tag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post3455369388569135486..comments2023-10-03T17:17:52.621+08:00Comments on GAGASAN PERSURATAN BARU: SISTEM DEMOKRASI YANG TIDAK MENCERMINKAN PILIHAN RAKYATMohd Affandi Hassanhttp://www.blogger.com/profile/14807359094473170443noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-71216158325872315922013-05-24T22:41:41.173+08:002013-05-24T22:41:41.173+08:00PRU 13 membuktikan rakyat sudah bijak menilai. UMN...PRU 13 membuktikan rakyat sudah bijak menilai. UMNO wajib berubah. Hentikan korupsi! Harta tak membantu di dalam kubur jika datangnya daripada yag haram (penipuan, penyelewengan, korupsi)

Sedarlah UMNO, jangan jadi Melayu yang kurang ajar.

-Anak Selangor-Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-18211462086396121882013-05-24T09:51:24.002+08:002013-05-24T09:51:24.002+08:00Salam Sdr. Kutukan Dewata.
Satu soalan bodoh: Men...Salam Sdr. Kutukan Dewata.

Satu soalan bodoh: Mengapa Kutukan Dewata, nama Hindu? Adakah sdr. keturunan Hindu Bali?

Komentar sdr. boleh diterima UMNO kerana menguntungkan mereka; tetapi sukar diterima sistemnya yang tidak mencerminkan keadilan untuk rakyat/pemilih. Selama 56 tahun sistem itu gagal memberi kebaikan kepada Melayu. Saya dari Kelantan, tidak boleh terima Melayu Kelantan dihina dan dikutuk UMNO sudah lebih setengah abad. Apakah yang membuat UMNO bersikap anti-Melayu? Seorang sahabat saya, dalam tahun 1977, dalam tesis Ph.D. beliau tentang hubungan Kelantan dan Federal, membuktikan betapa Kelantan disisih dari pembangunan hanya kerana politik. Mengapa pemimpin UMNO begitu kurang ajar terhadap rakyat Kelantan? Saya ramai kawan di antara pemimpin UMNO, dan pernah cadangkan supaya buat saja kemajuan yang anda/UMNO mahu, tak usah ungkit-ungkit, biar rakyat sendiri yang berkata: Ini kemajuan/pembangunan yang diusahakan oleh para pemimpin UMNO. Saya ditempelak kerana mengajukan kebaikan untuk Melayu. Mengapa UMNO takut sangat hendak mengajar Melayu berdikari? Biar mereka kritis dan terbuka, itu akan membantu para pemimpin mengenal masalah dan denyut nadi rakyat. Dalam keadaan sekarang, Melayu luar bandar tak ubah ayam daging, menunggu makanan dari tuannya. Ini yang membiakkan rasuah, hingga sekarang rakyat tidak tahu lagi mana yang rasuah mana yang hak mereka. Rasuah sudah dibudayakan. Tidakkah ini akibat sistem pilihan raya yang menggalakkan rasuah dan penipuan? Pak Sako pernah memberitahu saya, sekitar 1968 di Terengganu, orang Temerloh terjumpa bungkusan undi untuk Pak Sako di dasar sungai Temerloh. Sdr. dari Jerantut boleh sahkan atau deny dakwaan ini. Sahabat saya Almarhum Bung Karim pernah merintih katanya dia sudah cuba mendapat persetujuan kerajaan supaya dinamakan sebuah sekolah menengah dengan nama Pak Sako (Ishak Hj. Muhmmad). Saya diberitahu sudah pun ada sekolah yang bernama itu. Betulkah? Bung Karim beritahu, orang UMNO bilang Pak Sako itu komunis!! (Sungguh baik budi pekerti UMNO dan para pemimpinnya.)Mohd Affandi Hassanhttps://www.blogger.com/profile/14807359094473170443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-47174434409619849612013-05-23T09:37:53.229+08:002013-05-23T09:37:53.229+08:00dato harun taib pun menerima keputusan rakyat deng...dato harun taib pun menerima keputusan rakyat dengan hati terbuka.soal undi elektoral atau undi popular itu hanyalah sistem.undi popular sesuai untuk sistem pemilihan individu seperti memilih presiden sesebuah negara.undi elektoral sesuai dengan politik malaysia yang mengutamakan kelompok kawasan.kalau sistem undi popular di gunapakai untuk kelompok kawasan akan berlaku ketidak adilan. contohnya kerajaan yang dipilih hanya menumpukan kepada kawasan yang ramai orang.kawasan yang tidak ramai penduduk akan di abaikan kerana undi mereka tidak menjejaskan kerajaan.

sudah tentu kawasan seperti kawasan teresa kok akan diberi tumpuan kerana di situlah lubuk undi.kawasan seperti ulu tembeling yang tak ramai penduduk boleh diabaikan kerana undi mereka tidak boleh menggugat kerajaan.

jadi pembangkang janganlah menyalahkan sistem.yang penting berusaha memenangi hati pengundi di kawasan luar bandar dengan strategi yang betul di samping pembangkang perlu di pimpin oleh pemimpin yang tak banyak masalah seperti sekarang.Kutukandewatahttps://www.blogger.com/profile/08981308752726765130noreply@blogger.com