tag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post6495555047014022811..comments2023-10-03T17:17:52.621+08:00Comments on GAGASAN PERSURATAN BARU: YANG TEMPATAN DAN YANG BARAT DALAM TEORI SASTERA: MENYUBUR ATAU MENGELAK PANDIRISME DALAM KRITIKAN SASTERA?Mohd Affandi Hassanhttp://www.blogger.com/profile/14807359094473170443noreply@blogger.comBlogger7125tag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-63356210546827531422013-04-14T23:41:05.190+08:002013-04-14T23:41:05.190+08:00Salam Tanpa Nama kedua,
"Tuan Mohd Affandi c...Salam Tanpa Nama kedua,

"Tuan Mohd Affandi cakap benda yang sama sahaja...pusing-pusing benda yang itu-itu juga. Saya cadangkan, atas tujuan mengangkat Persuratan Melayu supaya lebih dihormati dan mudah difahami ..."

Merujuk kenyataan saudara, Tuan Affandi seorang pejuang dan setiap pejuang tidak akan lelah memperjuangkan segala yang diperjuangkan secara tekal. Tidakkah Tuan Tanpa Nama yang kedua dapat mengesan hal ini? Dan, saya hairan apabila saudara katakan ... supaya PB mudah difahami. Apakah PB yang sumber-sumber ilmunya berdasarkan bahasa Melayu dan falsafah serta hakikat-hakikatnya bersumberkan Quran itu lebih sukar untuk difahami berbanding lambakan teori Barat yang selalunya 'sesat Barat' itu. Apabila saudara anjurkan Tuan Affandi agar menulis review, jelas saudara tidak prihatin akan luasnya data-data mengenai PB pada masa kini, dan sarjana-sarjana yang sudahpun menggunakan PB sebagai teras analisis seperti yang dimaklumkan anonymous di atas. Saudara perlu bersungguh-sungguh dalam hal ini seperti bersungguh-sungguhnya memahami yang Barat beri. Saudara kena baca tanpa prejudis dan tahu tuju PB, dengan itu lebih mudah untuk kenal dan tahu tentang PB.

salam intifadahAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-75324300160310231842013-04-14T22:26:13.606+08:002013-04-14T22:26:13.606+08:00Tuan Anonymous April 12,
Soalan Tuan menampakkan ...Tuan Anonymous April 12,

Soalan Tuan menampakkan jahilnyan pengetahuan Tuan tentang PB. Tuan boleh dapatkan tulisan Prof. Ungku Maimunah Tahir, Dr. Zariat Dr Zulkarnain, Dr. Shahrizal Nasir. Bukan setakat review, "kritikan maut" sudah mereka semua lakukan. Cuma Tuan kena rajinlah. Kalau semua nak disuap dalam blog, macamana nak pandai. Sudahnya bak kata Affandi Hassan, Tuan jadi "Pak Pandir" je.

Bukan Mak AndirAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-25681051416048328102013-04-14T22:06:48.585+08:002013-04-14T22:06:48.585+08:00Salam Tuan Affandi.
Perlukah Tuan layan semua per...Salam Tuan Affandi.

Perlukah Tuan layan semua permintaan? Tuan ada tugas besar untuk Persuratan Melayu abad 21. Saya harap Tuan fokus saja pada tugas besar itu, sebab sarjana lain tak mampu berbuat seperti Tuan. Semoga Allah Ta'ala sentiasa membimbing Tuan. AminAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-53365970038723808182013-04-12T18:38:34.332+08:002013-04-12T18:38:34.332+08:00Terima kasih. Cadangan yang baik. Akan saya pertim...Terima kasih. Cadangan yang baik. Akan saya pertimbangkan.Mohd Affandi Hassanhttps://www.blogger.com/profile/14807359094473170443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-88846638976960794682013-04-12T14:45:36.206+08:002013-04-12T14:45:36.206+08:00Tuan Mohd Affandi cakap benda yang sama sahaja...p...Tuan Mohd Affandi cakap benda yang sama sahaja...pusing-pusing benda yang itu-itu juga. Saya cadangkan, atas tujuan mengangkat Persuratan Melayu supaya lebih dihormati dan mudah difahami, mungkin ada patutnya menulis review buku yang dikatakan mengikut panduan PB ini. Pembaca sastera perlu tahu buku mana yang selaras dengan idea dan kehendak PB...Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-55648810944001390602013-04-11T17:47:58.171+08:002013-04-11T17:47:58.171+08:00Salam Anonymous.
Terima kasih memberikan komenta...Salam Anonymous.

Terima kasih memberikan komentar yang bernas. Sukar juga nak percaya ada sarjana seperti yang disebut. Barangkal bilangannya terlalu kecil; walaupun begitu, rugi juga pelajar yang terjatuh ke dalam tangan sarjana begini. Yang perlu dibuat pelajar ialah mencari sendiri bahan baru dan berani bertanya sarjana seperti itu apa fikirannya sekirannya ada perkembangan baru. Sekurang-kurangnya dia tahu ada perkembangan baru, lebih-lebih lagi bila ditunjukkan dokumennya, jadi dia kena tengok juga. Kalau tak mahu juga, sajalah ...Mohd Affandi Hassanhttps://www.blogger.com/profile/14807359094473170443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-33866939003012463382013-04-10T10:25:30.019+08:002013-04-10T10:25:30.019+08:00Assalamualaikum Tuan Haji Mohd. Affandi Hassan.
P...Assalamualaikum Tuan Haji Mohd. Affandi Hassan.

Pada hemat saya, tepat sekali kenyataan Tuan yang mengatakan para sarjana sastera tempatan yang menolak keutamaan ilmu yang benar dalam PB bertolak daripada keegoaan mereka yang enggan tunduk pada kebenaran ilmu. Selagi mereka yang mengajarkan calon-calon penggiat sastera kita, selagi itulah dunia penulisan terus dibumbui kekalutan terhadap faham ilmu yang benar dan taggungjawab manusia (termasuk penulis) dalam berkarya atas tanggungjawab sebagai hamba-Nya dan khalifah-Nya. Kritikan sastera oleh mereka adalah menganalisis karya berdasarkan teori atau lebih tepat lagi kritikan ala terapan tanpa sebarang permasalahan.

Baru-baru ini, dalam satu kuliah yang dikendalikan seorang sarjana dan pengkritik sastera tempatan, sarjana anti'ilmu' ini telah mengeluarkan kenyataan "Semua pengkaji tidak salah dalam mengemukakan setiap kritikannya' dalam konteks perbicaraan mengenai kaedah kritikan berteraskan teori Barat yang begitu ditekankan. Bagi saya, kenyataan berkenaan terlalu berat kerana teori Barat yang tidak didasarkan pada falsafah taklif tentu sekali tidak membawa kebaikan dan kebenaran kepada pengkaji khususnya pengkaji Islam. Apabila hal ini tidak dipenuhi, bukankah pengkaji telah mengabaikan hak pelajar/pembaca/khalayak untuk mendapatkan kebenaran?

Pelajar sarjana seperti ini tidak diajar untuk menghasilkan kritikan yang berkualiti, apatah lagi mengingatkan pelajar agar selalu mengingati diri sebagai hamba-Nya dan khalifah-Nya ketika memegang pena.

Tindakan paling sadis oleh sarjana seperti ini adalah apabila mereka telah meletakkan sempadan kepada pelajar untuk memahami PB atas dasar sukar didapati bahan sumber walaupun hakikatnya mereka sendiri tahu korpus mengenai PB kini semakin menimbun. Teori-teori Barat diajar dengan megah, dengan menderetkan nama-nama pelopor teori kepada pelajar-pelajar yang tidak kenal nama-nama itu.

Lebih menjengkelkan apabila kemunculan teori-teori 'tempatan' seperti Teori Warisan tidak langsung memberi sesuatu yang baharu, sistematik dan penting dalam makna sebenar 'kritikan' malah membuatkan peneliti teori berkata "Okey, semua boleh dirobohkan dalam karya. So what?"

Inilah yang saya kira antara contoh ledakan pandarisme dan kemandulan penyaringan dalam jiwa, yang diaplikasi oleh sarjana-sarjana sastera yang arus perdana sifatnya.Anonymousnoreply@blogger.com