tag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post7569848116735901566..comments2023-10-03T17:17:52.621+08:00Comments on GAGASAN PERSURATAN BARU: PANDIRISME DALAM KRITIKAN SASTERA MALAYSIA: (retorik peragaan sebagai gaya akademik yang popular)Mohd Affandi Hassanhttp://www.blogger.com/profile/14807359094473170443noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-74471645102691716242015-03-02T22:19:18.293+08:002015-03-02T22:19:18.293+08:00assallam tuan yang mulia, baru saja singgah ke lam...assallam tuan yang mulia, baru saja singgah ke laman ini. belum diketuk pintu sudah bergema senda bicara.masih boleh dilewati gelanggang pencak silat kata?sebenarnya seronok berada di luar balai melihat para pemikir dalam laman pujangga ini yang hebat-hebat.masih adakah ruang itu?jhttps://www.blogger.com/profile/09195423822284706637noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-63626951312193166942013-04-19T07:57:50.272+08:002013-04-19T07:57:50.272+08:00Salam Anonymous.
Pak Kadok sudah jadi Rafizi Raml...Salam Anonymous.

Pak Kadok sudah jadi Rafizi Ramli yang jumpa kandang lembu Shahrizat? Macam-macam profesor timbulkan sensasi. Saya namakan ini penyakit Si Tanggang yang melahirkan falsafah pandirisme dalam sastera Melayu moden. Bagusnya, kini saya faham mengapa Malaysia punya defisit hampir 600 bilion (atau sudah lebih?) kerana yang mengatur strategi ekonomi dan politik Malaysia ialah Pak Kadok!! Dari segi itu pendapat Prof. Rahman Shaari boleh diterima seadanya sebagai lawak akademik. Ini pun lahir dalam dunia akademik akibat merebaknya padirisme dalam arus perdana. Lucukah jika mereka persoalkan PB tetapi menerima pandirisme? Agaknya inilah contoh "pemikiran" kontot para sasterawan dan sarjana kita. Tak sangka pengaruh Pak Pandir begitu kuat dalam pemikiran mereka ...Mohd Affandi Hassanhttps://www.blogger.com/profile/14807359094473170443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-37573617932594901882013-04-18T08:42:05.026+08:002013-04-18T08:42:05.026+08:00Salam Tuan Affandi.
Cerita-cerita rakyat seperti ...Salam Tuan Affandi.

Cerita-cerita rakyat seperti Pak Pandir, Pak Kaduk, Mat Jenin, Si Tanggang dan seumpamanya pada saya dan disokong oleh kajian-kajian terdahulu sebagai cerita-cerita rakyat yang bertujuan mendidik rakyat agar tidak menjadikan perbuatan dan tindakan watak-watak itu sebagai teladan. Kita diajar untuk tidak menjadi seperti Mat Jenin yang akhirnya jatuh dari pohon kelapa kerana asyik berangankan seorang puteri. Kita diajar tidak menjadi bebal seperti Pak Kaduk dan Pak Pandir. Inilah yang ingin diajar orang tua ketika itu kepada anak-anak mereka.

Akan tetapi amat menyedihkan apabila peredaran masa melahirkan golongan 'cerdik pandai' menjadikan 'kecerdikan' yang dimiliki dengan memberikan interpretasi yang jelas bercanggah dengan peranan cerita rakyat pada masa dahulu. Bagi saya interpretasi tetap perlu berteraskan sesuatu yang benar dan tidak boleh diubah sesuka hati mengikut sistem nilai tersendiri.

Saya teringat akan Prof. Rahman Shaari yang juga memberikan tafsiran baharu kepada cerita rakyat Pak Kaduk (dalam satu majlis baca puisi). Jika Si Tanggang dianggap sebagai bukan lagi anak derhaka, Pak Kaduk oleh Prof. Rahman dianggap sebagai ahli pengatur strategi ekonomi dan politik yang baik dengan hujah Pak Kaduk memberikan ayamnya kepada Raja supaya dirinya tidak dibunuh. Bagaimanakah pendapat Tuan mengenainya?

Berkenaan pandangan Anwar Ridhwan itu yang juga baru saya baca beberapa hari lalu, memang mengundang persoalan apabila beliau mengatakan bahawa yang perlu ada ialah teks, bukan teorinya. Bagaimanakah sebuah teks sebagai model karya sesebuah teori boleh dibina sebelum terbinanya sebuah teori? Tuan telah memberikan saya penjelasan mengenainya seperti di atas. Terima kasih.
Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-87979065698798210502013-04-17T09:10:13.904+08:002013-04-17T09:10:13.904+08:00Saya telah turunkan kutipan daripada tulisan Georg...Saya telah turunkan kutipan daripada tulisan George Orwell tentang Tolstoy selepas kutipan daripada Tolstoy untuk makluman/perbandingan. Terima kasih.Mohd Affandi Hassanhttps://www.blogger.com/profile/14807359094473170443noreply@blogger.com