tag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post2231783140055468844..comments2023-10-03T17:17:52.621+08:00Comments on GAGASAN PERSURATAN BARU: Kedudukan Ilmu dalam Kesusasteraan: Teori dan PraktisMohd Affandi Hassanhttp://www.blogger.com/profile/14807359094473170443noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-54643147684262606372011-10-29T17:54:55.666+08:002011-10-29T17:54:55.666+08:00Sdr. Tak Bernama.
Hati-hati bila gunakan istilah ...Sdr. Tak Bernama.<br /><br />Hati-hati bila gunakan istilah teori. Takmilah bukan teori sastera, hanya panduan umum tentang sastera Islam versi penulisnya. Tujuan teori untuk menjawab soalan berupa masalah. apakah masalah itu? Mengapa masalah itu timbul? Apa yang boleh dilakukan? Lalu dianalisis dengan mendalam, disediakan cara penylesaiannya, termasuk untuk meramal apa yang terjadi jika teori itu dipakai atau tidak dipakai. Itu teori, secara amat mudah. Takmilah bicara tentang sastera; PB bicara tentang persuratan. Bidang keduanya berbeza, walaupun prinsip tauhidnya sama. PB merombak faham anda tentang sastera, dan beritahu mengapa perlu dirombak, untuk mencapai matlamat apa, dan akhirnya untuk melahirkan karya yang bagaimana. Apa akan jadi 100 tahun akan datang jika PB dipakai? Apa akan jadi jika sastera diteruskan seperti yang difahami dan dipraktikkan sekarang? Itulah antara lain masalah teori. Kalau anda baca lambat-lambat buku Gagasan Persuratan Baru: Pengenalan dan Penerapan, mungkin anda akan faham apakah PB dan mengapa PB diperlukan (atau tidak diperlukan jika anda tidak mahu!). PB membuat anda berfikir; sastera membuat anda meratap (atau lain2 emosi ...). Sebaik saja anda faham, anda akan tahu mengapa PB diperlukan, anda juga akan mengerti mengapa kita harus berusaha melahirkan karya persuratan dan kita pun akan faham di mana letaknya karya sastera. Terima kasih atas perhatian anda.Mohd Affandi Hassanhttps://www.blogger.com/profile/14807359094473170443noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-51344565984262878852011-10-27T17:36:22.567+08:002011-10-27T17:36:22.567+08:00Assalamualaikum tuan. setelah meneliti gagasan per...Assalamualaikum tuan. setelah meneliti gagasan persuratan baru ini, saya mendapati terdapat persamaan antara gagasan persuratan baru ini dengan teori Takmilah iaitu berteraskan konsep tauhid. Jadi apakan perbezaan yang ketara antara kedua-dua teori ini.Anonymousnoreply@blogger.com