itu juga dan dihukum, anda
tentu akan mengerti mengapa Tun Salleh Abas dituduh berkelakuan tidak senonoh.
Dalam kes Anwar Ibrahim pula, undang-undang negara telah diperalatkan dengan
baik untuk memalukan seorang pemimpin dengan tuduhan dan fitnah, dan
kemudiannya dijatuhkan hukuman yang
sangat berat. Jika anda membaca Hikayat
Hang Tuah, tentu anda akan melihat bagaimana Hang Jebat dimusnahkan
habis-habisan oleh raja dan para sahabat Hang Jebat sendiri untuk kepentingan
mereka. Walaupun Melaka diisytiharkan negara Islam, seperti dibuat terhadap Malaysia
sekarang, tetapi hukumnya tidak berasaskan Hukum Kanun Melaka atau hukum
syariah untuk menghukum dua orang Hang Jebat ini. Jika hukum Islam dipakai
untuk Anwar Ibrahim, mungkin dia akan terlepas, seperti Muhammad Sabu terlepas
dari fitnah khalwat, apabila saksi didapati berbohong. Dalam budaya Dravidian,
pembohongan adalah salah satu asas penting yang dipakai ketika membuat
keputusan. Sewaktu Rawana melarikan Sita, isteri Rama, Rawana memanggil
adik-beradik dan pembesarnya untuk berunding. Adik bungsunya menyuruh Rawana
menyerahkan kembali Sita kepada suaminya, kerana perbuatannya salah. Seorang
adiknya yang lain bersetuju, tetapi untuk mempertahankan maruah keluarga
(moden: maruah pemimpin berkuasa!), maka dia akan tetap bersama Rawana
memerangi Rama. Indrajit, anak Rawana, menentang perbuatan ayahnya yang jahat,
tetapi antara kebenaran dan kesetiaan (ketaatan), dia terpaksa memilih
kesetiaan, walaupun terpaksa melakukan kejahatan. Itulah juga pilihan Hang
Tuah, yang juga menjadi pilihan para pemimpin UMNO sekarang.
Dengan memberikan contoh-contoh ini,
saya tidak bermaksud merendah-rendahkan para pemimpin Melayu. Contoh-contoh
ini, menurut analisis saya, terjadi demikian kerana kuatnya pengaruh emosi
Dravidian dalam kehidupan orang Melayu. Walaupun mereka “moden”, dari segi
emosi mereka masih kuno dan seringkali tidak menampakkan pengaruh nilai-nilai
Islam dalam membuat keputusan penting. Bandingkan ini dengan keputusan yang
dibuat Khalifah Umar al-Khattab memecat Khalid al-Walid di tengah-tengah medan peperangan.
Pembantu Khalid dilantik Umar menjadi panglima perang baru. Umar berhujjah,
jika Khalid tidak ditolong, beliau akan dipuja oleh askarnya sendiri dan umat
Islam, yang mula cenderung mengagungkan Khalid, seolah-olah semua kemenangannya
diperoleh kerana kekuatannya semata-mata, bukan lagi kerana pertolongan dan
izin Allah. Semua umat Islam akan terdedah kepada syirik, oleh itu Khalid dan
askar-askarnya mesti diselamatkan untuk kebaikan mereka dan kebaikan umat Islam
seluruhnya. Keputusan Umar diterima oleh semua, dan menjadi contoh dan bukti
kebenaran Islam - selain keagungan Umar sebagai khalifah, kerana
keputusannya itu mencerminkan keagungan peribadinya sebagai seorang Muslim dan
ketua umat Islam. Dalam keputusan ini, tidak ada sesiapa pun yang dihukum,
malah semua mendapat manfaatnya. Di sini kita boleh lihat perbezaan keputusan
berasaskan emosi Dravidian dengan keputusan berasaskan iman dan pemikiran yang
rasional. Masalah kita ialah perbezaan begini tidak boleh dilihat oleh orang
Melayu kerana mereka begitu terikat kepada pengaruh emosi Dravidian tadi.
Mereka menilai segala-galanya daripada perspektif emosi Dravidian. Inilah kesan
buruk dua Mitos Agung yang disebutkan tadi.
Apakah Jasa
UMNO Kepada Umat Melayu?
Setelah berkuasa hampir 50 tahun,
UMNO telah berjaya meneguhkan lagi nilai-nilai Dravidian dalam masyarakat
Melayu. Hal ini terjadi dengan kesedaran UMNO sendiri. Sejarah Tanah Melayu
menunjukkan, sejak awal lagi “perjuangan” UMNO ialah untuk mengembalikan
kedudukan raja-raja Melayu kepada kedudukan mereka sebelum Malaya n
Union, yakni sebagai raja berdaulat di negeri masing-masing, bukan sebagai
anggota perkhidmatan awam di bawah pemerintahan Malayan Union yang meletakkan
mereka sebagai pekerja awam yang boleh diarah-arah oleh kerajaan British. UMNO
dengan itu meneruskan feudalisme Melaka dalam bentuk baru, dengan meletakkan
raja-raja sebagai lambang tertinggi dalam sistem politik baru. Oleh itu apabila
kemerdekaan diisytiharkan di Melaka, maknanya tidak lagi sama dengan ucapan Dr.
Burhanuddin dalam pantunnya yang terkenal. Di dalam pantun itu, Dr. Burhanuddin
memperingati perjuangan rakyat menentang penjajahan, manakala perisytiharan
kemerdekaan pula memperkukuhkan kedudukan feudalisme Dravidian warisan Melaka.
Pengukuhan feudalisme Dravidian ini menimbulkan kesan kedua, yang menjadi jasa
UMNO yang kedua kepada umat Melayu. Dari segi perkembangan intelektual, umat
Melayu terus terikat kepada hakikat feudalisme Dravidian itu, sehingga timbul perilaku
kehambaan tak ketara, tetapi terpancar dalam tingkah-laku mereka yang hanya
menerima sahaja konsep “hamba Melayu” yang tidak boleh membantah, walaupun
diperlakukan dengan kejam. Jika timbul bantahan, yang melakukannya bukan
rakyat, tetapi para pemimpin feudal Dravidian yang berebut kuasa, yang
menggunakan kuasa dan kedudukan untuk keselesaan dan kemewahan hidup mereka
sebagai pemimpin. Keadaan inilah agaknya (?) yang membuat orang Melayu “hilang
keberanian” menurut Tun Daim Zainuddin satu ketika dulu. (Lihat Mingguan Malaysia, 10/3/1996). Menurut
beliau, perebutan kuasa dan kedudukan dalam UMNO terjadi kerana sesiapa juga
yang mendapat kedudukan itu akan mendapat kemewahan dan kekayaan hanya
semata-mata berasaskan kedudukan itu saja, bukan kerana daya usaha kreatif atau
kerja kuat. Itulah sebabnya sesiapa juga yang berkuasa akan mempertahankan
kuasanya dengan apa cara sekali pun, termasuk membunuh, memfitnah, menipu
dengan retorik (contoh: tidak perlu pertandingan untuk mengekalkan perpaduan),
dan lain-lain cara yang membolehkan kuasa tadi dikekalkan. Dengan itu umat
Melayu dikekalkan terus berada dalam kebodohan, menurut kata pemimpin dan
percaya terus kepada para pemimpin walaupun mereka dibohongi dan disundali
secara retorik. Dalam keadaan beginilah maka umat Melayu diajar menjadi
perasuah oleh para pemimpin mereka. Setiap kali diadakan pilihan raya, rakyat
mendapat kemudahan dan bantuan besar-besaran dalam bentuk rasuah semu yang
dilakukan terang-terangan dengan menggunakan “peru ntukan” wang pembangunan.
Pembangunan negara masih meneruskan
pola zaman penjajahan, dengan memberi keutamaan kepada pusat-pusat ekonomi di
pantai barat semenanjung, atau di negeri-negeri bersekutu. Oleh itu Pahang
mendapat sedikit faedah, tetapi tidak Kelantan dan Terengganu. Kedah juga jauh
ketinggalan. Jalan Kuala Kerai ke Kota Bharu di Kelantan hanya baru sekarang
diperbesarkan, setelah jalan lama yang kecil dan bengkang-bengkok tidak
praktikal lagi. Jalan-jalan raya di negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu kecil
dan tidak memuaskan, jauh ketinggalan. Jika dibina lebuhraya, seperti lebuhraya
Kulim-Pulau Pinang, maka yang mendapat faedahnya Pulau Pinang. Di Pulau Pinang
sendiri orang Melayu sangat ketinggalan dan mundur. Apabila masalah ketinggalan
Melayu Pulau Pinang dibangkitkan, surat-surat kabar yang dikuasai parti
membelasah habis-habisan para pengkritik polisi yang merugikan Melayu itu.
Dalam budaya Dravidian, kritikan adalah penderhakaan, oleh itu mesti dimatikah,
seperti yang dibangkitkan oleh Tun Daim Zainuddin dalam tulisannya tentang
Melayu hilang keberanian itu. Emosi Dravidian
orang Melayu tidak membenarkan para pemimpin mereka yang berkuasa dikritik atau
ditegur, walaupun mereka ditipu dan dibohongi oleh para pemimpin itu.
Pembangunan yang dikonsepsikan dalam
bingkai Dravidian tidak memberi faedah kepada rakyat atau kepada perkembangan
intelektual yang sihat. Perhatikan bagaimana program Wawasan 2020 dijadikan
slogan untuk berbelanja besar dalam “membangun” negara, tetapi faedahnya tidak
sampai kepada rakyat. Mereka harus dibawa dari kampung-kampung untuk melihat
pembangunan di Putrajaya misalnya, dan berasa bangga kerana wang begitu banyak
telah dibelanjakan untuk mencapai cita-cita politik seorang pemimpin yang ingin
digelar “bapa Malaysia
moden”, seperti Ataturk digelar “bapa Turki moden”. “Melihat pembangunan” adalah satu program politik yang popular di
Malaysia, dan rakyat yang dibawa ke pusat-pusat pembangunan diminta dan
dipengaruhi untuk memberikan undi mereka kepada para pemimpin yang pada
hakikatnya meninggalkan mereka dan mengabaikan mereka. Rakyat yang dikuasai
emosi Dravidian memihak kepada para pemimpin yang menyusahkan mereka, seperti
rakyat Rawana menyebelahi rajanya untuk memerangi Rama yang berada di pihak
yang benar.
Hakikat pembangunan semu yang
tersergam indah untuk kemewahan dan kebanggaan para pemimpin ini boleh difahami
kepalsuannya dengan melihat bagaimana Perdana Menteri Britain
sekarang membangun budaya dan bidang intelektual negaranya. Tony Blair
bersetuju membelanjakan #750 juta pound
sterling dalam masa 5 tahun (mulai 1998?) untuk mengapungkan maklumat ilmu
di Internet dari sumber perpustakaan di Britain, yang berjumlah 4,700 semuanya;
di samping itu 32,000 sekolah akan juga diapungkan di Internet. Semua maklumat
yang diapungkan boleh dimanfaatkan oleh pengguna seluruh dunia dengan membayar
kadar-kadar tertentu, tetapi kerajaan menegaskan supaya maklumat itu boleh
didapat secara percuma. (The Times, 11/10/97 dan 13/10/97 ). Bandingkan
dengan “pembangunan” MSC, yang ditumpukan kepada pembinaan bangunan, bukan
pembangunan intelektual. Yang mendapat faedah dalam kes Malaysia ialah
para kroni dan kapitalis luar dan dalam negeri. Untuk melihat contoh lain, cuba renungkan
bentuk bangunan KLCC yang seperti kuil Hindu, atau bangunan APDC di Jalan Duta
seperti loceng, imej kuil Buddha. Ini semua pengaruh Dravidian yang tidak
kelihatan, tetapi diketahui maknanya oleh oran g-orang
yang arif tentang budaya.
Jika kita beralih ke Putrajaya, kita
akan melihat kehebatan berbelanja besar seorang pemimpin yang tidak ragu-ragu
menggunakan kekayaan negara untuk menyerlahkan kehebatan kepemimpinannya.
Bandar ini dibangunkan oleh sebuah syarikat, menggunakan wang Petronas
seluruhnya. Bandar ini bukan kepunyaan kerajaan, kecuali tanahnya. Kerajaan
hanya menyewa dengan mengadakan perjanjian tertentu (selama 45 tahun?). Berapa
banyak sewa yang dibayar oleh kerajaan tidak diketahui. Sejauh ini belum ada
pertanyaan di Dewan Rakyat mengenai perkara ini. Siapakah yang mendapat
keuntungan daripada projek raksasa ini? Untuk siapakah projek ini? Rakyat
nampaknya sangat gembira kerana mereka dapat melawat pembangunan negara mereka
di Putrajaya, oleh itu mereka tidak peduli bagaimana kekayaan negara
dibelanjakan, asal saja mereka dapat melihat dari jauh “keindahan” bangunan
mahal yang dibina. Berapa ribu rakyat miskin dapat dibantu dengan wang sebanyak
itu? Dalam perhitungan kemajuan dan pembangunan moden, peranan rakyat tidak
ada, kecuali untuk mengundi dan memerhati pembangunan di sekeliling mereka.
Mereka bukan perserta aktif dalam pembangunan, oleh itu dari segi logik
ekonomi, mereka boleh diketepikan. Dan memang diketepikan tanpa sebarang
bantahan dari rakyat. Hanya kawasan yang maju perlu dimajukan, kerana hanya
kawasan demikian saja yang boleh menambah hasil negara.
Selagi
Barisan Nasional atau UMNO berkuasa, semuanya akan berjalan lancar. Apa akan
jadi jika kerajaan baru mengambilalih kuasa? Apa yang terjadi di Terengganu
akan berulang, oleh itu kemungkinan syarikat itu tidak melanjutkan kontrak
dengan kerajaan baru boleh terjadi. Inilah akibat wujudnya dua kerajaan dalam
politik Malaysia
yang dicipta oleh UMNO untuk memastikan kekuasaannya berterusan, walaupun
dikalahkan. Konsep dua kerajaan ini penting untuk difahami, kerana kesannya
terhadap kebebasan memilih sangat besar. Maksud dua kerajaan itu ialah wujudnya
Kerajaan Pertama melalui pilihanraya; dan terciptanya Kerajaan Kedua melalui
penswastaan ekonomi yang faedahnya dikuasai sepenuhnya oleh parti-parti
pemerintah. Putrajaya adalah contoh terbaik dan paling jelas tentang wujudnya
sistem dua kerajaan itu.
Putrajaya adalah sebuah pusat pentadbiran yang
sesak, sama sesaknya dengan kompleks Jalan Duta. Rumah-rumah kediamannya tidak
menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada penghuninya. Anda tidak akan
membiarkan anak-anak anda bermain-main di jalan raya yang sempit, yang tidak
menyediakan laluan untuk anak-anak dan oran g
awam berbasikal misalnya.Tidak ada wajah Melayu atau wajah tradisi, kecuali
tempelan kecil-kecilan, tidak diintegrasi dalam seni-bina yang ind ah dilihat dan selesa
diduduki. Seorang arkitek Mesir yang terkenal bernama Sheikh Hassan Fathy
(1899-1989), pemenang Hadiah Agha Khan 1980 dan penerima pingat emas daripada
Persekutuan Arkitek Antarabangsa 1984, pernah berkata, barangsiapa yang membina
bangunan yang hawa di dalam bangunan lebih panas daripada di luar, sudah cukup
untuk menempah tempat di neraka! Beliau pernah berkata:
How do we go from the architect/constructor system to the
architect-owner/builder system? One man cannot build a house, but ten men can
build ten houses very easily, even a hundred houses. We need a system that
allows the traditional way of cooperation to work in our society. We must
subject technology and science to the economy of the poor and penniless. We
must add the aesthetic factor because the cheaper we build the more beauty we
should add to respect man.”
Falsafah
ini tidak mungkin dipraktikkan di Malaysia , kerana apa juga yang akan
menguntungkan rakyat dan membuat mereka selesa, mustahil boleh diwujudkan di Malaysia kerana
kos keangkuhan pemimpin jauh lebih tinggi daripada kos ekonomi. Seseorang
pemimpin di Malaysia
akan hanya bersetuju membina rumah-rumah kos rendah yang kecil, sempit, panas,
sesak, dan buruk kelihatannya dan siksa pula diduduki. Yang cantik dan selesa
hanya untuk orang yang sanggup membayarnya dengan harga tinggi. Jika kita
fikirkan dengan mendalam kenyataan Sheikh Hassan Fathy, berapa jutakah para
pemimpin dan pembina bangunan akan ditempatkan di neraka? Mereka telah
meletakkan rakyat dan orang miskin di neraka dunia. Tidakkah adil jika mereka
mendapat tempat yang kekal di neraka, seperti mereka berikan kepada orang
miskin di dunia selama ini? Bagaimana pun, Putrajaya adalah pameran kehebatan
yang mengagumkan orang kampung yang serba miskin dan tidak pernah melihat
persekitaran di luar kampungnya. Mereka tidak sedar bahawa itulah kemuncak imej
Dravidian di negara mereka. Putrajaya yang bangga dikunjungi beratus orang
kampung setiap hari telah menjadi seolah-olah sebuah kawasan kuil pembangunan
yang mengagumkan orang-orang kampung yang tidak pernah melihat kehebatan
bangunan di persekitaran kampung mereka. Begitu jauh jarak pembangunan yang
mereka alami sehingga mereka menjadi amat kagum melihat sesuatu yang baru dan
asing, yang dibangunkan dari hasil minyak negara mereka. Rakyat tenggelam dalam
khayalan naratif pembangunan yang disogok kepada mereka oleh para pemimpin
UMNO. Wajar sekali jika para ahli dalam bidang ini membicarakan persoalan ini
supaya rakyat tidak terpesona dengan khayalan pembangunan yang mereka lihat,
tetapi bukan dialami sendiri. Mereka terus dikhayalkan dengan mitos baru, kali
ini mitos ekonomi dan mito s
pembangunan. Penggunaan mitos dalam politik memberikan kesan dan pengaruh yang
besar dalam mengkhayalkan rakyat yang dididik untuk meneruskan budaya Dravidian
ini.
Unsur
Dravidian Dalam Bahasa dan Sastera
Sekarang terdapat tiga istilah yang
sangat popular di Malaysia: gosip, idola, dan minda. Gosip sudah dibudayakan,
dan dijadikan ruangan penting dalam akhbar. Tanpa disedari, pembohongan
dan umpatan dijadikan budaya hidup moden
yang dihormati, yang boleh mendatangkan hasil yang besar sesuatu penerbitan.
Dalam satu forum di TV baru-baru ini, ditekankan bahawa gosip itu ada yang baik
dan ada yang tidak. Demikian jauhnya masyarakat dikelirukan, sehingga berbohong
dan mengumpat diberi kedudukan tinggi dalam masyarakat, dengan oran g-orang yang profesional dalam bidang
itu. Kita tidak usa h
bangkitkan isu agama Islam di sini, cukup dengan penegasan bahawa kekeliruan
begini sudah dibudayakan dan digalakkan. Dalam konteks inilah anak-anak muda
terutamanya bercakap tentang idola mereka, tentang “idols” atau berhala, sembahan, pujaan dan ikutan mereka. Jika datuk
nenek mereka menyembah pohon dan batu, maka anak-anak muda ini “memberhalakan”
penyanyi, pelakon, model, dan sesiapa juga yang dianggap “istimewa” yang boleh
diikuti atau dipuja, seperti pemain bola, pemain badminton, pelayar, ahli
politik, dan sebagainya. Perkembangan begini terjadi dengan mudah kerana
“minda” mereka telah berubah. Istilah minda yang sangat popular kini
mencerminkan dengan jelas kekeliruan nilai masyarakat Melayu yang dibelenggu
nilai-nilai Dravidian. Otak Melayu telah disekularkan sepenuhnya melalui konsep
minda itu, oleh itu mereka dapat menerima dengan mudah segala kekeliruan dan
pembohongan serta kesesatan yang disogokkan kepada mereka. Di sini unsur-unsur
Dravidian berjalan seiring dengan unsur-unsur hedonisme Barat, lalu melontarkan
jauh-jauh nilai-nilai Islam yang terdapat dalam konsep akal, yang dalam Islam
merujuk kepada konsep taklif. Manusia yang menggunakan minda tidak lagi
mengenal taklif, hanyut dalam budaya gosip dan pemujaan berasaskan nilai-nilai
hedonisme Barat. Jikalau weltanschauung
Islam difahami, dipegang, dan dipertahankan, tentulah konsep-konsep dan
perilaku yang bertentangan atau tidak serasi dengan Islam akan ditolak. Tetapi
emosi Dravidian menerimanya dengan senang kerana ketiga-tiganya sesuai dengan
ciri-ciri Dravidian yang disebut di atas.
Dalam sastera Melayu moden pula
pengaruh emosi Dravidian ini bermula dengan penerimaan Abdullah Munshi sebagai
“Bapa Sastera Melayu Moden”, yang berasaskan penerbitan karya-karyanya secara
bercetak dan isinya yang bersifat peribadi. Buku-buku karangan Abdullah Munshi
terang-terang menghina bangsa Melayu, walaupun di sana sini beliau memberi “nasihat”. Beliau
adalah orang luar, seorang Tamil Muslim yang bekerja untuk Inggeris. Selepas
Abdullah, buku paling terkenal yang menghina bangsa Melayu sebagai bangsa yang
lemah serba serbi ialah karangan Dr. Mahathir berjudul The Malay Dilemma (1970). Buku ini memberikan hujah yang aneh
dengan menekankan faktor baka dan alam sekitar sebagai faktor penting yang
mempengaruhi kecerdikan dan kejayaan sesuatu bangsa. Menurut Dr. Mahathir,
orang Melayu sediakala bodoh, malas, percayakan nasib, lemah fikiran dan
sebagainya kerana baka mereka memang begitu. Faktor baka yang dikemukakan Dr.
Mahathir jelas kedengaran ciri Dravidiannya, manakala faktor alam sekitar pula,
menurut Dr. Mahathir, berkaitan dengan
penerimaan orang Melayu memeluk agama Islam, sehingga dengan itu
terbataslah pilihan untuk kawin campur, yang menurutnya bebas dilakukan orang
Melayu sebelum Islam. (Hal. 23). Inilah permulaan Dr. Mahathir mengkritik Islam
sebagai faktor kemunduran orang Melayu. Pandangan rendah beginilah yang
akhirnya membuat Dr. Mahathir menganggap orang Melayu sebagai bangsa haprak. (Ucapan dalam persidangan agung
UMNO, 2001). [Kamus Dewan: “haprak”
(bahasa kasar) bererti “kata makian yang bermaksud tidak bergunanya seseorang”]
Setahun kemudian, Pemuda UMNO
menerbitkan buku Revolusi Mental (1971)
kerana “semenjak beberapa tahun lagi telah sedar akan peri mustahak adanya
sebuah buku yang dapat menjadi panduan kepada seluruh masyarakat Melayu dari
segi pemikiran dan tindakannya.” (Hal. 3) Dengan memetik pendapat Arnold
Toynbee, Revolusi Mental menolak
hujah-hujah Dr. Mahathir dengan menegaskan bahawa pembinaan tamadun manusia
“bukan semata-mata kerana faktor keturunan (biological
factor) atau kerana faktor alam sekelilingnya (enviromental factor),” tetapi kerana kemampuan bangsa itu
menghadapi cabaran. (Hal. 9-10). Buku ini mengakui bahawa orang Melayu tertekan
dan tertindas, tetapi semuanya angkara penjajahan Barat. Tidak disebut peranan
feudalisme Dravidian (atau dengan nama yang lain yang dikenal ketika itu,
seperti feudalisme Hindu-Buddha). Huraian para penulis buku ini tentang
kelemahan berfikir dan kemunduran orang Melayu pada dasarnya menggunakan acuan
kolonial, oleh itu masyarakat Melayu yang tertindas dan dizalimi dilihat dalam
konteks agama yang sempit, sistem budaya serta sistem nilai yang tidak jelas
asasnya, tanpa memperdulikan hakikat kepemimpinan Melayu yang korup, yang
diasaskan kepada ajaran Dravidian. Para pemimpin Melayu, sama ada golongan bangsawan dan
pembesar Melayu dan golongan raja-raja, seolah-olah tidak mempunyai peranan
sama sekali dalam penindasan dan penzaliman umat Melayu. Oleh itu apakah yang
hendak direvolusikan oleh Revolusi Mental,
jika asasnya dipertahankan? Apa yang disebut sebagai “revolusi” itu tidak lebih
daripada pengukuhan kekuasaan politik UMNO dan sekutunya, tanpa analisis yang
objektif tentang kewujudan UMNO dan sejauh mana menguntungkan orang Melayu dan
Islam. Tidak mungkinkah yang kita dengar dan baca selama ini tentang peranan
UMNO itu hanya mito s
belaka? Tidak mungkinkah kewujudan UMNO sebenarnya merugikan orang Melayu?
Mengapa perspektif ini takut untuk dibahaskan dengan objektif dan mendalam?
Orang Melayu harus diberitahu dengan jelas keuntungan yang mereka perolehi
daripada kewujudan UMNO, dan kemungkinan UMNO telah mengkhianati mereka. Jika
orang Melayu takut menghadapi kenya taan
dan kemungkinan ini, maka mereka akan berada dalam dunia khayal, yang memang
digalakkan oleh para pemimpin mereka yang tidak mahu mereka menjadi lebih
terbuka, menjadi lebih cerdik dan berani. Mereka tidak perlu direvolusikan jika
mereka dikongkong daripada membicarakan nasib mereka secara terbuka,
menggunakan bukti dan hujah, bukan retorik dan ugutan. Jika pun revolusi itu
“diperlukan”, maka tentulah bukannya datang dari UMNO. “Revolusi mental” yang
ditaja UMNO tidak lebih daripada sandiwara politik sahaja. Tujuannya untuk
memperkuatkan UMNO, bukan untuk memperkuatkan umat Melayu. Seperti seolah-olah telah ditentukan
takdir untuk memberi amaran kepada orang Melayu tentang kepalsuan dan sandiwara
politik ini, salah seorang daripada “penulis” Revolusi Mental akhirnya terlibat secara aktif dalam skandal BMF di
Hong Kong. Hingga ini skandal itu masih tertutup, tidak diketahui hakikat
sebenarnya, walaupun sudah ada laporan tentangnya. Mungkinkah “revolusi mental”
akan bermula jika sekiranya skandal BMF ini dibuka seluruhnya untuk diketahui hakikat
sebenarnya? Tetapi lebih tepat untuk membuat kesimpulan bahawa salah satu
tujuan “revolusi mental” UMNO ialah untuk menutup skandal-skandal serupa ini,
dilakukan atas nama umat Melayu. Sungguh hebat menjadi rakyat Melayu. Mereka
sanggup menanggung segala skandal, penipuan, penindasan, kezaliman para
pemimpin mereka yang dilakukan atas nama menjaga kepentingan mereka. Demikian
hebatnya pula emosi Dravidian itu dalam sistem budaya Melayu.
Kekeliruan
begini tidak saja terdapat dalam tulisan-tulisan yang bercorak anti-Melayu,
tetapi juga terdapat dalam karya-karya sastera Melayu moden. Apa yang dinamakan
“dilema Melayu” itu sebenarnya tidak lain daripada kelangsungan unsur-unsur
Dravidian dalam sistem budaya dan politik Melayu yang diperjuangkan dan
dilanjutkan oleh para pemimpin UMNO sendiri. Para
pemimpin ini, melalui tindakan dan polisi yang mereka wujudkan, mengekalkan
kemunduran orang Melayu, terutama dari segi intelek dan kebebasan bersuara,
untuk memastikan mereka terus berkuasa dan dapat terus memukau rakyat dengan
retorik politik mereka yang palsu dan pura-pura. Secara sedar, tetapi tanpa pemahaman yang
mendalam tentang hakikat feudalisme Dravidian dalam politik Melayu, para
sasterawan Melayu meneruskan kekeliruan ini dengan mengangkat tokoh-tokoh
penjahat sebagai wira bangsa Melayu. Hakikat ini dapat dilihat dengan jelas
dalam pemujaan terhadap Hang Jebat, yang diterima sebagai wira Melayu yang
agung. Selepas Hang Jebat, kita diperkenalkan pula Si Tanggang (anak derhaka),
yang kini telah masuk ke bilik-bilik darjah sebagai wira baru (wira Melayu Baru
yang sudah mengalami perubahan setelah merantau jauh). Melalui karya-karya yang
memuja tokoh-tokoh derhaka ini, kejahatan diterima dengan mudah dan dengan baik
oleh masyarakat, tanpa protes, sebagai nilai baru yang moden, kerana jiwa
Melayu itu tidak sensitif lagi kepada yang mungkar dan tidak dapat lagi
membezakan yang makruf. Karya-karya ini dibawa masuk ke dalam sistem pendidikan
untuk diajar kepada anak-anak sekolah, dengan segala hujah palsu untuk
membenarkan kejahatan dan perderhakaan tadi sebagai sesuatu yang perlu diterima
oleh orang Melayu. Dengan terjadinya perubahan nilai ini, maka Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah kini menjadi “karya agung” bangsa Melayu, padahal
penciplak Sejarah Melayu sendiri
mengaku bahawa buku itu adalah simbol keagungan budaya Dravidian dalam
masyarakat Melayu. (Baca baik-baik, dengan teliti dan akal yang cerdik,
“mukaddimah” Sejarah Melayu!)
Ketahuilah bahawa buku ini dipersembahkan oleh Tun Seri Lanang, penciplak karya
ini, kepada tokoh Dravidian yang bernama
Mani Purindam, yang menjadi keturunan para Bendahara Melaka, setelah
keturunannya merampas kedudukan itu dari tangan Melayu dengan merampas adik
perempuan Tun Perak yang ketika itu menjadi isteri sultan untuk diperisterikan
oleh Tun Ali Seri Nara Di Raja. Keluarga Tun Perak dengan itu ditamilkan
sepenuhnya, dan sejak itu bermulalah keruntuhan Melaka, sesuatu yang diramal
oleh Tun Perak sendiri semasa memberi komen kepada kelakuan Tun Mutahir yang
tamak dan korup. Setelah keluarga Tamil ini menguasai pemerintahan Melaka,
raja-raja Melayu diperalatkan untuk kepentingan mereka. Walaupun mereka mengaku
taat setia, tetapi dengan biadab Bendahara Seri Maharaja menyembunyikan anaknya
Tun Fatimah dari perhatian Sultan Mahmud Shah, kerana pada fikirannya
kedudukannya lebih tinggi daripada kedudukan sultan Melaka, kerana beliau adalah
keturunan Mani Purindam. Kekejaman Sultan Mahmud kemudiannya dengan membunuh
Bendahara Tamil itu sebenarnya wajar dan sesuai dengan adat Melayu yang tidak
boleh menerima sikap biadab Bendahara Seri Maharaja yang membelakangkan raja.
Bandingkan peristiwa ini dengan tindakan
Idi Amin, yang menghalau rakyat India ,
Islam dan Hindu, keluar dari Uganda .
Sebabnya ialah golongan Tamil di Uganda menganggap mereka lebih tinggi
kedudukanya daripada orang Afrika sendiri. Untuk memahami ironi peristiwa
penderhakaan Bendahara Seri Maharaja ini, bandingkanlah dengan kisah Demang
Lebar Daun, seorang bangsawan Melayu, menyerahkan anak perempuannya kepada raja
Palembang ketika itu, seorang raja keturunann Tamil, kerana tidak ada lagi
perempuan yang layak menjadi permaisuri Pelembang ketika itu. Bendahara Seri
Maharaja tahu Melaka juga tidak mempunyai permaisuri, tetapi tidak seperti
Demang Lebar Daun, beliau menyembunyikan anak perempuannya. Perhatikan perilaku
dua tokoh ini untuk memahami intipati jiwa Melayu dengan jiwa yang dikuasai
emosi Dravidian. Jika ini difahami, maka akan terbukalah penipuan dan korupsi
golongan Dravidian yang menguasai Melaka, dan kita akan lebih mengerti mengapa
Sultan Mahmud Shah bertindak begitu nekad. Bukan fitnah yang jadi penyebabnya,
tetapi kebiadaban pembesar Melaka sendiri yang tidak menghormati sultannya,
tidak menerima adat dan adab Melayu. Bendahara Seri Maharaja membayar dengan
nyawanya untuk mempertahankan kebanggaan Dravidiannya. Hakikat ini tidak diberi
perhatian oleh ahli sejarah Melaka dan para sasterawan yang mengutuk Sultan
Mahmud Shah. Mereka sepatutnya dapat melihat konflik Melayu dan Dravidian ini
diselesaikan secara Dravidian. Seperti yang dapat dilihat dalam peristiwa Hang
Jebat, hukuman yang ditimpakan ke atasnya adalah sama dengan hukuman yang
dikenakan kepada Bendahara Seri Maharaja: kedua-duanya berasaskan hukum
Dravidian.
Apakah
yang agung tentang Sejarah Melayu
yang mengagungkan kezaliman, korupsi, kerendahan moral, penipuan dan kekejaman
golongan berkuasa? Nilai-nilai inilah juga yang jadi pegangan Amerika Syarikat
dan Presiden Bush sekarang. Jika ada di antara kita yang bencikan Bush,
bagaimana kita boleh menerima Hang Tuah dan Hang Jebat sebagai wira? Apa
bezanya mereka, dan para pembesar Melaka dengan Bush dan neoconnya? Kesetiaan kepada nilai-nilai Dravidian membuat orang
Melayu tidak mahu melepaskan tinggalan budaya Jahiliah dalam sejarah mereka. Malah
kini diperkukuhkan dengan konsep “karya agung” untuk mengangkat karya yang
sebenarnya mencerminkan segala macam kejahatan manusia berkuasa. Inilah
kecelakaan suatu bangsa yang tidak mempunyai ulama besar yang menulis karya
besar. Dalam konteks ini, mengapa masih diragui karya-karya Hamzah Fansuri,
Nuruddin al-Raniri dan lain-lain, yang sepatutnya diutamakan? Adalah lebih tepat karya-karya yang kini
diangkat sebagai “karya agung” itu dipanggil “karya warisan” saja, untuk
meletakkannya di tempat yang wajar dalam perkembangan tamadun Melayu yang sudah
melalui banyak tahap itu. Dengan itu tempatnya yang sebenar, yang wajar, tidak
digugat, tetapi tempat itu tidaklah sampai ke tahap tertinggi untuk dijadikan “karya
agung”. Ukuran yang dipakai hendaklah berasaskan konsep ilmu yang sah, bukan
hanya dilihat dari segi perkembangan sosial, politik, budaya dan sastera
semata-mata. Kita tidak harus meninggalkan warisan kita, tetapi kita harus
berhati-hati ketika membuat penilaian terhadap warisan itu. Tidak mungkin Mesir
menghapuskan piramid warisan Firaun, tetapi di tangan oran g Islam ada al-Quran dan Sunnah Nabi
s.a.w. yang akan menilai warisan itu. Walaupun orang boleh kagum terhadap
pencapaian Firaun, tetapi maknanya dalam kehidupan orang Islam telah
ditakrifkan dengan jelas dalam Al-Quran.
Lebih
aneh ialah pujian setinggi langit yang diberikan kepada apa yang dinamakan
“pantun Dr. Mahathir” yang diucapkannya ketika memberi “selamat tinggal” kepada
perwakilan UMNO baru-baru ini. Para pengulas
dan pemuji menulis berjela-jela mengenai apa yang disebut “pantun” itu, tanpa
memperlihatkan bahawa mereka faham apakah sebenarnya pantun. Seorang wartawan
menulis dalam bahasa Inggeris (New Sunday
Times, 29/6/2003 ,
hal. 10) memakai tajuk “Deep, beautiful pantun spices up Umno assembly”,
menceritakan kekagumannya terhadap para pemantun UMNO. Bagaimanapun,
contoh-contoh yang diberikannya bukanlah pantun, tetapi seloka politik yang
kelihatan seperti pantun. Contoh-contoh itu tidak sekali-sekali mencerminkan
sesuatu yang “deep and beautiful”, tetapi hanyalah yang “playful” (perhatikan
bunyi fool yang diulang-ulang!). Dr. Mahathir dipuji kerana tidak menangis
tersebek lagi ketika mengucapkan “selamat tinggal”nya, padahal beliau sudah
menangis ketika “membuka” persidangan itu. Tentulah sangat pelik jika beliau
terus-terusan menangis, walaupun beliau begitu sedih hendak meninggalkan
jawatannya. Sebagai ketua parti yang lihai, beliau sangat pintar mempermainkan
emosi Dravidian para pengikutnya. Maka dia pun berpantun. Tetapi alangkah
buruknya pantun itu! Sebenarnya bukan pantun yang beliau bacakan (yang mungkin ditulis
oleh orang lain atas namanya), tetapi sejenis seloka atau gurindam, atau paling
mudah sajak empat bari s. Kerana kita tidak sensitif kepada
budaya dan sastera lama, maka apa juga yang “kelihatan” sebagai pantun
lekas-lekas diterima sebagai pantun. Biarlah kita terima saja hakikat bahawa
Dr. Mahathir tidak tahu berpantun, dan tidak faham struktur pantun Melayu yang
sudah ditradisikan oleh orang Melayu sendiri. Setiap pantun mempunyai dua
bahagian: bahagian pertama disebut gambaran
alam (dalam buku-buku teks dipanggil pembayang maksud atau sampiran);
bahagian kedua matlamat atau falsafah
(dalam buku teks disebut maksud sebenar pantun). Penggunaan istilah yang tidak
tepat dalam buku-buku teks untuk mencirikan struktur pantun Melayu telah
membuat oran g
yang agak buta budaya dan buta sastera menulis pantun sewenang-wenang saja,
tanpa memperdulikan strukturnya. Jika ditegur, mereka akan menjawab bahawa
kononnya itulah perubahan yang harus dilakukan untuk mendinamiskan pantun,
“kununnya”. Walaupun yang disebut peru bahan itu sangat buruk dan
tidak tepat. Seorang penulis, yang juga pensyarah universiti (Mingguan Malaysia, 29/6/2003 , hal. 29) menulis panjang
lebar memuji “pantun” (yang sebenarnya bukan pantun!) Dr. Mahathir ini,
kononnya memberi amanat penting kepada umat Melayu. Padahal kikit (istilah Tuk Kenali untuk target atau sasaran) seloka politik Dr.
Mahathir ditujukan kepada ahli UMNO supaya bersiap-sedia untuk menghadapi pilihan
raya nanti. Jangan berebut kuasa sekarang, biar menang dulu, baru boleh
bercakaran untuk mendapatkan habuannya. Lagi pula awak sebagai pemimpin segenap
peringkat sudah senang, sudah banyak dapat faedah, janganlah merosakkan peluang
untuk mendapat habuan seterusnya dengan bercakaran sekarang. Itulah perutusan
penting, dan utama, yang disampaikannya kepada ahli UMNO yang gelisah ditutup
mulut dan dikawal perilakunya untuk menyelamatkan para pemimpin yang kurang
diterima mereka. Ini perutusan biasa bagi seorang ketua parti, tidak ada yang
istimewa apa-apa. Tentulah istimewa
sekali jika beliau berkata bahawa ahli UMNO haruslah meneladani kerajaan Melayu
Melaka yang mengamalkan Hukum Kanun Melaka, sesuai dengan perisytiharannya
tidak lama dulu bahawa Malaysia
sebuah negara Islam. Adakah Hukum Kanun Melaka tidak sesuai untuk Malaysia moden? Adak ah hukum
itu zalim? Jika zalim, bagaimana Melaka boleh dijadikan lambang kemegahan umat
Melayu? Apakah kemegahan yang dibanggakan itu sebenarnya? Tidak lain daripada warisan
feudalisme Dravidian yang diperkukuhkan oleh UMNO sendiri.
Penulis
itu menyebut bahawa pantun dalam budaya Melayu sama kedudukannya dengan haiku yang rapat dengan budaya Jepun. Tetapi
beliau tidak menyebut bahawa haiku telah dimodenkan dan diberi nafas baru oleh
Basho dan murid-muridnya, dengan mempertahankan strukturnya yang asas. Pantun
moden yang ditulis oleh orang yang hanya meniru-niru saja, tanpa pengetahuan
mendalam dalam estetika pantun, hanya “berjaya” memburukkan pantun dan
menyerlahkan kejahilannya sendiri terhadap budayanya. Seloka politik Dr.
Mahathir (nama inilah yang tepat), atau sajak empat baris, tidak boleh
dipanggil pantun kerana semua peraturan tentang pantun dilanggarnya. Segala
pujian yang dicurahkan kepadanya kerana “kununnya” pandai berpantun hanya lahir
daripada jiwa atau emosi Dravidian yang memandang tinggi oran g yang berkuasa dan kerkedudukan. Hakikat
ini telah dihuraikan oleh Prof. Koentjaraningrat dalam bukunya Kebudayaan, Mentalitet dan Pembangunan
(1974), yang menegaskan bahawa orang Indonesia (juga Melayu) amat
memandang tinggi para pemimpin, oleh itu pemimpin dituntut memberikan contoh
yang baik. Inilah pernyataan unsur dan emosi Dravidian dalam budaya Nusantara. Inilah
kesan feudalisme Dravidian dalam budaya Nusantara dan dalam budaya Melayu.
Inilah budaya Rawana yang memaksa Ind rajit
memilih kejahatan untuk menyatakan kesetiaannya kepada ayahnya, dengan
meninggalkan kebenaran dan keadilan. Dari segi ini, para Rawana Melayu tetap
diikuti, dipuji dan dihormati, walaupun bertindak kejam dan berbohong kepada
pengikut dan rakyat.
Keluar Dari
Belenggu Dravidian Melalui Tariq Shah Wali Allah
Selepas
semua perkara dipolitikkan, gela ran
Kelantan sebagai serambi Mekah kini seringkali dipersoalkan, malah tidak lagi
dihormati. Inilah cara UMNO memperkecilkan pembangunan ekonomi negeri Melayu
itu. Adakah gela ran
itu diberikan kerana kehebatan ulamanya, atau kerana “pembangunan ekonominya”?
Adakah gela ran
itu akan hilang jika pembangunan ekonominya lebih hebat daripada pembangunan
intelektual para ulamanya? Adakah gela ran
serambi Mekah itu menjadi penghalang kepada pembangunan ekonomi Kelantan?
Tidakkah umat Melayu berasa bangga apabila seorang ulama menjadi Menteri Besar?
Soalan-soalan ini lebih diminati oleh ahli-ahli politik, terutama dari kalangan
UMNO. Kelantan selalu dikritik dan dicemuh oleh para pendokong UMNO kerana
kononnya tidak “membangun” – tidak ada pembangunan ekonomi. Bayangkan apakah
soalan yang akan ditanya oleh ketua-ketua UMNO jika mereka berada di zaman
Rasulullah s.a.w. Mana pembangunan ekonomi? Tetapi soalan itu telah ditanyakan
oleh para sahabat, yang ingin tahu mengapa para Nabi tidak membina
bangunan-bangunan tinggi. Nabi s.a.w. menjawab, tugas para Rasul dan Nabi ialah
menyampaikan ajaran tauhid kepada manusia; pembina bangunan tinggi ialah
Firaun, pengumpul harta ialah Qarun, dan Haman muncul sebagai orang yang gila
kuasa. Ketiga-tiganya dikutuk oleh Allah Ta’ala dan dibenci oleh manusia kerana
kezaliman dan penipuan yang mereka lakukan. Oleh itu tidaklah aneh apabila
seorang ulama yang menjadi Menteri Besar menegaskan bahawa tugasnya yang utama
ialah membina manusia menjadi baik dan bermoral, kuat beragama; bukan
mengutamakan bangunan tinggi-tinggi. Tentu dia tidak mahu termasuk ke dalam
kumpulan tiga manusia yang terkutuk tadi. Tetapi pembangunan tetap diperlukan.
Dalam konteks inilah gelaran serambi Mekah menjadi lambang keistimewaan negeri
Darul Naim itu. Di sinilah tersembunyi perbezaan yang tidak atau jarang
diketahui orang di luar Kelantan, malah di kalangan orang Kelantan sendiri yang
mabuk “pembangunan”. Bagi seorang
perempuan Melayu yang menulis dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris, yang
mungkin beragama Islam, Kelantan
digelarnya “Taman Binatang Purba” (The
Jurassic Park), yang di dalamnya berkeliaran binatang-binatang purba (dinosaurs)
dan ahli-ahli politik purba yang bergelar ulama. Adakah perempuan Melayu ini,
seperti isteri Abu Lahab, seorang pembawa kayu bakar? Ungkapan “pembawa kayu
bakar” itu, dalam bahasa Arab, merujuk kepada seseorang yang menyebarkan fitnah
untuk memburuk-burukkan Islam, Rasulullah s.a.w., dan seluruh kaum Muslim,
terutama para ulamanya. Apakah implikasi aqidah terhadap fitnah seperti ini?
Seorang
peneliti sejarah akan lekas memahami bahawa gelaran serambi Mekah yang diberikan
kepada Kelantan mencerminkan kekuatan beragama penduduknya dan perkembangan
intelektual yang hebat di Pantai Timur yang dipelopori para ulama. Jika yang
sampai di Melaka ialah anak-anak raja keturunan Tamil (yang masih boleh
dipersoalkan kesahihannya), maka yang sampai di Kelantan ialah para ulama besar
dari India ,
Mesir, Mekah, dan lain-lain. Kelantanlah satu-satunya negeri yang mempunyai
Tariq Shah Wali Allah Al-Dahlawi, ulama India keturunan Saidinan Umar yang
anak-beranaknya adalah mujahidin belaka. Shah Wali Allah kurang diminati di
tempat lain selain Kelantan, oleh itu pemikiran beliau yang radikal tidak
digemari oleh “ulama” di luar Kelantan. Tetapi sumbangan pemikiran dan ajaran
Shah Wali Allah sangat penting dalam pembinaan peribadi Muslim yang merdeka,
yang mengutamakan kepentingan Islam lebih daripada kepentingan ekonomi melulu.
Dari segi politik, ajaran Shah Wali Allah akan membebaskan orang Melayu
daripada pengaruh Dravidian yang kini menjadi pegangan mereka. Melalui ajaran
Shah Wali Allah inilah orang Melayu akan dapat membebaskan diri daripada
belenggu Dua Mitos Agung yang dibicarakan tadi. Inilah model Kelantan yang
belum dikenal oleh orang Melayu di luar Kelantan, oleh itu mereka menjadi
ragu-ragu dan takut-takut apabila membuat pilihan dari segi politik, ekonomi,
budaya dan filsafat. Adakah ini membuktikan orang Melayu amat sayangkan
unsur-unsur Dravidian dalam budaya mereka?
Pengaruh
ajaran Shah Wali Allah mula bertapak di Kelantan sekembalinya Hj. Nik Abdullah
bin Hj. Wan Musa ke Kelantan setelah belajar di India dan Mekah. Beliau
meninggal dalam usia muda, 35 tahun (1935), tetapi sempat menjadi Mufti
Kelantan. Sebelum itu ayahandanya sendiri, Hj. Wan Musa bin Hj. Abdul Samad
(Tuan Tabal), yang juga sempat menjadi Mufti, telah menanam kesedaran politik
di kalangan ulama. Beliau dikira mempunyai faham yang radikal, oleh itu
jawatannya sebagai Mufti tidak kekal lama kerana beliau diberi tekanan oleh
para penentangnya sehingga beliau melepaskan jawatan itu. Pengaruh anakanda
beliaulah yang memungkinkan ajaran Tariq Shah Wali Allah bertapak kukuh di
Kelantan sejak suku akhir tahun 1920-an. Buku pertama yang membicarakan ajaran
Shah Wali Allah ditulis oleh Maulana Abdullah Nuh dari Pasir Putih, diterbitkan
dengan judul Semangat Perajurit-perajurit
Muslim (tanpa tarikh, barangkali 1940?). Betapa radikalnya buku ini dapat
dilihat daripada kutipan berikut:
“Ada lah
kerajaan kaum bangsa dari dahulu kala hingga sekarang, ialah kerajaan yang
berlain-lainan pemerintahannya. Maka Quran Hakim turun menyuruh semua manusia
di alam dunia ini mendirikan kerajaan yang satu sahaja, iaitu kerajaan Islam.”
(Hal. 53)
Andainya buku
ini diterbitkan pada waktu ini, tentulah pengarangnya akan dituduh pengganas
dan terpengaruh dengan gerakan Usa mah
bin Laden! Penerbitan kedua yang penting
hasil pengaruh ajaran Shah Wali Allah ialah kitab Khulasah al-Quran (1982), yang diusahakan oleh Ustaz Wan Ismail bin
Wan Nawang, murid Maulana Abdullah Nuh selama 40 tahun. Kitab ini dimungkinkan
penerbitannya dengan galakan Datuk Hj. Muhammad Nasir, yang ketika itu menjadi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, seorang pengamal Tariq Shah Wali Allah.
Kitab susunan Ustaz Wan Ismail ini diasaskan kepada metode tafsir Shah Wali
Allah yang dihuraikannya dalam kitabnya yang berjudul al-Fauzul Kabir. Gerakan Shah Wali Allah di Kelantan mendapat
perhatian beberapa orang sarjana luar negeri, terutama sekali daripada Prof.
J.M.S. Baljon dari Belanda, yang pernah datang ke Kelantan dan duduk bersama
kumpulan ini. Pengaruh ajaran Shah Wali Allah adalah di antara pengaruh gerakan
Islam yang penting, yang memungkinkan rakyat Kelantan menjadi lebih bebas dan
lebih berani membuat pilihan dalam pertarungan politik Melayu. Hakikat ini
sangat penting ditekankan di sini, kerana dari sinilah pengaruh Dravidian dalam
budaya Melayu mungkin dapat dikikis, dan orang Melayu akan menjadi lebih
cerdik, berani, dan tegas dalam membuat pilihan politik mereka. Perkembangan ini
akan menguntungkan orang Melayu seluruhnya. Barangkali gerakan Shah Wali Allah
inilah yang melahirkan “model Kelantan” dalam politik Melayu.
Kesimpulan
Akhbar dan TV di Malaysia
memberi ruang sebesar-besarnya kepada unsur-unsur Dravidian dalam budaya Melayu
dengan memuat berita dan gosip tentang bintang-bintang filem Hindi dan Tamil.
Mereka mendapat tempat istimewa dalam program TV yang menayangkan beratus filem
Hindi dan Tamil dalam masa sebulan. Pengaruh Dravidian ini begitu kuat
mencengkam sistem nilai dan citarasa orang Melayu, sehingga mereka melenting
marah apabila seorang ulama, seorang mufti yang dihormati, menegur kegilaan
kepada gambar-gambar Hindi/Hindustan ini. Mufti itu dikritik hebat, dengan menggunakan
seluas-luasnya ruang akhbar untuk membelasah beliau. Teguran mufti itu tidak
dihiraukan, dan kegilaan kepada gambar-gambar Hindi diteruskan, malah semakin
meningkat. Demikian kuatnya pengaruh emosi Dravidian dalam masyarakat Melayu,
sehingga mereka lebih rela menolak nasihat ulama daripada menolak pengaruh
Dravidian.
Di kalangan para sarjana Dravidian
pula, mereka dengan berani menegaskan bahawa semua agama dunia – Yahudi,
Kristian, Islam, Hindu dan Buddha dan lain-lain – berpunca dari ajaran
Dravidian. Menurut mereka, Nabi Ibrahim a.s. adalah keturunan Tamil, berasal
dari Ur, nama tempat yang berasal daripada bahasa Tamil bermakna kampung atau
bandar. Malah mereka mendakwa Ka’bah adalah tinggalan sembahan Dravidian, yang
diambil oleh orang Arab dan dikekalkan dalam Islam. Mereka mendakwa, Ka’bah itu
batu sembahan Dravidian yang melambangkan Shivalinka. Ada pula pendapat lain
yang menegaskan bahawa puak Dravidian itu sendiri berasal dari Proto-Sahara,
ketika kawasan itu masih subur dan belum jadi padang pasir kira-kira 8000 tahun
SM. Yang menarik ialah hujah-hujah mereka yang mendakwa semua agama berasal
dari pengaruh Dravidian di luar India ini menggambarkan dengan baik sekali
tentang kepalsuan hujah para musyrikin dan munafik yang diberikan oleh al-Quran
ketika mereka menolak kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Di sinilah kekuatan konsep
tauhid dan iman dalam agama Islam, dan cara menolak kepalsuan hujah ini
diterangkan dengan terperinci oleh Shah Wali Allah dalam karya-karyanya,
terutama dalam kitabnya Hujjatullah
al-Balighah. Model yang diberikan oleh Shah Wali Allah cukup baik untuk
dipakai oleh orang Melayu. Ajaran Shah Wali Allah diperlukan oleh umat Melayu
untuk membawa mereka kembali kepada kekuatan tauhid dan kesedaran taklif dalam
hidup mereka. Oleh itu lebih cocok jika kita mendirikan sebuah institut untuk
membicarakan pemikiran ulama besar ini dari segala sudut. Tugas ini wajar
diambil oleh salah satu negeri Melayu sebelah selatan: Melaka, Negeri Sembilan,
atau Johor. Sungguh cantik jika Melaka mengambil tugas penting menubuhkan
institut Shah Wali Allah itu. Tidakkah inilah yang diperlukan dan
ditunggu-tunggu oleh orang Melayu sebenarnya? Wallahu a’lam.
(Catatan:
rujukan dan nota akan diberikan dalam versi lengkap nanti, yang lebih panjang
dan terperinci).
*****
Petaling Jaya,
10 Julai 2003.
Terima kasih! Pencerahan yang baik sekali. Pada 2003 saya baru berumur 10 tahun. :)
ReplyDeleteWah, umur 10 tahun sudah faham esei ini? Must be a genius! Beruntung bangsa Melayu dan negara Malaysia. Alhamdulillah.
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam hormat. Semoga Tuan dalam ketenangan dan kesihatan selalu.
ReplyDeletePerbincangan di atas menarik perhatian saya. Pada pandangan kecil daripada saya, perbicaraan khususnya mengenai sejarah dan sastera seperti yang Tuan kemukakan di atas sangat wajar diperhalusi oleh pihak-pihak berwibawa agar pandangan dan penerimaan konvensional masyarakat terhadap perkara-perkara tersebut dapat diperbetulkan, sekali gus menyelamat masyarakat Melayu-Islam daripada terus diperbodohkan fakta-fakta dan pujian-pujian membuta tuli golongan orientalis dan mereka yang berusaha menjarakkan Melayu dengan Islam demi kepentingan tertentu (takhta, kuasa). Adalah sangat wajar untuk masyarakat kini kembali merenung dan mengambil iktibar daripada sejarah bagi memantapkan pemahaman diri untuk berdepan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang terus mengasak masyarakat agar meninggalkan kebenaran dan menjulang kepalsuan.
Saya fikir, atas sebab kebenaran sejarah yang tidak memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu itulah yang menyebabkan Prof Emeritus Khoo Kay Khim dalam seminar "Hang Tuah Wira Bangsa Melayu" di DBP, 2011 menyatakan betapa kita terlalu lama membiarkan diri dengan sejarah-sejarah lama dan meninggalkan sejarah-sejarah baru. Bagi Khoo, pendidikan di sekolah juga tidak harus menekankan kepentingan sejarah seperti sejarah Melaka sebaliknya menekankan sejarah selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu.
Entri ini memberi pencerahan kepada sedikit pemahaman daripada saya. Terima kasih.
Assalamualaikum Tuan Hj. Affandi yang dihormati,
ReplyDeleteini esei yang menarik terutamanya menyentuh 2 Mitos Agung. Cuma sedikit persoalan ialah mengapa pejuang-pejuang kemerdekaan yang tuan sebutkan seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ahmad Boestamam berasal dan bertumpu di negeri-negeri seperti Perak dan Pulau Pinang, tanpa menafikan sumbangan pelbagai tokoh dari negeri-negeri lain juga.
Sdr. Fakhruddin,
ReplyDeleteKita harus menulis kembali, dengan kritis dan objektif, sejarah perjuangan kemerdekaan kita, sejarah perjuangan umat Melayu. Sejarah kepemimpinan mereka. Peristiwa yang berlaku dalam masa 10 tahun ini membuktikan betapa hebatnya penyelewengan sejarah yang kita alami, yang menuntut ahli sejarah tampil menulis kembali sejarah ini. Idea Dua Mitos Agung hanyalah satu usaha untuk melihat kembali hakikat sejarah kita dalam konteks pemikiran tentang sejarah. Idea ini masih asing, tidak menguntugkan dari segi akademik dan dari segi pulangan wang. Kena tunggu mungkin seratus tahun lagi ...