tag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post2461761322419813206..comments2023-10-03T17:17:52.621+08:00Comments on GAGASAN PERSURATAN BARU: MAWAR TIDAK SAMA DENGAN ROS: Satu Analisis Berasaskan Dekonstruksi Bikinan Jacques DerridaMohd Affandi Hassanhttp://www.blogger.com/profile/14807359094473170443noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-65918617518828098562016-03-14T18:48:05.655+08:002016-03-14T18:48:05.655+08:00Sdr. Ramlee Wahab, terima kasih kerana membaca blo...Sdr. Ramlee Wahab, terima kasih kerana membaca blog ini.<br /><br />Ada teguran mengatakan saya terlalu memberi perhatian kepada sasterawan negara, seolah-olah mereka saja yang wujud dalam sastera Melayu. Perlukah saya jawab? Beginilah, untuk mudah difahami. Katalah saya suka ayam percik, dan memilih ayam percik dari masakan yang lain, dan setelah merasanya berkata dengan tegas: Ini bukan ayam percik, ini ayam bakar yang tak masak disapu santan masam, bukan ramuan percik yang betul. Sekira-kira begitulah karya para sasterawan negara ini. Dipasarkan sebagai ayam percik yang tak masak, dengan ramuan santan yang masam, bukan ramuan ayam percik yang betul. Bagi orang yang tak pernah makan ayam percik, atau tidak mempunyai pengalaman menikmati ayam percik yang tulen, yang asli, maka dia pakai hantam saja, tak kira kualitinya kerana dia memang tidak tahu kualiti ayam percik yang sebenar. Itulah kedudukan para sarjana yang memuji melangit para sasterawan negara ini, dengan menempelkan segala istilah dari Barat yang mereka sendiri tidak faham secara mendalam dan dalam konteks yang melahirkan konsep-konsep yang mereka ratah mentah-mentah itu. Saya akan menulis tentang isu ini pada kesempatan lain, secara khusus, walaupun sebenarnya telah saya sebut banyak kali dalam blog ini. Isunya ialah mereka ini tidak mempunyai konsep ilmu yang betul, dan menolak konsep ilmu yang betul itu. Mereka tidak dapat membezakan antara ilmu dan maklumat, seperti mereka tidak dapat membezakan ayam percik yang tulen dengan ayam mantah yang disapu santan masam, bukan ramuan percik yang sebenar.Mohd Affandi Hassanhttps://www.blogger.com/profile/14807359094473170443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-5472741019407714722016-03-14T00:10:25.303+08:002016-03-14T00:10:25.303+08:00Asslm.wbkth.
Tulisan yang menarik, mencabar wibaw...Asslm.wbkth.<br /><br />Tulisan yang menarik, mencabar wibawa jiwa dan ketajaman minda...syabas!Ramlee Wahabhttps://www.blogger.com/profile/09858469828688034631noreply@blogger.com