Monday, October 26, 2020

MANA SATU PENDAPAT YANG BETUL?

 

Sekarang kita mempunyai dua pendapat, dua pendirian, yang terbuka untuk dipilih oleh mana-mana pihak yang berkenaan. Untuk memastikan anda membuat pilihan yang paling tepat, pilihan yang terbaik, anda tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab untuk menilai pilihan anda itu berasaskan ilmu. Inilah kedudukan sekarang, setelah anda diberi kata dua oleh Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh dalam dikrinya terhadap kedudukan teori Barat dalam sastera Melayu. Seperti yang anda sudah maklum, menurut beliau menggunakan teori Barat untuk menilai karya sastera Melayu adalah satu kesalahan; dengan itu, secara logik, pelantikan para sasterawan negara (termasuk beliau sendiri) adalah salah dan palsu kerana, menurut penegasan beliau, diasaskan kepada teori sastera Barat. Itulah kedudukan pertama yang menjadi “arus perdana” sekarang. Jika anda menerima pelantikan para sasterawan negara ini berasaskan teori sastera Barat, maka anda berada dalam keadaan yang amat memalukan, iaitu anda telah membuat pilihan yang salah. Walau bagaimanapun, anda masih boleh menghujahkan pendapat Prof. Emeritus Muhammad Salleh itulah yang salah, bukan Panel Anugerah Sastera Negara yang tidak mempunyai pilihan selain menggunakan teori sastera Barat.  Apa salahnya dengan teori sastera Barat?  Pertanyaan ini hanya boleh dijawab oleh para sarjana sastera, pengkritik sastera, dan para sasterawan sendiri. Mereka tidak perlu bercakap atau menulis panjang lebar untuk membela teori sastera Barat dalam sastera Melayu. Tanpa sastera Barat tidak ada sastera Melayu dan tidak ada pengajian Melayu dan tidak ada kritik sastera. Jika anda menerima hujah ini, maka jelaslah yang bersalah ialah Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh. Tetapi pandangan beliau sangat penting, kerana telah ada kesedaran yang perlu dilayani dengan baik, dengan sikap akademik yang mantap. Walaupun pandangan Prof. Muhammad Haji Salleh sendiri tidak mantap, beliau telah menyatakan sesuatu yang betul, yang perlu diikuti. Kalau anda tidak mahu menerima pendapat seorang profesor sastera yang sangat handalan dan amat terkenal di Malaysia seperti Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh itu, maka pendapat siapa lagi yang anda boleh terima. Tentu saja bukan pendapat saya, yang tidak mempunyai apa-apa gelaran akademik mahu pun gelaran kreatif. Walaupun saya mungkin mempunyai kekuatan ilmiah yang jauh lebih kuat daripada Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh, saya tidak mempunyai bukti seperti beliau. Kesimpulannya, pendapat Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh adalah yang terbaik bagi siapa-siapa yang bersikap anti ilmu, yang menolak wujudnya konsep ilmu yang benar.  Bagi pihak yang menerima konsep ilmu yang benar, pendirian saya adalah yang terbaik dan paling siuman untuk diikuti. Inilah pilihan anda: jika anda memilih pendirian Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh, maka anda berada dalam keadaan yang selamat kerana itulah pandangan yang dinamakan “arus perdana”, yang menjadi pegangan majoriti dan telah berjaya menegakkan hegemoni (menurut falsafah Dr. Mohamed Salleh Rahamad) dan kumpulan Sidang Kemuncak Penulis Malaysia 2014. Inilah pegangan yang sah di Malaysia. Adapun pandangan saya, walaupun kukuh dan tegap perkasa dari segi ilmiah, tidak boleh dipakai, menurut kumpulan majoriti, kerana tidak dapat dilaksanakan. Hanya satu impian, kata mereka. Tidak ada apa-apa untuk dijadikan pegangan.  Walaupun diakui oleh manusia siuman bahawa kebenaran tidak memerlukan suara majoriti, namun kedudukannya berlainan di Malaysia, yang sangat teguh memegang suara majoriti. Bagi mereka, yang majoriti itu tidak mungkin berbuat silap, tidak mungkin membuat salah, kerana mereka ramai. Apakah akibat pandangan seperti ini di Malaysia? Akibat yang paling besar dan paling menonjol ialah pandangan ini melahirkan pandirisme, yang kesannya amat buruk ke atas pemikiran manusia dan ke atas perkembangan sastera Melayu moden. Saya telah jelaskan aspek ini dalam tulisan saya.

 

Sikap yang mereka ambil ini digelar sikap “lembu kanyang” dalam loghat Kelantan (budaya Kelantan). Lembu kenyang rerus megunyah kerana rumput dibawakan kepada mereka. Inilah keadaan badan-badan penulis di Malaysia, yang mendapat “rumput” daripada kerajaan. Sumbangan badan penulis ini memang jelas apabila tertubuhnya dengan subur Mutual Admiration Club. Dengan  “rumput” yang dibawakan kepada mereka oleh Kerajaan, maka badan-badan penulis ini memperkuat kedudukan mereka dalam Mutual Admiration Club. Tidaklah aneh jika akhirnya Prof. Emeritus, yang dalam tahun 1973 mengutuk Mutual Admiration Club, akhirnya tidak saja menerima Mutual Admiration Club itu penting, tetapi terus menjadi ketua kumpulan itu.  Mengapakah MAC ini penting? Sebabnya cukup mudah.  MAC memberi kekuatan kepada kumpulan ini untuk mengunyah “rumput” yang dibawakan kepada mereka tanpa sebarang rasa bersalah atau terhina kerana maruah mereka sebagai penulis diremehkan oleh Kerajaan yang inginkan sokongan. Sama-sama mahu: yang satu mahu sokongan; yang satu lagi mahu wang.  Kumpulan “lembu kenyang” ini tidak berminat kepada ilmu, kepada dialog, kepada perbahasan. Mereka hanya berminat kepada saling memuji satu sama lain.

 

Baru-baru ini keluar dalam satu program TV seorang tokoh yang pernah menjadi Ketua Satu Gapena (tak pasti beliau masih lagi Ketua Satu atau tidak) bercakap tentang korupsi dalam kerajaan, politik dan ekonomi. Walaupun beliau dianggap sebagai seorang “intelektual” dan seorang yang terkenal dalam bidang sastera sebagai sarjana, namun pendapat beliau amat cetek dan simplistik. Beliau tidak menghuraikan apakah punca korupsi, dan mengapa punca itu disuburkan.  Punca terbesar ialah kehilangan adab, yang melahirkan pemimpin palsu dalam semua bidang kehidupan manusia. Dalam kesusasteraan Melayu, kehilangan adab ini sangat jelas, telah dihuraikan dengan mendalam oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam buku-buku beliau. Inilah punca korupsi, yang juga berlaku dalam bidang intelektual. Korupsi intelektual lebih besar akibatnya daripada yang lain-lain itu. Korupsi intelektual boleh meruntuhkan satu tamadun sesuatu bangsa. Di Malaysia kita tahu akibatnya, dan telah banyak kali saya bicarakan dalam blog ini. Korupsi intelektual inilah yang menjadi faktor keruntuhan sesuatu tamadun, yang juga berlaku dalam tamadun Melayu. Korupsi intelektal yang menjadi projek Asas 50 telah melumpuhkan sastera Melayu moden, yang tidak lagi mencerminkan kegiatan intelektual berasaskan ilmu, sebaliknya menjadi satu gerakan kebiadaban baru yang berjaya mengusutkan umat Melayu dalam kebudayaan mereka yang dulunya berteraskan ilmu, melalui Asas 50 bertukar menjadi perjuangan nasionalis kiri yang mengetepikan agama dan aspek kerohanian dalam kehidupan manusia. Inilah salah satu faktor yang memudahkan munculnya pandirisme dalam kebudayaan Melayu. Kini pandirisme itu dijadikan arus perdana, diberi nama yang memikat sebagai “hegemoni” yang kononnya menjadikan sastera warisan Asas 50 sebagai teras negara bangsa. Nampaknya bangsa Melayu terus menjadi bodoh kerana mereka diajar oleh sastera  Asas 50 dan pengajaran sastera di sekolah-sekolah yang menjadikan pendekatan Barat sepenuhnya sebagai teknik mempelajari karya sastera.  Teori Barat boleh digunakan, tetapi hendaklah dengan pengetahuan yang agak mendalam mengenai sejarah teori itu dan mengapa sentiasa terjadi perubahan. Pengetahuan seumpama ini penting kerana perubahan itu berkaitan dengan cara tiap-tiap teori mendekati dan membuat tafsiran terhadap sesuatu karya. Di Malaysia teknik yang dipakai telah dimatikan dengan segugus konsep yang tidak berubah sejak berpuluh tahun ini, iaitu konsep-konsep tema, latar belakang, dialog, perwatakan, dan yang sejenis dengannya. Itulah konsep yang dipakai untuk membaca dan menilai sesuatu novel atau cerita pendek, kini sudah menjadi klise yang amat tumpul dari segi pembacaan yang kritis. Inilah konsep-konsep klise yang masih dipakai yang akhirnya melumpuhkan pengajaran sastera di sekolah-sekolah. Dengan menggunakan klise ini, semua karya adalah bermutu belaka, seperti yang dibuktikan dari penjelasan Kementerian Pelajaran ketika membela sebuah novel yang dijadikan teks yang menimbulkan kontroversi. Kata mereka, novel itu penuh dengan pengajaran dan nilai-nilai murni! Kesimpulan begini adalah jenis kesimpulan klise.  Inilah sikap jahil yang menjahanamkan sastera. Lebih teruk lagi, menjahanamkan pelajar.

 

Walaupun Panel Anugerah Sastera Negara amat terpesona dengan perubahan dan menjeritkan dengan nyaring kepada para sasterawan supaya melakukan perubahan dalam karya mereka, namun mereka sebenarnya menentang dengan gigih sebarang perubahan yang memberi kedudukan tinggi dan sewajarnya kepada ilmu yang benar dalam kegiatan seni mengarang. Mereka tidak terima perubahan ke arah ini, kerana mereka menjadi menggigil ketakutan bahawa para sasterawan negara dan Panel Anugerah Sastera Negara akan menjadi tidak relevan lagi. Kalau benarlah andaian mereka, adakah kesilapan yang ditegaskan oleh Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh masih perlu diteruskan? Alternatif telah ada, yang penting hanya membuat pilihan. Tetapi Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh sendiri tak mahukan perubahan yang dicanangnya. Itulah masalah kita.  Pendirian Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh dan Panel Anugerah Sastera Negara disokong oleh GAPENA, PENA dan semua badan penulis seluruh negara. Inilah kesan pandirisme dalam sastera Melayu moden.  Dirgahayu pandirisme!

 

Mohd. Affandi Hassan

Petaling Jaya 31 Januari 2017.

 

 

Saturday, October 24, 2020

PENTING: BACA KEMBALI TULISAN LAMA YANG TIDAK DIARKAN

 

Raja Adil Raja Disembah …

 

 

Dalam perjanjian antara Demang Lebar Daun dengan perlente Keling yang diangkat menjadi raja mereka oleh rakyat Palembang, termaktub persetujuan bahawa raja tidak boleh memalukan rakyat, manakala rakyat pula tidak dibenarkan menderhaka kepada raja. Tidak disebut raja tidak boleh dihina jika melakukan kezaliman; oleh itu orang tua-tua telah meminda persetujuan itu melalui peribahasa mereka yang terkenal, Raja adil raja disembah; raja zalim raja disangggah. Tetapi peribahasa ini tidak boleh dipakai lagi, seperti banyak lagi peribahasa lain yang diharamkan selepas merdeka. Antaranya peribahasa berkaitan dengan gelaran “Keling” dan ular siapa dulu yang harus dibunuh, atau yang perahunya karam. Kini semuanya ditafsir dan dihukum mengikut istilah “ketuanan Melayu” yang dicipta oleh UMNO untuk mengabui mata orang Melayu sambil menakutkan orang bukan Melayu. UMNO mendakwa mereka telah diberi hak istimewa untuk mempertahankan “ketuanan Melayu” itu, oleh itu mereka boleh berbuat apa saja dalam konteks itu, termasuk menolak demokrasi jika didapati tidak memihak kepada mereka. Peristiwa di Perak adalah contoh paling baik membenarkan kesimpulan ini.

 

Dalam politik Malaysia moden, raja-raja Melayu telah mengkhianati rakyatnya dengan menyebelah kepada penjajah untuk menerima Malayan Union; tetapi raja-raja ini telah diselamatkan oleh para pembesar Melayu, golongan bangsawan Melayu, yang kehilangan kuasa dan kedudukan jika Malayan Union itu dilaksanakan. Golongan bangsawan dan para pembesar ini digunakan oleh Inggeris untuk melaksanakan projek kemerdekaan tajaan mereka, sebagai hadiah mereka kepada orang bukan Melayu yang telah menyokong mereka ketika perang. Orang Melayu menyokong Jepun dengan harapan akan diberi kemerdekaan selepas Jepun berundur. Dengan kemenangan Inggeris dalam Perang Dunia II, maka Inggeris meletakkan syarat yang ketat kepada pembesar Melayu jika mereka ingin merdeka mengikut tajaan Inggeris. Paling berat ialah persetujuan mereka untuk memberi kerakyatan kepada kaum pendatang secara total melalui jus soli. UMNO menerimanya sebagai hadiah kepada kebaikan Inggeris yang berjanji akan memerdekakan Tanah Melayu. Inggeris pun tunaikan janjinya, dan orang Melayu pun hilang Tanah Melayu; tetapi UMNO sangat gembira serta megah kerana raja-raja mereka telah diberi kedudukan tinggi oleh Inggeris dengan menyerahkan hal ehwal adat dan agama Islam kepada raja, sambil merampas semua kuasa lain yang seharusnya ada pada seorang raja tulen.

 

Walau bagaimanapun sejarah Tanah Melayu dan raja-rajanya ditulis, hakikat ini tidak dapat ditolak. Penenggekan raja-raja Melayu di atas takhta adalah bukti kegagalan perjuangan orang Melayu untuk mendapat kemerdekaan sebenar. Oleh itu mereka akan menghadapi masalah politik seperti di Perak sepanjang hayat dan sepanjang sejarah mereka. Demikianlah celakanya orang Melayu yang menerima perjanjian Demang Lebar Daun dengan perlente Keling yang dilantik orang Melayu menjadi raja mereka di Palembang, yang kemudiannya diturunkan di Tanah Melayu. Yang pertama harus berani menerima hakikat ini ialah ahli sejarah sendiri, yang telah mengkhianati sejarah bangsanya.

 

 

bertarikh 13 Februari 2009.

BACA KEMBALI ENTRI PENTING INI

 

Sunday, November 13, 2011

Kembali ke Pangkal Jalan: Membendung Sikap Negatif Panel Anugerah Sastera Negara

Kegagalan Panel Anugerah Sastera Negara menyediakan arah yang betul dalam kritikan dan penilaian sastera di Malaysia perlu diperbetulkan, oleh itu menjadi tanggungjawab setiap sarjana dan pengkritik sastera di Malaysia untuk membina kembali kerosakan yang telah dilakukan oleh Panel Anugerah Sastera Negara dalam masa lebih dari 30 tahun ini.  Dalam usaha untuk membaiki kerosakan ini, Dewan Bahasa dan Pustaka harus memainkan peranan yang lebih aktif dalam membina persuratan Melayu moden yang bertunjangkan nilai-nilai Islam, tanpa meninggalkan langsung penggunaan teori Barat dalam kritikan.  Dalam hal ini, kita tidak perlukan perimbangan, seolah-olah kedudukan teori Barat itu disetarafkan dengan nilai-nilai Islam atau diletakkan lebih tinggi daripada nilai-nilai Islam. Kita harus membuat pilihan yang bijak, bukan saja untuk memajukan karya kreatif kita yang bersumberkan ilmu yang benar yang difahami dalam Islam, tetapi juga untuk memilih yang terbaik daripada teori dan pemikiran Barat dengan diberi rujukan dan pertimbangan akademik daripada perspektif Islam. Dengan itu kita boleh menerima apa saja pengalaman ilmiah manusia seluruh dunia, tidak hanya terbatas yang bersumber dari Barat saja, untuk memperkaya pengalaman kita dalam dunia persuratan Melayu moden. Kini yang terjadi adalah sebaliknya, apabila kita terlalu terikat kepada pengalaman intelektual dari Barat, dengan meninggalkan langsung tradisi keilmuan Islam yang amat kaya itu. Inilah yang telah dilakukan oleh Panel Anugerah Sastera Negara, yang amat dikesali dan sungguh merugikan kita. Sikap berat sebelah ini tidak wajar diteruskan, apatah lagi diteruskan dengan segala kedegilan dan kebencian kepada perubahan untuk membaiki kedudukan ilmiah dalam seni mengarang di negara kita.  Untuk kemabli ke tradisi Islam kita perlukan sekumpulan sarjana yang tidak saja mendalam  penguasaannya  dalam ilmu-ilmu Islam yang berkaitan dengan persuratan, tetapi juga luas pengalaman ilmiahnya dalam alam fikiran Barat dan lain-lain tradisi besar dunia seperti China, India dan lain-lain (termasuk Jepun, Eropah Timur, Korea dan sebagainya). Ini memerlukan pembelajaran khusus dalam bidang-bidang ini.

 

Dalam masa 10 tahun ini, kita harus menyediakan sarjana dalam kumpulan ini, yang asas ilmunya daripada warisan Islam, tetapi mempunyai kefahaman yang agak mendalam dalam tradisi Barat dan lain-lain.  Dilihat dari perspektif ini, Panel Anugerah Sastera Negara adalah amat ketinggalan zaman, gagal menyediakan arah yang sepatutnya bagi masyarakat yang masih lagi (?) berpegang teguh kepada ajaran Islam.  Mereka menolak unsur Islam dalam penilaian mereka kerana mereka berpendirian karya kreatif tidak harus terikat kepada unsur-unsur Islam oleh sebab karya sastera untuk semua manusia, bukan untuk orang Islam saja. Logik yang cetek, dangkal, dan salah ini (hampir-hampir saya mengatakan bodoh!) lupa bahawa selama lebih dari 30 tahun orang yang berkata tidak diperlukan nilai Islam itu menggunakan nilai-nilai teori Barat untuk menentukan mana karya yang berjaya, mana yang gagal. Tidakkah itu dengan jelas memperlihatkan bahawa mereka, yang diwakili oleh Panel Anugerah Sastera Negara, menggunakan nilai-nilai dalam teori sastera Barat untuk menjadi asas penilaian mereka. Mengapa dalam hal ini diadakan pengecualian?  Pendirian songsang ini tidak boleh dipertahankan lagi, apalagi jika hasilnya tidaklah sebaik yang kita mahu. Jika kita membaca laporan Panel Anugerah Sastera Negara, kita akan berasa kecewa sekali diberikan laporan yang tidak dihujahkan dengan pembuktian yang boleh diterima secara objektif. Saya telah banyak kali membangkitkan perkara ini dalam blog ini terutamanya, oleh itu tidak perlu diulang di sini. Saya juga mengumpulkan tulisan mengenai kritikan saya terhadap Panel Anugerah Sastera Negara, yang saya harap ada tersimpan di universiti dan di Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri. Kita harus bahaskan perkara ini dengan mendalam, melihatnya dari semua sudut supaya kita tidak lagi hanyut dalam teori Barat yang selalu berubah, dan dalam banyak perkara hanyalah agakan atau andaian semata.  Tidak ada yang konkrit dalam teori-teori itu. Maksud konkrit di sini ialah pandangan dan pendapat yang boleh dipakai sepanjang masa dengan selamat, tidak ketinggalan zaman kerana sifatnya yang sejagat dalam erti sesuai dengan kejadian manusia seperti yang difahamkan dalam Islam.  Ciri-ciri ini tidak wujud dalam teori sastera Barat, oleh yang demikian semua teori itu berubah sepanjang masa, sentiasa dalam pencarian yang tidak pernah ditemui, kerana yang mencarinya tidak percaya adanya kepastian dan keyakinan yang tidak berubah. Inilah sifat jiwa yang ingkar dan pendirian yang bertentangan dengan sifat semula jadi manusia yang memang sentiasa mencari kepastian dan keyakinan, yang hanya didapati melalui ajaran agama dan kepercayaan wujudnya Allah Yang Maha Esa yang menentukan segala kejadian.  Adakah Panel Anugerah Sastera Negara termasuk dalam golongan ini? Mereka perlu memberi penjelasan supaya kita semua mengerti mengapa mereka menolak nilai-nilai Islam dalam penilaian mereka.  Persoalan ini amat penting kerana dalam penilaian mereka, ditekankan peri pentignnya aspek realisme dalam karya sastera dijadikan ukuran yang menentukan bermutu tidaknya karya berkenaan. Panel Anugerah Sastera Negara tidak memberitahu kita bahawa apa yang disebut sebagai realisme itu hanyalah andaian tentang peranan khayalan dan imaginasi dalam penulisan kreatif, bukan realisme dalam kenyataan kehidupan yang sebenar dilalui manusia. Misalya, apa yang disebut sebagai realisme kemiskinan dalam Ranjau Sepanjang Jalan adalah realisme khayali menurut tafsiran penulisnya, bukan realisme yang dialami para petani yang pada hakikatnya tidak sebodoh para petani dalam novel itu. Tetapi ada lagi aspek realisme yang diketepikan oleh Panel Anugerah Sastera Negara, iaitu mengenai sistem nilai dalam masyarakat Melayu yang melahirkan para penulis yang kononnya membicarakan kehidupan mereka secara realistik dalam karya-karya mereka.  Panel Anugerah Sastera Negara tidak menerima realisme tamadun dan sistem nilai masyarakat Melayu ini yang masih kuat berpegang kepada nilai-nilai Islam, oleh itu mereka tidak mengambil-kira aspek ini dalam penilaian mereka. Dari segi ini, mereka tidak realistik sama sekali, kerana dengan sikap tidak bertanggungjawab telah menolak realiti tamadun Melayu yang berteraskan nilai-nilai Islam. Panel Anugerah Sastera Negara terbelenggu begitu kuat oleh fahaman realisme semu yang diketengahkan dalam pemikiran Barat, oleh itu dengan secara langsung membela kebodohan dan pandirisme dalam penulisan kreatif di Malaysia yang dilakukan oleh para sasterawan negara. Aspek ini menjadi persoalan penting dalam analisis berteraskan gagasan Persuratan Baru, yang tidak diiktiraf oleh Panel Anugerah Sasrtera Negara kerana bertentangan dengan nilai-nilai sekular yang mereka pegang, yang bersumber dari teori-teori sastera Barat. Demikianlah betapa tidak realistiknya pendirian Panel Anugerah Sastera Negara ini, oleh itu mereka mesti berubah atau diubah. Tuntutan akademik dan tuntutan intelektual serta tuntutan moral memerlukan mereka berubah atau diubah. Hujah paling kuat untuk membenarkan kesimpulan ini ialah sikap tidak realistik mereka sendiri yang menafikan niliai-nilai Islam dalam analisis dan penilaian mereka.

 

Agenda utama Panel Anugerah Sastera Negara sekarang ialah kembali ke pangkal jalan, kembali kepada asal kejadian anda dan mula bergerak dari kefahaman hakikat insan yang menjadi acuan kejadian dan kehidupan anda sebagai ahli akademik. Anda dituntut menjadi cerdik dan objektif dengan kembali kepada hakikat insan, dan dari situ cuba memahami hakikat ilmu supaya anda tidak lagi tersasar jauh dalam tindakan anda, sehingga mempersiakan kehidupan anda sendiri dan memberi keputusan yang salah kepada masyarakat, padahal pilihan terbaik dan objektif itu sentiasa terbuka sekiranya anda faham hakikat keinsanan anda sendiri.  Kembali ke pangkal jalan, itulah sepatutnya keputusan anda yang paling utama.  Itulah seharusnya yang menjadi slogan dan matlamat akademik anda.  Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri harus membantu Panel Anugerah Sastera Negara kembali ke pangkal jalan dengan membetulkan tindakan DBP sendiri. Sudah jelas bahawa kewujudan Anugerah Sastera Negara menjadi pencetus utama munculnya tiga beban besar dalam kesusasteraan Melayu moden: beban intelektual, beban akademik, dan beban moral (lihat posting bertarikh 9 November 2011).  Sesiapa juga yang menyangkal kesimpulan ini, dan tidak mahu menerima hakikat bahawa kita menghadapi tiga beban besar ini, harus mengemukakan hujahnya dan pembuktian yang tidak boleh diragui dalam analisisnya untuk menolak persoalan tentang tiga beban besar ini. Dia harus membuktikan bahawa kemunculan Anugerah Sastera Negara telah meningkatkan kemajuan berfikir masyarakat yang menerima karya para sasterawan negara, dan bahawa Panel Anugerah Sastera Negara telah membuat keputusan yang betul dengan menolak kehadiran unsur-unsur Islam dalam persuratan Melayu, oleh itu mereka telah membuat keputusan yang tepat dengan mengetepikan unsur-unsur Islam itu dalam penilaian mereka dan dalam membuat keputusan ketika memilih para sasterawan negara.  Jika Panel Anugerah Sastera Negara tidak melakukan kesalahan besar ini, sehingga melahirkan tiga beban besar dalam kesusasteraan Melayu moden, maka kita perlu diberi analisis berasaskan penelitian objektif laporan Panel Anugerah Sastera Negara bahawa Panel itu sepanjang kewujudannya selama lebih dari 30 tahun ini memang menggalakkan tumbuhnya kesedaran kepada tuntutan ilmu dalam penulisan kreatif dan memberi perhatian kepada pembentukan nilai-nilai penulisan berteraskan taklif. Jika semua ini tidak terdapat, maka apakah yang digalakkan dan ditonjolkan oleh Panel Anugerah Sastera Negara? Kita perlu tahu semua ini, kerana kita telah diberitahu bahawa kemunculan Panel Anugerah Sastera Negara telah memajukan pemikiran bangsa kita dan telah menjulang kemunculan karya besar dalam kesusasteraan Melayu moden. Apakah ukuran yang digunakan dalam menentukan kemunculan karya besar itu? Kita perlu tahu semua ini kerana kita telah diberitahu bahawa kemunculan Panel Anugerah Sastera Negara telah memulai tahap baru yang amat penting dalam pembinaan tamadun dan kebudayaan Melayu berasaskan bahasa Melayu. Untuk membetulkan semua kesilapan besar Abad 20 dan disambung dalam Abad 21 ini, Dewan Bahasa dan Pustaka harus bertanggungjawab sepenuhnya memberi hujah yang mewajarkan semua kesilapan ini perlu diteruskan untuk mencapai tahap tertinggi dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden.

 

Andainya Dewan Bahasa dan Pustaka tidak dapat memberikan jawapan yang meyakinkan, maka semua kesilapan ini harus dihentikan dan kewujudan institusi Anugerah Sastera Negara dihapuskan serta merta, diganti dengan hadiah dan anugerah yang berteraskan nilai-nilai sejagat berasaskan Islam untuk meneruskan pembinaan tamadun bangsa kita yang memang dibangunkan di atas nilai-nilai Islam menggunakan bahasa Melayu. Semua ini boleh dilakukan kerana caranya telah dibahaskan dalam satu seminar yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri dalam tahun 2006, iaitu “Seminar: Impak Anugerah dan Hadiah Sastera Ke Atas Perkembangan Sastera Kebangsaaan”, 25 Mei 2006.

 

Mohd. Affandi Hassan, 11/11/2011.

 


 

Posted by Mohd Affandi Hassan at 9:03 PM

1 comments:

http://img2.blogblog.com/img/b16-rounded.gif

Mohd Affandi Hassan said...

Jawapan kepada komen melalui telefon dan e-mail.

Panel Anugerah Sastera Negara sudah berusia lebih dari 30 tahun. Kajian semula diperlukan untuk melihat keberkesanannya dan sejauh mana telah mencapai matlamat. Patutkah Panel dibiarkan terus menggunakan ukuran Barat dalam penilaian mereka? Apakah keistimewaan teori dan nilai-nilai Barat itu? Adakah ini yang kita mahukan, atau kita sudah ada alternatif yang lebih baik? Mengenai Hadiah Persuratan Petronas: Cadangan ini wajar dikaji serius. Jika kita betul-betul ingin mendaulatkan bahasa Melayu, inilah yang perlu kita lakukan. Kita harus beri pengiktirafan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ilmu, bukan bidang kreatif yang sempit seperti sekarang. Kerajaan cakap besar tentang perlunya perubahan untuk kebaikan; mengapa pula orang sastera membisu? Kewarasan bererti keberanian membuat perubahan untuk kebaikan.

November 14, 2011 8:38 AM http://www.blogger.com/img/icon_delete13.gif

 

Wednesday, October 21, 2020

Tears for Mazeni Alwi and Cheers for Jamal Abdillah

Nota kecil: Saya bertemu tulisan ini dalam fail lama. Saya siarkan di sini dengan harapan ada pembaca yang boleh beri komen apa sebenarnya yang ditulis oleh penulis dalam bahasa Inggeris. Mengapa menggunakan bahasa Inggeris? Siapakah Mazeni Alwi?

 

            Mazeni Alwi’s “Tears for the Taliban” reads like a good narrative from Bush’s propaganda machine. It sounds like Mahathir’s familiar argument in rejecting political  Islam, by propogating the so called “secular Islam”. Mazeni’s condemnation of the Taliban  reads  exactly like many analyses in the Western press, the only difference here is that Mazeni’s is more polite and subtle. Luckily Islamic intellectual history has a name for this kind of discourse, by calling it “hypocritical discourse”. While “praising” Islam for its brotherhood among believers, its quest for equality and its strive for justice, etc. etc., Mazeni’s main thrust is that Islam is a bygone religion, not suitable for the modern time. The conclusion is simple and looks falsely forceful: If you make Islam as a basis for modern administration, you will end like the Taliban. Sounds exactly like Mahathir’s argument.

 

My readings on the Taliban movement, especially after the American attack, show me a different picture. The Taliban was not given the chance to rule Afghanistan in peace because of  its Islamic stand. The emergence of the Taliban movement was in response to the chaotic and anarchic situation in Afghanistan under the mujahidin government. With the defeat of the Taliban, the Northern Alliance emerges as the Hypocrites (Al-Munafiqun) by inviting the Great Satan and Russia to attack Islamic Afghanistan after failing to rule Afghanistan. Imagine the irony of this episode: the Mujahidin expelled the Russians, only to welcome them later as the saviours, giving the honour of establishing the first embassy in Kabul. Imagine how the Stalin of Afghanistan, Abdul Rashid Dastom, the very person who  fought along the Communists, is now one of the great liberators of Afghanistan. These Munafiqun are happy to see the destruction of Afghanistan under the American attack, as they hope to be given another opportunity to rule again. Looking from this perspective, the Taliban emerges as the real mujahidin, who, given the freedom to rule Afghanistan in peace, will become a powerful Islamic force. Not only Russia and the United States oppose this development, Iran is also trying to quench the Taliban movement.  The enemies of  Islam, including the Shiite Iran, will not permit the emergence of a true Islamic state in  a country as atrategic as Afghanistan. But the Taliban was welcomed by the ordinary people, who want to live a normal peaceful life.  They praise  the Taliban for discipline, bringing peace in the country where there is no theft and robbery. Even people who have been “captured” by the Taliban government are praising the Taliban’s kindness and  fairness. The judges who sit on the Christian workers’ case declared that they will not deliver their judgement after the American attack because they are angry at that  time, therefore they are afraid of being bias and unfair. This is a truly  Islamic stand, if you are familiar with Islamic legal history.

 

It is not a crime to acknowledge the positive sides of the Taliban, even to praise them. I think it is too early to declare the Taliban movement as finished. Defeated momentarily perhaps, but definitely not vanquished. Like it or not, a new consciousness is emerging in the Islamic world arising from this Taliban phenomenon that the Muslims have no choice but to be more assertive and combative at the same time. They are not weak, in fact they are so strong  in their belief that they have to be “tamed”. It is not for nothing when the ulama divide the world into “the world of Islam” and “the world of war”, as this is what happens in realpolitik. Osama bin Laden, like it or not, will be regarded as a hero by the Muslims, for his courage and sacrifices. It is not a crime to regard him as such, while definitely a great crime indeed to regard Abdul Rashid Dastom, the Stalin of Afghanistan, as the liberator. The West, especially the Americans, like to curse that Osama is the terrorist who hates America and the West in general;  but the Muslims who understand their history regard him to be a brave man who loves Islam, as manifested in his humble behaviour and great sacrifices. Many books will be written and published about the Taliban and Osama, books that will highlight the kind of narratives that will make the Muslims aware of the sacrifices they are expected to suffer if they really love Islam and would like to see it emerging as a world power in the near future. Only Allah knows what will happen. But we can see this kind of change even in our country. Jamal Abdillah, the popular Malay singer, has proudly named his first child Usamah Yamani. See what I mean? A small beginning, no doubt, but under “Malaysia Boleh”, anything is possible. It is not a crime (yet?) to call your son Usamah, though he probably will not be permitted to enter the United States in the future. My hope is that Jamal Abdillah will not be detained under ISA for his courage and that we can still hear his songs.  But his son will be welcomed in Muslim states. Welcome to the new world Usamah Yamani bin Jamal Abdillah!

 

 

                                                                      Arslan Zamin Ambar

                                                                       3 December 2001