Friday, April 29, 2016

PENERIMAAN TERHADAP GAGASAN PERSURATAN BARU

Perlukah gagasan Persuratan Baru diterima oleh semua orang? Bagi saya pertanyaan ini tidak siuman, kerana Islam sendiri pun tidak diterima oleh semua orang. Malah amat ironik apabila orang Islam, yang mengaku amat cintakan Islam, tidak menerima Islam secara keseluruhan. Adakah ini kerana Islam tidak sempurna?  Ini satu soalan yang benar-benar mencabar sifat siuman orang yang bertanya.  Kesempurnaan Islam telah ditegaskan dengan sangat jelas di dalam al-Quran, sehingga tidak perlu dijadikan isu sama sekali. Anda akan berkata: Kalau begitu mengapa orang Islam sendiri ada yang tidak menerima kesempurnaan Islam?  Ini bukan masalah saya. Para ulama telah menghuraikannya dengan luas dan mendalam. Anda mungkin dengan nakal bertanya: Adakah anda pasti para ulama itu telah menjawab kemusykilan kami?  Bagi saya jawapannya sangat mudah, dan memang telah ditegaskan dalam al-Quran:  Jawapan kepada soalan anda telah pun diberikan oleh Iblis, ketika dia berkata dia lebih mulia daripada Nabi Adam ‘a.s. kerana dia dijadikan daripada api.  Sekarang saya serahkan anda untuk berdialog dengan Iblis, kerana semua kemusykilan anda memang boleh dijelaskan oleh Iblis berasaskan logiknya.  Saya yakin anda akan berasa puas kerana anda telah mendapat sumber logik anda daripada Iblis sendiri, yang begitu hebat kemampuan intelektualnya hingga dapat memperdaya Nabi Adam ‘a.s supaya melanggar perintah Allah. Dalam teori sastera Malaysia, anda akan berada di takhta keunggulan jika anda melanggar semua peraturan, kerana anda telah diberitahu, dan anda sendiri telah menerimannya, bahawa pelanggaran adalah kawajipan utama yang mesti dilakukan oleh seorang sasterawan yang akan membolehkannya berada di takhta keunggulan sebagai sasterawan negara. Inilah penegasan Sikana (Mana Sikana aka Dr. Abdul Rahman Napiah), dalam dua buah bukunya yang diterbitkan oleh ITBM:  Sasterawan Negara di Takhta Keunggulan (2015), dan Berdiri di Akar Diri: Kritikan Sastera Melayu Pascamoden (2013).  Perkara yang paling menghairankan di sini ialah, bagaimana sarjana sastera dan para sasterawan boleh menerima “pelanggaran” Sikana sebagai ukuran keunggulan seseorang sasterawan dan karyanya, padahal mereka tahu “pelanggaran” adalah konsep yang diajarkan oleh Iblis? Kalau “pelanggaran” Sikana tidak sama dengan yang diutarakan oleh Iblis, dari mana beliau mendapat idea itu dan apakah maksudnya dalam kritikan sastera? Dalam dua buah bukunya itu, Sikana tidak memberikan penjelasan yang sewajarnya. Yang kita dapat hanya ini (yang paling jelas):  Di bawah tajuk “Pelanggaran Paksi Utama”, Sikana menulis begini:  “Pelanggaran ialah konsep yang membawa unsur revolusi dalam sastera. Penciptaan yang bersifat konventional dan mentradisi, harus dilakukan pemberontakan, rombakan dan pengubahan untuk meneroka sesuatu yang baharu. Bagi mencipta sebuah teks yang unggul, pengarang harus mempunyai sifat berani dan bijaksana. Berani mengemukakan sesuatu idea dan pemikiran yang baharu dan bersedia untuk melakukan inovasi. Bijaksana pula merupakan sifat yang mendorong pekerjaan teks itu supaya dilakukan dengan penuh kesedaran dan bergerak dalam landasan keilmuan. Tanpa sifat tersebut, teks-teks yang dihasilkan hanya akan bergerak dalam lingkungan tradisinya dan tidak memecah kepada teks-teks yang unggul.”  (Berdiri di Akar Diri, ... hal. 88).  Saya sangat bersimpati dengan Mana Sikana dengan memberikan kutipan yang agak panjang ini, walaupun saya sedar ini hanya idle talk, sejenis bullshit dalam kritikan sastera yang memang kita selalu dapat dalam tulisan penulis ini.  Andaikan apa yang beliau tulis itu masuk akal, maka siapakah di antara sasterawan negara yang memenuhi syarat bullshit beliau?  Siapa di antara sasterawan negara itu yang boleh digelar pemberontak tradisi penulisan; tradisi siapa; apakah yang baharu dalam karya mereka; apakah idea baharu dan pemikiran baru yang inovatif dalam karya para sasterawan negara ini.  Kerana saya telah banyak menulis tentang mereka, saya hanya persilakan anda membaca dengan kritis, dan cerdik,  “Keunggulan yang Cacat” (entri 28/10/2014, satu pandangan kritis terhadap sumbanga sasterawan negara dari segi pemikiran dan keupayaan kreatif.)  Saya tidak fikir Sikana seorang pemikir yang serius, walaupun beliau cukup yakin teksdealisme bikinan beliau itu suatu hasil pemikiran yang terunggul, sesuai dengan namanya.  Tetapi jika anda membaca dengan kreatif dan kritis, sebagai seorang yang kenal dengan teori sastera Barat yang berselirat dengan ambiguiti itu, anda akan dapati teksdealisme adalah contoh yang unggul dalam budaya pandirisme yang kini menjadi  arus perdana dalam sastera Melayu.  Kalau anda ragu-ragu dengan kesimpulan ini, saya telah menghuraikannya dengan mendalam dalam Pandirisme Dalam Komuniti Dunia (Kuala Lumpur: Klasika Media, 2016).  Anda boleh mengkritik buku itu sehabis kritis yang anda boleh usahakan. Tetapi jika anda seorang sarjana yang jujur, saya pasti anda akan menerima kehadiran buku itu sebagai suatu sumbangan yang bermakna dalam perkembangan intelektual Malaysia, khususnya dalam bidang kritikan sastera.

Sekarang kita mempunyai dua pendapat mengenai sumbangan para sasterawan negara ini: satu yang dikemukakan Sikana melalui teksdealisme  yang saya tolak bulat-bulat sebagai hanya sejenis bullshit saja;  kedua, yang dibicarakan dalam entri 28/10/2014 itu.  Adakah kedua-dua pendapat ini betul? Atau kedua-duanya salah? Atau yang paling tepat ialah entri “Keunggulan yang Cacat” itu, yang menggunakan konsep pandirisme sebagai ukuran. Para sarjana, dan sasterawan, perlu membuat pilihan; atau sekurang-kurangnya membahaskan dengan kritis dua pandangan yang sangat berbeza ini.  Dalam penelitian saya, para sasterawan negara tidak boleh lagi bergantung pada “pelanggaran” Sikana, setelah mengetahui maksud “pelanggaran” dalam konteks Islam, yang bersumber dari perderhakaan Iblis.  Ciri-ciri “pelanggaran” yang disenaraikan oleh Sikana tidak satu pun boleh dipakai untuk mengukur sumbangan pemikiran para sasterawan negara ini. Kalau anda paling malas pun, anda boleh baca sepintas lalu laporan Panel Anugerah Sastera Negara, nescaya anda dapati Panel hanya melakukan kerja mudah mencari fakta-fakta tertentu yang selalunya tidak tepat untuk membuktikan para sasterawan negara ini wajar diberi gelaran itu. Misalnya, apakah yang revolusioner tentang A. Samad Said, Muhammad Haji Salleh, Shahnon Ahmad, Baha Zain? Usman Awang dipuji kerana menggunakan unsur-unsur pantun dan sebagainya dalam sajaknya; Anwar Ridhwan pula menggunakan penlipur lara sebagai asas penulisan novelnya. Apakah yang revolusi dalam penulisan mereka? Saya telah berikan penjelasannya dalam “Keunggulan yang Cacat.”

Sama ada anda menggunakan teksdealisme, atau gagasan Persuratan Baru, anda akan dapati tidak seorang pun di antara sasterawan negara itu memenuhi tuntutan teksdealisme yang bersifat bullshit itu, apatah lagi tuntutan Persuratan Baru yang mengasaskan penilaian kepada konsep ilmu yang benar.  Anda akan dapati para sasterawan negara sekarang sedang berada dalam keadaan yang amat sulit, kerana teksdealisme yang sepatutnya mengangkat mereka ke atas takhta keuggulan, tidak dapat melakukannya kerana cici-ciri keunggulan bikinan Sikana itu tidak ada dalam karya para sasterawan negara ini. Lagi pula mereka sendiri tidak mahu dinilai daripada perspektif teksdealisme, yang secara tegas menolak peranan tradisi dalam penulisan, sesuatu yang menjad kemegahan para sasterawan negara sendiri.  Apakah akan jadi jika karya para sasterawan negara ini dinilai daripada perspektif Persuratan Baru? Jawapannya telah kita dengar, diberikan oleh seorang tokoh yang menjadi anggota Panel Anugerah Sastera Negara, yang dikatakan telah berkata, ketika menolak Persuratan Baru, bahawa jika karya para sasterawan negara ini dinilai dari perspektif Persuratan Baru, semua karya para sasterawan negara ini akan dimasukkan ke bakul sampah!  Saya amat berharap orang yang berkata itu berani muncul di depan khalayak, kerana beliau telah menghina Persuratan Baru dan para sasterawan negara sendiri.  Tidak mungkin seorang yang begitu bacul dan tidak bertanggungjawab diberi tugas untuk memilih para sasterawan negara, dengan berada dalam Panel Anugerah Sastera Negara.

Sekarang kita sampai kepada perkara yang ingin kita bincangkan: Adakah mutual admiration club itu benar-benar wujud? Tokoh yang mula-mula bercakap tentang perkara ini  tidak lain daripada Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh sendiri, dalam kertas kerja beliau untuk Seminar Kritik Sastera 1973 di Johor Baru. Kertas itu dimuat dalam buku terbitan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (nama lama),  Kritik Sastera di Malaysia: Kertas Kerja Seminar Kritika Sastera 1973 (1974).  Menurut beliau: “Ada kumpulan-kumpulan penulis yang saling memuji satu sama lain sebagai ahli-ahli suatu mutual admiration club.”  (Kutipan penuh dimuat dalam Pandirisme dalam Komuniti Dunia (hal. 12-13).  Pandangan tokoh besar sastera Melayu ini sangat menarik, jika dikaitkan  dengan pertanyaan, Adakah para sasterawan negara ahli kepada mutual admiration club? Muhammad Haji Salleh memberikan jawapannya dalam tulisannya yang dimuat dalam buku ITBM, Sastera Teras Negara Bangsa (2014).  Dengan yakin beliau menegaskan, “Kembalilah mencari contoh ... daripada Baha Zain” (hal. 206).  Kebetulan Baha Zain menyumbang satu kertas kerja dalam buku itu, maka teruslah saya baca rencana beliau,  “Meneguhkan sastera dalam agenda transformasi negara.”  (hal. 227-239). Membaca tulisan klise ini, saya menjadi amat gerun untuk memberi komen, kerana  jika inilah karya yang saya disuruh “mencari contoh,”  maka saya tidak perlu membuang masa, kerana contoh yang jauh lebih baik dan lebih akademik saya boleh dapati daripada sebuah tulisan yang ditulis oleh seorang mahasiswa dari Amerika yang membicarakan tentang New Criticism, yang tidak boleh ditulis oleh Muhammad Haji Salleh sendiri mahu pun oleh Baha Zain, walaupun mereka berdua adalah warisan New Criticism di Malaysia. (Sila rujuk,  Glen W. Butler, “New Criticism: The Challenger, the Winner, and the Lasting Legacy.”  Lethbridge Undergraduate Research Journal.  Volume 1 Number 1, 2006.)  Saya belum lagi bertemu esei mengenai New Criticism sebaik tulisan mahasiswa ini.  Saya agak, tidak ada sarjana sastera berminat dengan teori ini, kerana tidak berguna bagi mereka; walaupun teori ini luas dipergunakan.

Para sasterawan negara masih boleh bertahan kerana semua mereka adalah hasil daripada gerakan Mafia sastera, seperti yang diutarakan oleh A. Samad Ismail sejak 1998 dan mungkin sebelumnya.  Gelaran Mafia sastera itu mungkin kedengaran terlalu kasar, maka gelaran yang paling enak ialah yang diberikan oleh Muhammad Haji Salleh sendiri, iaitu mereka semua mendapat perlindungan dalam mutual admiration club, yang dipayungi oleh Panel Anugerah Sastera Negara.  Jikalau anda seorang pembaca yang kritis, dan dapat melihat logik  yang dipakai oleh Sikana dalam teksdealisme dan laporan Panel Anugerah Sastera Negara,  anda akan dapat melihat betapa pentingnya mutual admiration club itu dalam mempertahankan kedudukan para sasterawan negara ini. Jikalau anda meneliti analisis Sikana ketika memberi kedudukan istimewa kepada para sasterawan negara ini dengan meletakkan mereka di atas takhta keunggulan; dan anda dapat melihat pula “keunggulan” Panel Anugerah Sastera Negara menjadikan teori sastera Barat sebagai teras huraian mereka untuk membuktikan para sasterawan negara ini layak diberi gelaran sasterawan negara, dan lebih penting anda sedar bahawa baik Sikana mahupun Panel Anugerah Sastera Negara, kedua-duanya menjadikan teori sastera Barat sebagai dahan tempat mereka bergantung, maka jika dahan itu runtuh dipotong secara intelektual dan “keunggulan” ilmu yang benar, maka dahan manakah yang akan menjadi tempat berpaut para sasterawan negara ini sebelum mereka jatuh ke lautan ambiguiti dalam kegiatan mereka?  Seperti yang telah ditentukan oleh Sikana dalam teksdealisme, seorang sasterawan harus menjadi seorang revolusioner dan anti-tradisi untuk melanggar segala peraturan yang ada, maka pelanggaran itu telah dihujahkan oleh Panel Anuterah Sastrera Negara dengan memperincikannya dalam konteks eksperimen, kelainan,  dan sebagainya yang anda boleh baca dalam laporan Panel. Tetapi ceritanya belum selesai, kerana anda harus sedar bahawa teori sastera Barat mendapat ilham dan kekuatan logik daripada pelanggaran Iblis seperti yang diceritakan di dalam al-Quran. Jika anda berasa bangga menjadi ahli waris sastera Barat, maka anda tidak ada pilihan selain menerima hakikat bahawa warisan itu adalah diterima secara langsung oleh teori sastera Barat daripada pelanggaran Iblis itu. Untuk memudahkan anda memahami kesimpulan ini, anda mesti berlumba-lumba membaca dengan rakus buku yang sangat penting yang memberikan anda penjelasan tentang aspek ini dengan jelas dan mudah dibaca, iaitu buku Stephen R.C. Hicks, Explaining Postmodernism: Skepticism and Socialism from Rousseau to Faucault (2004; tarikh yang sama Balai Maqamat dan Hikayat Buyung Lurus disiapkan).  Buku ITBM Sastera Teras Negara Bangsa adalah warisan terus dari teori sastera Barat ini.  Dalam pendahuluan kepada buku ITBM itu, Ketua 1 PENA,  Dr. Mohamed Saleeh Rahamad, menulis tentang betapa pentingnya sastera, yang memberi hegemoni kepada pembinaan tamadun. Beliau mengambil idea ini daripada  Faucault.

Mohd. Affandi Hassan,
Petaling Jaya, 28/4/2016.




Thursday, April 21, 2016

TIDAK PERLU ADA KONTROVERSI TENTANG GAGASAN PERSURATAN BARU

Penerbitan Pandirisme Dalam Komuniti Dunia adalah satu perubahan besar dalam perkembangan kritikan sastera di Malaysia, yang tidak saja meletak satu asas yang kukuh dalam pembakuan ukuran yang boleh digunakan, atau ditolak, ketika kita menganalisis dan menilai sesuatu karya kreatif dan sekali gus mencabar penilaian yang sedia ada untuk melihat sejauh mana kritikan sastera Malaysia telah melangkah ke hadapan dari segi perkembangan ilmu.  Paling penting dalam aspek ini ialah kedudukan para sasterawan negara dan karya mereka, sama ada mereka telah diberi penilaian yang wajar dan  tepat dengan kualiti karya yang dihasilkan oleh para sasterawan negara ini.  Kelemahan yang ketara dalam kritikan sastera Melayu perlu dibersihkan berasaskan konsep ilmu yang benar, tidak lagi dinilai daripada perspektif cerita semata-mata, seperti yang dilakukan sekarang. Dengan sikap yang tidak kritis begini, yakni dengan hanya memberi tumpuan kepada cerita, kesusasteraan Melayu ketinggalan jauh dari segi pemikiran, kerana aspek pemikiran ini tidak diberi penekanan dalam penulisan kreatif dan tidak juga dalam penilaian karya itu sendiri.  Usaha untuk membina mitos di sekitar para sasterawan negara tidak boleh diterima, dengan itu usaha Panel Anugerah Sastera Negara untuk mengangkat kedudukan para sasterawan ini tidak memberi manfaat kepada perkembangan ilmu kerana ukuran yang digunakan mereka tidak mencerminkan sistem nilai tamadun  kita sendiri. Saya telah banyak mengulas tentang perkara ini, dan sehingga ini belum lagi terdapat sanggahan yang sekira-kira boleh membuktikan pembinaan mitos itu penting dalam perkembangan ilmu. Jelas sekali Panel Anugerah Sastera Negara telah gagal memberi arah yang betul dalam perkembangan ilmu dalam bidang kreatif, dan secara umum tidak memberikan arah yang betul dalam perkembangan kreatif  secara jelas yang perlu kita capai dalam abad 21 ini. Sekiranya anda menafikan kesimpulan ini tanpa sebarang hujah, anda boleh saja meneruskannya; tetapi anda tidak dapat menghalang perubahan yang memang kita perlukan pada waktu ini, untuk menempatkan ilmu dalam penulisan dan penilaian yang kita lakukan.  Saya ingin mendengar hujah anda bahawa ini semua sudah kita lakukan dengan jayanya.

Terdapat andaian bahawa gagasan Persuratan Baru ditentang oleh para sarjana sastera dan sasterawan, terutama sekali, kata mereka, semua sasterawan negara menentangnya habis-habisan.  Bila saya minta penjelasan mengapa Persuratan Baru ditentang, dan betulkah ditentang, maka saya hanya diberi jawapan yang bukan jawapan, tetapi tuduhan: “Sebab Persuratan Baru menghina para sasterawan, sarjana sastera, dan menolak semua karya sastera. Kalau begitu, tidak adalah sasterawan negara!”  Ini suatu perkara yag sangat aneh, yang saya tolak bulat-bulat.  Tidak mungkin para sasterawan dan sarjana sastera menolak PB kalau itulah sebabnya.  Anda boleh fikirkan sendiri mengapa perkara ini tidak mungkin, oleh itu saya tidak perlu memberikan pandangan saya.  Jika pun diperlukan penjelasan, bukan dari saya, tetapi dari para sarjana dan sasterawan yang menolak PB. Tetapi itu tidak penting bagi mereka, kerana mereka dan teman-teman mereka dalam Mutual Admiration Club telah meletakkan mereka di tempat yang begitu tinggi sehingga mereka tidak perlu memberi perhatian kepada PB yang bagi mereka adalah satu usaha remeh temeh yang sia-sia.  Kesimpulan ini membuktikan  mereka tidak mempunyai sikap yang positif dalam perkembangan ilmu, padahal mereka selalu bercakap tentang perubahan; malah satu ketika dulu kita boleh mendengar keriuhan di kalangan mereka supaya diadakan perubahan paradigma, dan betapa perlunya dikuasai apa yang mereka namakan ilmu bantu. Semua ini tidak berlaku, seperti yang mereka sendiri buktikan dalam tulisan mereka, terutama apabila para sarjana ini menulis kertas kerja dalam seminar pemikiran sasterawan negara; tetapi bagi saya bukti terbaik ialah kertas kerja untuk Sidang Kemuncak Penulis Malaysia 2014, yang mengulang klise lama, malah yang paling menarik diakui sendiri oleh tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang ini. Mereka yang membuat tuduhan itu sendiri mengulang klise lama itu. Itulah yang paling menarik!  Kita boleh bayangkan apakah reaksi Pak Pandir bila melihat telatah mereka ini.  Sekarang mereka tidak lagi bercakap tentang perubahan paradigma; tidak juga tentang ilmu bantu. Mereka masih bercakap tentang perlunya perubahan, tetapi perubahan itu dikaitkan dengan kelainan dan eksperimen dalam penulisan, yang tidak semestinya lebih baik daripada yang sudah ada. Dalam konteks ini mereka menegaskan gagasan PB tidak memberikan apa-apa perubahan, kerana semua yang dicanang oleh PB sudah terdapat dalam konsep sastera yang menjadi pegangan mereka, yang menurut mereka jauh lebih baik dan lebih terbuka serta lebih bebas untuk berkarya. Tetapi sebenarnya mereka tidak bercakap benar, malah amat jelas mereka amat takut jika benar-benar berlaku perubahan seperti yang ditawarkan oleh gagasan Persuratan Baru. Mereka tidak mahu perubahan itu, oleh itu mereka kini bangkit dengan gagah menentang sebarang perubahan. Usaha mereka untuk menjadikan sastera teras negara bangsa adalah usaha untuk menghalang sebarang perubahan daripada berlaku dalam persuratan Melayu dan dalam kesusasteraan Melayu.  Berasaskan pendirian mereka ini, saya pernah menulis dalam blog ini tentang tidak perlunya sarjana dan sasterawan bersikap jujur, sekiranya kejujuran itu merugikan mereka. Jadi mereka bukanlah dari golongan yang jujur, tetapi mereka adalah pembicara yang sangat lantang tentang kejujuran ini apabila ingin memberi gambaran buruk kepada seteru mereka.  Itulah makna kejujuran bagi mereka.  Untuk penjelasan lanjut sila lihat entri bertarikh 5/7/2015, “Kejujuran akademik dan ketrampilan penilaian dalam kritikan sastera”, satu entri yang agak panjang.

Ada dua perkara penting dalam isu ini, yang mesti difahami terlebih dahulu. Pertama, kefahaman para penentang PB tentang teori sastera Barat sangat cetek, malah saya amat positif mereka tidak membaca, dan jika pun mereka membaca, maka bacaan itu tidak mendalam.  Mereka tidak kenal pemikiran Barat dari perspektif falsafah terlebih dahulu, diikuti dengan minat yang tinggi untuk melihat perkembangan intelektual di Barat, yakni apakah persoalan yang menjadi tajuk utama dalam falsafah dan ilmu-ilmu sosial yang mereka teroka.

Isu kedua lebih penting, dan menjadi halangan besar kepada kumpulan ini. Isu itu mengenai sikap negatif mereka terhadap ilmu, malah kita boleh berkata mereka pada umumnya bersikap anti-ilmu.  Dalam konteks pemikiran Islam, ini suatu penyakit kerohanian yang amat teruk, kerana mereka menolak bulat-bulat sumber ilmu itu daripada Allah SWT.  Kerana itu mereka menolak konsep ilmu yang benar, dan mengelirukan diri mereka sendiri apabila mereka tidak dapat melihat perbezaan antara ilmu dan maklumat. Malah bagi mereka maklumat itulah ilmu!

Itulah dua isu besar yang menghalang mereka dari mendekati Persuratan Baru dengan positif. Mereka bukan dari golongan yang mencintai ilmu, yang boleh kita lihat dengan jelas bagaimana mereka mempertahankan sikap mereka dengan berkata sastera adalah universal, sedangkan Persuratan Baru hanya untuk orang Islam, oleh itu tidak universal.  Apa yang dijadikan hujah oleh sarjana dan sasterawan tadi adalah persis pendapat dan pandangan teori sastera Barat. Sebenarnya mereka sendiri  (sarjana Barat) menolak apa yang disebut nilai-nilai universal dalam karya sastera, kerana ini akan memaksa mereka menerima nilai-nilai  Islam sebagai sebahagian daripada nilai umat manusia yang jelas dipraktikkan oleh orang Islam seluruh dunia.  Timbulnya konsep nilai universal dalam sastera ini terjadi kerana kekeliruan sarjana dan sasterawan kita yang boleh dikatakan tidak sensitif kepada apa yang sebenarnya berlaku dalam teori sastera Barat. Jika mereka benar-benar mendalam kefahaman dan kesedaran mereka terhadap kekurangan setiap teori, mereka akan lebih berhati-hati dan tidak  sembrono menerima teori sastera Barat tanpa penelitian kritis. Dengan sedikit pengetahuan tentang tamadun Islam, mereka akan sedar bahawa ilmu-ilmu yang dikatakan moden yang ada sekarang diambil oleh orang Barat daripada para ulama dan ilmuan Islam. Anda boleh mendapat maklumat tentang aspek ini dengan mudah dalam buku-buku yang mungkin tak pernah anda baca, tetapi buku-buku itu wujud dan boleh didapat dengan mudah.  Saya beri dua contoh daripada karangan dua orang sarjana Barat, yang membicarakan sumbangan Islam agak kritis dan objektif (tetapi hanya dalam bidang kemanusiaan (humanities).  Lebih besar ialah sumbangan ulama Islam dalam ilmu fizik (sains) dan metamatik.  Buku yang saya maksudkan itu ialah The Sociology of Philosophies: A Global Theory of Intellectual Change, oleh Randall Collins (Harvard University Press, 1998); dan Ideas:  a history of thought and invention, from fire to Freud, oleh Peter Watson (New York: Harper Perennial,  2006).  Sebuah lagi buku Watson yang amat menarik untuk dijadikan rujukan ialah The German Genius  (Harper Perennial, 2011).  Dua buah buku pertama itu membicarakan sejarah pemikiran dalam tamadun dunia; manakala yang ketiga khusus tentang sejarah pemikiran di Jerman. Saya harap akan muncul seorang penyelidik yang dapat menulis sebuah sejarah pemikiran Malaysia.  Tetapi penulisan buku perkembangan intelektual ini tidak akan ditulis di era sarjana ciritan yang menguasai sepenuhnya dunia pandirisme Malaysia.  Selain mereka tidak mempunyai keupayaan akademik untuk melakukannya, mereka juga tidak mempunyai kejujuran intelektual untuk menerima kehadiran PB dalam kritikan sastera di Malaysia. Jika mereka menulis sejarah intelektual itu, lebih dari separuh isi buku itu ialah mengenai PB dari segala aspek; yang selebihnya itu hanya berupa sebutan yang dari segi ilmu tidak signifikan, tetapi wajar dicatat dalam konteks perkembangan pandirisme itu. Dalam konteks ini, siapakah yang akan menulis  sejarah intelektual itu jika sejarah intelektual itu hanya menyerlahkan kegiatan para sarjana ciritan dalam usaha mereka membina mitos di sekitar Mutual Admiration Club mereka sendiri?

Ada juga sarjana kita yang lawaknya lebih lucu daripada Raja Lawak,  naik bumbung kilang berkarat untuk menulis kertas kerja, dan mungkin juga sajak.  Tetapi hasilnya tidaklah lebih baik daripada yang ditulisnya dalam keadaan biasa. Dalam sejarah kritikan sastera dan kesarjanaan sastera Malaysia, ITBM menjadi pelopor kepada penulisan esei di atas bumbung kilang berkarat ini. (Sila rujuk Sastera Teras Negara Bangsa, hal.  203.)   Apabila ada orang mengkritik tabiat yang pelik ini, sarjana kita menjadi marah, padahal fiil mereka yang aneh itu amat memalukan dunia akademik kita.  Contoh yang lebih hebat dan betul-betul mengagumkan ialah amukan Hang Jebat sastera yang melanggar segala peraturan manusia siuman untuk mengherdik para sasterawan, terutama penulis muda, supaya berani melanggar segala peraturan untuk melahirkan sifat kepengarangan agung yang menjadi syarat lahirnya karya agung yang akan melayakkan para sasterawan diletak di takhta keunggulan. Pada waktu ini, hanya para sasterawan negara sahaja yang telah sampai ke tahap falsafah Hang Jebat menderhaka dalam pelanggaran kreatif. (Rujuk buku ITBM, Sasterawan Negara di Takhta Keunggulan, karya Mana Sikana.)  Saya tidak pasti sama ada para sasterawan negara ini seronok atau tidak berada di takhta keunggulan setelah melakukan segala macam pelanggaran. Untuk makluman para sarjana dan sasterawan, pelanggaran ini dipelopori oleh Iblis, ketika dia memujuk Nabi Adam ‘a.s. supaya melanggar perintah Allah, jika mahu kekal dalam syurga. Ceritanya ada di dalam al-Quran.  Bagaimana jika para sasterawan negara ini menolak sama sekali konsep pelanggaran itu setelah mengetahui pelopornya Iblis, adakah mereka masih layak berada di takhta keunggulan? Barangkali mereka juga tidak layak diberi gelaran “sasterawan negara”.

Para sarjana dan pengkritik sastera mesti berminat dalam isu ini, kerana tentulah amat memalukan kita jika Panel Anugerah Sastera Negara memilih para sasterawan negara ini berasaskan konsep “pelanggaran” yang dipelopori Mana Sikana!  Panel menggunakan beberapa istilah, umpamanya eksperimen, kelainan, tidak didaktik, tiada khutbah, tidak perlu moral dan lain-lain, yang tiap satunya adalah ciri-ciri pelanggaran dalam penulisan kreatif.   Mereka memuji sajak “Pulang Si Tanggang” yang menegaskan, “aku telah belajar/jadi kurang ajar” sebagai tanda pelanggaran paling berani oleh seorang sasterawan negara, walaupun telah mengetepikan nilai-nilai murni dalam tamadun Melayu yang sudah Islam. Jika anda membaca laporan tentang A.  Samad Said, anda akan menemui ciri-ciri pelanggaran itu amat dipuji oleh Panel (dalam hal ini Panel mempunyai pendirian yang sama dengan Mana Sikana, yang menjadikan karya A. Samad  Said sebagai kanun yang mesti dicapai oleh para sasterawan jika mereka pun ingin diletakkan di atas takhta keunggulan juga.)  Nampaknya para sasterawan negara tidak mempunyai pilihan jika mereka mahu terus diletakkan di takhta keunggulan berasaskan konsep pelanggaran itu, walaupun mereka kini sudah tahu bahawa itulah perbuatan Iblis ketika memujuk Nabi Adam ‘a.s.  (Sila rujuk entri bertarikh 23/7/2013 yang membicarakan tentang pengaruh Iblis dalam kritikan sastera dan penilaiannya.)  Bagaimanakah kita hendak selamatkan para sasterawan negara ini? Kita mungkin boleh menyelamatkan mereka dengan menolak konsep pelanggaran Mana Sikana yang disokong secara rasmi oleh Panel Anugerah Sastera Negara dalam laporan mereka; tetapi ini mempunyai risiko para sasterawan negara ini akan terlucut gelaran “sasterawan negara” yang memang dinilai berasaskan konsep pelanggaran itu. Adakah mereka memang tidak boleh diselamatkan?  Sebenarnya mereka masih boleh diselamatkan dengan menerima hakikat bahawa mereka adalah para sasterawan yang menulis dalam imej teori sastera Barat. Tetapi mereka masih menghadapi masalah yang lebih besar, apabila seorang sasterawan negara yang juga seorang sarjana ulung dalam bidang sastera yang menegaskan para penilai sastera di Malaysia (maksudnya ahli akademik, atau sarjana sastera) telah melakukan kesalahan besar menilai karya yang ditulis dalam bahasa Melayu dengan nilai-nilai Melayu yang tidak cocok dengan teori sastera Barat. (Rujuk  entri 1/11/2010 yang memuat kutipan sasterawan negara ini; juga pertanyaan penting sama ada laporan Panel Anugerah Sastera Negara juga melakukan kesalahan yang sama; dengan itu penilaian mereka terbatal; dan pemilihan mereka terhadap sasterawan negara tidak boleh dipakai; oleh itu sasterawan negara telah dipilih berasaskan kriteria yang salah?).  Jadi ke mana hendak dilemparkan para sasterawan negara ini? Penyelesaiannya sangat mudah, iaitu dengan menerima saja pengaruh teori sastera Barat dan jadikan teori Barat itu kanun dalam penulisan kreatif di Malaysia. Dengan itu takhta keunggulan para sasterawan negara tidak terjejas. Mereka tetap berhak untuk duduk di takhta keunggulan itu.  Tetapi terdapat sedikit lagi ralat yang perlu diselesaikan. Dalam gagasan Persuratan Baru, karya sastera adalah kategori kedua di bawah kategori pertama, karya persuratan, yang berasaskan konsep ilmu yang benar (oleh itu serasi dengan epistemologi Islam, yang menolak pelanggaran Iblis itu.) Adakah gelaran sasterawan negara itu masih boleh dikekalkan?  Inilah isu besar yang harus dijawab dan dianalisis oleh para sarjana sastera dan pengkritik sastera yang membuat penilaian itu.  Masalahnya mereka tidak mahu dan tidak berupaya melakukannya, kerana perbuatan ini akan menafikan kedudukan sasterawan negara dan sarjana yang menegaskan kita tidak perlukan teori sastera Barat itu.

Sungguh rumit persoalan ini, tetapi boleh diselesaikan dengan mudah jika para sasterawan negara ini dinilai berasaskan gagasan Persuratan Baru.  Pada waktu yang sama, masalah teori sastera Barat ini boleh diberi kedudukan yang wajar. Gagasan Persuratan Baru mampu menghadapi kepalsuan teori sastera Barat ini dan dapat menempatkan teori itu pada tempatnya yang sesuai.  Dengan klaim ini, sebarang usaha untuk menafikan kehadiran gagasan Persuratan Baru tidak saja tidak bijak, tetapi juga mendedahkan para sarjana itu berada dalam kelompok  sarjana ciritan saja, satu kumpulan yang keliru dan cetek meraba-raba.

Dalam konteks teori sastera Barat, yang ditolak oleh dua orang sarjana yang salah seorang ialah juga sasterawan negara, sebenarnya segala isu “gila-gilaan” ini diselesaikan dengan mudah oleh dekonstruksi, yang menegaskan bahawa semua tulisan, tanpa sebarang kecuali, mempunyai ciri aporia yang tidak dapat dielakkan. Keistimewaan dekonstruks ini disedari oleh Muhammad Haji Salleh, yang mencadangkan (menggesa?) para sarjana dan sasterawan menerima dan menggunakan dekonstruksi sebagai kaedah kritikan. (Anda boleh baca ini dalam syarahan perdana beliau, Puitika Satera Melayu: Satu Pertimbangan, UKM 1989).  Oleh itu tidak ada masalah. Yang mungkin menjadi masalah ialah apabila konsep ilmu yang benar seperti yang dihuraikan dalam al-Quran dijadikan pegangan.  Ketika itulah anda harus memilih antara ‘iwajan dengn aporia.

Dalam konteks perbincangan kita ini, ada satu perkembangan terbaru yang menggemparkan negara, iaitu mengenai derma RM2.6 bilion yang dikatakan didermakan oleh anak raja dari Arab Saudi kepada YAB Perdana Menteri dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau. Cerita di sekitar derma ini sangat menarik, kerana pada mulanya dinafikan oleh tuan hak, tetapi diakui diterima beliau apabila SPRM membuat keputusan derma itu bukan rasuah; lebih menarik anak raja Arab Saudi menafikan mereka yang memberi derma itu; maka terjadilah cerita baru bahawa derma itu, lebihan daripada yag sudah dibelanjakan, sudah dipulangkan kepada anak raja yang tidak diketahui orangnya. Yang berbaru, Menteri Luar Arab Saujdi sendiri mengaku derma itu memang wujud dan telah didermakan kepada tuan yang hak  sebagai penghargaan kepada usaha YAB Perdana Menteri membela agama Islam dan menyatu-padukan umat slam Malaysia. Dalam kelam kabut naratif yang berbeza ini timbul cerita baru, bahawa wang itu sebenarnya diambil daripada 1MDB, syarikat gergasi yang diusahakan oleh YAB Perdana Menteri sendiri. Skandal 1MDB ini sampai ke kemucaknya apabila Peguam Negara membersihkan YAB Perdana Menteri dari sebarang salah laku dan menutup kes itu, tidak boleh dibincangkan lagi. Satu laporan rasmi oleh PAC telah dikemukakan kepada Dewan Rakyat, dengan memotong dua ayat yang dihapuskan, yang menurut anggota PAC sendiri (mewakili pembangkang) adalah penting. Semua ini menarik minat saya sebagai seorang pengkritik sastera dan seorang penulis kreatif, lalu saya kemukakan idea One MDB dijadikan teknik naratif dalam Persuratan Baru (atau dalam menulis karya sastera) kerana kekuatan naratif dalam politik, yang dibantu oleh pelaksanaan undang-undang yang memastikan naratif itu diterima walaupun isu yang dibangkitkan belum selesai. Dalam budaya pandirisme yang dijadikan arus perdana itu, kehadiran teknik One MDB adalah penting untuk menjelaskan lagi kepalsuan budaya pandirisme itu. Anda boleh rujuk entri bertarikh 4/8/2015 dan 1/8/2015 yang juga menyebut aspek ini.  Teknik One MDB adalah bukti yang sangat jelas betapa isu ‘iwajan ini penting dalam politik dan juga dalam kesusasteraan Melayu.

Sebagai kesimpulan, saya kutip pendapat ini untuk difikirkan:

“Any intellectual movement is defined by its fundamental philosophical premises. Those premises state what it takes to be real, what it is to be human, what is valuable, and how knowledge is acquired. That is, any intellectual movement has a metaphysics, a conception of human nature and values, and an epistemology.” (Stephen R. C. Hicks, Explaining Postmodernism,  New Berlin/Milwaukee: Scholarly Publishing,  2004; hal.  4-5.)

Mohd. Affandi Hassan,
Petaling Jaya, 18/4/2016. 



Saturday, April 16, 2016

SENARAI ENTRI BLOG PERSURATAN BARU

Catatan: Saya sediakan senarai ini untuk kemudahan pembaca membuat rujukan, di mana perlu, sempena penerbitan Pandirisme Dalam Komuniti Dunia.  Suka atau tidak suka, pandirisme kini berada dalam arus perdana dalam perkembangan intelektual di Malaysia. Hang Jebat tentu amat terharu kerana yang mengepalai revolusi pemikiran di Malaysia bukan beliau, tetapi Pak Pandir.  Itulah kehendak sejarah, kehendak orang Melayu sendiri, yang mendapat dukungan para sarjana dan sasterawan sendiri.  Dalam sebuah negara yang menjadikan pandirisme sebagai ukuran dalam kemajuan intelektual mereka, semuanya menjadi mudah, kerana padi hampa sama tarafnya dengan padi berat seperti yang diajarkan oleh Pak Pandir. Itulah yang kita dapat, apabila sasterawan negara berada di atas takhta tong susu dari kayu gabus, dengan kedudukan yang lebih tinggi daripada para ulama dan cendekiawan yang hanya duduk di tikar sembahyang atau di atas sejadah.

2010

1.  24/12/2010   Menghidupkan kembali Persuratan Melayu dalam abad 21 melalui gagasan Persuratan Baru

2.  21/12/2010  Gosip sastera dalam blog penulis muda

3.   21/12/2010  Gagasan Persuratan Baru menghadapi cabaran daripada golongan Mafia sastera dan kumpulan munafik sastera

4.  6/12/2010   Anti Ilmu atau cetek ilmu?  Seminar pemikiran DBP yang gagal menyerlahkan pemikiran

5.  6/12/2010  Mempersiapkan generasi persuratan menghadapi cabaran abad 21 dan kegagalan generasi sastera menyerlahkan budaya ilmu

6.  3/12/2010  The Bullshit Theory of Democracy dan Sastera Melayu moden

7.  1/12/2010  Perlukah sarjana menjelaskan takrif dan maksud “pemikiran” sebagai istilah?

8.  22/11/2010  Membina generasi taklif dengan kesedaran taklif yang tinggi

9.  20/11/2010  Cabaran intelektual dan cabaran kreatif generasi persuratan

10.  8/11/2010  Biarlah karya kamu dan pengkritik kamu berbicara tentang diri kamu

11.  10/11/2010  SEA Write Award dan maruah para sasterawan

12.  6/11/2010  Generasi persuratan mengambil alih generasi sastera yang tidak relevan lagi

13.  3/11/2010  Mewujudkan Hadiah Persuratan PETRONAS, hapuskan anugerah sastera negara dan gelaran sasterawan negara

14.  1/11/2010  Adakah penilaian Panel Anugerah Sastera Negara dibatalkan oleh pendapat Muhammad Haji Salleh

15.  30/10/2010  Sajak sebagai mantra baru dalam sastera Melayu moden

16.  29/10/2010  Mengapa mesti anti khutbah?

17.  30/10/2010  Siapakah makhluk yang anti khutbah itu?

18.  27/9/2010  Kewajaran gagasan Persuratan Baru

19.  28/9/2010  Kewajaran gagasan Persuratan Baru (bahagian II)

20.  30/9/2010  Kewajaran gagasan Persuratan Baru (bahagian III)

21.  30/9/2010  Kewajaran gagasan Persuratan Baru (bahagian IV)

22.  6/8/2010  Mengelak dari terjerumus dalam kegiatan bullshit, idle talk, “berputar-purat” sebagai ciri utama pemikiran sarjana, pengkritik, dan sasterawan

23.  5/8/2010  Apa maksud/makna “berputar-purat”?

24.  3/8/2010  Seminar pemikiran akan menguji kejujuran dan kehendalan akademik penulis kertas kerja

25.  29/7/2010  Adakah bullshit sama dengan pemikiran di Malaysia?

26.  27/9/2010  Mengapa seminar pemikiran Muhammad Haji Salleh sangat penting

27.  22/7/2010  Seminar pemikiran sasterawan negara Muhammad Haji Salleh

28.  3/7/2010  Wacana membentuk cerita ATAU cerita membentuk wacana? ATAU  bukan keduanya... ATAU boleh jadi kedua-duanya (bah. I)

29.  5/7/2010  Wacana membentuk cerita .... (bah. II)

30.  7/7/2010  Wacana membentuk cerita ... (bah. III)

31.  8/7/2010  Wacana membentuk cerita ... (bah. IV)

32.  14/7/2010  Wacana membentuk cerita ... (bah. V).

                                                Tahun 2011

33.  16/6/2011  Perubahan nilai yang merugikan tamadun Melayu

34.  9/11/2011  Beban intelektual beban akademik dan beban moral dalam kesusasteraan Melayu moden

35.  17/12/2011  Komen cetek dan dangkal sama penting dengan yang bernas untuk mengukur kemampuan intelektual seseorang

36.  14/12/2011  Realisme sebagai puaka intelektual dan puaka akademik dalam perkembangan sastera Melayu moden

37.  5/12/2011  Teruskanlah kekeliruan itu jika anda selesa berada dalam kekeliruan

38.  29/11/2011  Membina institusi sastera melalui pembinaan mitos

39.  20/11/2011  Wujudkan Hadiah Persuratan PETRONAS untuk memartabatkan bahasa Melayu dan Ilmu

40.  13/11/2011  Kembali ke pangkal jalan:  membendung sikap negatif panel anugerah sastera negara

41.   9/11/2011   Beban intelektual, beban akademik, dan beban moral dalam kesusasteraan Melayu moden

42.  20/10/2011   Konsep wacana dalam Persuratan Baru (bah. III/akhir)

43.  5/11/2011  Konsep wacana ... (bah. II)

44.  6/10/2011  Konsep wacana ... (bah. I)

45.  19/9/2011  Penulisan semula sejarah negara versi Majlis Profesor Negara

46.  15/9/2011  Sejarah kemerdekaan dan gagsasan Persuratan Baru

47.  11/9/2011  The bullshit theory of revised Malaysian history (oleh Majlis Profesor Negara)

48.  10/9/2011  Hadiah Persuratan PETRONAS

49.  6/9/2011  Kesusasteraan Melayu sudah mati di Malaysia (ruh Islamnya)

50.  4/9/2011  Peminggiran pelajaran sastera di Malaysia

51.  2/9/2011  Kelesuan berfikir dalam kesusasteraan Melayu

52.  31/7/2011  Perubahan untuk apa? Ke arah mana?

53.  23/7/2011  Golongan bijak pandir dalam kesusasteraan Melayu moden

54.  21/7/2011  Kemanusiaan (humanity), Humanisme, dan faham Jahiliah moden

55.  18/7/2011  Panel Anugerah Sastera Negara sebagai ahli waris sastera Barat.

56.  17/7/2011  Kegagalan Panel Anugerah Sastera Negara memberi arah yang betul dalam kritikan sastera dan penilaian sastera

57.  17/7/2011  Persuratan Baru merombak kaedah lama dalam analisis dan penilaian karya kreatif

58.  16/7/2011  Persuratan Baru merombak kaedah lama dalam analisis dan penilaian karya kreatif (mengapa Panel Anugerah Sastera Negara perlu dikritik)

59.  14/7/2011  Persuratan Baru merombak kaedah lama dalam analisis dan penilaian karya kreatif (Gaya PB IV)

60.  12/7/2011  Persuratan Baru merombak kaedah lama (bah. III)

61.  7/7/2011  Persuratan Baru merombak ... (gaya Persuratan Baru, bah. II)

62.  1/7/2011  Sarjana dan pengkritik sastera bisu tanpa teori Barat

63.  23/6/2011  Bolehkah sasterawan negara berfikir sambil memberi nashat lucu?

64.  6/6/2011  Persuratan Baru merombak  kaedah lama dalam analisis dan penilaian karya kreatif

65.  1/6/2011  Apakah sumbangn sebenar Laporan Panel Anugerah Sastera Negara (bah. III)

66.  25/5/2011  Fitnah dalam politik dan fitnah dalam sastera (hah. III)

67.  18/5/2011  Fitnah dalam politik dan fitnah dalam sastera (bah. II)

68.  16/5/2011  Fitnah dalam politik dan fitnah dalam sastera

69.  14/5/2011  Benarkah sastera Melayu moden dipinggirkan?

70.  17/4/2011  Pemikiran Sisyphus dalam pemikiran sastera Melayu moden

71.  13/4/2011  Kelesuan berfikir dalam kesusasteraan Melayu 

72.  24/3/2011  Sasterawan negara ternyata tidak relevan dalam perkembangan budaya ilmu di Malaysia

73.  15/3/2011  Sebuah nota paria tentang sastera yang tidak paria

74.  12/3/2011  Gagasan Persuratan Baru sebagai kayu ukur dalam penilaian karya kreatif dan analisis akademik

75.  21/2/2011  Antara pariah, Brahmin, dan jiwa Dravidian dalam budaya Melayu

76.  5/1/2011  “Kalau kail panjang sejengkal ...”

TAHUN 2012

77.  23/1/2012  Karya persuratan, karya sastera, karya picisan dalam sastera Melayu

78.  1/2/2012  Mencorak perkembangan persuratan Melayu abad 21

79.  16/2/2012  Menetapkan ukuran dalam kritikan

80.  14/3/2012  Gagasan Persuratan Baru mencabar teori sastera Barat

81.  28/3/2012  Era kegemilangan padirisme di Malaysia

82.   4/4/2012  Taklif dalam seni mengarang: menolak kepalsuan pengajaran sastera dalam kaedah dan teori sastera Barat

83.  3/5/2012  Nilai murni yang kotor

84.  19/5/2012  Kecelaruan kognitif dan kehilangan hujah gerombolan pengekor teori sastera Barat

85.  14/6/2012  Bisukah sastera Melayu tanpa teori sastera Barat?

86.  25/6/2012  Era penentuan dalam perkembangan persuratan Melayu berasaskan ilmu yang benar

87.  8/7/2012  Gaya Persuratan Baru

88.  29/8/2012  Kubur, sasterawan dan kesudahan hidup manusia

89.  7/9/2012  Apakah jenis perubahan dan kemajuan yang kita mahu?

90.  8/9/2012  Menghadapi kerugian yang sengaja diusahakan

91.  13/9/2012  Menghadapi cabaran atau lari dari cabaran? Anda perlu jelas di mana anda berada

92.  15/9/2012  Anjakan sistem pendidikan...?  Anjakan ke arah mana?

93.  19/9/2012  Membakukan ukuran dalam kritikan sastera

94.  29/9/2012  Lagi tentang pembakuan ukuran dalam kritikan sastera

95.  4/10/2012  Sastera tidak perlu ilmu, karya kreatif tidak perlukan pemikiran untuk bernilai tinggi

96.  14/10/2012  Teori sastera Barat dalam tangan sarjana Islam

97.  23/10/2012  Kecelaruan kognitif dalam pembinaan teori sastera: kes Dr. Mana Sikana aka Dr. Abdul Rahman Napiah

98.  25/10/2012  Dunia akademik yang sensitif?

99.  30/10/2012  Diperlukan penjelasan lengkap tentang konsep teori dalam kritikan sastera

100.  1/11/2012  Sekitar konsep teori dalam budaya pandirisme

101.  29/11/2012  Cengkaman pengaruh budaya pandirisme ke atas kesusasteraan Melayu moden

102.  23/11/2012  Pandirisme dalam pendidikan sastera dan penilaian kreatif

103.  1/12/2012  Sejauh mana rasionalnya dunia sastera dan dunia kritikan Malaysia?

104.  4/12/2012  Benarkah sasterawan negara bukan golongan pemikir?

105.  7/12/2012  Penjelasan yang tidak perlu tetapi perlu dilayan

106.  12/12/2012  Gagasan Persuratan Baru dan Kamus Dewan: nota hujung tahun 2012

107.   15/12/2012  Memperkasa ilmu dan persuratan Melayu: mengapa anugerah sastera perlu diganti dengan Hadiah Persuratan PETRONAS?

ENTRI TAHUN 2013

108.  1/1/2013  Tindakan tidak rasional mengangkat sasterawan negara lebih tinggi daripada ahli ilmu

109.  14/8/2013  Beberapa perkembangan menggalakkan dalam sastera Melayu: kemunculan Mutual Admiration Club di kalangan para sasterawan negara dan para penyokong mereka

110.  28/7/2013  Ikhlas mempelajari dan menyebarkan ilmu: satu peringatan tentang kedudukan ilmu dalam kritikan sastera Malaysia

111.  23/7/2013  Talbis Iblis dalam kritikan sastera dan penilaian karya sastera Malaysia

112.  2/7/2013  Persuratan Baru dalam arus perdana kritikan sastera Malaysia

113.  2/6/2013  Kedudukan sasterawan negara yang semakin sukar

114.  31/5/2013  Beban intelektual sasterawan negara: krisis nilai yang berpanjangan

115.  26/4/2013  Dirgahayu Pak Pandir yang memilih padi hampa

116.  25/4/2013  Persuratan Baru menyerlahkan kecemerlangan persuratan Melayu

117.  23/4/2013  Pandirisme mencetus keghairahan retorik peragaan dalam kritikan sastera

118.  16/4/2013  Pandirisme dalam kritikan sastera Malaysia: (retorik peragaan sebagai gaya akademik yang popular)

119.  9/4/2013  Yang tempatan dan yang Barat dalam teori sastera: menyubur atau mengelak pandirisme dalam kritikan sastera?

120.  31/3/2013  Sasterawan negara 13 paling beruntung?

121.  24/3/2013  Retorik peragaan dalam seminar enam orang sasterawan negara

122.  21/3/2013  Baha Zain: penerima anugerah sasterawan negara paling bergaya

123.  26/2/2013  Hadiah sastera perdana Malaysia: Celebrating pandirisme dalam kritikan sastera Melayu

124.  1/2/2013  Pentamilan dan pengkelingan budaya Melayu: satu analisis awal tentang peranan emosi Dravidian dalam budaya Melayu  [nota: sebuah makalah penting yang perlu dibaca kerana kaitannya dengan sikap para sarjana dan sasterawan Melayu terhadap ilmu dan sifat emosional mereka]

125.  11/1/2013  Cemuhan bukan kritikan

126.  1/1/2013  Tindakan tidak rasional mengangkat sasterawan negara lebih tinggi daripada ahli ilmu

ENTRI 2014

127.   31/12/2014  Jangan baca karya sasterawan negara, tetapi baca buku-buku ini

128.  22/12/2014  Nilai sebenar (intrinsic value) karya vs. nilai fatamorgana

129.  21/12/2014  Gagasan Persuratan Baru sebagai ukuran baku dalam kritikan sastera

130.  20/12/2014  Sekali lancung ke ujian ...

131.  19/12/2014  Konsep ilmu yang benarmencabar kejujuran intelek sarjana

132.  17/12/2014  Beberapa catatan hujung tahun blog Persuratan Baru: mengembalikan maruah ilmiah dalam pengajaran sastera

133.  15/12/2014  Kesan negatif pemilihan teks yang salah dalam pendidikan sastera: tolak novel Naratif Ogonshoto sebaga buku teks sastera

134.  13/12/2014  Kesimpulan dari satu perbincangan panjang dan kritis

135.   12/12/2014   Sebuah karya kreatif untuk bersantai: “Karya Falsampah”

136.  10/12/2014  Di mana tempatnya sasterawan negara dalam budaya ilmu?

137.  5/12/2014  Kumpulan 12 dalam politik sastera Malaysia: kesan negatif wujudnya Mutual Admiration Club dalam sastera Melayu

138.  1/12/2014  Sidang kemuncak penulis Malaysia 2014

139.  28/11/2014  Sesat dalam belantara maklumat: peranan teori sastera Barat dalam sastera Melayu moden (bah. III)

140.  Sesat dalam belantara maklumat: peranan teori sastera Barat dalam sastera Melayu moden (bah. II)

141.  20/11/2014  Sesat dalam belantara maklumat: peranan teori sastera Barat dalam sastera Melayu moden (bah. I)

142.  17/11/2014  Cabaran pandirisme yang perlu disanggah

143.  13/11/2014  Membaca dan menilai teks: perlunya kajian kes tentang Panel  Anugerah Sastera Negara

144.  6/11/2014  Menilai karya kreatif dari perspektif perbandingan berasaskan konsep ilmu yang benar

145.  5/11/2014   Samakah retorik teh tarik Baha Zain dengan pretensi intelektual Muhammad Haji Salleh dan “idle talk” Martin Heidegger?

146.  2/11/2014   Kesilapan memalukan yang perlu dihapuskan

147.  28/10/2014   Keunggulan yang cacat:  satu pandangan kritis terhadap sumbangan sasterawan negara dari segi pemikiran dan keupayaan kreatif

148.   10/10/2014   Pretensi intelektual dalam kritikan sastera Melayu

149.   8/10/2014  Sebuah karya yang unik

150.  14/9/2014  Kritikan sastera Melayu antara retorik peragaan dan fatamorgana bahasa:  pandirisme yang gigih dipertahankan

151.  9/9/2014   Fatamorgana bahasa dan kritikan sastera dan penilaian karya

152.   8/9/2014  Fatamorgana bahasa dalam karya akademik dan karya kreatif di Malaysia

153.   5/9/2014  Wajarkah para sasterawan negara dinilai dengan penulis yang tidak setaraf dengan mereka?

154.   31/8/2014  Benarkah tidak ada sarjana ciritan?

155.   18/8/2014  Sanggahan terhadap gagasan Persuratan Baru

156.  17/8/2014  Menghadapi cabaran:  satu cabaran untuk para sasterawan negara, sarjana, pengkritik dan penilai sastera

157.   13/8/2014  Kritikan sastera yang naif, keliru dan anti-ilmu

158.  6/8/2014  Menapak di Balai Maqamat

159.  22/7/2014   Balai Maqamat  sebagai ukuran kemampuan intelektual pembaca kritis

160.  3/7/2014  Semakin cepat kita betulkan, semakin baik untuk kita

161.  29/6/2014   Catatan 4 untuk bahagian I: Bolehkah anda menulis sajak Inggeris menggunakan bahasa Melayu?

162.  26/6/2014   Catatan 3 untuk Bahagian I: sarjana ciritan dalam budaya pandirisme, pandai tulis dan pandai mengarang

163.  25/6/2014  Catatan 2 untuk Bahagian I

164.   24/6/2014  Catatan untuk Bahagian I

165.  24/6/2014  Kemunclan sasterawan negara a dalah satu penyelewengan budaya yang amat besar dan yang paling bodoh yang kita lakukan ketika kita  seharusnya sudah cerdik

166.  16/6/2014  Terorisme dalam sastera Melayu

167.  15/6/2014  Lagi tentang Balai Maqamat

168.  14/6/2014   Nota kecil tentang Balai Maqamat

169.   11/6/2014  Balai Maqamat: sinar baru persuratan Melayu

170.  10/6/2014  Revolusi pandirisme dalam sastera dan kritikan sastera

171.  7/6/2014  Feminisme: malapetaka sastera Melayu moden

172.  5/6/2014  Pandirisme progresif dan Panel Anugerah  Sastera Negara: peranan parasite dalam kritikan sastera

173.  2/6/2014  Manakah karya besar sasterawan negara?  Mengalu-alukan kemunculan pandirisme progresif dalam sastera Melayu moden

174.  31/5/2014  Hudud dan kesusasteraan Melayu moden: tertegaknya pandirisme dan Mutual Admiration Club dalam sastera Melayu moden
[catatan: antara tulisan yang terpanjang]

ENTRI TAHUN 2015

175.  24/6/2015  Kesilapan besar melantik sasterawan negara masih boleh dibetulkan

176.  16/6/2015  Sastera tidak dapat dijadikan teras negara bangsa

177.  13/6/2015  Kekeliruan yang membawa kepada sikap biadab  terhadap ilmu dan budaya Melayu

178.  8/6/2015  Antara cabaran intelektual dan retorik teh tarik

179.  1/6/2015  Teksdealisme lambang pandirisme dalam kritikan sastera

180.  22/5/2015  Pandangan kritis tetapi positif terhadap teksdealisme  Mana Sikana yang gagal sebagai kaedah kritikan

181.  2/5/2015  Mana Sikana dan gagasan Persuratan Baru:  siapa melanggar siapa?

182.  29/4/2015  Teksdealisme  Mana Sikana antara bijak pandir dan bijak pandai dalam budaya pandirisme

183.   26/4/2015  Mana Sikana dan kebangkerapan kritikan sastera Melayu

184.  19/4/2015  Mana Sikana penulis  Sasterawan Negara di Takhta Keunggulan: kegagalan teksdealisme memahami keunggulan sejati

185.  6/4/2015  Korupsi budaya dan akademik: berani untuk mengaku silap dan membetulkannya

186.  4/4/2015  Revolusi Persuratan Melayu: menangani perubahan abad 21 yang tidak dapat dielakkan

187.  9/3/2015  Cabaran pandirisme dalam kegiatan intelektual

188.  6/3/2015  Sedikit nota tentang membaca dengan kreatif dan kritis

189.  3/3/2015  Menghadapi cabaran intelektual dari Barat dalam perkembangan sastera Melayu moden

190.  21/2/2015  Pandirisme dalam kritikan sasteraa Melayu

191.  30/1/2015  Beberapa prinsip utama untuk memajukan persuratan Melayu

192.  28/1/2015  Sasterawan negara, sarjana sastera sebagai pembuli sastera Melayu.

193.  25/1/2015  Pak Pandir, pandirisme dan budaya pandirisme dalam sastera Melayu

194.  19/1/2015  Kegagalan sidang kemuncak penulis Malaysia dan maknanya dalam perjuangan mendaulatkan ilmu dalam Persuratan Baru

195.   18/1/2015  Pengkanunan sasterawan negara adalah satu jenayah intelektual dalam kesusasteraan Melayu

196.  16/1/2015   Siapakah penghalang kemajuan berfikir dalam kesusasteraan Melayu

197.  14/1/2015  Sidang kemuncak penulis Malaysia yang kaya cadangan tetapi miskin pemikiran bernas

198.  4/1/2015  Sasterawan negara bukan golongan pemikir dan mereka tahu

199.  3/1/2015  Anda tahu makna stylization of ideas?

Tambahan yang tertinggal dalam senarai, Julai-Oktober 2015

200.  5/7/2015  Kejujuran akademik dan keterampilan penilaian dalam kritikan sastera

201.  14/7/2015  Kayu buruk dalam sastera Melayu: memberi tempat yang wajar kepada sasterawan negara

202.  Gagasan Persuratan Baru mencerdikkan pelajar dan bangsa Melayu

203  25/7/2015  Jangan malukan dunia akademik dan cemarkan kebudayaan Melaysia

204.  30/7/2015  Memberi makna kepada kegiatan kreatif berasaskan konsep ilmu yang benar

205.  1/8/2015  Pemikiran dalam karya kreatif  (sentuh fasal 1MDB)

206.  4/8/2015  Plot 1MDB: satu teknik dalam naratif pascamodenisme

207.  11/8/2015  Wajah-wajah pandirisme  di sebalik baju intelektual palsu

208.  14/8/2015  Indera bau dalam kritikan sastera: satu cara pembelaan terhadap para sasterawan negara

209.  1/9/2015  Pandirisme, feminisme, sobbing orgasm dalam kritikan sastera Melayu

210.  14/9/2015  Sejarah yang keliru atau ahli sejarah yang buntu-keliru

211.  30/9/2015  Teruskanlah kekeliruan jika anda selesa berada dalam kekeliruan

212.  3/10/2015  Ulasan buku: Sastera teras negara bangsa (ITBM 2014)

213.  5/10/2015  Ulasan buku: sastera teras negara bangsa (bah. II)

214.  Ulasan buku: sastera teras negara bangsa (bah. III)


BLOG TAHUN 2016

215. 13/3/2016   Mawar tidak sama dengan ros: satu analisis berasaskan dekonstruksi bikinan Jacques Derrida

216.  15/3/2016  Bahagian II: Mawar tidak sama dengan ros:  satu analisis ...

217.  20/3/2016   Bahagian III (penutup): Mawar tidak sama dengan ros: satu analisis ...

218.  21/3/2016  Bantahan dan jawapan (Bahagian III:  Mawar tidak sama dengan ros...)

219.  26/3/2016  Kritikan sastera Barat sebagai lambang kemenangan Iblis memperdaya manusia: Satu wacana dalam “Decolonising the University.”
[peranan Iblis sudah disebut dalam entri 23/7/2013, dalam senarai no. 111.]

220.  28/3/2016  Krtikan sastera Barat ... (Bah. II)

221.  30/3/2016  Kritikan sastera Barat ... (Bah. III)

222.  31/3/2016  Seni avant-garde  di era pascamodenisme

223.  6/4/2016  Pandirisme Dalam Komuniti Dunia sudah terbit

224.  11/4/2016  Rupanya kamu semua takutkan pelanggaran





Monday, April 11, 2016

RUPANYA KAMU SEMUA TAKUTKAN PELANGGARAN

Penerbitan Padirisme Dalam Komuniti Dunia memberikan saya banyak faedah dalam memahami kematangan berfikir para sarjana dan sasterawan. Mereka yang selama ini disanjung berlebihan, dipuji melangit melepasi tujuh petala langit (oleh itu hilang dalam kabus kerana tidak ada lagi langit yang dapat menerima pujian itu), atau yang diberi ungkapan dan kata-kata manis yang tidak tertelan kerana terlalu manis dan mewah dengan hiasan bersifat manisan pujaan yang tak terbawa oleh diri yang menerima kerana terlalu diagungkan dan dimuliakan, maka sewaktu mereka ini didatangi Pak Pandir memberikan sindiran yang amat tajam menusuk keangkuhan mereka, dalam kata-kata manis seperti, “Dirgahayu anda semua yang tidak bodoh seperti aku. Kamu gelarkan aku Pak Pandir dan berasa sangat bangga kerana sangka kamu hanya aku seorang saja yang layak menjadi Pak Pandir,  sekarang bagaimana apabila kamu diberi kedudukan yang mulia di atas takhta pandirisme, mengapa pula kamu menjadi marah? Marahkan siapa?,” maka ketika itulah mereka berasa telah dilanggar dengan kasar oleh hanya satu istilah, pandirisme. Kini mereka mula faham makna pelanggaran setelah mereka sendiri dilanggar untuk memberi jalan kepada kebenaran. Sebelum itu mereka sangat bangga apabila Sikana berkata, mereka telah melanggar semua kebiasaan yang ada untuk mencetuskan keistimewaan dalam karya mereka. Ketika itu mereka sangat bangga digolongkan sebagai sasterawan yang menjadikan pelanggaran sebagai wahana untuk mencapai tingkat paling tinggi sebagai sasterawan yang paling berani dan asli, atau menurut Sikana mencapai status tertinggi sebagai seorang pelanggar yang telah mencapai kedudukan individualismenya yang ulung, oleh itu layak didudukkan di atas takhta keunggulan. Mereka amat berterima kasih kepada Sikana yang telah membawa mereka kepada kedudukan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh sesiapa sekalipun sehinggalah mereka diberi gelaran “sasterawan negara.”  Dengan tidak semena-mena, mereka seolah-olah disentap dari tempat duduk mereka di atas takhta keunggulan yang diberikan Sikana itu untuk didudukkan oleh Pak Pandir di atas tikar buruk yang hapak berjenama pandirisme. Mengapa mereka tidak dapat menerima pelanggaran ini? Tidakkah pelanggaran itu satu kualiti paling tinggi dalam pemikiran manusia menurut Sikana? Gagasan Persuratan Baru telah melaksananakan tugas besar yang mulia itu dengan berjaya memberi  penilaian yang paling tepat kepada para sasterawan negara ini melalui falsafah pandirisme.  Mengapa mereka tidak dapat menerima pelanggaran sebagai satu konsep penting dalam pencapaian kritikan sastera?  Pandirisme adalah satu pencapaian tertinggi dalam kritikan sastera Malaysia berasaskan pelanggaran kepada semua teori sastera yang terpakai di Malaysia sekarang.  Mengapa pandirisme tidak boleh melanggar sasterawan negara yang jelas tidak layak berada di kedudukan itu? Apa sudah jadi?

Sesungghnya tidak gugur sehelai daun tanpa izin Allah (al-Quran).  Sesungguhnya pelanggaran telah diterima sebagai ciri terpenting teksdealisme Sikana yang telah berjaya meletakkan para sasterawan negara di takhta keunggulan.  Nah, sekarang mengapa pula pandirisme, satu “pelanggaran” yang paling ampuh dalam kritikan sastera Melayu, mesti ditolak oleh orang yang sama yang telah menerima pelanggaran sebagai ciri terpenting dalam keunggulan kreatif. Mengapa tidak boleh digunakan pelanggaran sebagai ciri terpenting dalam pencapaian pemikiran kritikan dalam sastera Melayu? Sekarang anda sudah dapat melihat betapa bodohnya konsep pelanggaran itu dalam kritikan sastera, dengan itu tidak boleh digunakan untuk memuji para sasterawan negara seperti yang dibuat oleh Sikana, maka ini pula memberi kesimpulan yang amat memedihkan para sasterawan negara sendiri apabila mereka sedar mereka sebenarnya tidak layak diletak di atas takhta keunggulan seperti yang telah dilakukan dengan tidak bertanggujngjawab oleh Sikana.

Baiklah, kata anda dengan menyesal, andainya benar teksdealisme telah gagal secara total untuk menilai pencapaian kreatif para sasterawan negara, kerana teksdealisme itu sendiri adalah palsu, maka ini, kata anda, tidak bererti sasterawan negara tidak layak diberi gelaran dan kedudukan itu.  Kata anda dengan yakin, mereka telah dinilai dengan tepat dan objektif oleh Panel Anugerah Sastera Negara, yang tidak tahu menahu tentang teksdealisme yang menjadikan pelanggaran sebagai ukuran tertinggi yang dicapai oleh semua sasterawan negara. Maka apakah pula ukuran yang digunakan oleh Panel Anugerah Sastera Negara? Apakah jawapan anda?  Jika anda membaca laporan Panel Anugerah Sasera Negara, anda akan dapati mereka tidak menggunakan apa-apa ukuran pun; tetapi mereka sangat ghairah mencari alasan yang menurut mereka sesuai dengan ciri-ciri tertentu karya para sasterawan negara. Maka lahirlah istilah eksperimen, kelainan,  bersifat filosofikal, keindahan bahasa yang anti khutbah, tiadanya moral dan nilai-nilai moral, leluasanya kejahatan sebagai tema utama,  kecanggihan intelektual, alusi yang merentasi sempadan dan dengan itu bertaraf antarabangsa, dan lain-lain yang anda boleh dapat dengan mudah jika anda membaca laporan Panel. Tetapi ada satu aspek yang tidak disebut dengan tuntas, iaitu aspek kecanggihan berfikir dan kecanggihan kreatif. Walaupun semua sasterawan negara melalui ujian untuk  melonjakkan mereka sebagai “pemikir” melalui Seminar Pemikiran Sasterawan Negara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, namun tidak satu pun seminar itu berbicara tentang peranan ilmu dalam karya kreatif, malah mereka amat galak membicarakan aspek cerita dalam konteks penglipur lara yang memang digemari oleh para sasterawan negara keseluruhannya. Walaupun Muhammad Haji  Salleh dinilai sebagai pensajak intelektual, tetapi karyanya yang mendapat sanjungan tertinggi Panel adalah sebuah karya penglipur lara. Apa sudah jadi?

Kita banyak membuang masa dan wang membicarakan sasterawan negara ini, padahal mereka tidak layak diberi perhatian demikian. Hingga sekarang belum ada sarjana yang mahu tampil dengan berani untuk mengatakan para sasterawan negara itu jauh lebih berjasa dan lebih mendalam ilmunya daripada para ulama dan cendekiawan sehingga membolehkan mereka mengatasi kedudukan para ulama dan cendekiawan.  Adakah kesimpulan Panel dan para sarjana ini benar?  Nampaknya mereka berada dalam ketakutan yang amat sangat untuk mengiakannya, kerana mereka memang tahu tidak seorang pun di antara sasterawan negara itu layak diberi tempat yang lebh mulia daripada kedudukan para ulama dan cendekiawan; oleh itu sikap terbaik, menurut mereka, ialah mendiamkan diri. Tetapi sikap ini amat tidak bertanggungjawab, dan ternyata amat biadab, oleh itu mengapa mereka terus menerus mendiamkan diri, tidak mahu tampil menghujahkan isu ini dengan tuntas?  Kasihan kepada para sasterawan negara, yang kini diturunkan kedudukannya lebih rendah daripada kedudukan Pak Pandir sebagai tokoh dalam cerita jenaka Melayu, yang dengan tidak disangka-sangka muncul sebagai seorang pemikir Melayu yang ulung, yang mencetuskan falsafah pandirisme. Adakah ini menggambarkan para sasterawan negara ini berada dalam komuniti pandirisme antarabangsa, atau mereka memang tidak perlu mengatasi para ulama dan cendekiawan untuk diletakkan di atas takhta keunggulan, kerana tugas dan peranan mereka berbeza daripada para ulama. Kalau begitu, apakah tugas dan peranan mereka? Menurut Panel Anugerah Sastera Negara,  para sasterawan negara ini adalah para pejuang kemerdekaan negara yang ulung.  Tetapi kesimpulan Panel ini adalah satu penipuan besar. Yang menjadi pelopor perjuangan kemerdekaan ialah para ulama, diikuti kemudiannya oleh para nasionalis. Ketika itu sasterawan berada di mana?  Sekarang sudah jelas para sasterawan ini mahu membuat klaim yang menentang hakikat sejarah. Ini nampaknya dibenarkan, kerana tugas mereka sebagai penglipur lara ialah mencipta naratif penglipur lara dalam sejarah perjuangan kemerdekaan itu, dengan mereka muncul sebagai pelopornya.

Inilah hakikat pandirisme yang menjadi perjuangan para sasterawan negara ini. Mereka telah membawa nilai-nilai baru yang palsu dari Barat yang asing dalam tradisi persuratan dan tradisi intelektual kita. Ini telah diterima oleh Panel Anugerah Sastera Negara dalam laporan mereka. Perkara ini telah saya bincang agak meluas, oleh itu sesiapa juga yang tidak setuju boleh membacanya sendiri dalam blog ini.  Kalau anda tidak bertemu, janganlah pula berdalih anda tidak tahu mencarinya, atau malas mencarinya, atau memang tidak peduli. Kalau begitu, tepatlah anda berada dalam budaya pandirisme yang pinggiran dari segi intelektual, yang cetek meraba-raba dari segi ilmu. Inikah jenis manusia yang dijadikan sasterawan negara?

Mohd. Affandi Hassan
Petaling Jaya, 11 April 2016.