tag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post1849468748889317754..comments2023-10-03T17:17:52.621+08:00Comments on GAGASAN PERSURATAN BARU: Pendekatan Ta’amul-Taklif Untuk Menilai Karya Kemala: Satu Cadangan Kepada DBPMohd Affandi Hassanhttp://www.blogger.com/profile/14807359094473170443noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-79135547771564372692012-01-13T12:31:33.119+08:002012-01-13T12:31:33.119+08:00Apa pendapat Encik berkenaan sastera ilmi pula?
ht...Apa pendapat Encik berkenaan sastera ilmi pula?
http://rausyanfikir.com/2012/01/sastera-ilmi-sebagai-pemangkin-budaya.htmlAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-90690808915571471892012-01-10T08:49:44.656+08:002012-01-10T08:49:44.656+08:00Assalamualaikum.
Sedikit perkongsian. Perkataan T...Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian. Perkataan TA'AMUL berasal dari kata akar عمل yang mana kita guna dalam bahasa Melayu: melakukan sesuatu dengan tujuan tertentu. Dalam konteks agama Islam, sepertimana yang digunapakai dalam kitab-kitab agama, ia biasanya digandingkan dengan perbuatan baik (amal ibadah).

Perkataan ini mempunyai konotasi makna "menyaling". Perkataan تعامل (ta'amul: saling berurusan) sama timbangan (wazan)/pattern dengan perkataan تعارف (ta'aruf: saling berkenalan), تكافل (takaful: saling berbantu) , تسامح (tasamuh: saling bertoleransi) dan beberapa lagi. Maksudnya, penggunaan perkataan yang menggunakan wazan/timbangan/pattern ini melibatkan 2 pihak.

Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menulis buku yang mengguna judul كيف نتعامل مع القرآن (Bagaimana Kita Berurusan Dengan Al-Qur'an). Buku ini telah diterjemah, namun ia diterjemah sebagai (Bagaimana Kita Berinteraksi Dengan Al-Qur'an). Namun, saya berpendapat perkataan نتعامل itu lebih tepat jika diterjemahkan dengan "Kita Berurusan/Berhubungan". Buku ini mengupas bagaimana kita perlu menghormati Al-Qur'an, cara untuk berdalil dengan ayat Al-Qur'an, hukum-hukum berkaitan bagaimana kita bermu'amalah (berurusan) dengn Al-Qur'an dll. Perkataan معاملة juga daripada rootword yang sama dengan تعامل iaitu daripada عمل. Mu'amalah di sini bukan bermaksud perbankan, tetapi lebih kepada hubungan/cara berurusan. Mungkin kita ada mendengar orang guna perkataan ini...bagaimana kita bermuamalah dengan orang tua/guru/pasangan sah/bukan mahram...dan sebagainya. Oleh itu, bagi saya, perkataan تعامل diterjemah sebagai "berurusan" yang membawa makna urusan yang dipenuhi adab, kesantunan dan etika tertentu. Ini merujuk kepada penggunaan perkataan ini bagi tajuk buku Yusuf al-Qaradawi.

Wa Allahu a'lam. Sedikit pandangan saya tentang makna TA'AMUL.Mohd Shahrizal Nasirhttp://www.rizalnasir.blogspot.comnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-48273636973572589432012-01-09T05:20:27.462+08:002012-01-09T05:20:27.462+08:00Satu lagi maklumat baharu untuk diri saya. TK.Satu lagi maklumat baharu untuk diri saya. TK.NASSURY IBRAHIMhttps://www.blogger.com/profile/12652253504216095303noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3168863338808741480.post-67943955082003451092012-01-06T20:11:56.236+08:002012-01-06T20:11:56.236+08:00Semua Dalih Ditolak ...
DBP dan Panel Anugerah Sa...Semua Dalih Ditolak ...

DBP dan Panel Anugerah Sastera yang dilantiknya tidak boleh berdalih lagi untuk terus bersikap anti-ilmu dengan menolak pendekatan Islam dalam analisis dan penilaian karya kreatif. Mereka telah memilih seorang sasterawan yang mendakwa menulis sajak-sajak sufi. Pendekatan ta'amul-taklif yang dikemukakan oleh Dr. Zulkarnain Mohamed berupaya menyerlahkan nilai sebenar sesebuah karya kreatif yang diperakukan sebagai karya Islami, berasaskan worldview Islam yang sebenar. Kemala pernah mengaku beliau menghasilkan sajak-sajak sufi; tetapi hingga kini belum lagi diuji kebenaran dakwaannya itu. Inilah masanya ujian itu dilakukan oleh Panel Anugerah Sastera Negara dengan menulis laporan berasaskan pendekatan ta'amul-taklif yang dicadangkan oleh Dr. Zulkarnain. Jika Panel beranggapan pendekatan itu masih mentah, belum diuji, masih perlu dikaji lagi, dan macam-macam alasan lain yang boleh saja dilontarkan, maka menjadi tanggungjawab Panel untuk menilai pendekatan itu dengan menggunakannya dalam menganalisis dan menilai karya-karya Kemala yang sudah dipilih sebagai seorang sasterawan negara. Beliau tidak boleh dikecualikan; beliau juga tidak wajar dinilai dari perspektif pendekatan teori Barat yang memang bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Jadi pilihan yang satu-satunya ialah menggunakan pendekatan ta'amul-taklif.Mohd Affandi Hassanhttps://www.blogger.com/profile/14807359094473170443noreply@blogger.com