Joking is teaching. Don’t be fooled by the lightness,
or the vulgarity. Jokes are serious. Rumi
(Coleman Barks, Delicious Laughter, hal. 83)
Sejenis pil perangsang nafsu untuk wanita baru saja diluluskan di Amerika Syarikat, membuktikan betapa besarnya perniagaan seks dalam era pascamodernisme. Dalam hal ini terjadi kontradiksi dalam teori kritikan di Eropah dan Amerika Syarikat yang dipopularkan atas nama feminisme. Sebagai satu teori sastera, feminisme menolak sebarang bentuk eksploitasi di kalangan wanita, termasuk dalam mencari kepuasan seks. Bagi feminisme, orgasme adalah satu senjata seks yang dicipta oleh lelaki untuk menundukkan wanita sebagai hamba seks. Ini dilihat dalam konteks kemampuan wanita mencapai orgasme dalam persetubuhan, yang sebenarnya, menurut feminisme, hanya menunjukkan kekuatan lelaki ke atas wanita yang tidak dapat mencapai kepuasan seks tanpa ihsan lelaki. Lantas feminisme mengisytiharkan bahawa untuk mencapai orgasme, wanita tidak perlu lelaki. Mereka boleh melakukannya sendiri secara bebas, hingga mencapai sobbing orgasm sekali pun. Dalam konteks inilah pil perangsang nafsu untuk wanita memainkan peranan yang istimewa: untuk membantu mencapai orgasme secara bersendirian dan dengan itu membenarkan tesis feminisme bahawa wanita tidak perlukan lelaki untuk mencapai peringkat orgasme; dan bagi lelaki untuk memastikan wanita terus menerus memerlukan lelaki untuk mencapai kepuasan nafsu seks mereka. Satu kejayaan perniagaan yang amat besar dan cukup bermakna. Tidak ada diskriminasi dari segi jantina.
Bagaimana perkembangan ini mempengaruhi kritikan sastera? Yang pasti, fenimisme seharusnya menerima baik kemunculan pil perangsang seks ini kerana ini membuktikan tesis mereka bahawa wanita boleh bebas dalam keperluan nafsu seks mereka adalah betul. Adakah ini bermakna teori feminisme sudah tidak relevan, atau sebenarnya menjadi lebih relevan? Ketika Dr. Norhayati Ab. Rahman menulis tesisnya tentang feminisme dan diterbitkan dengan judul Puitika Sastera Wanita Indonesia dan Malaysia: Satu Kajian Ginokritik, perkembangan terbaru ini belum wujud, oleh itu puitika sastera wanita Indonesia masih berada dalam dunia yang ditakrifkan oleh lelaki dalam keperluan nafsu seks mereka. Oleh itu Ayu Utami dengan bangga memberitahu golongan wanita bahawa setiap wanita boleh memilih lelaki mana yang dia suka untuk mengadakan persetubuhan dan memuaskan nafsu mereka. Realiti (adakah ini satu realiti?) ini sudah diiktiraf oleh A. Samad Said dalam novelSalina dan Langit Petang. Dalam Langit Petang, watak wanitanya bertindak begitu liar dan berani untuk meniduri 18 orang lelaki hanya untuk memuaskan dendamnya ke atas lelaki dengan membuktikan bahawa lelaki boleh menjadi hamba nafsu wanita sepanjang masa sekiranya wanita sanggup menggoda dan menawan mereka untuk menidurinya. Bagi Panel, novel ini sungguh istimewa kerana tekniknya: “Yang benar-benar berjaya dalam Langit Petang ialah tekniknya. Di sinilah terletaknya keistimewaan A. Samad Said sebagai penulis sehingga rangkaian tiga buah cerpen dapat diadun menjadi sebuah novel yang berkesan” (hal. 16). Dalam ulasannya terhadap buku ini, Panel Anugerah Sastera Negara tidak melihat ini (i.e kelakuan watak) sebagai satu pervesiti, tetapi sebagai satu kekuatan perwatakan yang menanam sifat berani bertindak walaupun perbuatan itu menentang nilai-nilai masyarakat. Seterusnya kata Panel: “Tidak dapat disangkal bahawa novel Langit Petang tidak membawa satu tema yang pokok, malahan tidak juga mengemukakan satu perutusan yang sengaja” (hal. 16). Tetapi kemudiannya kesimpulan ini dilunakkan begini: “Jadi sebenarnya ada persoalan atau perutusan dalam novel Langit Petang, yang mestilah dicari melalui teknik-teknik yang secara sedar diolah oleh A. Samad Said supaya apa-apa yang digambarkannya dapat mencabar daya fikir kita sebagai pembaca” (hal. 16-17). Akhirnya inilah kesimpulan terpenting Panel: “Jelas bahawa novel memberi A. Samad Said kesentosaan dan kepuasan bermain di atas kanvas yang besar – menjelajah dengan idea-idea tentang erti hidup – satu hal yang sering mengacau fikiran dan selalu pula diperkatakan dalam tulisan-tulisannya. A. Samad Said dapat juga seenak-enaknya memaparkan dan melukis gambaran dengan cara yang luar biasa, iaitu daripada segi perincian dan ukiran-ukiran yang halus” (hal. 18-19). Persetankan nilai masyarakat, kerana yang penting dalam kebebasan mencipta karya kreatif sebagai karya sastera, perbuatan watak ini merupakan satu kelainan yang amat dihargai, yang membuat sastera Melayu berwajah moden dan pengarangnya muncul sebagai pelanggar nilai-nilai masyarakat dalam satu pelanggaran kreatif yang membolehkan seorang sasterawan diletakkan di atas takhta keunggulan, seperti yang dihuraikan oleh Dr. Abdul Rahman Napiah aka Mana Sikana dalam bukunya Sasterawan Negara di Takhta Keunggulan (ITBM, 2015). Semua perkembangan ini menjadikan sastera Melayu moden bersifat universal, oleh itu boleh bertanding dengan sastera dunia di mana saja. Dalam konteks inilah juga Mana Sikana memuji teori sastera Islam Shahnon Ahmad yang menurutnya serasi dengan nilai-nilai pascamodernisme yang menjadikan manusia bebas dalam semua perkara, termasuk dalam meletakkan nilai-nilai agama yang tidak lagi terikat kepada autoriti para ulama, sebaliknya autoriti itu diambil alih oleh para sasterawan atas nama Islam seperti yang dilakukan oleh Shahnon Ahmad, yang menjadikan novel erotik dan lucahnya, TIVI, sebagai sebuah novel Islam mithali kerana menurutnya sesuai dengan konsep azab menurut al-Quran. Dengan gelaran sasterawan negara sebagai satu entiti baru dalam kebudayaan Melayu, maka peranan ulama diletakkan di bawah para sasterawan kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah diisytiharkan oleh pemerintah secara rasmi sebagai ulama negara. Seorang sarjana, Dr. Rahimah Abdul Hamid, menerima novel ini sebagai sebuah novel sufi. Katanya: “Saya bersetuju dengan pendapat Shahnon bahawa karyanya ini berjiwa Islam. Malah, karya nipis ini sebenarnya mendukung nilai-nilai mistik dan sufistik Islam yang halus dan mendalam” (Rujuk nota 7, hal. 198, Gagasan Persuratan Baru, edisi kedua, UKM/ATMA, 2014).Terbaru kita melihat bagaimana Panel Anugerah Sastera Negara memuji Kemala kerana menggunakan alusi Mark Antony dan Cleopatra untuk meletakkan karya sufinya sebagai karya universal (Laporan 2012, hal. 20). Perbuatan Panel Anugerah Sastera Negara ini adalah suatu perbuatan yang perverse, tetapi tidak dilihat demikian kerana aspek universal itu lebih penting daripada nilai-nilai baku masyarakat Melayu. Adalah menarik untuk difikirkan oleh para sarjana ciritan kenyataan yang mungkin agak lucu, tetapi benar, bahawa Panel Anugerah Sastera Negara sudah mencapai peringkat sobbing orgasm mereka dengan melonjakkan karya para sasterawan negara ke taraf yang mereka tidak layak mendapatnya. Kemuncak kegilaan seksualiti teks yang dibicarakan oleh Barthes ini ialah laporan untuk Kemala, yang penuh dengan kata-kata lunak menawan membicarakan seorang sasterawan yang karyanya hanya berada di tahap sufi jenis Mark Antony dan Cleopatra yang disanjungnya. Pendapat Panel adalah selaras dengan faham sastera Barthes yang mengatakan dengan positif bahawatext dan sex adalah sama: kedua-duanya berupaya mencapai yang disebutnya sebagai jouissance. (Lihat huraian saya dan rujukannya dalam Medan-medan dalam Sistem Persuratan Melayu: Sanggahan Terhadap Syarahan Perdana Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh, 1994, hal 24-27 untuk mendapat sedikit gambaran supaya anda dapat memahami kesimpulan ini). Baik Shahnon Ahmad yang menulis TIVI, mahu pun Dr. Rahimah Abdul Hamid, kedua-duanya telah mencapai sobbing orgasm, yang disebut jouissance oleh Roland Barthes dalam teori sasteranya yang popular di Malaysia, dengan promotornya Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh (rujuk Puitika Sastera Melayu: Suatu Pertimbangan, 1989). Inilah contoh perversity dalam kritikan sastera Melayu moden. Pengamal utama faham ini ialah Mana Sikana, dalam dua buah bukunya yang menampilkan teksdealisme sebagai kemuncak sobbing orgasm dalam kritikan sastera Melayu. Berasaskan perversity inilah Mana Sikana meletakkan sasterawan negara di atas takhta keunggulan.
Konsep perversity adalah penting dalam kritikan sastera moden, yang dipopularkan oleh Roland Barthes dan Jacques Derrida. Daripada Roland Barthes kita dapat bukunya The Pleasure of the Text (1976) dan S/Z (1975). Konsep pleasure (Perancis plaisir) adalah penting dalam kritikan sastera Barat, terutama yang dikembangkan di Eropah. Julia Kristeva menulis buku khusus mengenai konsep ini, Desire in Language (1980). Semua ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Freud dalam kritikan sastera, yang dengan bangganya pula dibawa masuk ke Malaysia. Kumpulan yang membawa masuk perversity ini bertanya dengan angkuh: Apa salahnya dengan Freud? Adakah dengan pertanyaan ini bermakna Freud betul dalam andaiannya? Soalan ini sudah dijawab oleh Imam Ghazali. Di sinilah anda perlukan konsep ilmu yang benar, seperti yang dihuraikan oleh Imam Ghazali dalam Pembebas dari Kesesatan. Itulah bezanya antara yang cetek meraba-raba dengan yang yakin melalui konsep ilmu yang benar.
Latar belakang yang disebut di atas merupakan perkembangan yang lumrah dalam sastera Melayu moden. Idea brcorak perversity dalam kritikan/kajian sastera ini sudah disebut oleh Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dalam syarahan perdana beliau (hal. 18), apabila beliau bercakap tentang akal sihat Roland Barthes yang digunakannya dalam penyelidikan tentang penglipur lara Melayu. Tetapi kerana beliau tidak mendalami pemikiran Barthes, maka yang dikatakannya akal sihat itu telah membawanya ke dalam belantara kekeliruan yang mengaibkan, seperti yang saya huraikan dalam sanggahan saya (boleh baca di sana jika anda berminat). Kekeliruan utama sarjana ini ialah dalam memahami konsep teks yang dikemukakan oleh Barthes. Jika anda membaca Barthes dengan kritis, tetapi tidak kreatif, anda seolah-olah diberi dua pilihan untuk memahami maksud teks: yang tertutup dan lengkap sempurna sebagai“readerly text” yang makna dan tafsirannya berada di dalam teks itu sendiri diberikan oleh pengarangnya. Tetapi dalam “writerly text”, pengarang tidak lagi berfungsi, sudah mati dan tidak boleh berbuat apa-apa ke atas teksnya. Pembacalah yang menyusun semula teksnya untuk mendapatkan makna seperti yang dapat dicapai oleh pembaca tersebut. Teks dalam konteks ini bersifat plural, atau dalam istilah yang digunakan Bakhtin yang bersifat “dialogik” yakni riuh dengan tafsiran yang pelbagai. Bezanya di sini ialah idea Bakhtin melahirkan dua orang gergasi sastera Russia: Tolstoy yang teksnya monolitik, yang melahirkan epik seperti Perang dan Damai; atau teks yang dialogik dalam karya Dostoevsky yang melahirkan novelnya yang carnival/(carnivalesque)(mungkin kita gunakan istilah Melayu novel yang penuh temasya (termasya), untuk menterjemahkan istilah carnival itu). Dalam kedua-dua bentuk karya ini, tersembunyi hakikat kreatif seperti yang dihuraikan oleh Barthes tentang kewujudan teks sebagai satu medan permainan bahasa yang tidak terbatas, yang membenarkan anda berlari atau bersemyunyi di mana saja anda mahu. Kerana itu, dalam otak Barthes, sesebuah teks dan huraian tentangnya sentiasa bersifat kontradiksi, saling bertentangan, tiada kepastian dari segi makna, yang ada hanya sejenis performance seperti dalam sebuah drama yang dihargai sebagai satu persembahan semata-mata. Kerana itu, jika anda mengenal hakikat teori sastera Barat, anda akan dapati mereka semua berada dalam lautan ambiguiti, berhanyut sambil makan angin dan berasa seronok berada dalam kekeliruan dan ketidakpastian matlamat. Hal ini saya sebut dalam sanggahan saya terhadap syarahan perdana Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh (hal. 27-28). Inilah keadaan yang digambarkan oleh al-Quran, 24: 39-40 (anda harus baca sendiri untuk mendapat manfaatnya; juga lihat Tafsir a-Misbah, jilid 8, hal. 566-572). Atau anda sebenarnya berada dalam belantara permainan hide and seek, berpusing-pusing mencari ke sana ke mari sesuatu yang anda anggap penting tetapi sebaik saja ditemui, sebenarnya tidak penting. Sama ada anda berada di lautan ambiguiti, atau dalam belantara hide and seek ini, anda tetap tidak pasti apakah yang anda mahu. Inilah kehidupan Sisyphus dalam mitos Yunani. Usaha yang begitu besar menolak batu ke atas bukit untuk melepaskannya turun semula dan menolaknya lagi, adalah sejenis permainan intelektual dalam kehidupan intelektual Barat yang pada asasnya berasaskan hedonisme dan emosi, bukan berasaskan akal sihat. Konsep akal bagi Barat tidak seperti konsep akal dalam Islam. Akal dalam epistemologi Islam digunakan untuk membaca tanda-tanda kebesaran Allah; manakala “akal” dalam pemikiran Barat untuk menterjemahkan “pemikiran individu” yang kemudiannya distrukturkan melalui pendidikan, politik dan sebagainya sebagai budaya yang membina tamadun Barat. Semua ini berasaskan kontradiksi yang saling bertentagan. Ambil saja konsep demokrasi dan kebebasan bersuara dan bertindak yang menjadi obsesi Barat, semua itu dilihat dalam konteks kezaliman yang tersembunyi, yang ditentukan oleh mereka untuk orang lain yang mereka kuasai. Anda boleh lihat ini apa yang berlaku di Timur Tengah sekarang. Kebebasan dan sebagainya itu hanya dalam konteks yang ditakrifkan oleh mereka, berasaskan kezaliman tersembunyi tadi. Inilah hasil dari perkembangan bahasa dalam budaya mereka yang tidak diasaskan kepada “root word” seperti dalam bahasa Arab, yang dipilih Allah Ta’ala menjadi bahasa al-Quran. Dalam bahasa Arab yang dipakai sebagai bahasa al-Quran, tidak akan terjadi kesesatan kerana semua makna diambil daripada kata dasar yang menerbitkan kata terbitan. Contoh yang paling baik untuk kita ialah kata dasar tentang konsep ilmu, yang dari situ terbit perkataan alam, yang di dalamnya terdapat tanda-tanda kebesaran Allah sebagai Pencipta. Ilmu dalam konteks ini memberikan keyakinan dan kepastian, tidak lagi ambiguiti dalam dunia hide and seek. Bukan tempat untuk bermain, tetapi tempat untuk dimakmurkan dengan segala kebaikan dan kebajikan untuk semua kejadian alam. Inilah maksud ilmu yang benar, yang tidak dipakai dalam teori Barat. Orang yang berilmu dalam pengertian ini adalah manusia yang takutkan Allah, Penciptanya. Masalah kita ialah sarjana Melayu tidak kenal lagi konsep ilmu yang benar itu, kerana mereka hanyut dalam lautan ambiguiti dan sesat dalam belantara permainan hide and seek yang mereka temui dalam teori sastera Barat. Dalam konteks inilah Barthes berkata teks itu perversive dan bermain dengan teks adalah sejenis perversity. Ini semua tidak difahami oleh Muhammad Haji Salleh ketika dia berkata dia menggunakan akal sihat Barthes untuk menghuraikan sastera Melayu lama (hal. 18 syarahan perdana 1989).
Sobbing orgasm dalam kritikan sastera Melayu, sejenis perversity yang menarik, yang membuat para sarjana dan sasterawan Melayu tergila-gila sangat kepada teori sastera Barat, yang memberikan kepada mereka sejenis kepuasan yang boleh dipanggil intelektual orgasme ketika memperkatakan karya Melayu, seperti yang dapat kita lihat dalam kertas kerja yang mereka bentangkan dalam Seminar Pemikiran Sasterawan Negara; dan kemuncaknya dalam Sidang Kemuncak Penulis Malaysia 2014 apabila para sarjana sastera mencapai kemuncak intelektual orgasme mereka ketika membentangkan kertas kerja yang keseluruhannya mengarah kepada faedah peribadi mereka, tetapi dibuat atas nama keperluan negara. Apa yang mereka lakukan sebenarnya telah dibicarakan dengan menarik oleh Roland Barthes dalam tulisan kritikannya (lihat Encylopedia of Comtemporary Literary Theory, Toronto University Press, 1995; hal. 607-608). Ini bukan perkara baru, kerana Rumi telah menyebutnya dalam mathnawinya (lihat entri blog ini bertarikh 5 November 2014) dan kertas kerja saya mengenai peranan jokes ini ketika menulis tentang novel Kawin-kawin dalam kertas kerja untuk Seminar Jenaka Nusantara di Universiti Malaya, 2003. Dalam kertas kerja itu saya menurunkan empat kisah lucu, jokes, yang kita dapat dalam Mathnawi karya Rumi. Apa yang berlaku dalam Sidang Kemuncak Penulis Malaysia 2014 adalah sejenisintellectual jokes yang melahirkan sejenis orgasme dalam kritikan sastera, yang hanyut dalam lautan ambiguiti dan dalam belantara teori sastera Barat yang pada hakikatnya adalah sejenis permainan hide and seek tanpa sebarang matlamat yang jelas, kerana mereka telah menolak konsep ilmu yang benar. Ini amat berbeza dengan yang dimaksudkan oleh Rumi. Konteks yang digunakan Rumi saya gunakan untuk menulis Balai Maqamat. Anda boleh lihat dengan jelas tradisi mana yang saya ikut.
Untuk memahami apa yang saya catat di sini anda perlu membaca buku-buku yang menjadi rujukan, yang tidak sukar dicari, yang saya pasti sudah pun anda baca (saya harap begitulah), supaya anda mendapat gambaran yang agak lengkap dan menyeronokkan tentang teori sastera Barat ini. Sebenarnya mereka sebagai manusia yang menjadi hamba Allah semuanya (walaupun mereka tidak mengaku, itu tidak penting), mereka diberi sedikit kebijaksanaan yang boleh kita manfaatkan, jika kita tahu menggunakannya. Dalam konteks ini, saya anjurkan anda membaca dengan teliti seluruh bab 3, dengan tumpuan kepada hal. 74-75 karya Julia Kristeva yang menjadi idola Mana Sikana, tetapi beliau tidak mendapat manfaatnya kerana cara beliau mendekati buku ini samalah dengan cara Pak Pandir mendekati padi hampa dan mengambil padi hampa itu sebagai padi berat. Baca 10 kali, atau 100 kali, atau seperti anda minum air setiap hari ketika terasa dahaga. Sebaik saja anda faham, anda akan dapat melihat makna stylization of ideas yang saya maksudkan. Walaupun hanya maksud luarannya, tidak semestinya hakikat yang menjadi dasar konsep itu. Ketika itu, bolehlah anda membaca Balai Maqamat dengan kreatif dan kritis. Anda pasti akan enjoy (?) jika anda menggunakan akal dan emosi anda dengan betul, sebagai yang dikehendaki digunakan oleh seorang sarjana, atau seorang sasterawan yang berfikir. Buku ini sudah diterbitkan lebih dari satu tahun, tetapi belum mendapat perhatian para sarjana dan sasterawan Melayu yang cerdik. Tidak pasti, sama ada mereka takut membicarakannya kerana tidak ada persediaan ilmiah yang mencukupi; atau mereka sengaja menyisihnya sebagai tidak penting. Tetapi jika mereka ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan karya persuratan dan bagaimana karya itu dicipta menggunakan konsepstylization of ideas, anda mungkin tertarik. Itu pun jika anda tidak terlalu enggan (mungkin juga agak angkuh) untuk membaca karya orang lain yang anda remehkan, walau pun ternyata jauh lebih baik daripada karya anda sendiri. Apa yang saya bicarakan tentang teori Barat ini telah saya jelaskan dalam entri 16 Jun 2015 mengenai konsep ‘iwajan (crookedness) dalam al-Quran. Teori sastera Barat (dan Malaysia yang meniru Barat) menggambarkan dengan cemerlang sekali aspek ‘iwajan ini.
Dalam entri berikutnya, saya akan menulis secara khusus tentang Balai Maqamat, kerana saya kira inilah buku yang akan mencerdikkan para sarjana dan sasterawan Melayu jika mereka dapat memahami buku ini dalam konteksstylization of ideas. Sambil bergurau (jenaka itu serius, demikian jugavulgarity, kata Rumi dalam mathnawinya, rujuk entri bertarikh 5 November 2014), saya sering mengatakan saya dapat melihat ketangkasan berfikir sarjana dan sasterawan Melayu ketika mereka memperkatakan Balai Maqamat. Saya akan huraikan maksud saya nanti.
_____________________________________________________________
Catatan: entri ini hendaklah dibaca bersama entri bertarikh 9 November 2011; 1 Julai 2011, pengkritik bisu tanpa teori Barat; 10 Mac 2015, Pandirisme dalam komuniti dunia; 28 Oktober 2014, Keunggulan yang cacat; 31 Mei 2014; 14 Januari 2015, kegagalan sidang kemuncak penulis; untuk mendapat faedah maksimum. Entri bertarikh 31 Disember 2014 tentang pembacaan dimaksudkan untuk mengembalikan sifat siuman dalam kegiatan intelektual Malaysia. Kini kita mempunyai sarjana ciritan yang terlalu ramai, dan mereka ini merosakkan pelajar dan dengan penuh gigih berusaha untuk menjadikan pelajar bodoh dan ciritan seperti mereka.
Catatan 2: Saya petik kutipan panjang daripada Julia Kristeva kerana pandangan beliau tepat sekali menggambarkan cara berfikir Barat dalam teori sastera mereka. Bagus jika kutipan ini direnung dengan usaha berterusan untuk memahami cara berfikir Barat. Ini kurang diberi perhatian oleh sarjana kita. Inilah kutipan itu:
“The notion of dialogism, which owes much to Hegel, must not be confused with Hegelian dialectics, based on a triad and thus on struggle and projection (a movement of transcendence), which does not transgress the Aristotelian tradition founded on substance and causality. Dialogism replaces these concepts by absorbing them within the concept of relation. It does not strive towards transcendence but rather toward harmony, all the while implying an idea of rupture (of opposition and analogy) as a modality of transformation.
Dialogism situates philosophical problems within language; more precisely, within language as a correlation of texts, as a reading-writing that falls in with non-Aristotelian, syntagmatic, correlational, “carnivalesque” logic. Consenquently, one of the fundamental problems facing contemporary semiotics is precisely to desrcibe this “other logic” without denaturing it.
The term “ambivalence” lends itself perfectly to the current transitory stage of European literature – a coexistence (an ambivalence) of “the double of lived experience” (realism and the epic) and “lived experience” itself (linguistic exploration and Manippean discourse)—a literature that will perhaps arrive at a form of thought similar to that of painting: the transmission of essence through form, and the configuration of (literary) as revealing (literary) thought without “realist” pretensions. This entails the study, through language, of the novel’s space and of its transmutations, thereby establishing a close relationship between language and space compelling us to analyze them as modes of thought. By examining the ambivalence of the spectacle (realist representation) and of lived experience (rhetoric), one might perceive the line where rupture (or junction) between them takes place. That line could be seen as the graph of motion which our culture forsakes itself in order to go beyond itself.
The path chartered between the two poles of dialogue radically abolishes problems of causality, finality, et cetera,from our philosophical arena. It suggests the importance of the dialogical principle for a space of thought much larger than that of the novel. More than binarism, dialogism may well become the basis of our time’s intellectual structure. The predominance of the novel and other ambivalent literary structures; the communal, carnivalesque phenomena attracting young people; quantum exchanges; and current interest in the correlational symbolism of Chinese philosophy—to cite only a few striking elements of modern thought – all cofirm this hypothesis.” (Desire in Language, pp. 88-89).
Apa yang anda dapat daripada pemerhatian Julia Kristeva ini dalam kes sastera Melayu moden? Adakah kita menghadapi perkembangan yang sama, atau sedang menunggu perubahan itu di Eropah untuk ditiru di sini? Saya sendiri melihat perkembangan yang dijangkakan oleh Julia Kristeva ini adalah penjelmaan daripada lautan ambiguiti yang menghanyutkan mereka di lautan kontradiksi yang lahir dari ketidakpastian makna ilmu; atau sesat dalam belantara hide and seek teori sastera mereka yang saling bertentangan akibat tiadanya kepastian tentang konsep ilmu. Sudahlah mereka tidak bertemu Tuhan, malah mengelakkannya; tetapi mereka juga kehilangan makna kewujudan mereka dan arah yang mereka tuju. Yang ironiknya, dalam keadaan inilah Heidegger bercakap tentang idle talk. Persis inilah juga para sarjana kita sedang lakukan sekarang. Mereka hanya bercakap tentang konsep dialogisme, tanpa usaha yang jelas untuk mempraktikkanya dalam kegiatan ilmiah mereka. Pada dasarnya mereka adalah golongan yang anti-ilmu, yang tidak mahu berbahas tentang ilmu, dan takut menghadapi kebenaran dalam konteks ilmu. Dalam keadaan yang seperti ini, mereka tidak saja hanyut dalam dunia ambiguiti berasaskan kedegilan untuk tidak menerima konsep ilmu yang benar; mereka juga sesat di belantara teori Barat yang mereka tidak kuasai. Dalam bahasa al-Qruan, mereka mewakili golongan binatang ternak (al-an’am). Lihat maknaal-an’am itu dalam Tafsir al-Misbah. Mereka tidak dapat melihat aspek‘iwajan dalam teori sastera Barat yang mereka sanjung. Mereka adalah golongan al-ghafilun. Inilah golongan yang memuji novel TIVI sebagai novel mithali Islam, novel sufi yang murni; dan mereka jugalah yang meletakkan golongan al-ghafilun ini di takhta keunggulan palsu yang mereka reka sendiri.
No comments:
Post a Comment